Tip Penting Penulisan Ebook: Perkataan Trademark

Jika anda seorang penulis ebook, salah satu perkara penting yang perlu anda ambil serius ialah penggunaan nama trademark (tanda niaga) atau nama rasmi perniagaan sesebuah pihak.

Contohnya ialah seperti KFC, McD, Microsoft, Macromedia, Nokia, Compaq, Pos Malaysia, Maybank, MySpace, Google, Yahoo, MSN dan sebagainya.

Tip 1: Elakkan menggunakan nama-nama sebegini untuk tajuk ebook anda. Contohnya seperti “Rahsia Maybank” atau “Buat Duit Dengan Maybank”. Jangan sesekali melakukan kesalahan ini kerana silap hari bulan, anda boleh disaman kerana menggunakan nama mereka tanpa kebenaran.

Saya bukanlah pakar trademark atau undang-undang berkaitan, tetapi adalah lebih bagus dan menenangkan jiwa jika kita bebas daripada menggunakan nama pihak lain. Mungkin ia boleh, tetapi kita tidak tahu polisi pihak terbabit akan berubah pada bila-bila masa. Jadi anda akan menghadapi masalah di dalam mengubah semula tajuk ebook anda.

Namun, jika anda masih berminat untuk menggunakan nama trademark ini bagi ebook anda, sila hubungi pihak mereka untuk kepastian dan penjelasan.

Tip 2: Jika anda menggunakan nama trademark di dalam ebook anda, cara penulisan yang betul ialah dengan meletak tanda niaga TM atau ®. Contohnya, ebook anda mengenai panduan Adobe Photoshop. Cara penulisan yang betul ialah Adobe® Photoshop®.

Kemudian, seboleh yang mungkin, jika ebook anda berkaitan atau ada menyentuh mengenai produk-produk pihak sebegini, anda perlu membuat penafian di awal ebook anda dan juga di laman web anda.

Beritahu kepada pembaca anda bahawa anda tiada kaitan dengan pihak berkaitan. Imej, logo dan nama trademark yang digunakan hanya sebagai rujukan sahaja sebagai tujuan pembelajaran.

Tip 3: Penggunaan logo trademark / perniagaan bagi produk. Anda tidak boleh meletak logo-logo pihak berkaitan di produk berbayar anda. Sebagai contoh, anda meletak logo Adobe, Microsoft, Maybank dan sebagainya di ebook cover anda. Perkara ini sama sahaja seperti penggunaan nama trademark bagi tajuk ebook.

Untuk perkara ini, anda boleh menghubungi pihak pemilik tersebut untuk mengetahui cara penggunaan yang betul. Sebagai contoh, Adobe ada menggariskan syarat di dalam penggunaan logo. Hatta untuk logo download Adobe Reader pun ada syarat penggunaannya. Mereka ada berikan panduan di sini:

http://www.adobe.com/misc/linking.html

Tip 4: Penggunaan nama trademark untuk nama domain. JANGAN lakukan perkara ini. Katakan anda ada menulis satu ebook berkaitan dengan resepi ayam goreng. Dan anda pun mahu menggunakan nama domain ayamKFC.com untuk laman web jualan ebook anda. Ini adalah salah di sisi undang-undang. Begitu jugalah untuk apa sahaja nama yang statusnya ialah trademark.

Perkara-perkara atau larangan sebegini adalah penting untuk anda walaupun jika sekali lihat ia sedikit ‘menyusahkan’ anda. Tujuan utama larangan atau syarat ini adalah bagi memastikan pembeli produk anda tidak keliru dan sudah tentunya ia salah di sisi undang-undang.

Jika anda pemilik trademark, maka anda mesti faham mengapa larangan sebegini wujud. Katakan nama trademark anda ialah “ABC”. Kemudian ada pihak yang menggunakan nama tersebut dan mendapat keuntungan berpuluh-puluh ribu ringgit. Tetapi anda hanya dapat ratus-ratus sahaja. Rugi bukan?

Tujuan trademark ialah untuk penjenamaan produk. Kalau jenama anda disalah-gunakan oleh orang lain, maka tiada gunalah anda membayar ribuan ringgit untuk mendapatkan status trademark bagi produk anda. Maka dengan kefahaman ini, maka kita jelas, undang-undang ini diwujudkan bukan untuk menyusahkan sesiapa.

Anda tetap boleh menggunakan apa-apa nama dan logo trademark jika anda mendapatkan kebenaran daripada pihak pemiliknya sama ada secara percuma atau perlu membayarnya (licensing).

Sama halnya dengan menjual ebook orang lain tanpa kebenaran yang salah di sisi undang-undang. Anda tiada hak menjual ebook orang lain tanpa kebenaran. Maka sebab itulah wujudnya konsep Resell Rights iaitu konsep licensing.

Maksudnya, jika anda mahu menjual sesebuah ebook orang lain, maka anda perlu mendapatkan lesen iaitu hak untuk menjual daripada pihak penulis atau penerbit ebook. Jangan salah faham pula. Hak anda hanya menjual, sebaliknya bukan hak pemilikan produk. :)

Begitu jugalah dengan jenama trademark. Ada perlu mendapatkan lesen daripada pihak berkaitan untuk menggunakan tanda niaga mereka bagi tujuan komersil.

Kesimpulan

Artikel ini hanya merujuk kepada ebook atau apa-apa produk berbentuk komersil sahaja. Untuk produk percuma atau komuniti open source, saya tidak pasti macam mana.

Belajarlah sedikit demi sedikit mengenai trademark, hakcipta dan undang-undang yang berkaitan. Pengetahuan sebegini amat susah untuk kita temui di dalam bahasa Melayu dan amat terhad. Maka sebab itulah berleluasanya jenayah cetak rompak. Sebaliknya, banyak konsultansi berbayar untuk perkara sebegini.

Pihak kerajaan mahupun swasta haruslah mempergiatkan lagi penyebaran ilmu mengenai perkara ini agar rakyat Malaysia lebih tahu apa yang patut. Saya tahu, sudah ada pihak yang telah mewujudkan program yang berkaitan. Baguslah..

Saya pun masih terus belajar dan jika ada kesilapan di dalam artikel ini, anda boleh betulkannya di ruangan komen.

Harap maklum.

Contoh Rujukan: http://www.adobe.com/misc/trade.html

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Tip Penting Penulisan Ebook: Perkataan Trademark

  1. mcm mana pula dgn ebook wordpress zul tu?
    kan ada guna tulisan wordpress kan…
    mcm mana zul dptkan kebenaran tu?
    kongsi lah sini…

    han

    1. Ebook saya tu bertajuk PAKEJ KIT BLOGGER. Tapi semasa saya buat projek ni, saya tak alert dengan perkara sebegini dan terguna perkataan WordPress pada design web dan salah satu ecover.

      Tapi secara asas, ebook saya tersebut adalah bertajuk Pakej Kit Blogger. Cuma salah satu item dalam pakej tu ialah panduan WordPress yg guna perkataan WordPress sebagai tajuk.

      Saya akan merujuk perkara ini dengan pihak wordpress. Di laman web mereka, tak banyak cerita pasal trademark sehinggakan ramai orang ‘susah nak buat kerja’. Yang ada hanya larangan guna nama WordPress di domain name sahaja:

      http://wordpress.org/about/domains/

      Untuk digunakan pada tajuk buku atau ebook, setakat ni saya belum tahu apa statusnya (boleh atau tidak). Tai kalau kita lihat, pihak WordPress sendiri ada rekemen buku mengenai WordPress:

      http://wordpress.org/about/books/

      Kalau penggunaan ini tak boleh (dalam kes saya ni), maka saya tak ada masalah untuk remove bahagian yg salah sebab tajuk utama produk saya tak ada perkataan WordPress (tak berkait). Hanya kandungan sahaja berkaitan dengan WordPress.

      Boleh tengok di sini ecover utama ebook saya:

      http://www.bloggingsteps.com/kit/imej/versi2/big2.jpg

      1. oo..jadi wordpress tak kisah sgt lah ye…
        tapi kalau kita nak ikutkan trademark, susah juga zul…
        kalau mcm ni…seterusnya kita dah tak boleh guna logo atau apa yang berkaitan dgn trademark syrt mereka lah…

        tapi ni bagus juga kalau kita ade trademark sendiri…

        han

        1. Ada pro dan kontra. Ada orang guna je dan buat tak tau. Lagi2 kalau pihak berkaitan tu cerewet dan tak bagi penjelasan.

          Terserahlah pada diri sendiri mana yg anda mahu. :)

  2. Akhirnya zul menjelaskan pertanyaan saya dengan panjang lebar! (Sy ad tanya hal ni dalam WC sebelum ni!) Rasanya ramai orang yg tak tahu @ tak ambil berat perkara ni. Thanks Zul!

    1. Iyer ke? Semoga membantu.

      Saya tuliskan perkara ni pun untuk peringatan bagi diri saya juga sebab ada benda baru yang saya belajar dari kesilapan.

      p/s: Kekurangan ketara kita dalam ebiz ni (kebanyakan usahawan internet) ialah pengetahuan mengenai undang-undang. So kena tambah lagilah ilmu pasal ni.

  3. saya rasa ramai penulis ebook yg baru masih tergila-gila guna nama yg memangtrademark coz cepat laku n mempunyai kuasa penarik yg kuat

  4. Hai Zul,

    Terima kasih kerana berkongsi informasi mengenai trademark ini.

    Bagaimana pula dengan isi kandungan ebook. Adakah penggunakaan perkataan yang berdaftar juga terikat dengan undang-undang trademark ini?

    Sebab banyak kandungan audio yang saya beli itu dirakamkan daripada seminar dan banyak disebut pula perkataan-perkataan yang mempunyai trademark ini.

    1. Setahu saya tak ada apa-apa masalah untuk kandungan ebook. Yang dipersoalkan di sini ialah penggunaan pada tajuk ebook dan juga pada domain name sahaja. Itu pun saya tak pasti sangat cuma yang saya nak nyatakan di sini, sikap berhati-hati sahaja & rujuk dahulu sebelum buat sesuatu.

      Selagi kita tak menyalahgunakan nama trademark selagi tu tak ada masalah. Bahkan kalau kita tulis pasal sesuatu produk yg ada trademark dalam ebook kita katakan, yang untungnya pihak tersebut juga. ;)

      Kalau dalam seminar apa semua tu, bagi saya itu hanyalah kandungan sahaja. Kita kena faham beza “mengguna” dengan “menyalahgunakan”. Then seminar tu bukan spesifik pasal produk trademark tu kan?

      Ebook, seminar, audio atau produk yang kita beli tu bukan bermaksud kita beli jenama tu, tapi kita ‘beli servis’ dari pihak penghasil produk tersebut. So bagi saya tak timbul salah guna kat sini.

      Contoh salah guna: “Kami bekerjasama dengan Google”. Padahal tak pun. Atau macam kes Irfan Khairi dulu yg namanya diguna untuk satu skim cepat kaya, ada orang salah guna nama dia & kena saman.

      Salah guna macam ni lagi besar kesalahannya daripada setakat menggunakannya sahaja secara baik.

      Saya akan cuba merujuk orang yang pakar dalam bidang ni. Tunggu nak contact je.

      Apa pun yang saya tahu dan yg terbaik ialah, hubungi pihak pemilik trademark tu dulu sebelum menggunakannya dalam buku, ebook atau apa-apa produk. Means, produk yang berkaitan dengan jenama mereka. Contoh: “Rahsia Ebay“. So, lebih baik bincang dgn Ebay dulu macam mana.

      p/s: Saya tengok syarikat penerbit macam PTS dan lain2 Ok je guna nama trademark. Maybe orang mereka boleh bagi tip sikit? ;)

  5. Assalam alaikum

    Semasa Pesta Buku Antarabangsa lalu, saya dihubungi seorang penjual e-book memaklumkan wakil training yang mendapat lesen Adobe untuk Malaysia menghubunginya memaklumkan perkataan trademark digunakan oleh beliau adalah salah.

    E-book itu baru dua hari dilancarkan dan mendapat amaran saman daripada pusat latihan terbabit. Kemudian produk itu ditarik balik.

    Berkenaan perkataan Rahsia E-Bay, saya ingin memaklumkan bahawa pihak PTS dan penulis telah menghubungi pusat E-bay di Amerika bagi mendapatkan kebenaran sebelum meletakkan perkataan E-bay pada kulit. Maka tidak timbul apa-apa isu.

    Ini dinyatakan oleh pengurusnya sendiri (yang juga penasihat undang-undang PTS) ketika saya merujuk kes sahabat di atas.

    Harap maklum :)

    ——————————————————
    ZAMRI MOHAMAD

    Pengedar
    Buat Duit Dengan Terbit Buku Sendiri http://www.terbitbukusendiri.wordpress.com

    Penulis
    Buku Bisnes Mamak
    http://www.bisnesmamak.wordpress.com

    1. Terima kasih En. Zamri. Saya dah agak, PTS pasti mendapatkan kebenaran dahulu.

      Untuk kes trademark Adobe, actually ada silap faham sedikit antara pusat Training tu dengan penulis ebook tersebut (penulis ebook tu pun ada hubungi saya). Saya ada buat research sikit di laman web Adobe. Mereka tak menghalang penggunaan perkataan trademark pada tajuk ebook/buku jika kena caranya.

      Tapi seeloknya lagi bagus jika mendapat jawapan daripada pihak pemilik trademark itu sendiri sebab kadang2 polisi sebegini boleh berubah.

Berikan Komen Anda

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.