Empat Perkara KRITIKAL Wajib Diwujudkan Pada Awal Bisnes!

Kepada usahawan-usahawan baru dan terutamanya yang buat full time, empat perkara ini amat penting (selain marketing) dilakukan pada awal bisnes:

1. Jelas… Jelas apa bidang kita, siapa sasaran kita (market), apa produk kita, bagaimana ia dijual (contoh: kaedah minisite) dan bagaimana ia akan dipasarkan (marketing). Tidak jelas asas bisnes yang kita lakukan, akan menyebabkan kita mudah HILANG FOKUS dan GAGAL mencapai hasil yang optimum.

2. Automasi. Sebaik-baik bisnes online adalah bisnes yang diautomasikan sama ada sepenuhnya atau sebahagian. Apabila bisnes sudah maju, tetapi masih banyak kerja yang perlu dibuat secara manual, pada masa itu kita akan mula merasa rugi tidak automasikan bisnes. Automasi dari segi operasi, jualan dan juga marketing. Automasi akan memberikan kita banyak kebebasan masa.

3. Team. Setup satu pasukan awal-awal. Tidak semestinya setelah bisnes sudah maju. Apabila menyebut satu pasukan, ia tidak semestinya menggajikan staf. Boleh juga outsource, atau orang paling dekat dengan kita seperti suami/isteri. Melakukan bisnes seorang diri tidak sama melakukan dengan mempunyai sebuah organisasi (satu pasukan) yang bersama membangunkan sebuah perniagaan dengan jayanya.

4. Dokumentasi. Setiap task dan skop kerja perlu mempunyai dokumentasi sendiri. Contohnya untuk proses marketing di FB, apakah langkah demi langkahnya. Selain ia memudahkan kita dan menjimatkan masa (berbanding semuanya disimpan dalam ingatan memori), staf atau rakan niaga juga boleh merujuk apabila kita tiada / bercuti dan sebagainya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Empat Perkara KRITIKAL Wajib Diwujudkan Pada Awal Bisnes!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *