Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tip Dan Panduan Pengiklanan di Internet

Artikel kali ini sedikit teknikal dan tahap pertengahan (intermediate). Namun saya cuba menerangkan dengan tulisan yang mudah difahami..

Salah satu cara mendapatkan trafik (pelawat) ke laman web perniagaan adalah dengan mengiklankan di mana-mana laman web yang mempunyai trafik yang tinggi.

Namun, di dalam keghairahan mengiklan itu, beberapa perkara perlu diambil perhatian agar kita tidak tertipu atau mengalami kerugian di dalam kos pengiklanan yang dikeluarkan. Seboleh mungkin, kita mahu mendapat hasil sekurang-kurangnya memperolehi pelawat ke laman web kita dari pengiklanan tersebut.

Istilah:

Pengiklan (advertiser) adalah pihak atau individu yang mengiklan. Anda adalah advertiser jika anda mengiklan di mana-mana laman web.

Publisher (Site Owner) iaitu pemilik laman web yang mengurus ruang pengiklanan di laman web beliau tersebut.

Di antara beberapa perkara penting yang perlu dititik-beratkan adalah:

1. Tanya pengiklan yang pernah mengiklan di laman web tersebut. Berapakah kadar purata trafik yang mereka perolehi dan juga conversion yang berlaku. Data-data sebegini amat penting agar kita dapat membuat rumusan awal hasil yang akan kita perolehi kelak.

Di mana boleh bertanya? Ada beberapa cara:

  • Lihat iklan di laman web tersebut dan masuk ke laman web pengiklan itu dengan klik pada iklan mereka. Kemudian dapatkan maklumat komunikasi seperti emel untuk menghubungi mereka bagi membuat pertanyaan seperti pengalaman mereka mengiklan di laman web tersebut.
  • Bertanya di dalam forum komuniti (seperti wangcyber.com). Ada dua kaedah: (i) Buka thread pertanyaan, (ii) Gunakan fungsi Private Message untuk menghubungi ahli forum yang dirasakan boleh menjawab atau pernah mengiklan di laman web tersebut.

2. Minta pihak laman web tersebut memberikan screenshot statistik trafik untuk beberapa bulan yang lepas termasuk bulan yang terkini. Ini wajib. Kalau mereka tidak mahu dedahkan, elakkan mengiklan. Kemungkinan besar mereka tidak akan berlaku jujur. Melihat statistik juga membolehkan kita menilai harga yang mereka kenakan sama ada ia berbaloi atau tidak.

Kita perlu melihat statistik harian & bulanan. Tidak boleh sekadar melihat trafik yang terkumpul. Sebagai bakal pengiklan, kita perlu mempunyai beberapa maklumat terlebih dahulu sebelum membuat bayaran bagi mengiklan di sana. Kita umpama pelabur di mana kita perlu merujuk prospektus atau maklumat berkaitan sebelum membuat keputusan untuk melabur wang.

Contoh screenshot trafik bulanan:

Statistik Bulan Tertentu

Statistik Bulan Tertentu

statistik smartusaha

Statistik Bulanan

Di antara data-data lain yang juga boleh membantu:

  • Peringkat umur (range) dan jantina pelawat laman web tersebut. Ini penting agar pengiklanan kita berbaloi. Contohnya jika kita menjual produk untuk lelaki dewasa, tetapi laman web tersebut peratusan besarnya adalah kanak-kanak, maka sudah pasti pengiklanan produk itu adalah tidak sesuai.
  • Punca trafik. Mereka tidak perlu memberikan data yang spesifik kerana pihak publisher juga ada hak dalam sesetengah perkara. Cukup mereka berikan peratusan. Contohnya 60% dari enjin carian, 20% dari social networking websites (seperti Facebook.com atau Twitter.com) dan 20% secara direct/terus ke laman web. Mengetahui punca trafik itu akan memberikan kita ‘idea’ awal kehendak-kehendak atau ‘ragam’ bagi setiap trafik tersebut. Selain itu, kita juga boleh tahu kualiti trafik ke laman web publisher tersebut kerana ada sesetengah laman web menggunakan teknik yang sekadar menghasilkan trafik yang tidak berkualiti.

3. Minta pihak laman web tersebut memberikan testimoni pengiklan yang pernah mengiklan. Jika belum tiada, minta mereka meminta testimonial daripada pengiklan sebelum ini (jika ada). Cara ketiga ini hanyalah satu kaedah tambahan sahaja.

4. Semakan Anggaran Trafik

Walaupun mereka telah memberikan segala maklumat dan data, namun kita perlu mengesahkannya. Salah satu cara adalah dengan bertanya pengiklan yang pernah mengiklan. Namun untuk menguatkan lagi segala data yang ada, kita boleh melakukan sedikit semakan atau kajian sendiri:

(i) Gunakan Alexa.com: Masukkan URL laman web tersebut. Akan dipaparkan beberapa maklumat tertentu. Kadar ketepatan menggunakan cara ini bukanlah muktamad. Ia sekadar salah satu panduan (guideline) sahaja.

Contoh Alexa Blog SmartUsaha.com:

Alexa SmartUsaha.com

Alexa SmartUsaha.com

Latihan: Cuba anda masukkan URL laman web terbesar di Malaysia seperti www.utusan.com.my, www.hmetro.com.my, www.harakahdaily.net dan lain-lain.

Di antara online tools lain yang boleh dicuba:

Atau boleh cari website tools yang lain dengan menaip website traffic checker di google.com.

(ii) Semak backlink. Semakin banyak backlink terutama dari pelbagai laman web, maka secara teorinya, semakin banyak trafik yang akan datang ke laman web tersebut. Backlink bermaksud link URL laman web itu di laman web lain.

Salah satu online tools yang boleh anda gunakan untuk semakan backlink adalah:

http://www.backlinkwatch.com

Anda boleh cari tools yang lain dengan menaip backlink checker di google.com.

Contoh backlink bagi blog smartusaha.com:

Jumlah Backlink Blog SmartUsaha.com

Jumlah Backlink

Catatan: Penilaian dari segi backlink hanyalah satu pilihan sahaja dan ia tidak wajib. Namun ia satu kelebihan. Jumlah backlink boleh menggambarkan sejauh mana kekuatan laman web tersebut.

Kesimpulan

Pengiklanan tidak boleh dilakukan begitu sahaja tanpa sebarang analisa dan persediaan awalan. Memang setiap perkara ada risiko, tapi kita perlu mengurus dan meminimakan risiko tersebut. Dengan beberapa kaedah di atas, semoga usaha pengiklanan kita tidak hanya sekadar usaha yang sia-sia.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, jangan serahkan segalanya kepada pihak publisher (pemilik laman web) yang membuka ruang iklan tersebut, melainkan anda sudah kerap mengiklan di sana atau sudah mengetahui hasilnya (results). Atau, laman web tersebut memang mempunyai reputasi yang tidak boleh dipersoalkan lagi.

1. Cuba tanya mereka yang pernah mengiklan di situ. Berapa
kadar purata trafik yang mereka dapat dan juga conversion yang
berlaku. Maksudnya, daripada trafik tu, ada tak yang jadi pembeli?
2. Minta screenshot statistik trafik beberapa bulan yang lepas
termasuk bulan terkini. Ini wajib. Kalau dia tidak mahu dedahkan,
so elakkan mengiklan. Kita perlu lihat statistik harian & bulanan.
Tidak boleh sekadar melihat trafik yang terkumpul.
3. Daripada bayar RM100 terus untuk seminggu, apa kata cuba
untuk 3 hari dulu dan bayar kurang daripada itu. Berikan alasan
untuk mencuba dahulu. Kalau Ok, bayar bakinya dan iklan akan
ON untuk seminggu.
Kalau dia tak setuju, minta harga diskaun. Beritahu bahawa ia
kali pertama dan jika OK, next time akan bayar penuh..
4. Minta dia berikan testimoni orang yang pernah mengiklan.
Kalau belum tiada, suruh dia minta dengan pengiklan sebelum ini.
Minta dia berikan juga contact seperti emel pengiklan tersebut.
agar akak dapat bertanya pengalaman mereka mengiklan.
Akak ada hak untuk meminta dan bertanya kerana akak akan
bayar dia..
Kesimpulan: Kita perlukan beberapa data dan statistik sebelum
mengiklan di satu-satu laman web. Sama macam melabur, kita
perlukan rujukan dahulu sebelum melabur. Tidak cukup hanya
sekadar kata-kata sahaja. Perlu tengok statistik tersebut dan
lebih elok jika dia buat peratusan dari mana trafik tu datang.
So, tak cukup hanya bayar dan goyang kaki. Kita perlu analisa
dahulu agar kita tahu siapa yang bakal datang ke website kita.

Nota Kaki:

1. Daftar dan download ebook percuma, Panduan Pengiklanan Banner Berkesan di sini. Ebook ini akan menerangkan secara asas istilah-istilah pengiklanan, tip pengiklanan banner berkesan dan beberapa perkara berkaitan.

2. Baca lagi artikel berkaitan pengiklanan di sini:

3. Tip Tambahan:

Pengiklanan memerlukan modal dan dana yang khas. Ini kerana pengiklanan memerlukan kita mencuba dan mengenalpasti tahap keberkesanan iklan yang dilakukan. Dengan adanya modal yang dikhaskan untuk pengiklanan, maka ia tidak mengganggu duit simpanan yang lain. Jika kita rugi dalam pengiklanan tersebut, ia bukanlah satu masalah yang besar kerana duit (dana) itu memang khas untuk mengiklan dan menguji keberkesanan pengiklanan.

4. Elakkan berurusan dengan pihak publisher yang memaksa-maksa anda membeli pakej pengiklanan mereka. Segala keputusan 100% di tangan kita dan bukan oleh mereka. Menjadi tanggungjawab kita mendapatkan beberapa maklumat sebelum membuat keputusan dan menjadi kewajipan mereka memberi kerjasama dengan menyediakan data-data tersebut.

Facebook comments:

28 Responses to “Tip Dan Panduan Pengiklanan di Internet”

  1. olie says:

    Info yang amat berguna. Terkejut juga melihat statistik terdapat beberapa laman web luc*h termasuk antara 100 laman web ‘terbaik’ di Malaysia berdasarkan Alexa.

  2. smartzul says:

    100 laman web ‘terbaik’ itu bukan bermaksud laman web itu milik orang Malaysia. Tapi ia diukur pada popularity website itu di kalangan orang Malaysia. Dari situ mungkin kita boleh menilai trafiknya adakah sesuai untuk kita mengiklan.

    Bagi laman web yang haram tersebut, bermaksud orang-orang kita ramai yang suka ke laman web tersebut. Guna laman web yang baik-baik sahaja dan abaikan laman web yang haram itu.

  3. Aqif says:

    Perkongsian yang amat bagus untuk para blogger gunakan dalam membentangkan quotation pengiklanan kepada advertiser.

    Btw, saya harap untuk post seterusnya saudara Zul dapat membincangkan bagaimana untuk mengurangkan bounce rate dalam sesebuah blog.

    Terima kasih :)

  4. Penang says:

    info yang menarik…pas nie nak letak iklan kena survey dulu….

  5. Iklan berbayar boleh diibaratkan kita nak baling umpan ke kolam tertentu. Kita kena la tahu dulu ikan macam mana yang ada dalam kolam tu. Baru la leh baling umpan.

    Setiap ikan, makan umpan tertentu. Begitu juga dengan tempat yang kita nak iklan. Setiap laman web mempunyai interest yang tersendiri.

    Jangan silap bagi umpan. Kalo tak rugi je. Sama juga dalam pengiklanan.

    Kena study skit tentang tempat iklan kita tu dulu. Baru tahu interest diorang.contohnya lowyat.net, mesti pasal komputer.

    kalo eat.com.my, mesti pasal makan. Jadi kita leh iklan benda yang berkaitan dengan kemahuan market.

  6. Nabieel says:

    Berguna info ni, kena banyak study lagi :)

    Website Worth: $6,228.36

    Daily Pageviews: 2,844

    Daily Ads Revenue: $8.53

    Power blog bro :D

  7. kak nurul says:

    Thanks Zul..nasib baik tanya dulu kan..kl tidak akak la yang kena tu…

    • smartzul says:

      Kak Nurul, artikel ni sebenarnya sudah lama saya nak siapkan. Tapi selepas tengok beberapa blogger lain kupas isu ni, selain ditanya oleh akak, maka saya siapkan agar dapat juga dibaca oleh orang lain.

  8. Zahrul Azua says:

    Rupanya banyak yang saya kena belajar tentang pengiklanan secara online ni. Thanx Zul saya take note.

  9. wanwma says:

    bagus..bagus…ramai org tersilap iklan dalam web yg salah! Panduan ini dapat membantu ramai orang! InsyaAllah

  10. nizam says:

    salam, tumpang tanya, soalan ni agak ketinggalan zaman skit, tp sbb sy org baru nak bljr, nak tanya gak la….
    so klu dah tau website mana yg kita nak letak iklan kita tu…. then camne nak letak?

    • smartzul says:

      Saudara Nizam. Soalan yang bagus.

      1. Caranya ada dinyatakan oleh pihak pemilik website. Jika tiada, minta mereka terangkan atau berikan langkahnya.

      2. Biasanya, kita perlu berikan imej banner kepada mereka melalui emel (attachment). Atau ada juga yang menyuruh kita memberikan kod HTML imej banner atau link ke imej itu.

      Pokok pangkal, minta mereka bantu dan terangkan apa yang perlu dilakukan. Contohnya seperti yang saya lakukan dahulu:

      http://smartusaha.com/iklan/

  11. nizam says:

    ooo, camtu ye.time kasih byk2…

    1) so sbg cth klu sy nak letak iklan kat smartusaha ni, buat bayaran then email ke smartzul, attach resit bayaran,banner n website sy la? yg lain smartusaha yg uruskan ke…
    2) menurut iklan smartusaha ni…. apa madsud nya … 10,000 views(rm75) adakah iklan sy akan stop klu dah ada 10,000 pengunjung yg log on kat smartusaha ?
    3) camne kalau website dari luar malaysia plk? cth myspace. camne nak wat bayaran ye

    • smartzul says:

      1) Yup. Biasanya pihak laman web itu akan uruskan segalanya. Kita hanya perlu buat bayaran, berikan bukti bayaran dan beri maklumat laman web seperti url laman web. dan juga imej banner.

      2) Bukan 10,000 pengunjung. 10,000 views itu bermaksud 10 ribu kali iklan itu dipaparkan. Biasanya iklan kita akan rotate atau bergilir-gilir dipaparkan bersama iklan orang lain. Cukup 10 ribu kali, iklan akan stop dipaparkan.

      Mengenai views ini, boleh baca ebook percuma saya: http://banner.malaysiasoho.com.

      3) Untuk website luar, juga perlu tanya mereka apa yang perlu kita buat. Biasanya sudah ada step by step arahan di laman web mereka. Kalau tak ada, hubungi mereka apa yang perlu kita buat.

  12. ShueQry says:

    Terima kasih Zul, tips pengiklanan ni banyak membantu.

    Sebelum ni saya kurang membaca maklumat tentang banner ads, saya dah download eBook Panduan Pengiklanan sebagai rujukan peribadi. Thank you.

    -ShueQry-

  13. lanchini says:

    Saya tertarik dengan cadangan en Zul mengenai dana khas untuk pengiklanan. Kalau nengok tV, iklan dari syarikat2 gergasi sentiasa ada aje, tak putus2..Dengan cara ni, minda penonton macam dah d ‘glue’ dengan nama syarikat tu. Mereka tentu ada dana khas utk belanja juta2 buat iklan sana sini.
    Saya rasa konsep pengiklanan oleh syarikat2 besar ni wajar dijadi teladan. Kita seharusnya memperuntukkan sedikit dana khas untuk promosi. Iklan percuma sahaja tak cukup utk hasil yang lumayan.

  14. Anwar Yassin says:

    Berkenaan dengan Alexa. Mereka ada sediakan fungsi toolbar yang akan muncul di bawah browser kita mungkin boleh dapatkan di alexa.com/toolbar. Pada saya, toolbar ini memang berbaloi sebelum kita mengiklan di satu-satu laman web.

  15. nizam says:

    tq, smartzul….. dah faham skit2 :)

  16. meezwan says:

    Satu maklumat yang sangat berguna..saya terjumpa post ni bila search kat google..Penerangan saudara zul memang jelas..tapi ada tools tak untuk tracking jumlah klik?

  17. eyan says:

    salam semua..ade x sesape yg tau mcm mane nk wat banner/iklan tuk sesebuah laman web..ade code die x??

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)