Tip Menjadi Penulis Ebook Tegar

Penulis ebook dalam topik ini adalah mereka yang menulis dan menjual karya (hasil kerja) mereka.

Penulis ebook tegar adalah mereka yang:

  • Sentiasa menulis ebook. Fokus.
  • Meraih hasil yang berterusan.

Tidak ada formula yang terbaik untuk menjadi penulis ebook yang terbaik (bagi diri sendiri). Jika ditanya kepada saya, apakah formula mudah, maka saya nyatakan seperti berikut:

  • Belajar cara menulis
  • Belajar cara menulis
  • Belajar cara menulis
  • Belajar cara menulis
  • Banyakkan membaca
  • Banyakkan membaca
  • Banyakkan membaca
  • Banyakkan membaca
  • Banyakkan membaca
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • Tulis
  • dan terus menulis….

Sebagai penulis ebook, kita perlu menulis dan terus menulis agar bakat dan kebolehan yang dimiliki, tidak disia-siakan. Selain itu, kita juga perlu sentiasa terus belajar sedikit demi sedikit, menambah ilmu di dada bagaimana menulis dengan baik.

Sewajarnya, dengan kecanggihan teknologi sekarang seperti komputer, internet dan perisian ebook (seperti PDF), itu semua mampu membantu kita untuk menghasilkan karya demi karya dengan lebih kerap dan pantas.

Keperluan seorang penulis adalah:

  • Bahan bacaan dan rujukan sama ada buku, artikel, blog, ebook, majalah dan sebagainya. Penulis perlu sentiasa banyak membaca terutama topik (bidang) fokus. Membaca mempunyai dua kelebihan utama: (1) Menambah kosa kata ke dalam memori kita. (2) Menambah pengetahuan (input).
  • Ilmu, teknik dan kemahiran penulisan. Perlu belajar sama ada membaca buku dan menyertai kursus.

Nota tambahan:

1. Anda kini mampu menjadi penulis ebook sepenuh masa, di mana anda hanya perlu menyiapkan karya dan serahkan ia kepada penerbit ebook seperti EducatticMind untuk diuruskan sehingga ia diterbitkan.

2. Menulis ada dua cara: Dengan menggunakan pen dan kertas, dan juga komputer. 😉

3. Ebook yang ditulis juga boleh diberikan secara percuma kepada pembaca. Satu, ia sebagai usaha perkongsian tanpa caj. Kedua, ia adalah promosi tidak langsung kepada penulis.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Tip Menjadi Penulis Ebook Tegar

  1. Pastikan agar tidak mengalami writers block. Ia berlaku apabila terlalu banyak informasi. Kena belajar untuk asingkan maklumat yang penting dan tidak.

    Caranya catatkan dalam buku atau white board. Sediakan satu SOP atau standard of prosedure dan juga jadual untuk memastikan sentiasa mengikut masa yang ditetapkan.

    1. Betul Sham. Pengalaman menulis buku pertama banyak memberi iktibar kepada saya. Hehe…

      Salah satunya, bila sudah mula menulis, elakkan cari maklumat baru melainkan amat-amat perlu.

  2. Idea blogging yang bagus itu
    Tambah semangat blogging
    Ilmu blogging yang matang itu
    Jadi sumber inspirasi dunia blogging,

    Sekian,,,
    Terimakasih,,,info bagus anda,,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *