Home » Usahawan Internet » Tip ‘Leverage’ dan Menggandakan Pendapatan…

Tip ‘Leverage’ dan Menggandakan Pendapatan…

Post ini saya lebih khususkan kepada mereka yang melakukan model perkhidmatan di Internet.

Dari hari ke hari, saya amat yakin bisnes yang anda lakukan semakin mendapat banyak pesanan. Semakin banyak, semakin ‘tertekan’ dan kadang-kadang terpaksa menolak pesanan itu. Perkhidmatan di Internet ni banyak contoh seperti design grafik, setup blog, design laman web dan lain-lain lagi.

Berikut adalah beberapa tip untuk anda mempermudahkan usaha perniagaan perkhidmatan anda:

1. Gunakan pembantu. Maksud pembantu di sini bukanlah staf atau kita menggajikan mereka. Tapi ia lebih kepada perjanjian.

Anda boleh melatih mereka yang berminat dan mahu berniaga di Internet. Sebagai contoh, anda sedang melakukan khidmat memasang sistem affiliate. Tapi disebabkan anda semakin sibuk dengan projek yang lain, apa kata gunakan rakan perniagaan untuk melakukan kerja-kerja pemasangan sistem tersebut. Anda mungkin hanya menguruskan bahagian pesanan sahaja. Atau boleh juga serahkan ‘sepenuhnya’ kepada pembantu tersebut.

Bagaimana dengan pembahagian keuntungan? Terserah kepada andalah. 50% ke, berapa ke. Ia bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak atau anda boleh memutuskan segalanya (anda adalah ‘bos’). Perkara ini juga sebenarnya satu benda yang bagus sebab anda memberi peluang ‘pekerjaan’ dan perniagaan kepada mereka yang berminat.

Latih dan tunjuk ajarkan mereka apa yang perlu mereka buat. Jika mahu lebih mudah, sediakan workflow (sistem dokumentasi) sesuatu tugas itu step by step.

Contoh Dokumentasi Kerja: Apa yang perlu dibuat dari awal sampai tamat untuk pemasangan sistem affiliate. Sertakan sekali bagaimana cara berhubungan dengan pelanggan.

2. Saling membantu antara satu sama lain.

Katakan anda seorang designer dan begitu banyak menerima Order sehingga kadang-kadang terpaksa menolak pesanan itu atau menangguhkannya. Daripada menolak, mengapa tidak menerimanya dan ‘pass’kan kepada designer lain? Kemudian bahagilah hasil pendapatan untuk projek itu untuk bahagian masing-masing. Mungkin mereka lebih banyak dapat sebab mereka yang buat kerja.

Konsep ini sebenarnya wujud dalam koperasi atau konsortium di dunia nyata. Kalau seorang ahli ‘persatuan’ tu tak mampu habis menjual barangnya, ahli yang lain akan membantu menghabiskan jualan barang tersebut. Dan kemudian keuntungan akan dibahagikan mengikut persetujuan masing-masing.

Begitu juga kita di bisnes internet ni. Amalkanlah sikap saling bantu membantu. Jangan tamak, dengki, memonopoli dan pentingkan diri sendiri. Tak salah kalau saya katakan, masih ramai yang takut untuk bersaing. Tapi ketahuilah, cara bersaing yang sihat ialah membantu antara satu sama lain. Adalah sesuatu yang mulia memberikan seseorang peluang perniagaan dan peluang bekerja.

Inilah salah satu cara untuk saling membantu antara satu sama lain iaitu berikan satu peluang sumber rezeki kepada orang lain. Jangan sesekali ada perasaan tamak. Semakin banyak kita memberi, lebih daripada itu yang akan kita dapat. Jika anda mampu untuk melakukan perkara ini, mengapa tidak melakukannya jika anda benar-benar seorang yang mahu membantu orang lain?

Sebagai contoh mudah di sini, saya dahulu ada buat servis design laman web. Tapi apabila saya menerima pertanyaan adakah saya ada buat servis design web, saya akan berkata, “saya dah tak buat servis ni. Apa kata ke laman web ni… Dia adalah kawan saya dan dia ada sediakan khidmat laman web”.

Tidak begitu sukar untuk saya memforwardkan seseorang kepada orang lain hatta orang lain itu adalah pesaing saya. Sebab saya yakin, tangan yang memberi pasti akan menerima yang lebih baik daripada itu. ‘And, it works’. Janji Allah tetap tertunai. Cubalah kalau tak percaya.

Saya menyatakan contoh diri saya di sini sebab ia betul dan real. Tak perlu saya reka-reka cerita dongeng di sini. :) Bukan sebab mahu riak (amat jauh sekali untuk riak), tapi mahu memberikan contoh yang sebenar.

Gandakan Pendapatan Anda

Jangan hanya terhad kepada satu perkhidmatan sahaja atau jangan buat semua kerja seorang diri. Jika anda mahu pergi lebih jauh, wujudkan banyak servis dan untuk buat banyak servis, anda perlukan rakan perniagaan.

Untuk memudahkan kefahaman anda, saya suka mengambil contoh servis design sebab ramai yang buat servis ini. :)

Katakan anda buat macam-macam design dari banner, ebook, 3D, design laman web, grafik web dan sebagainya. Apa kata kalau buat begini:

Pecah-pecahkan perkhidmatan itu kepada segmen yang khusus. Contohnya:

1. Laman web khas untuk servis design banner

2. Laman web khas untuk servis design web

3. Laman web khas untuk servis ebook cover

Seeloknya setiap projek itu menggunakan satu nama domain yang unik. Ingat, kita yang ‘small business’ ni perlu mengamalkan konsep kecil sebegini untuk bersaing dengan big player (perniagaan yang besar).

Dan kemudian, sama ada anda melakukan semua kerja untuk servis itu atau mungkin satu atau dua dari projek itu diurus oleh ‘pembantu’ anda (rujuk tip mengenai pembantu di atas).

Apakah kelebihan mewujudkan web khas untuk setiap servis?

Ia lebih berkesan sebab ia unik dan tidak bercampur aduk dengan bermacam-macam servis. Para pelanggan pun tidak pening-pening sebab mereka hanya mahukan servis banner, bukan servis lain. Jadi, mereka mudah untuk order dan sebagainya melalui laman web khas servis banner itu. Inilah strategi Niche Marketing namanya. “Tidak meletak banyak biji telur dalam satu bakul”.

Selepas mereka menjadi pelanggan anda untuk design banner katakan, kemudian beritahulah kepada mereka begini, “kami juga menyediakan khidmat design ebook cover, minisite dan juga logo. Jika berminat, sila hubungi kami. Pelanggan sedia ada akan mendapat potongan harga 20%”. Ini dikatakan sebagai “cross promotion”.

Sekian dahulu untuk kali ini. Saya menulis tip di atas dalam tak sampai sejam. Rasa tidak selesa jika tidak menulis dalam sehari. ;) Dan saya sekarang sedang sedikit sibuk untuk menyiapkan beberapa projek dan juga kerja yang perlu disiapkan.

Salam maju jaya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. starline says:

    Salam Zul,

    Bagi saya,pembantu ni bukan seperti kuli tapi rakan perniagaan.Perkongsian la bagi saya.Bagus sebab selain memudahkan kerja dapat juga menambahkan lagi idea untuk memajukan lagi perniagaan.

    Mungkin rakan kongsi tu ada idea yang lebih bernas dan boleh bertukar pendapat.

  2. taiping_online says:

    hoho.. memang btul! saya pun letih buat sengsorang servis… nak tolak order rasa cyg… tapi, nak amik rasa berat! :neutral:

    bab laman web tu, saya rasa memang patut ada… cuma sebenarnya dia x brape bnyk kasi income bagi service writing. kalo cam servis design tu, maybe banyak. tapi kalo writing, x bnyk. better promote kat forum :)

  3. Raymond says:

    Terima kasih kepada Zul yang berkongsikan tip yang menarik ini.

    Ada sesuatu yang saya belajar daripada Jay Abraham yang saya hendak tambah di sini.

    Jika pelanggan anda meminta perkhidmatan yang berada di luar skop servis anda, anda boleh rekemenkan pelanggan itu kepada kawan anda yang memberikan perkhidmatan tersebut.

    Jika rakan anda mempunyai pelanggan yang memerlukan perkhidmatan anda, saya yakin beliau akan rekemenkan pelanggan itu kepada anda.

    Misalnya semasa saya minta akauntan saya rekemenkan seorang peguam bagi saya, tanpa berfikir panjang, beliau terus syorkan kawannya yang merupakan seorang peguambela kepada saya.

    Fikirkan, jika ada pelanggan yang minta peguam itu untuk rekemenkan seorang akauntan, siapakah agaknya yang anda rasa peguam itu akan rekemenkan?

    Saya harap perkongsian saya ni membawa manfaat kepada pembaca sekalian. :smile:

  4. Encik Dlie says:

    Itulah bestnya bila ada rakan kongsi dari internet ini.. kalau sebelum ni kita rekemenkan servis pada rakan kita, tak mustahil satu hari nanti rakan kita akan rekemenkan servis kita pula pada customer mereka..

    win win situation… x rugi sebenarnya kan… :wink:

  5. haris says:

    Salam,

    Nak cari pembantu yg betul2 ideal dengan kita cmner yer? Dalam bab saling membantu ni saya setuju, saya juga pernah mencadangkan nama orang lain untuk membeli barang yang saya kehabisan stok

    • AzamWahid says:

      antara tip saya: bermula dari diri kita sendiri dahulu; be honest dan ramah. juga, sedari bahawa tidak ada kerugian langsung berbuat kebaikan. insyaALLAH, rakan-rakan seperjuangan yang dicari-cari akan kunjung juga. :smile:

  6. AzamWahid says:

    Hi semua. :smile:

    thanks Sifu Zul. tip kali ini adalah amat baik sekali. terutamanya, ia amat bagus dan sesuai kepada mereka-mereka yang ada lagi komitmen yang lain (orang yang berjaya dan yang akan berjaya pastinya banyak komitmen yang dipikul bukan?)

    saya sangat sangat sangat setuju dengan pandangan Sifu Zul akan ‘semakin banyak yang kita beri, semakin banyak yang kita dapat’. sebenarnya, ini adalah antara hukum karma kehidupan ini sendiri. tetapi, hanya mereka yang menyedarinya sahaja yang akan dapati kehebatannya. kesian mereka yang tidak. saya banyak post kan hal-hal sebegini dalam laman blog saya.

    pada hal matlamat pemasaran, saya boleh simpulkan sebegini: jika senjata kita adalah pistol, biarlah sasarannya hanya satu matlamat. tetapi jika senjata kita adalah mesingan, sasaran matlamatnya boleh menjangkau lebih daripada 1 matlamat. yang penting di sini: jangan sediakan dahulu ‘senjata’ itu, tetapi, kenalpasti dahulu sasaran yang mahu ‘ditembak’. nah, mudah bukan? :smile:

    PS: kata hikmah dari saya, ‘hidup ini adalah network dan network adalah hidup itu sendirinya’. :smile:

    PPS: konsep cross promotion amat berkesan kepada semua cabang! Pelanggan yang sedia ada akan tersedia ada selama mungkin! dan sedarilah, bisnes yang berjaya adalah terhasil daripada lebih 70% daripada pelanggan-pelanggan yang sedia ada!

    = http://www.AzamWahid.wordpress.com =

  7. Saya bersetuju dengan pendapat zul..
    tp saya seringkali menghadapi dilema..
    Ramai gak kawan2 yang mula2 nya berminat nak buat ebiz tapi bila dah saya desentralize tugas dia taknak buat@ buat sambil lewa..
    Saya pun malas nak jdikan dia partner …
    2 la masalah yang sllu saya hadapi..
    bukan skali, tapi banyak kali..

    • smartzul says:

      Tip saya, mulakan dengan tugas-tugas yg mudah bagi mereka. Ini yg saya lakukan. Kalau saya nak ‘didik’ seseorang mengenai ebiz, saya akan bagi ‘task’ yg dapat dan mampu dia buat.

      Ini amat penting agar dia dapat ‘rentak’ dan membina minat dalam diri dia. Dan dari situ juga kita boleh tahu, kalau benda kecil dah fade up, means benda besar apatah lagi. ;)

      Satu lagi, kita kena pandai dan tahulah memilih orang. Wrong person, kita yg sakit kepala. Tak salah memilih-milih, tapi jgn cerewet sangat. Hehe..

      • Saya ni dah biasa keja ngan banyak orang..
        saya paham..

        Saya tau bagi orang2 yg mula2 nak berjinak ngan ebiz ni, dorang perlukan masa utk adapt knowlegde baru…dan saya pun tak pernah bagi keja2 yang berat..saya bg keje2 yang simple2 je…
        tp dorang wat sambil lewa..

        saya bukan cerewet…i can’t aspect more but i 2 too look ur determination…
        tak salah kalau tak tau..tak salah kalau buat silap…

        yang salahnya bila takmau blaja & buat2 pandai..
        :grin:

      • Saya ni dah biasa keja ngan banyak orang..
        saya paham..

        Saya tau bagi orang2 yg mula2 nak berjinak ngan ebiz ni, dorang perlukan masa utk adapt knowlegde baru…dan saya pun tak pernah bagi keja2 yang berat..saya bg keje2 yang simple2 je…
        tp dorang wat sambil lewa..

        saya bukan cerewet…i can’t aspect more but i wanna look is ur determination…
        tak salah kalau tak tau..tak salah kalau buat silap…

        yang salahnya bila takmau blaja & buat2 pandai..
        :grin:

    • pyan says:

      :grin: try me. u bagi semua bahan dan cara buat kerja dari A-Z dan kemungkinan-kemungkinan yang timbul dan cara selesaikan masalahnya. Dalam designing je la. projek yang pertama tanpa upah, pastu u nilai la. 2nd projek bayar le.

      train me. :lol:

  8. anak muda kelate says:

    tak tahu nak komen apa… just stay tune!

  9. Han says:

    slmt pg zul dan semua,
    huh 3 hari tak tinggal komen kat blog zul ni…
    meriah juga topik ni…

    betul kata raymond tu…
    ramai yang berkira tak bertempat…
    mcm zul kata, kalau kita memberi secara iklas, mesti ada balasan yang dtg walau kita tak mengharapkannya…

    han

  10. randavi says:

    Klu perniagaan itu terlalu maju, masalahnya tak dapat nak penuhi permintaan pelanggan, so cari pembantu adalah satu kemestian, lainlah klu komputer tu cam robot, pandai buat sendiri.

  11. wahh…smart zul makin mantap skang…betul kate saudare smart zul tu…
    kami pun tgh nk buat projek JV ngn partner..
    hope fully akan berhasil..Insyallah… :smile:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.