Tip JV Advance: Eksklusif

Jika kita menyebut JV untuk pelancaran mana-mana produk baru, maka bagi saya ia perlulah eksklusif untuk rakan-rakan JV yang bakal menyertai promosi pelancaran.

Pertama sekali, kita perlu jelas beza di antara Affiliates dan JV Partner. Kedua-duanya nampak sama, tetapi jauh berbeza. Apabila kita jelas, maka barulah kita akan mengutamakan ciri-ciri eksklusif ini.

Bagaimanakah JV berbentuk eksklusif tersebut? Berikut adalah beberapa cadangan:

1. Bantu daftarkan maklumat rakan JV di sistem affiliate selepas mereka menyatakan persetujuan menyertai promosi pelancaran produk. Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat mereka? Ada dua cara:

  • Minta dengan mereka.
  • Rujuk rekod sebelum ini (jika ada).

Membantu pendaftaran akaun affiliate walaupun ia perkara remeh, tetapi kebanyakan usahawan internet yang sibuk mungkin terlupa untuk mendaftar. Jadi permudahkan mereka.

Cadangan pertama ini bagi kes penggunaan sistem affiliate yang kebanyakan orang gunakan sekarang. Jika sistem affiiate berpusat, maka rakan JV boleh login dengan rekod sebelum ini (jika mereka telah mendaftar). Bagi yang belum, kita boleh daftarkan untuk mereka.

2. Sediakan bonus cadangan untuk mereka. Cara ini jarang dilakukan oleh kebanyakan IM di Malaysia. Dahulu, ada seorang usahawan internet senior mempraktikkan cara ini tanpa pengetahuan ramai. Beliau senaraikan produk bonus dan rakan JV perlu memilihnya. Kemudian beliau upload ke server sendiri, atau rakan JV sendiri juga boleh upload ke server masing-masing.

3. ‘Create’ subdirektori atau subdomain untuk rakan JV, kemudian ‘redirect’kan dengan link affiliate mereka. Cara ini lebih baik daripada memberikan mereka link affiliate yang panjang dan kemudian mereka ‘cloak’ sendiri link tersebut. Permudahkan mereka dan berikan mereka solusi yang profesional.

Contoh:

Link affiliate panjang:

http://www.bloggingsteps.com/kit/index.php?ref=smartzul

Link affiliate pendek dan profesional: http://bloggingsteps.com/smartzul

Mungkin akan dipersoalkan keberkesanan promosi mereka (kehilangan komisen). Jika begitu, sediakan sahaja kepada mereka kod redirect yang mana mereka hanya perlu upload sahaja ke hosting mereka tanpa perlu buat sendiri kod tersebut.

Atau cara yang saya lakukan, para prospek tidak akan boleh mengakses laman jualan secara terus tanpa ada kod eksklusif (username rakan JV) pada URL. Cara ini adalah teknikal, namun saya ada mempraktiknya. Jadi mahu tidak mahu, mereka perlu mengakses laman web jualan melalui link rakan JV. Cara melakukannya adalah menggunakan sedikit ‘coding’ PHP.

Jika mahu melihat contoh teknik berkenaan, cuba klik URL berikut. Lihat apa yang berlaku:

URL tanpa kod: http://smartusaha.com/cubaan/index.php

Ada kod: http://smartusaha.com/cubaan/index.php?c=jv

4. Jumlah rakan JV tidak perlu terlalu ramai. Jika terlalu ramai, ia sudah tidak dipanggil eksklusif. Lagi mengenai IM senior tadi, beliau hanya menjemput dalam sekitar 5 orang rakan JV sahaja dan meraih hasil lebih RM10,000 dalam masa seminggu. Bagi saya, lagi sedikit lagi eksklusif, lagi mudah berkomunikasi dan lagi hebat layanan kita kepada mereka.

Realiti yang selalu kita lihat, peluang JV dibuka tanpa had malah mencecah sehingga puluhan orang. Ia tidaklah salah, namun peluang untuk rakan-rakan JV itu bekerja dengan bersemangat akan berkurangan. Ia kerana persaingan terlalu tinggi. Selain itu, sudah semestinya peratusan perhatian kita terhadap rakan JV akan berkurangan jika memfokus kepada jumlah rakan JV yang besar.

Memang hadiah dan komisen menjadi salah satu sumber motivasi mereka untuk mempromosi. Tetapi sebenarnya, bukan itu yang rakan JV mahukan. Mereka mahukan ruang yang EKSKLUSIF. Sehinggakan satu tahap, mereka adalah bakal rakan JV berpotensi setiap kali kita ada produk baru untuk dilancarkan.

5. Sebaik-baiknya berkomunikasi secara peribadi dan elakkan menghantar emel secara pukal kepada semua rakan JV. Namun lihat juga kepada jenis informasi. Jika ia umum, maka boleh dihantar sekaligus kepada semua rakan JV. Perhubungan secara peribadi lebih terbukti berkesan.

6. Sediakan artikel, emel dan laman ulasan (review) KHAS (unik) untuk setiap rakan JV. Ini sudah semestinya hanya boleh dilakukan jika jumlah rakan JV tidak ramai. Lagi mengenai IM senior tadi, beliau melakukan cara ini. Yang hebatnya, beliau menulis mengikut ‘stail’ penulisan bagi setiap rakan JV agar promosi lebih berkesan. Kaedah ini lebih bagus berbanding menyediakan template artikel dan emel yang tidak unik (umum).

7. Jika menggunakan kaedah viral marketing seperti ebook rebranded, maka rebrand-kan ebook itu untuk mereka. Elakkan memberi perisian rebrand kepada mereka dan merkea install di komputer, kemudian rebrand sendiri. Lihat, berapa banyak langkah yang mereka perlu lakukan? Ia sedikit sebanyak menyusahkan mereka.

8. Tanya mereka apa yang mereka perlukan. Sebaliknya, jangan 100% berharap kepada mereka melakukan promosi sendiri-sendiri walaupun mereka pakar dalam promosi. Mungkin rakan JV itu amat mahu mempromosikan produk kita, tetapi akibat kekangan kemahiran teknikal atau masa, lantas mereka mempromosikan secara ala kadar dan tidak fokus.

Kesimpulan

Artikel ini hanya sekadar cadangan sahaja. Tidak semestinya perlu diikuti. Jika difahami sebaik mungkin, yang cuba disampaikan oleh artikel ini adalah mengenai EKSKLUSIF. Jika mahu lakukan JV seperti yang biasa dilihat dan dilakukan, teruskan sahaja.

Melakukan perkara-perkara di atas memerlukan kesabaran dan kemahuan yang tinggi. Ia mustahil boleh dilakukan oleh mereka yang hanya melihat keuntungan semata-mata semasa pelancaran produk. Padahal, perkara-perkara seperti di ataslah yang sebenarnya membuatkan rakan JV rasa dihargai, bukan hanya komisen dan hadiah.

Mengadakan promosi dengan jumlah rakan JV yang terhad banyak lebihnya. Salah satunya adalah orang ramai merasakan produk yang dilancarkan itu TERLALU istimewa dan bernilai kerana tidak ramai orang mempromosikannya. Sangkaan itu akan lagi kuat jika rakan-rakan JV terdiri daripada mereka yang bukan calang-calang orangnya (mempunyai kredibiliti).

Rakan JV perlulah dilayan dengan baik, profesional dan eksklusif. JIka tidak mampu melakukan semua perkara di atas, paling kurang JANGAN sesekali melihat atau melayan mereka seperti TUKANG PROMOSI yang diupah. Mereka bukan tukang promosi, tetapi mereka adalah rakan bisnes.

Bisnes adalah untuk jangka masa panjang. Jangan pendekkan riwayat bisnes semata-mata mahukan keuntungan dengan mudah dan singkat. Perniagaan juga ada seni dan pantangnya.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Tip JV Advance: Eksklusif

  1. Artikel yang menarik, Saya selalu nampak teknik ini di gunakan oleh IM antarabangsa. Selalunya mereka buat sesuatu yang ekslusif untuk subscriber JV mereka. Teknik yang menarik.

  2. Teknik JV Ekslusif di atas adalah pilihan. Kita boleh melakukannya atau pun menggunakan teknik JV yang biasa sahaja. Bergantung kepada tujuan dan keadaan.

  3. Artikel ni memang ekslusif. Ramai gak yg keliru antara jemputan JV dgn jemputan jadi agen affiliate. Terima kasih zul..dan saya sangat bersetuju untuk jemputan JV tidak perlu terlalu ramai..memang ler mungkin keuntungannya lebih. Tetapi kalau dah ramai sangat dijemput dah tentu takdek ekslusifnya lagi..

  4. Terima kasih Tn Zul,
    Saya sertuju amat dengan nasihat ni,
    Jangan pendekkan riwayat bisnes semata-mata mahukan keuntungan dengan mudah dan singkat.

    Perniagaan juga ada seni dan pantangnya.

    nasihat seni dari usahawan berjaya kepada usahawan berjaya.

  5. Ramai orang cuba melakukan teknik JV tetapi dengan cara mengikut kaedah yang salah atau kurang efektif. Terimakasih atas artikel SmartZul ini. Semuga menjadi panduan untuk kita semua.

  6. Tip JV Advance ini memang bermanfaat, ia mengajar kita untuk lebih menghargai rakan JV kita sebagai seorang SAHABAT didalam saling mempromosikan produk/perniagaan masing-masing.

    Bukan sekadar SAHABAT ketika tempoh produk dilancarkan/dipromosikan, tetapi dalam erti kata lain SAHABAT dalam perniagaan yang sebenar. Syukran Tuan Zul untuk artikel yang berguna ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *