Tip Facebook untuk Usahawan

Terdapat tiga elemen utama di Facebook, iaitu Profile, Page dan Group. Setiapnya mempunyai kegunaan tersendiri, seperti cadangan berikut:

1. Facebook Profile – Untuk bina jaringan dengan usahawan lain. Kita akan mengenali usahawan lain yang mempunyai kepakaran tersendiri sama ada kita memerlukannya, ataupun yang klien kita perlukan.

2. Facebook Page – Untuk bina jenama, kredibiliti dan pengikut setia. Juga untuk menjual.

3. Facebook Group – Untuk kembangkan lagi jenama dan bisnes. Banyakkan perkongsian di sana.

Tip fokus: Luangkan 5 hingga 15 minit sahaja untuk satu sesi online FB. Dalam tempoh itu, apakah perkara yang paling penting untuk kita lakukan? Tamat sahaja masa, terus keluar (logout) dan mulakan kerja lain pula.*

Jika perlu, buat senarai “to do” khas untuk aktiviti FB kita. Senaraikan yang utama sahaja. Tampal di hadapan meja kerja agar kita sentiasa ingat perkara yang perlu dan penting sahaja.

*Keperluan setiap orang adalah berbeza. Bagi mereka yang 100% berniaga di FB, mungkin mereka perlukan beberapa jam sehari. Pepatah berbunyi, “Ukur baju di badan sendiri.”

Dapatkan lagi tip-tip pemasaran Internet di sini: FB MohdZulfadli-IM

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Tip Facebook untuk Usahawan

  1. kdg2 tanpa kita sedari kita habiskan terlalu byk masa dgn fb..especially bg peniaga2 online spt sy. kene belajar nak setkan ms bila berfb supaya keje2 lain blh juga diselesaikan.
    tq 4 useful info 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *