Facebook Marketing 101 – Paling Penting!
Perkara penting yang wajib diawasi dalam setiap proses pemasaran di Facebook adalah:
- Apakah masa yang sesuai kita menulis post di FB?
- Bagaimana bentuk ayat post yang berkesan?
- Apakah ‘content’ yang sesuai?
- Berapakah kekerapan post dalam sehari?
- Siapakah yang Like page itu? – Umur, jantina dan lokasi.
Untuk perkara 1 hingga 4, tiada cara lain melainkan kita bereksperimen sendiri selain kita belajar dan dapatkan data daripada pihak lain.
Apabila kita mempunyai data khas untuk bisnes sendiri, maka lebih mudah kita mengatur langkah.
Tip: Gunakan FB Page kerana ia mempunyai aplikasi statistik untuk kita melihat data dengan lebih mendalam. Contohnya, umur, jantina dan lokasi mereka boleh diketahui melalui aplikasi itu. Data lokasi ‘user FB’ itu amat membantu kita membuat keputusan untuk kita lebih ‘turun’ ke mana bagi mencari bakal pelanggan.

Adakah tip kali ini amat ‘cool’?
ps. Saya dalam proses menyiapkan ‘Nota Pemasaran FB‘ dalam bentuk bercetak. Sesiapa yang mahu, nyatakan di ruangan komen atau melalui inbox, untuk saya hubungi kemudian.
Hal ini saya ada umumkan di sini: http://on.fb.me/notafbprint
(c) Hakcipta Terpelihara SmartUsaha.com. Copy & paste tidak diizinkan.
.








Nota pemasaran FB yang tuan catat selama ini waja dibukukan. Saya mahu satu
InsyaAllah tuan. Saya akan hubungi tuan.
Memang COOL tips kali ni
Terima kasih Tuan Zairi.
Saya mahu juga!
Terima kasih!
terbaek..nak jgk..berbayar ke??
Semestinya berbayar. InsyaAllah berharga rendah termasuk kos pos.