Tujuh Tip Mudah Bisnes Ebook Tapi Menguntungkan

Pada kali ini saya ingin kongsikan tujuh tip mudah tapi menguntungkan di dalam menjual ebook di internet.

Tip 1. Design

Kebanyakan projek saya, saya akan tempah awal-awal design ebook cover, minisite dan juga grafik yang berkaitan.

Bagi anda yang ingin memulakan bisnes ebook, fikirkan topiknya dan kemudian senaraikan apakah kandungan di dalam ebook itu nanti.

Selepas dapat idea, hubungilah mana-mana designer untuk menempah design bagi projek anda. Biasanya, saya berikan sahaja info projek ebook saya. Dari situ, designer akan dapat idea untuk merekabentuk design bagi projek anda.

Untuk senarai designer, sila klik di sini. Atau anda boleh lihat di forum WangCyber.com (klik di sini). Mereka semua kebanyakan adalah designer yang berpengalaman.

Penting: Sebelum mula melantik designer untuk projek anda, lihat dahulu contoh design mereka.

Tip 2. Penulisan Ebook

Untuk menulis Ebook, ia tidak boleh ditulis sambil suka-suka apa sahaja yang nak ditulis. Maka sebab itu kebanyakan orang tak siap-siap ebooknya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah menyenaraikan dahulu isi kandungan yang akan anda tulis. Mulakan dengan tajuk-tajuk besar dan kemudian setiap tajuk itu disenaraikan pula beberapa sub-tajuk.

Bila dah ada isi kandungan, kekal (stick) pada senarai tersebut. Jangan fikir lagi tajuk-tajuk yang lain. Siapkan dulu apa yang ada. Daripada senarai itulah anda akan mudah untuk menulis dan mengkaji. Maka, tulislah sampai siap.

Tip 3. Layout dan Proof Reading

Saya tak pernah upah orang lain buat kerja ni sebab saya memang suka semak sendiri-sendiri. Untuk layout ebook, setakat ini saya tak buat layout. Terserah. Jika anda nak buat layout, maka ia lebih bagus sebab tidak membosankan pembaca.

Untuk design layout, anda boleh gunakan khidmat designer. Untuk khidmat proof reading, anda boleh rujuk member WangCyber berikut: Servis Proofreading.

Saya hanya menyarankan mereka dan tidak pernah menggunakan khidmat mereka. Tapi saya perhatikan, beberapa client mereka berpuas-hati dengan khidmat mereka.

Tip 4. Teknik Imej

Untuk menulis ebook dalam berpuluh muka surat, kadang-kadang ia sedikit sukar. Tapi ada satu cara untuk selesaikan masalah ini iaitu gunakan imej. Ebook yang hanya teks setebal 10 muka surat boleh jadi 25 muka surat jika diselitkan dengan Imej.

Malah, imej adalah satu komponen yang wajib dalam ebook. Jangan sekadar teks semata-mata. Nanti pembaca bosan.

Tip 5. Testimoni

Apabila draf ebook anda telah siap, hubungi beberapa kawan anda atau sesiapa yang berkaitan dan berikan mereka satu salinan ebook yang telah ditukarkan formatnya kepada PDF. Minta mereka berikan pendapat dan juga testimoni.

Jika boleh, minta mereka kritik dan berikan pandangan selain memberikan testimoni. Dari situ anda boleh perbaiki ebook sebelum mula menjualnya. Malah ini menjadi satu sumber keyakinan anda untuk melancarkan jualan ebook anda.

Tip 6. ‘Pre-launch’

Proses menyiapkan ebook biasanya mengambil masa yang lama. Bergantung kepada topik dan juga masa yang penulis ada. Katakan satu ebook satu bulan.

Di dalam tempoh satu bulan itu, anda sebenarnya sudah boleh melakukan pre-launch bagi mendapatkan emel prospek.

Anda boleh berikan ebook percuma, artikel percuma, video percuma dan apa sahaja yang boleh ‘membakar’ minat prospek. Ini amat penting.

Contoh laman web sebelum produk berbayar dilancarkan:

http://banner.malaysiasoho.com (contoh sahaja)

Jika saya ada dalam 500 orang di dalam autoresponder saya dan saya jual ebook berharga RM37.00, maka hasil yang saya akan perolehi jika 20 orang membeli adalah sebanyak RM740.00.

Saya tak nak bagi contoh hasil yang besar-besar. Nak dapat empat angka (ribuan) dalam beberapa jam tak mustahil jika kena caranya.

Jadi, kumpullah emel dengan menggunakan Getresponse.com.

Tip 7. ‘Launch’

Tiba hari pelancaran. Kebanyakan orang amat susah untuk mendapat hasil di dalam penjualan di internet. Secara normal, daripada 100 orang akan ada 1 pembeli.

Untuk mempercepatkan hasil jualan, sudah semestinya kaedah email marketing adalah jawapannya. Sila rujuk tip No. 6 di atas. Dengan hanya sekali klik, beribu-ribu orang akan menerima emel anda. Itu pun jika anda berusaha secara bijak bagi perkara ke-6 di atas.

Dapatkanlah Getresponse.com. Kosnya dalam RM62.00 sahaja sebulan. Jangan guna autoresponder percuma jika tidak mahu menyesal. Kemudian, dapatkan ebook panduan Getresponse di sini secara percuma.

Itulah beberapa tip ringkas memulakan, memproses dan menjual ebook di internet. Tip di atas tidak mengikut turutan, tapi sekadar menyatakan hal-hal yang saya sendiri melakukannya.

Contoh Ebook

Berikut adalah dua contoh Ebook saya:

Pakej Kit Blogger

Pakej Kit Blogger

http://bloggingsteps.com/kit

Kelebihan Menjual Ebook

  1. Anda hanya perlu berusaha kuat pada mulanya sahaja.
  2. Pendapatan adalah pasif tanpa meluangkan masa yang banyak.
  3. Mudah dimulakan. Modal rendah.
  4. Boleh buat bisnes di mana sahaja, pada bila-bila masa.
  5. Boleh diautomasikan.

Hukum Menjual Ebook?

Ramai yang sangsi, ragu dan wasangka dengan bisnes Ebook. Hakikatnya, tanyalah mana-mana ilmuan Agama, mereka akan jawab begini:

“Juallah apa sahaja di Internet. Selagi ia halal, tiada praktik riba, tidak menindas, tidak menipu dan lain-lain yang dilarang Agama, maka hukumnya adalah harus (boleh). Penjual hendaklah menunjukkan atau memberitahu secara menyeluruh apakah yang dijual”.

Anda boleh rujuk di sini: Hukum Perniagaan Dalam Internet

Pendek kata, berniagalah apa sahaja, selagi ia LULUS SYARIAT, maka ia boleh. Jangan memandai-mandai untuk haramkan sesuatu. Internet hanyalah medium semata-mata. Sama seperti TV, Radio, Telefon, Pos dan lain-lain. Jangan anggap medium internet adalah berbeza.

Sebagai contoh adalah Astro. Anda perlu bayar untuk menonton siarannya. Anda hanya boleh tonton, dengar dan lihat. Tapi tak boleh pegang, rasa dan hidu. Begitu juga ebook (produk digital).

Contoh lain? Akhbar versi digital seperti Utusan dan Berita Harian. Anda perlu bayar untuk mengakses sepenuhnya. Begitu juga dengan servis ringtone, MMS dan sebagainya. Ia tidak dapat disentuh, tapi anda perlu membayarnya.

Maka begitu juga dengan Ebook. Adakah perkara-perkara ini semua berbeza? Sudah tentu tidak. Semuanya tidak boleh disentuh dan dirasa, tapi ia perlu dibayar untuk memilikinya.

Bagi saya mudah. Yang baik tetap baik. Tapi kalau menipu orang, itu jelas haram. Dalam laman web, beritahu secara jelas apa yang ada dalam Ebook atau perkara yang akan disentuh. Kalau bagi sample atau isi kandungan lagi bagus.

Jadi apa tunggu lagi? Usahawan lain dalam senyap ‘kaya-raya’ dengan menjual produk informasi. Jangan hanya menjadi penonton jika di hati anda mahu turut sama melakukannya. πŸ™‚ 1

Apa pun bagi saya, segala-galanya bermula daripada niat. Kalau niat nak kaya raya di dunia, itulah yang kita dapat. Kalau nak senang hidup dan mendapat redhaNYA, itulah yang kita dapat. Niatlah yang baik-baik, insyaAllah ALLAH akan bantu kita.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Tips 1 tu saya memang selalu guna. Design akan keluar dulu,dan akan buat press release dulu baru siapkan ebook. Dengan cara ni, akan buat kita lebih bermotivasi untuk menyiapkan ebook. πŸ™‚

  2. Pemikiran segelintir rakyat Malaysia masih di takuk lama. Ada yang masih belum tahu apa itu ebook? Malahan ada yang sangsi dan ragu-ragu untuk membeli ebook dan berurusan secara online. Nak buka ebook pun tak tahu. Golongan IM saja yang gemar membeli ebook. Pada saya ini adalah satu cabaran dalam penjualan ebook.

    • Kalau kita berinteraksi dgn mereka yg sukar memahami, jangan cakap EBOOK, tapi gunakan perkataan BUKU.

      Bukan takat Malaysia, bahkan luar negara pun sama. Armand Morin pernah bg tip. Katanya kalau nak komunikasi dgn org biasa2, guna perkataan BUKU.

  3. Tip yang bagus untuk newbie. Untuk yg masih kabur bagaimana langkah2 atau pun tip untuk buat ebook dan juga cara memulakan promosi, ini adalah tip yang bagus.

      • nampaknya kena selongkar lagi blog ni… πŸ˜€

        blog ni memang best untuk diselongkar-selongkar… pahala Zul pun bertambah-tambahlah lagi hendaknya… insyaALLAH, aminnn… πŸ™‚

        p/s: saya pernah selongkar-selongkar blog ini sahaja lebih 3 jam! hoh! tapi… ia amat berbaloi! thanks a lot Zul! πŸ™‚

  4. Terima kasih Zul kerana memberi tips2 di atas.

    Boleh dijadikan panduan bagi mereka yang nk mulakan projek ebook.

  5. Bisnes ebook sememangnya antara cara nak dapat passive income dengan mudah, cuma di awalnya sahaja kena bersungguh-sungguh usaha.

  6. what a great simple post! thanks a lot Zul… πŸ™‚ rata-rata… kalau amalkan asas-asas ini sahaja, insyaALLAH, sudah dapat merasa hasilnya…

    teruja dengan tip 2, 5, dan 6. πŸ™‚

    tip 2: penulisan ebook
    ada rakan saya berpesan… selepas 24 jam kita siap tulis (samada siap satu-satu bab atau sub-bab atau keseluruhannya), periksa semula penulisan kita tu. kerana ia adalah masa sebaiknya untuk mencambahkan lagi idea menulis lagi dan lagi. malah, dalam tip ini, ada pendapat yang mengatakan, masa 6 minggu (untuk periksa semula penulisan kita tu) adalah lebih baik! nak tahu keberkesanannya… cubalah amalkannya…

    tip 5: testimoni
    bab ni… ramai IM tempatan yang tak explore dan kuasai betul-betul! cuba lihat sahaja kepada minisite pakej kit blogger dan Rahsia10K.com misalnya… lebih 50% kandungannya adalah kepada testimoni! bab ni sebenarnya adalah amat penting sekali dalam pemasaran ebook. cuba fikirkan… kita ada 2 pilihan: iaitulah (1) berJV dengan nama-nama besar; mereka akan beri testimoni dan mereka akan berusaha mempromosikannya juga dan (2) mengharapkan nama-nama besar untuk membeli produk kita; tetapi tidak memberi testimoni dan tidak bersama berusaha mempromosikan produk kita. nah! mana pilihannya…? oh ya, saya pernah dapat makluman daripada seorang rakan IM, yang kekadang, pembaca akan hanya membaca dan membuat keputusan semata-mata dengan membaca daripada testimoni nama-nama besar yang mereka kenali! hoh!

    tip 6: ‘pre-launch’
    bab ni… sangat ramai yang tak buat! hmmm… entahlah, samada mereka tidak beli lagi Rahsia10K.com atau masih tidah mahu amalkannya… ya! bab ni ada disentuh dalam ebook team FlareBiz tu…! sepertimana Zul teruja dengan penangan terkini mereka (NiagaKit.com), sebegitulah juga saya teruja dengan ilmu yang dikongsi mereka kepada bab pre-launch ini… poin terpenting dalam bab ini adalah usaha kita ke arah mendapatkan targeted market! bab memberi apa-apa sample percuma seringkali sahaja akan mengujakan! percayalah!

    bab launch ni pun… bab tarikh pun penting juga. sedikit sebanyak, kita perlu ada ilmu dan pengetahuan kepada bab ni. sesuatu yang berada pada masa yang sesuai (dan tempat dan keadaan yang sesuai) adalah amat menguntungkan sekali! heheheh… Zul mesti faham bab ni… ada kaitannya dengan MyTarikhLahir.com. πŸ™‚

    hmmm… bila Zul bicara bab hukum tu… saya sadis seketika… kekadang, ada rakan-rakan kita, yang namanya sahaja pada nama Islam, tetapi amat tidak mengendahkan perkara yang amat asas dan kritikal ini! dalam bab ni… hanya tuan badan yang dapat tentukan dengan sebaiknya…

    wah! Zul akhiri post ini dengan baik sekali! ya! segalanya adalah bermula dengan niat! amat benar sekali…! emmm… sedikit tip daripada saya: niat yang baik (walaupun belum melaksanakan ia lagi), akan terus dapat ganjaran daripada NYA. jadi… jom kita mula berniat baik-baik! πŸ˜€

    p/s: oh ya… teruja juga dengan tip 3! heheheh… πŸ˜€ thanks Zul…

    p/p/s: mungkin, kalau Zul nak tambah lagi tip (tip 0), cadangan saya adalah kepada poin niche. bab ni sebenarnya ramai yang tidak explore sebaiknya. lagi-lagi dengan lambakan panduan IM sahaja di sana sini… tetapi, jarang kepada niche-niche lain. misalnya, niche novel. pada saya, kalau novel masih lagi mampu memegang ranking tertinggi di dalam dunia buku, ia tidak mustahil untuk mencapai ranking yang sama di dalam dunia maya ini! shhh… saya memang dalam proses niche ni… πŸ˜€

  7. Pingback: Isu: Keuntungan Maksimum Dalam Islam | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

  8. sy ni dah lama keje tapi takut nak cuba sesuatu yang baru… dan saya minat nak mencuba ebook ni…. tapi ada istilah yang sy tidak faham… sy minat menulis dan membuat article… sy harap smartzul boleh bantu saya… 019-2350250 sy harap smartzul sudi membantu…

  9. Pingback: 24 Sebab Mengapa Saya Suka Menulis Ebook | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet