Tip Berkesan Joint Venture

Kaedah Joint Venture (JV) adalah kaedah yang amat berkesan untuk menghasilkan jualan yang besar dalam masa yang singkat. Sebab itulah ramai yang amat berminat dengan kaedah ini setiap kali ada produk yang baru untuk dilancarkan.

Kita perlu melihat secara positif kaedah ini kerana ia dalam maksud yang lain adalah TOLONG-MENOLONG antara satu sama lain. Jadi, kita patut gembira melihat usahawan-usahawan mempromosikan produk mereka antara satu sama lain. Ia satu perkara yang baik, malah digalakkan dalam Agama.

Teruskan membaca…

heroes_wonder_pets

Sumber: http://www.wonderpets.co.uk/images/heroes_wonder_pets.jpg

Soalnya, mengapa sesetengah usahawan internet tidak berjaya “memikat” usahawan internet lain untuk membantu mempromosikan produk mereka? Banyak sebabnya. Dan dalam artikel ini, saya senaraikan beberapa sebab atau tip cadangan.

1. Tidak Membina Persahabatan

Apakah reaksi anda apabila anda menerima emel daripada seseorang yang tidak anda kenali? Contohnya seperti berikut:

Salam bro. Boleh kita JV tak?

Anda jangan ketawa kerana ia adalah benar. Saya banyak menerima undangan JV seringkas sebegitu. Dengan nama tidak diberitahu, apa produknya, malah cadangan JV pun tidak dinyatakan, jadi apakah alasan yang kuat untuk saya terima undangan JV itu?

Saya juga banyak menerima emel tanpa bernama. Jadi saya tidak tahu nak panggil mereka apa. Puan ke? Cik ke? Ya lah, saya tidak tahu apa jantina mereka. Saya pernah berkomunikasi dengan seorang forumer di WC. Saya ingatkan dia lelaki, tapi rupanya isteri orang. Hoho.. πŸ˜€

Langkah pertama ke arah membina jaringan kerjasama dengan usahawan lain adalah dengan MEMBINA PERSAHABATAN terlebih dahulu.

Kenalkan dahulu diri kita, sokong usaha mereka dan JANGAN kritik mereka. Mereka pun manusia biasa juga, tak terlepas daripada kesilapan. Begitu juga kita, ada salah silap juga. Jadi jangan anggap kita “malaikat” dan orang lain “pesalah”. Jika kita kritik mereka, sudah pasti mereka amat tawar hati untuk bekerjasama dengan kita.

Cara membina persahabatan amat banyak. Cuma cepat dan lambat sahaja… Mungkin anda boleh rujuk buku yang berkaitan dengan komunikasi terutama komunikasi bisnes.

2. Beri Dahulu, Terima Kemudian

Ramai yang nak mudah, mereka hanya terus meminta. Sepatutnya kita perlu memberi dahulu sebelum menerima. Memberi ini banyak caranya. Contohnya menyokong usaha mereka, support mereka kalau ada pihak yang buat fitnah, jadi affiliate kepada produk mereka dan promosikan bersungguh-sungguh dan banyak lagi kaedahnya.

Lama kelamaan, kesungguhan anda itu mendapat perhatian mereka dan kelak mereka tidak banyak masalah untuk menerima jemmputan JV anda. Bak kata pepatah, “orang berbudi, kita berbahasa”. Apa pun, lakukan dengan ikhlas dan jangan pula dengan niat mereka membalas. InsyaAllah, kalau kita ikhlas, pasti ada balasannya.

Jadi, sebelum mengata orang lain tak nak bantu kita, atau kata mereka ego atau sombong, cuba kita tanya diri kita dahulu, “apa yang telah aku lakukan sesuatu untuk dia?” Kalau tak ada, jangan cakap apa-apa sebab kita pun sama saja tak bantu mereka. πŸ™‚

3. Bersangka Baik

Sebagai seorang Islam, kita perlu bersangka baik kepada orang lain. Kalau mereka tidak balas emel jemputan JV kita, kita perlu berfikir positif dan bersangka baik. Lagi-lagi emel itu emel jemputan JV pertama kita kepada mereka.

Saya pernah ceritakan yang saya dulu tidak membalas emel JV beberapa IM. Tapi mereka tidak berputus-asa dan terus menerus menghubungi saya untuk pelancaran produk mereka.

Mengapa saya tidak balas emel mereka pada awalnya? Sebab saya sibuk dengan projek saya sehinggakan saya terlupa untuk membalas emel dan tiada masa terluang untuk membantu.

Tapi disebabkan mereka tidak berputus-asa dan amat profesional dalam komunikasi bisnes, maka saya terima undangan JV mereka itu.

Jadi, jika anda seorang yang positif, anda tidak akan berputus-asa dan terus menerus mencuba. Malah anda akan dilihat sebagai seorang yang yakin pada diri sendiri dan amat yakin terhadap produk anda. Jika anda sendiri tidak yakin, bagaimana rakan JV akan meyakini anda dan produk anda?

4. Cadangan JV (Proposal) Yang Tidak Akan Ditolak

Kertas kerja JV perlulah dihasilkan. Ia tidak perlu setebal kertas kerja seperti big company di luar sana. Beberapa muka surat pun dah cukup. Janji rakan JV faham dengan jelas perancangan pelan pemasaran atau pelancaran produk anda nanti.

Jika perancangan anda amat bagus, jelas dan tidak bersimpang siur, serta amat menarik minat usahawan tersebut, insyaAllah mereka akan berkata “YA, SAYA SETUJU!” Bahkan mereka terasa amat rugi jika tidak membantu promosi produk anda.

Apakah cara meyakinkan mereka? Antaranya:

1. Hasilkan produk yang “hebat” dan unik. Produk anda perlu benar-benar berguna kepada prospek mereka. Jika anda jual produk yang “cikai”, sudah pasti mereka tidak berminat.

Jadi, ceritakan kepada mereka bahawa produk anda benar-benar “hebat” dan bermanfaat kepada prospek mereka. Kalau anda tak yakin dan sendiri tak kata produk anda hebat, maka siapa lagi akan berkata sedemikian?

2. Komisen dan hadiah. Jangan kedekut berikan mereka komisen sekurang-kurangnya 50% daripada harga jualan produk. Jangan terlalu berkira-kira dengan rakan JV. Kalau beri lebih lagi bagus. Bukan apa, kalau anda beri komisen sedikit dan anda yang ambil lebih, itu seperti anda pentingkan diri anda sahaja.

Baik, anda juga boleh berikan hadiah yang membuat mereka teruja untuk mempromosikan produk anda. Jika mereka dapat tempat pertama, kedua atau ketiga (top 3), mereka akan dapat hadiah tertentu. Hadiah adalah salah satu faktor pemangkin motivasi mereka dalam usaha promosi.

3. Ini pula tip yang jarang anda temui. Kalau anda tak bagi hadiah pun tak apa. Anda boleh “arrange”kan sesuatu yang amat istimewa seperti melakukan projek bersama. Usahawan yang tahu bab leverage, sudah pasti amat suka melakukan projek secara bersama.

Jadi tawarkan kepada rakan JV, kalau mereka dapat hasilkan jualan yang paling banyak, anda akan lakukan projek bersama dengan mereka. Maksudnya, sebahagian tugas perlaksanaan projek itu nanti anda yang akan lakukan dan sebahagian lagi mereka akan laksanakannya.

ATAU, anda boleh tawarkan sesuatu kepada mereka seperti mencipta produk untuk mereka, interview mereka, lakukan sesuatu ‘kerja’ untuk mereka seperti menambah-baik laman web mereka, promosi percuma kepada list anda dan banyak lagi… Pendek kata, senaraikan beberapa perkara yang akan anda lakukan untuk mereka.

Kesimpulan

Saya rasa cukup dahulu tip JV pada kali ini. Strategi JV jika digunakan sebaik mungkin, anda boleh pergi jauh bukan hanya pada hasil jualan, malah perniagaan anda sendiri akan melonjak ke paras yang lebih tinggi. Bayangkan, jika anda membina sebuah jaringan yang baik dengan ramai usahawan, anda tidak akan mudah gagal.

Itulah lumrah alam. Siapa yang berseorang diri, tidak mudah untuk pergi jauh, malah tidak mempunyai ‘pertahanan’ yang kuat. Tapi bagi mereka yang mempunyai rakan usahawan dan jaringan yang ramai, itu adalah satu kelebihan, malah ia adalah satu kekuatan dalam bisnes.

Dan sebelum saya terlupa, Joint Venture BUKAN hanya untuk pelancaran produk. Ia lebih daripada itu. JV untuk pelancaran produk hanyalah 10% daripada skop joint venture. Perluaskan, jangan persempitkan. Dalam bisnes, kita boleh buat macam-macam perkara dengan usahawan lain. Bukan hanya launch produk sahaja.

Banyak lagi tip JV yang telah saya tulis di blog ini. Anda boleh baca beberapa artikel berikut:

1. Petua Mengambil Perhatian IM

2. Rahsia Puluhan Ribu Ringgit Sebulan..

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Tip Berkesan Joint Venture

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *