Tiga Tahap Perniagaan Internet

Terdapat tiga tahap perniagaan, iaitu:

  1. Memulakan bisnes
  2. Menstabilkan bisnes
  3. Mengembangkan bisnes

Pada tahap pertama, kita memerlukan banyak masa, tenaga dan kos untuk membina sebuah perniagaan. Ia umpama membina sebuah rumah dari membina tapak sehinggalah siap sebuah rumah yang boleh didiami. Pada peringkat permulaan, biasanya kita akan bermula seorang diri ataupun bersama seorang rakan niaga.

Pada peringkat kedua, katakan bisnes telah maju ataupun telah beroperasi dengan baik, salah satu aspek yang kritikal adalah jumlah pendapatan sentiasa stabil ataupun berada dalam kawalan. Pada ketika ini, apakah usaha yang boleh dilakukan agar perniagaan terus dapat survive dalam apa jua keadaan dan mendapat hasil yang sewajarnya.

Pada peringkat ketiga, iaitu di saat perniagaan telah stabil dan maju, ia perlu dikembangkan lagi agar hasil pendapatan dan keuntungan dapat digandakan. Jadi, apakah strategi yang boleh dilakukan? Mungkin melaburkan lebih banyak wang untuk pemasaran, membuka cawangan dan membuka bisnes yang berbeza tetapi masih dalam bidang yang sama.

Soalan cepu emas di sini adalah, selepas kita selesai melalui tiga tahap di atas, apakah yang akan berlaku seterusnya? Setiap sesuatu pasti ada kemuncak dan ‘akhirnya’. Saya akan berikan jawapannya dalam bahagian komen di bawah. 🙂

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Tiga Tahap Perniagaan Internet

  1. Soalan cepu emas di sini adalah, selepas kita selesai melalui tiga tahap di atas, apakah yang akan berlaku seterusnya?

    Jawapan: Lakukan inovasi dan pembaharuan / lakukan benda-benda baru. Contoh paling mudah, KFC. Mereka ubah menu ayam goreng mereka secara berkala. Buat iklan baru, pertandingan dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *