Tiga Kesalahan Terbesar Pada Surat Jualan

Saya menulis artikel ini adalah untuk diri saya sendiri dan juga untuk para pembaca semua yang mungkin boleh diguna pakai di dalam perniagaan internet.

Laman web jualan seperti laman web minisites adalah laman web promosi terhadap sesebuah produk. Di dalamnya kita menulis ayat-ayat “pujukan” (surat jualan) agar bakal pembeli meyakini produk yang kita jual tersebut.

Saya suka membaca surat jualan di laman web orang lain, malah saya simpan sebagai swipe file untuk dijadikan sebagai bahan rujukan, perbandingan atau kajian (bedah siasat). Berikut adalah tiga kaedah yang jika boleh perlu dielakkan.

1. Jangan Buruk-Burukkan Produk Lain

Mungkin kita pernah terbaca atau mendengar ayat-ayat promosi yang berbentuk “angkat bakul sendiri” iaitu memuji-muji produk sendiri dan memburuk-burukkan produk orang lain. Saya tidak kata ia satu cara yang salah. Masing-masing punya pegangan dan praktik.

Cuma, jika kita terlalu membanding-bandingkan produk kita dengan produk orang lain, atau mengatakan produk lain tidak bagus, dan mengatakan produk kita saja yang bagus, biasanya pendengar atau prospek akan semakin mempersoalkan kebenaran kata-kata itu.

Kaedah ini menyebabkan kita meletak kepercayaan yang terlalu tinggi padahal produk belum dibeli lagi oleh pembeli. Akhirnya kredibiliti kita akan rosak jika kata-kata kita itu bohong semuanya atau suku daripadanya. Itulah bahayanya jika kita sendiri sahaja yang menilai produk kita.

Perbanyakkan menyatakan manfaat-manfaat produk kita tanpa perlu membanding-bandingkan atau memburuk-burukkan atau menjatuh-jatuhkan produk usahawan lain. Nyatakan satu persatu manfaat produk kita kepada para pembeli kerana itu yang mereka mahu tahu. Malah dengan cara ini orang lain termasuk para pesaing akan menghormati kita sebagai seorang yang matang, adil dan berkredibiliti.

Biarlah pembeli yang menilai produk kita dan BUKAN diri kita sendiri.

2. Jangan Jadikan Bakal Pembeli Seperti Orang Bodoh atau Sebagai Pesalah

Saya kerap membaca ayat-ayat jualan di kebanyakan laman web yang menyalahkan bakal pembeli atau membuatkan mereka terasa hati atau “dilayan” sebagai orang yang bodoh tidak tahu apa-apa. Contohnya:

“Anda akan DIAJAR cara berniaga di internet dengan betul”
“Anda telah membuang banyak masa dengan membeli produk-produk lain”
“Segala usaha anda selama ini hanya sia-sia saja”
“Jika anda membeli produk lain, anda memang silap!”
“Jika anda tidak mahu membeli, sila keluar dari laman web ini!”
“Jangan bazirkan masa anda di sini jika tidak serius untuk membeli”

Ayat-ayat seperti di atas TERAMAT negatif dan “pedas” terhadap pembaca di laman web. Kita hanya perlu menyatakan apa yang akan kita berikan kepada pembeli atau manfaat yang bakal mereka perolehi. Contohnya:

“Produk kami ini terbukti boleh menurunkan berat badan sebanyak 5kg dalam masa dua minggu”

“Melalui ebook ini kami akan MEMBIMBING anda cara berkesan untuk memasarkan perniagaan melalui Internet”

Dengan meminum jus orang kampung ini, anda akan sentiasa bertenaga, cergas dan aktif sepanjang hari..”

Ayat-ayat tersebut hanya menyatakan mengenai kelebihan dan manfaat produk tanpa menyentuh diri peribadi bakal pembeli seperti meletakkan mereka sebagai “si bodoh tidak tahu apa-apa” walaupun memang mereka tidak tahu apa-apa. Kita mesti menggunakan konsep mahu membimbing atau membantu pembeli dan bukan “mengajar”.

Saya secara peribadi seboleh mungkin akan mengelak daripada menggunakan perkataan MENGAJAR kerana ia seperti ‘si pandai mengajar si bodoh’ atau kita lebih pandai dan orang lain tidak walaupun bukan itu maksudnya. Alasan saya adalah ragam prinsip dan tafsiran bakal pembeli adalah pelbagai. Jadi saya mahu ‘meminimakan risiko’. Saya lebih suka menggunakan perkataan seperti MENUNJUKKAN, MEMBANTU atau MEMBIMBING.

Konsep Penerbit Buku PTS: Saya suka dengan konsep PTS iaitu “mottonya” memandaikan bangsa di mana kebanyakan buku-buku mereka tidak menyalah-nyalahkan pembaca atau meletak pembaca sebagai seorang yang bersalah, bodoh atau tidak tahu apa-apa. Sebaliknya mereka menggunakan konsep mendidik, membimbing dan menyampaikan informasi. Selebihnya pembaca sendiri yang akan menentukan keadaan dan situasi mereka serta keputusan atau tindakan yang perlu mereka lakukan.

Saya pernah membaca beberapa buah buku dan penulisnya adalah seorang motivator. Sebahagian besar kandungan bukunya asyik ‘menyalah-nyalahkan’ pembaca sehingga menyebabkan akhirnya saya keliru… “Penulis ini mahu menyampaikan ilmu atau mahu meleteri aku?”. Akibatnya saya tidak habis membaca buku itu walaupun saya cuba untuk menghabiskannya.

Kita tidak perlu mengajar-ngajar orang lain untuk jadi betul walaupun jelas mereka tidak tahu. Cukup kita sampaikan informasi dan seterusnya biar mereka yang menentukan apa jua keputusan. Tugas kita hanya menyampaikan sahaja dan membantu jika mereka memerlukannya.

3. Menyebut-nyebut Perkataan “SAYA” Begitu Banyak Sekali

Seseorang membeli sesuatu produk UNTUK MEREKA. Maka banyakkan perkataan “you” seperti saudara, anda, tuan dan sebagainya. Pembeli tidak mahu tahu mengenai kita sahaja, tetapi mereka juga mahu tahu apakah yang akan mereka dapat.

Contoh ayat mudah:

Saya akan berikan anda tiga modul cara membina dan mengurus perniagaan internet”

Tukarkan kepada…

Anda akan mendapat tiga modul cara membina dan mengurus perniagaan internet”

Ragam pembeli amat pelbagai. Ada yang ego dan mereka ini amat pantang jika mereka direndah-rendahkan kedudukan mereka. Maka kalau kita asyik menyatakan “saya”, “saya”, “saya”, maka mereka akan mula menganggap kita riak, bangga dan angkat bakul sendiri.

Contoh ayat:

Saya telah jauh meninggalkan anda. Kini saya sudah ada kereta besar, rumah besar dan telah pergi melancong ke beberapa buah negara. Malah saya pun sudah memiliki seorang isteri yang amat cantik.”

Contoh cadangan ayat:

“Anda akan dibimbing langkah demi langkah untuk menjana pendapatan besar di internet dan seterusnya membina kekayaan dengan menggunakan Formula yang bakal anda dapatkan di sini. Formula ini adalah “sistem” yang saya gunakan selama hampir tiga tahun lamanya. Ini adalah langkah permulaan agar anda juga dapat menikmati dan melalui hidup ini dengan lebih baik dan selesa..”

Kita tidak perlu berlebih-lebihan menyatakan yang kita hebat. Sebaliknya yakinkan bakal pembeli bahawa kita akan jadikan mereka hebat, berjaya atau mendapat hasil seperti yang mereka mahu dan impi-impikan.

Kesimpulan

Cadangan-cadangan saya melalui tiga tip di atas bukanlah sesuatu yang muktamad. Ia mungkin boleh diperbaiki lagi atau ditolak terus. Guna mana yang boleh dipakai dan perbaiki mana yang kurang.

Sekian artikel kali ini.

ps. Saya menulis artikel ringkas ini selepas tidak habis membaca satu surat jualan di sebuah laman web yang asyik menyalahkan bakal pembeli, “mengutuk” produk lain dan membangga-banggakan diri sendiri. Jangan sesekali melakukan sebegitu. Jika ia terdapat di mana-mana laman web jualan anda, mungkin boleh lakukan pengubahsuaian kepada yang lebih baik. Saya pun dari masa ke semasa sentiasa mengemaskini beberapa laman web jualan saya.

____
Disediakan oleh,

Mohd Zulfadli a.k.a SmartZul
www.smartusaha.com

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

66 thoughts on “Tiga Kesalahan Terbesar Pada Surat Jualan

  1. Terima kasih diatas perkongsian tersebut. Semoga Allah membalas dan memberikan rahmat yang melimpah ruah kepada saudara.

  2. bagus tips ni untuk bakal ebook adsense sy yg akan datang hehe (InsyaALlah)

    Artikal kat blog ni byk yg bergunna cuma tak dpt nak bc sbb skrng nak fokus adsense 🙂

  3. Terima kasih… saya akan ambil perhatian terhadap point2 ini. Sememangnya kadang2 bila tulis surat jualan dan terus syok sendiri tak tersedar tertulis benda2 yang tak sepatutnya.

  4. terima kasih atas panduan yg diberikan.teringat kata lecture saya ttg menulis dalam konteks perniagaan ni mestilah menggunakan konsep “you view-point”..maksudnya letakkan diri ditempat pelanggan..baru fhm dgn jelas bila teori digabungkan dgn aplikasi..tq.

  5. setuju ngn apa yg bro smartzul tulis..

    point penting yg bro nak sampaikan ialah lebihkan ‘prospek’daripada melebih2kan diri sendiri di dalam surat jualan dan kurangkan ayat yg melampau2..

    thanks bro smartzul..sgt2 berguna kepada sy..

  6. Saya sudah retired dr menulis sales letter sume kerna gara2 pemilik produk yg menyalahkan surat jualan yg tidak mampu menjual. Kalau produk tidak cukup kretif untuk menembusi pasaran sales letter berharga setengah juta pun tidak mampu melakukan produk mereka spt yg diharapkan.

  7. saya setuju dengan zul. yup, memang banyak yg perlu dipelajari dalam menulis sales letter ni. apa yang penting, kita menulis dalam keadaan membantu dan memberi manfaat sepenuhnya kepada pelanggan. barulah boleh jadi usahawan sebenar 🙂

  8. Tuan Zulfadli, bagus, bagus, bagus. Teruskan berkongsi bagi memandaikan bangsa. Saya suka dengan tulisan Tuan ini, sangat bagus, kerana di luar sana terlampau banyak informasi tidak berguna digunakan dengan tipu muslihat.

  9. Salam en Zul,

    Saya terlewat sikit baca tips ni, baru je lepas publish satu website harini.

    Banyak tips menarik dalam artikel ni. Bila minda tu ke arah ‘jual produk’, selalu sangat terlepas pandang dengan apa yang en Zul tulis ni. Benda ni nampak simple je, tapi sangat berkesan untuk bina kredibiliti.

    Tima kasih en Zul atas perkongsian ni.

    1. Lanchini, sebenarnya bergantung kepada matlamat sesebuah salesletter atau produk itu sendiri. Kalau perlu kita mengkritik sesuatu, maka tidak salah untuk melakukannya. Bergantung kepada jenis produk…

  10. jika mereka promote diblog mereka sendiri, aku tak kesah diorang nak tulis ayat-ayat yang kejam atau pedas sekalipun.

    Tapi, jika kat email promosi atau kat ministe. TOLONG jangan hina produk orang lain. Jangan kata produk tu produk sampah, ebook sampah, ebook tak guna, produk tahi dan macam-macam lagi. Aku jumpa terlalu ramai otai segera yang guna ayat-ayat sedemikian untuk melariskan jualan ebook diorang. Please, masih ada ayat lain lagi untuk promosi. Tapi perlukah kita menghina produk orang lain?

    Insya-Allah, aku akan kupas isu ni juga kat blog aku nanti. Bagus gak ko cerita bab surat jualan nih,zul.

    Ps: Hehe..dah start tulis ayat pedas jugak nampak.

  11. Saya sentiasa cuba untuk perbaiki cara saya bertutur dalam surat jualan dan sentiasa belajar dari kesilapan. Kadangkala kita rasa kita betul, tetapi kita sebenarnya salah.Penggunaan ayat memainkan peranan yang besar dalam menentukan hasil yang optimum.Contoh penggunaan perkataan 'murah' patut diganti kepada perkataan 'ekonomi', 'ajar' kepada 'bimbingan' dan banyak lagi.Jika terdapat dalam surat jualan menunjukkan gambar anda sedang memegang duit juga tidak sesuai..Itu pendapat saya.. 🙂

  12. Sales letter jangan terlalu ‘hype’ dan menjanjikan sesuatu yang tidak munasabah. Pembeli akan berasa kecewa jika produk yang dibeli berlainan seperti di sales letter. Ini akan menyebabkan mereka serik untuk membeli daripada kita lagi dan ini akan merosakkan imej dan bisnes kita.

    Bisnes untuk jangka panjang dan bukan hanya 1-2 hari.

    1. Ya, termasuk sekali. Blog adalah untuk memberi informasi dan bukan tempat untuk melaga-lagakan orang, mengkritik orang, memfitnah, mengumpat dan lain-lain. Namun terserah kepada tujuan blogging masing-masing. Yang saya maksudkan adalah blog perniagaan & bukan blog peribadi.

  13. sepatutnya tekankan kelebihan produk kita dalam melakukan promosi tetapi tidak terlalu over.Pengguna@pembeli ini lebh memntingkan value sesuatu produk dengan harga yg dibayar..kalau setara kira ok tapi jika nilai produk lebih dari tanggapan itu lebih bagus.dan pastinya pembeli menjadikan produk kita sebagai pilihan di masa hadapan..

    1. Orang mahu tahu apa yang kita jual dan apa yang akan mereka dapat. Selebihnya menjadi tugas kita untuk meyakinkan mereka seperti memberikan janji atau jaminan bahawa produk kita amat bermanfaat untuk mereka.

    1. Kebanyakan salesletter IM Malaysia untuk pasaran Malaysia terpengaruh dengan cara orang Barat. Sepatutnya kita guna salesletter yang sesuai dengan ciri, budaya dan cara fikir kebanyakan Orang Malaysia..

  14. Terima kasih Tuan Erry..Begitulah kebanyakannya. Saya tidak mempraktikkan 'teknik pusing satu kampung' sebab bagi saya, ia belum sesuai dilaksanakan di pasaran Malaysia. Jika mahu offer pelbagai tawaran, boleh saja. Tapi jangan peningkan pembeli…

  15. Betul bro. Kadang saya rasa macam di perbudak-budakkan pula bila membaca surat jualan mereka. Ada juga ayat yang memaksa dan provokasi. Yang paling best, suka membangga diri dan memperbodohkan pembaca..huhu.Saya pernah ada sedikit terkilan dengan seorang Otai IM. Spesis yang sama macam tuan cerita. Kerana nakkan ilmu, beli la juga ebook dia. Tapi bila dah beli, sebelum boleh download..dia bawa pusing 1 kampung. Produk A dah beli, minta beli produk B pula. Kalau tak beli, tak jamin produk A tadi akan berkesan (mengugut). Kalau setuju beli produk B, produk A free (tapi dah bayar).Bila kata tidak (@ beli pun), di bawa pula ke produk C. Ajak pergi seminar pulak. Ebook tidak berkesan, susah untuk berjaya, seminar lagi bagus..haha (tapi sebelum tu, cerita pasal ebook dia berapi-api siap boleh bagi jaminan lagi..) Kalau pergi seminar dapat free produk A & B sekali, walaupun kedua-dua produk tu dah dibeli! (kalau boleh tolak yuran seminar tak apa la juga).Macam kartun pulak. Kenapa tidak minta pelanggan sendiri membuat pilihan. Kalau pergi seminar, dapat produk A & B. Kalau beli produk B, dapat free produk A. Kalau beli produk A pun dah cukup. Untuk asas je dulu..khas untuk orang baru belajar macam saya.. Bingung..bingung..Rupanya susah juga nak jadi IM ya bro…Maaf lah, ambil ruang yang panjang. Saja untuk berkongsi pengalaman, supaya otai IM yang lain tidak buat perangai yang sama..Seoga Allah memberkati segala usaha dan amal kita…

  16. Dalam kes Erry di atas, saya pernah lalui pada satu laman web IM luar. Saya amat-amat berminat mahu membeli. TAPI….. Dibawanya saya pusing-pusing sampai saya tak tahu nak buat apa dah.. Akhirnya…. Saya tidak jadi membeli. 🙂

  17. Tuan Erry, untuk jadi marketer kena ada ilmu jualan, pemasaran dan komunikasi… sebelum saya tahu tentang teknik penulisan surat jualan sering rasa teruja dengan surat jualan tersebut… entah apa yang teruja pun saya tak tahu… then bila dah tahu teknik, flow dan psiko penulisan surat jualan sekurangnya saya dah boleh sikit2 mebezakan mana yang ikhlas atau mana yang hanya fikirkan kaut keuntungan sahaja. Saya pun setuju dengan Zul… tawaran yang mudah .. memudahkan urusan niaga.

  18. hahaha… Bro Zahrul muncul jua.. Kepada semua rakan2, Buku 'Rahsia Senjata Jualan' juga boleh membantu.. (hehe.. tolong promote lagi..)Sebenarnya kita perlu banyak belajar dan mengkaji dan perbaikinya.. Teknik menulis surat jualan ini sebenarnya rumit jika untuk mendapat pulangan yang maksimum.. Kena juga lihat pelanggan sasaran dan kaedah mana anda gunakan contoh untuk sisipan akhbar, iklan di majalah atau akhbar dan lain-lain lagi.Saya sedang dan sentiasa memperbaiki mutu perkataan pada surat jualan dan laman web saya. Jika provoke memukau tapi produk atau perkhidmatan tidak seperti yang di harapkan pun tak guna juga.. 🙂

  19. terimakasih atas ilmu-ilmu yang diberikan. sya pun sedang review surat jualan, dan akan mengubahnya nanti. Tips satu lagi adalah menggunakan warna yang paling sesuai dengan pemilik website.

  20. wah info yang saudara kongsikan sangat baik dan penting untuk pengetahuan Newbie(macam saya) yang baru nak merancang perjalan dalam perniagaan internet sebenar.. 🙂

  21. bagus artikel ni. artikel ni sebenarnya pada saya memberi peringatan kpd kita .. kalau nak buat sales letter perlu jaga attitude dan peribadi. Apalagi sebagai seorang muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *