Tiga Jenis Cara Dapatkan Trafik Ke Laman Web

Pada kali ini, saya mahu kongsikan bagaimana cara untuk dapatkan trafik ke laman web jualan anda atau ke blog anda. Secara umum, terdapat tiga cara dapatkan trafik iaitu:

1. Beli Trafik

Beli trafik di sini bermaksud mengeluarkan kos seperti menggunakan khidmat Pay Per Click seperti Google Adwords dan juga membeli ruang iklan di mana-mana laman web. Selain cara itu, antara cara lain adalah membayar mana-mana laman web atau blog untuk membuat review bagi produk, laman web atau blog anda.

Jika anda mempunyai modal, saya amat menggalakkan cara ini kerana ia adalah cara tercepat untuk anda dapatkan trafik atau pelawat ke laman web atau blog anda. Satu tip asas adalah, belilah trafik dari sumber (tempat) yang tinggi trafiknya.

Idea Praktikal:

1. Anda cari beberapa buah blog yang tinggi trafiknya (ramai pelawat). Bagaimana nak tahu? Gunakan tool di alexa.com. Tool tersebut akan menunjukkan tahap trafik harian dan bulanan bagi blog tersebut. Senaraikan blog yang bagus trafiknya sahaja.

2. Pastikan blog tersebut berkaitan dengan produk, laman web atau blog yang mahu anda promosikan.

3. Hantar emel atau gunakan contact form yang ada di blog tersebut. Beritahu pemilik blog terbabit bahawa anda berminat untuk meletak iklan (teks atau banner) di blog mereka. Minta mereka nyatakan berapakah kosnya.

4. Jika mereka bersetuju, maka bayarlah mereka dan pastikan mereka meletak iklan yang berkaitan (anda kena berilah).

Selain iklan, boleh juga suruh mereka melakukan review bagi laman web atau produk anda di blog mereka. InsyaAllah, biasanya mereka menerima permintaan anda kerana kebanyakan blogger memerlukan ‘sumbangan’ atau dana untuk memastikan blog mereka terus dapat diuruskan.

Bayar Vs Free:

Adalah lebih baik anda membayar daripada meminta secara percuma kerana anda akan berpuas hati dan tidak akan menyimpan perasaan membalas budi. Selain itu, barang yang baik sudah semestinya lebih elok dibayar bukan?

Nak percuma juga? Teruskan membaca…

2. Pinjam Trafik

Bagi cara kedua ini, tidak ramai yang melakukannya, tetapi ramai yang tidak sedar sebenarnya mereka telah melakukan cara ini. πŸ™‚

Meminjam trafik bermaksud mendapatkan trafik dari laman web pihak lain secara percuma. Contohnya anda memberikan komen di mana-mana blog yang trafiknya tinggi. Hasilnya, pembaca di blog tersebut akan pergi ke blog atau laman web anda dengan klik pada link yang anda tinggalkan di ruangan maklumat anda sebagai pemberi komen.

Contoh lain pula adalah seperti:

1. Menyertai mana-mana forum dan meletakkan signature pada bahagian ‘Post’ anda. Namun pastikan anda aktif di forum yang anda sertai itu di samping forum tersebut mempunyai ramai ahli.

2. Memberikan testimoni kepada produk yang anda beli. Berikan sekali link laman web anda kepada mereka untuk diletakkan bersama dengan testimoni anda di laman web jualan produk mereka. Jika pihak penjual produk itu tidak meminta testimoni, tidak salah jika anda mahu memberikan testimoni. Satu petua saya untuk memastikan testimoni anda dimasukkan ke laman web mereka adalah, pastikan testimoni anda itu ‘power’ lah. πŸ˜‰

3. Link exchange. Lakukan pertukaran link dengan blog atau laman web yang berkaitan.

Banyak lagi cara-cara lain. Saya yakin anda tahu cara-cara percuma untuk dapatkan trafik kan? Cuma pastikan anda lakukan secara berkesan untuk setiap cara. Cara-cara di atas saya hanya senaraikan secara sepintas lalu sahaja tanpa detail.

3. Bina Trafik Sendiri

Untuk cara ini, ia adalah satu cara yang amat susah dan paling dasar sebenarnya. Elakkan cara ini sebab banyak lagi cara lain terutama dua jenis cara di atas.

Bina (create) trafik sendiri ni termasuklah membina blog dan melakukan SEO. Anda sama sekali tidak menggunakan kelebihan cara lain seperti melakukan link exchange, JV (kerjasama) atau secara mudahnya menggunakan kelebihan pihak lain (leverage).

Asas kepada cara ini adalah, anda buat sendiri-sendiri dan pelawat akan datang sendiri-sendiri tanpa promosi. Saya lakukan cara ini di saat awal blog ini wujud iaitu saya hanya banyak menulis dan boleh dikatakan peratusan besar pelawat yang datang ke blog ini adalah melalui enjin carian.

Cara Mana Paling Bagus?

Cara 1 + Cara 2 + Cara 3 = Hasil yang mantap

Lakukan apa sahaja cara selagi anda mampu. Cuma yang terbaik sudah pasti pelbagai variasi cara, sama ada berbayar atau percuma. Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Pada tulisan yang akan datang, saya akan menyentuh mengenai dua jenis (kategori) promosi pula di dalam usaha mendapatkan trafik. Dan saya akan sentuh juga mengenai bagaimana menggunakan trafik untuk keuntungan jangka panjang.

==============================
Berita Terkini: Anda Perlu Daftar Diri
==============================

Mulai hari ini, anda perlu mendaftar di blog ini jika mahu memberikan komen. Sudah lama saya rancang hal ini, cuma semalam saya telah memikirkan masak-masak untuk melaksanakannya juga. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa plugin yang boleh kita gunakan untuk berhubungan dengan pembaca blog yang mendaftar. Ya, ia umpama sistem Mailing List.

Untuk mendaftar, klik pada link berikut:

http://blog.smartusaha.com/wp-login.php?action=register

Selepas mendaftar, anda akan menerima satu emel yang mengandungi username dan password.

Untuk Login, gunakan link ini atau klik pada menu Login di bahagian sidebar blog ini:

http://blog.smartusaha.com/wp-login.php

Harap maklum.

– SmartZul

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

18 thoughts on “Tiga Jenis Cara Dapatkan Trafik Ke Laman Web

  1. salam abg zul..hehehe..saya orang pertama yang mendaftar ke? :mrgreen:

    erm..teima kasih ttg tips ni..dah 2 3 hari dah saya mencari cara macammana nak tahu traffik site orang lain tapi buntu..saya suk pada teknik ke2 tu..

    semalam saya try gi ke blog2 politik malaysia..biasanya blog2 macamni ada pengunjung tetap dan diorang pula jenis keja govnmnt.

    mungkin ada peluang untuk affiliate..cuma saya tak tahu nak analisa traffik diorang..so, thanks sebab abg zul dah bagitahu kat sini..

    teknik yang pinjam traffik orang lain tu, saya sedang aplikasikan..kalo bab komen mengomen ni, saya akan prefer lawat blog..

    Kalau forum, kena ambil masa sikit..
    kalau blog macam ni, perlukan keunikan..

    ps: blog abg zul, en sham,alang, kak galadriel, noorizam, prince q–saya akan terus datang sehingga unique visitors saya menccah 200..hahahahaha..ooppss..tahi cicak masuk mulut…

    pps: moral of the story,jangan gelak besar..tak beradab..so gelak macam ni..kuikuikui πŸ™„

  2. naem.. saya orang kedua yang daftar…hehe…
    biasanya kalau traffic berbayar lebih cepat dan senang…
    kalau yang free lambat dan lebih susah….dan juga kena banyak belajar…
    seperti SEO kita kena berebut rebut untuk dapat top 10 tp tu bukan mudah bagi orang yang baru…

    saya rasa kalau bermodal, dapatkan lah yang berbayar…

    han

  3. assalammualaikum πŸ™‚ πŸ™‚
    saya antara yang terawal berdaftar…mula2 dulu saya sekadar search aje kat dlm internet nie..tapi bila dah jumpa ngan blog smartusaha nie…saya rasa baik saya pelajari sesuatu mengenai dunia maya nie..tq zul

  4. assalammualaikum
    zul…thanks for the info..harap2 awak akan terus menulis untuk membant saya dalam mencari ilmu dalam dunia maya nie…terutama dalam mcm mana nak bina blog sendiri…nanti saya beli blog kit awak ye :mrgreen:

  5. Salam πŸ™‚

    Yap! Saya dah daftar Zul πŸ™‚

    Ketiga-tiga cara tu bagus. Cara yang pertama aje sya belum pernah cuba πŸ˜€ Bila cukup modal, saya nak cuba.

    Tips menarik dan bernas ZUl. Ringkas tapi jelas πŸ™‚

  6. emm, saya pernah guna hampir semua yang Zul suggestkan di atas kecuali ada dua iaitu:

    1. traffic berbayar
    2. beri testimoni produk

    menarik pulak teknik ni, nantilah saya try teknik ni pulak..hehe

    thanks Zul πŸ˜€

  7. assalammualaikum
    zul
    best la zul …saya tengah baca satu persatu koleksi artikal awak
    boleh tak saya copy paste the articles and keep it for the refference?

  8. Bayar Vs Free:

    Adalah lebih baik anda membayar daripada meminta secara percuma kerana anda akan berpuas hati dan tidak akan menyimpan perasaan membalas budi. Selain itu, barang yang baik sudah semestinya lebih elok dibayar bukan?

    Yup Zul.. Saya setuju 100% ayat di atas.. Pendek kata situasi “Menang Menang” mesti ada pada dua-dua pihak.. Kita turut dapat kepercayaan untuk berurusan pada lain kali.. Dalam Bisnes, Kepercayaan Tu Penting.. πŸ˜‰

    -MasterMind Malaysia-

  9. Terima kasih semua.

    Actually, sebelum saya suruh anda semua daftar, dah ada dalam 100++ orang dah yg mendaftar. πŸ˜€

    Apapun, semoga langkah atau tindakan saya membuat cara sebegini tidak menyulitkan anda yer. Daftar jer. Then dapat password. Lepas tu tukarkan kepada password yg mudah anda ingat. Tu jer. πŸ™‚

    So next time nak login, gunakan username dan password anda.

    Tujuan saya buat benda ni, ermm… Nanti saya buat satu post khas.

    – zul

    TERKINI: Pendaftaran diTUTUP buat sementara waktu untuk proses kemaskini blog.

  10. Pingback: Blog Zool » Kategori Pengunjung
  11. Pingback: Artikel mengenai Promosi Internet « Kebebasan Kewangan bersama HPA
  12. 1+2+3 memang mantap dan akan menarik ramai traffik ke website anda dengan jayanya. nak tarik traffik bukan mudah… kalo dah ada caranya yang mudah gunakanlah mana yang ada terlebih dahulu…

  13. thanx saudara,
    informasi ini amat berguna buat diri gua yang baru mula
    berjinak-jinak dengan dunia blog dan internet nie..
    kalau tak buta kayu jak gua menulis kat blog gua, tapi tak manusia pun yang dapat membaca hasil idea guakan…kesian delo..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *