Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tiga Golongan Manusia…

Walaupun saya sibuk, tapi saya tergolong ke dalam jenis blogger yang ketagih untuk menulis dan terus menulis. Addicted Blogger… Oh, ada tak ubat untuk penyakit ini? :)

Tulisan kali ini amat ringkas, tapi saya mahu kita sama-sama berfikir mengenai hal ini.

Manusia, ada tiga golongan:

1. Mereka yang meghasilkan sesuatu kejadian atau menjadi penyebab berlakunya hal tersebut (kejadian positif jer lah, seperti kejayaan)

2. Mereka yang hanya melihat kejadian tersebut (menjadi penonton, pengikut)

3. Mereka yang hanya bertanya “apa yang sedang terjadi sekarang??“.

Contoh:

Saya, anda atau mereka yang lain telah menghasilkan produk sendiri, bahkan mungkin telah meletupkan pasaran… Tapi orang lain hanya menonton sahaja usaha kita. Sebaliknya, mereka tidak mahu turut serta dalam usaha perniagaan dan kejayaan.

Irfan Khairi contohnya, tergolong dalam yang pertama. Orang lain terus mengikut perkembangannya dan ada juga yang hanya bertanya, “apa perkembangan Dr. Irfan sekarang?, Apa kejayaan dan pencapaian Dr. sekarang?”.

Tapi mereka tidak bertanya, “apa dan bagaimana aku boleh berjaya juga?”.

Persoalannya sekarang:

Anda, tergolong ke dalam golongan yang mana satu?

Jumpa lagi…

Facebook comments:

16 Responses to “Tiga Golongan Manusia…”

  1. awqi_zar says:

    assalamualaikum zul,
    baru update post ya?sy bace post zul dgn snarfer(sejenis reader)..snarfer akan update feed ikut mase..so,bru jek tdi sy dpt post bro zul..
    erm,sy penah dgr 2jnis manusia tue mse sy pegi kem motivasi kat skola dulu2..bg sy la,sy (mgkin)jnis yg kedua..sy akan tgk dlu baru wat..kirenye,tgk utk mengkaji baek-buruk dan kesannya baru sy akan wat..so,camne yek zul..
    ok ker x?heee..nk jdi mcm dr irfan khairi la ataupun zul..heee..
    wassalam..

  2. all_wan says:

    artikal yang baguis.. tapi macam pernah jumpa sebelum nie.. mungkin dalam buku azizi ali kot.. ape2 pun tq for yor tip.. :razz:

  3. Raymond says:

    Hmm… pernah baca dalam versi bahasa Inggeris tapi tak tahu kat mana.

    Saya akan kategorikan saya dalam kumpulan yang pertama :grin:

  4. smartzul says:

    Haha, yup… Memang ada versi BI, tapi saya tak tiru bulat-bulat, saya fahamkan dan tulis ikut gaya saya sendiri. :)

    Tiga jenis golongan tu memang dah banyak orang tulis. Saya dulu pun sebelum tulis benda ni dan baca tempat lain, dah jumpa lama dah. So, saya kongsilah dgn saper yg tak tahu lagi ayat-ayat mcm ni. ;)

    all_wan, saya pun tak ingat dan tak pasti, ada ke tak dalam buku Azizi.

    awqi_zar, all the best.

    Apapun, buat apa yg terbaik untuk diri sendiri dahulu. Biarlah ia meletup ke tak pada orang lain, “letupkan” diri anda dahulu. ;)

  5. Wah komenter kat sini semuanya yg rajin membaca yer bagus..bagus.. Saya agak-agak tergolong pada golongan yang mana ek!! Kalau tanya saya mestilah saya jawap golongan yang pertama tu :grin: Tapi macam golongan kedua pun yer juga.. Mengikut dari mereka yang telah berjaya :wink:

  6. zool says:

    Betul tu zul..
    Ramai yang masih jadi pemerhati termasuklah saya..
    Tetapi sebenarnya saya sedang menghasilkan sesuatu namun mungkin masa diambil lama kerana apa yang ingin dihasilkan banyak berkenaan fakta dan polisi..

    Er.. zul, minta maaf saya ter’tag’ zul untuk pesta tag merdeka 50.. jangan marah ye,,,

  7. Han says:

    slmt pagi semua,
    jebat, kita sama lah…hehe…
    tp mungkin lebih kepada yang kedua kot…hehe :cry:

    han

  8. emzek says:

    salam semua,

    saya termasuk golongan mane yek?? tgk keadaan la.. sesetengah bidang tu dalam kategori 2 dan 3 sebab bukan bidang saya, dan kalau dalam bidang saya tentulah ni 1. :grin: hehe.

  9. Saya golongan yang pertama (angkat tangan first :D )

  10. zuhairy says:

    saya juga dulu termasuk dalam golongan pemerhati dulu. tapi dah berminat dan yakin, mula la nak try dulu. try and error..

  11. Amer says:

    Hemm..payah juga soalan itu. Golongan mana saya ini ek.. Insya Allah sedang cuba tergolong dalam golongan yang memerhati+bertindak. Dah lama sangat memerhati kejayaan orang lain..

  12. Han says:

    kita mesti jadi golongan pertama…utk berjaya…
    saya sedang mengejar menjadi golongan pertama…
    utk amer,
    kita sama2 kejar untuk jadi golongan pertama ok?
    kita jumpa di puncak kerjayaan…

    han

  13. abdfatah says:

    yeaa… bagaimana caranya saya boleh berjaya dan menjadi kaya? kalo ditanya bila? sampai bila-bila pun kita takkan tahu bila nak kaya?

    bagaimana nak kaya atau bagaimana nak cepat kaya? berbeza sakan soalan begitu…? kalo kena caranya memang akan menjadi kaya. dan kalo lebih terkena caranya akan cepat kaya juga dengan cara yang betul…

    sekian terima kasih… :smile:

  14. Han says:

    haaa..betul tu abdfatah…
    kalau kena dengan cara memang akan jadi kaya…
    kalau lebih terkena caranya akan kaya dengan cepat…
    tapi ingat jangan menipu pula…
    kalau kaya dengan menipu, tak berkat tu…
    takkan kekal lama…

    han

  15. abdfatah says:

    tiga perkara soalan :

    kenapa mereka menghasilkan penyebabnya?

    ini kerana mereka suka menghasilkan sebab2 yang positif tersebut untuk manfaat orang lain. seseorang itu memberikan manfaat kepada orang lain.

    kenapa mereka melihat?

    mereka hanya mahu melihatnya dari jauh dan tidak bertindak mengikut apa yang telah diberikan saranan oleh golongan yang pertama tadi. jadi mereka hanya sekadar melihat kejayaan orang lain semata-mata.

    kenapa mereka bertanya?

    yeaa… mereka tahu perkembangan seseorang yang telah berjaya dan mereka ingin tahu apa yang dilakukan oleh golongan pertama dengan begitu bersungguh-sungguh sedangkan mereka hanya nak tahu…

    dengan itu ketiga-tiga golongan mempunyai sebabnya yang tersendiri dalam kehidupan di dunia ini. namun ia tetap berkaitan antara satu sama lain… pendek kata salin memerlukan antara satu sama lain.

    • Han says:

      semua benda saling memerlukan…
      contoh:
      rumput dimakan oleh kambing, kambing dimakan oleh harimau, harimau di makan oleh rumput bila dah mati…
      kan tu dah jadi satu putaran hidup…

      han

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)