Tiga Cara Mudah Untuk Diri Dihormati Orang Lain
Kita sering tertanya, mengapa kita sukar untuk dihormati oleh orang lain. Apa salah kita? Apa yang telah kita buat? Untuk dihormati oleh orang lain, banyak caranya. Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk kita dihormati tidak kisah dalam apa jua situasi pun.
Cara 1: Hormati Diri Orang Lain
Sehebat mana kita, sefemes mana kita, secantik mana kita, sekaya mana kita, hormatilah orang lain walaupun orang yang tidak sama taraf dengan kita. Apabila kita menghormati orang lain, biasanya secara automatik mereka juga akan menghormati kita.
Menghormati di sini bukanlah bermaksud tunduk hormat. Bukan.. Tetapi antara contohnya adalah seperti menegur sapa, peramah dan memberi salam. Dengan melakukan perkara ini, secara automatik menunjukkan kita tidak pilih kasih (tidak sombong) di dalam berkawan atau berinteraksi dengan manusia di mana semua manusia sama sahaja walaupun pada fizikal dan materialnya ada perbezaan.
Formula mudah di sini: Untuk dihormati, maka kita perlu hormati orang lain.
Cara 2: Hormati Pendapat Orang Lain
Jika kita lihat, inilah yang tidak banyak berlaku. Masing-masing dengan pegangan sendiri dan teramat sukar untuk menghormati pendapat orang lain yang juga betul. Hidup di dunia ini tidak ada hanya satu cara, satu jalan atau satu kaedah. Lain orang lain pandangan hidup dan caranya.
Jadi, kita perlulah menghormati cara dan pegangan mereka selagi ia betul dan tidak salah di sisi Agama dan undang-undang. Menghormati bukan bermaksud menerima atau ikut melakukannya, tetapi tidak menentang atau mengatakan salah pegangan orang lain yang betul tersebut.
Janganlah kita menjadi seorang yang seperti tiada kerja lain di mana hanya asyik mahu mempersoalkan orang lain sahaja. Mengapa mereka begitu, mengapa tidak begini dan terus menerus mempersoalkan tanpa henti. Yang peliknya, mereka yang asyik mempersoalkan ini tidak ada buat apa-apa pun (sumbangan) untuk orang lain. Malah yang lebih teruk, diri sendiri pun tidak melakukan apa yang dipersoalkan itu.
Sebagai contoh di dalam perniagaan internet atau buat duit di internet, satu perkara yang saya perhatikan sejak dulu adalah ada segolongan mereka yang suka mempersoalkan cara usaha orang lain. Contohnya seperti persoalan “mengapalah dia ni jual ebook” atau “blog pun nak buat duit? Pelik!” atau “bisnes apa lah diaorang nih. Merapu je lebih”.
Penyelesaian kepada perkara ini adalah berhenti mempersoalkan cara orang lain, lagi-lagi kita tidak memahami cara orang tersebut. Tidaklah perlu persoalkan kerana tiada apa-apa manfaatnya kepada kita. Sebaliknya ia hanya membuang masa dan mengotorkan minda sahaja. Adalah lebih baik berbicara mengenai perkara positif yang boleh mengembangkan potensi minda orang-orang kita.
Bagi saya, perasaan susah untuk menghormati pendapat orang lain adalah datang daripada seruan syaitan yang mana akhirnya membuatkan dua manusia bertelagah satu sama lain. Padahal tiada siapa yang salah. Sebaliknya semuanya betul, cuma cara atau pandangan sahaja yang berbeza. Jadi, belajarlah menghormati pendapat orang lain dan jangan sampai syaitan ketawa berdekah-dekah melihat anak adam bertelagah sesama sendiri tanpa ada sebab yang kukuh.
Hormatilah orang lain, insyaAllah hati kita tenang dan hidup orang lain pun tenang. Dan yang lebih enak, pendapat kita pun juga akan dihormati oleh orang lain.
Cara 3: Menghargai
Jika ada peluang untuk menghargai orang lain, hargailah walaupun sekadar ucapan terima kasih. Ia tidak sukar untuk diucapkan. Berikan sebuah senyuman dan ucapkan terima kasih. Jangan jadi orang yang sombong dan jangan jadi orang yang amat kedekut untuk menghargai orang lain.
Setakat ini, sejauh mana kita berterima kasih (menghargai) kepada usahawan yang mempermudahkan hidup kita, berterima kasih kepada ibubapa kita, kepada guru, pensyarah, kawan-kawan, bos, tukang sapu sampah (cleaner) dan ramai lagi orang di sekeliling kita. Janganlah hanya apabila kita diberi wang atau material baru kita mahu menghargai dan berterima kasih.
Untuk menghargai tidak semestinya dengan ucapan terima kasih. Mungkin dengan sedikit pujian yang ikhlas (jangan lebih-lebih pulak), memberi hadiah dan juga doakan kebaikan untuk mereka.
Kesimpulan
Jika diperhatikan tiga kaedah di atas, semuanya berbentuk MEMBERI. Lumrah alam ini atau fitrah manusia, jika kita memberi biasanya kita akan menerima benda yang sama atau lebih kurang daripada itu.
Bak kata pepatah Melayu, “orang memberi, kita berbahasa”. Dan lumrah alam juga kalau kita ‘menyakiti’ orang lain, biasanya kita akan menerima perkara yang lebih kurang sama (balasan), sama ada daripada mereka, orang lain atau terus daripada Tuhan Yang Maha Adil.
Di mana saja kita, apa jua situasi, selagi boleh, cubalah untuk menghormati orang lain. Hormati diri mereka dan cara/pendapat mereka.
Wassalam.
Incoming search terms:
- cara menghormati orang lain
- cara dihormati orang
- cara hormat menghormati
- tips untuk dihormati
- petua supaya dihormati
- cara menghormati kawan
- cara dihormati orang lain
- menjadi orang yang dihormati
- cara memberi orang hormat kita
- kepentingan menghormati kaum lain















Buatlah kepada orang lain apa yang kita nak orang buat kepada kita…
tip yang bagus Zul!
dh parktik tp xsemua org mcm dlm tips nih..ader yg hipokrit
Tak apalah Sharimie. Just do it. Yg penting kita buat tu dgn ikhlas. Yg hipokrit tu, mereka akan dapat atas apa yg mereka hipokrit.
Sebab dunia adalah tempat di mana kita diuji…macam2 ragam manusia ada Sharimie..harapnya kita tergolong dikalangan orang yang soleh…
emm satu tips yang menarik dari zul..thanks bro..ini sesuatu yg amat bernilai bg saya
betul2, smartzul
utk dihormati pertama sekali kita perlu menghormati org terlebih dahulu…
barulah boleh mendapat setimpal daripadanya…
Motivasi diri yang amat menarik.. Dalam Islam sendiri menganjurkan supaya kita sentiasa saling hormat mengormati antara satu sama lain dalam kehidupan seharian. Bagi saya, dalam konteks perniagaan pula, jika kita saling menghormati akan mewujudkan suasana perniagaan yang positif dan harmoni..
Cool… kadang2 diri saye sendiri tercari2 mane perginye rase hormat org lain terhadap diri saye sendiri.. makenye.. trime kasih utk artikel yg so cool ni
tangan yang memberi tu, lebih baik daripada yg menerima.
Saya sentiasa menghormati staff sya dan selalu MEMBERI sebagai penghargaan atas kerja-kerja mrk ttapi lama kelamaan apabila sya kurang MEMBERI mrk mula memberontak hingga tiada rasa hormat mrk pd saya. Mrk seolah2 lupa sewaktu mrk MENERIMA tanpa henti2.;(
Mereka perlu dilatih bagaimana untuk berkhidmat kepada pemimpin mereka. Mereka ada ikut apa-apa latihan? Memberi saja tidak cukup, sebab mereka juga perlu pandai menerima dan membantu pemimpin/majikan mereka.
Dah menjadi lumrah alam dan fitrah manusia, suka menerima tp jarang sgt yg nak memberi…
setuju dgn ara diatas..sy cuba memberi, byk kali memberi..tp balasan nya x seperti yg sy harapkan..saya hormati org lain..tapi kenapa org lain jarang hormati sy..
Mungkin kita memberi kepada orang yang salah. Hati manusia hanya Tuhan yang mampu mengubahnya. Namun, teruskan berbuat baik kerana satu hari nanti, mereka akan sedar juga. Atau sekurang-kurang disebabkan kita ikhlas, kita tetap mendapat pahala. Dan itu (pahala) yang lebih penting berbanding penghormatan manusia yang hanya sekadar nikmat sementara.
terima kasih,amatlah berguna tips ini.