Tiada Idea Menulis Blog?

Salam bahagia.

Dalam masa yang terdekat ini, saya sedikit sibuk di awal tahun. Ingin saya katakan bahawa, tidak semestinya kerja tahun lepas habis begitu sahaja, sebaliknya terpaksa dibawa ke tahun baru ini. πŸ™‚ Selain beberapa projek client yang mesti disiapkan, saya juga perlu menyiapkan projek ebisnes pertama untuk tahun ini yang dirancang untuk dilancar pertengahan bulan Januari ini.

Baiklah, saya jarang menyentuh mengenai blog di sini. Saya sepatutnya menulis mengenai blog di http://bloggingsteps.com/tips, namun masa begitu terhad untuk menulis di banyak blog. InsyaAllah, saya akan sentiasa update blog tersebut kelak.

Ramai yang bertanya saya bagaimana saya boleh menulis tanpa putus di blog smartusaha.com ini. Malah ada yang ‘kagum’ dan pelik, macam mana lah zul ni boleh menulis dan terus menulis. Tak ada magik, tak ada rahsia, tapi ada caranya.

Di antara cara yang saya gunakan untuk mendapatkan idea adalah:

1. Membaca sesuatu artikel di laman web

Sebaik sahaja saya membaca apa-apa artikel dan saya ingin mengulas tajuk yang lebih kurang sama, saya akan menulis dalam ayat saya sendiri. Kadang-kadang, saya mendapat idea penulisan daripada tajuk artikel orang lain sahaja. πŸ™‚ Tengok sahaja tajuk, terus mendapat idea apa yang ingin ditulis. Namun, untuk menulis, sudah semestinya kita perlu tahu mengenai perkara yang ingin ditulis. Maka, perlu melakukan sedikit kajian, pembacaan dan pemahaman agar tidak berlaku kesalahan fakta atau mengelirukan pembaca.

2. Melawat blog orang lain

Teknik ini juga lebih kurang sama dengan yang pertama, iaitu melawat blog orang lain dan membaca apa yang ditulis mereka. Kemudian, saya akan menulis mengenai tajuk yang lebih kurang sama atau mencari idea penulisan daripada sebahagian tulisan mereka atau daripada kata-kunci yang ada dalam artikel tulisan mereka itu. Sebenarnya, idea akan datang begitu sahaja setelah melihat kata-kunci atau ayat atau pemahaman kita terhadap sesuatu tulisan orang lain.

3. Isu semasa

Saya juga akan menulis untuk mengulas isu semasa yang berlaku dalam bidang yang berkaitan iaitu perniagaan internet, keusahawanan atau apa sahaja yang perlu diulas atau dinyatakan. Apa sahaja yang berlaku, itulah yang akan ditulis (info, komen, ulasan, pendapat..).

4. Forum

Saya juga mendapat idea penulisan daripada forum. Sebagai contoh, jika ada sesuatu topik yang panas atau bermanfaat di forum, saya akan menulis di blog ini dalam bentuk artikel yang berkaitan dengan topik di forum tersebut. Banyak topik-topik yang terus menerus dibuka di forum, dan ini merupakan satu cara mudah untuk anda mendapat idea penulisan. Pastikan, anda ‘menggunakan’ forum yang berkaitan dengan tema blog anda. Blog ini adalah berkaitan dengan perniagaan internet, maka saya akan ‘merujuk’ dan mendapatkan idea penulisan dari forum wangcyber (sebagai contoh).

5. Kajian dan pengetahuan

Jika anda menjual sesuatu di internet, maka sudah tentu (biasanya) anda tahu mengenai produk anda itu. Maka, tugas untuk anda menulis di blog lebih mudah kerana anda sudah banyak tahu. Sebagai contoh, anda menjual satu produk kesihatan (ehem Kak Mardziah ;)), maka anda banyak tahu mengenai produk itu, maka tulislah mengenainya dari asas sedikit demi sedikit. Sudah semestinya, pengetahuan sentiasa meningkat dan bertambah, dan satu cara menambahkan pengetahuan kita mengenai produk atau bidang yang berkaitan dengan produk tersebut adalah dengan melakukan kajian.

Tips Emas:

Untuk mengelakkan berlakunya kekeringan idea di masa mendatang, elakkan menulis terlalu banyak dalam satu-satu post. Cukuplah menulis pendek-pendek dan contoh terbaik di sini adalah cara penulisan Dr. Irfan Khairi (tip 1 minit). Manusia dari segi psikologi, tidak suka membaca tulisan panjang terutama di komputer (internet) kerana mereka cepat hilang tumpuan. Amalkan teknik ini sebaik yang mungkin. Namun, anda boleh menulis lebih panjang sedikit sekali-sekala jika keadaan memerlukan. Idea lain, tulis sesuatu tajuk secara bersiri dan kelebihan secara bersiri ini adalah ia boleh mengembalikan pembaca yang sama ke blog anda. πŸ˜‰

Ingat, jika anda menulis dan menulis tanpa melihat kepada masa hadapan, kelak anda akan mengalami penyakit “Blogger’s Block” iaitu ‘kehabisan idea’ untuk menulis. Saya menyatakan hal ini sebab saya sudah mengalaminya dulu dan ia adalah perkara biasa bagi seorang blogger, lebih-lebih kepada yang baru berkecimpung dalam “blogging”. Jadi, belajarlah menulis secara berkesan dan efektif, serta gunakanlah beberapa cara mendapatkan idea penulisan seperti yang saya berikan di atas.

Sekian untuk tips kali ini, jumpa lagi.

PS. Belum memiliki blog? Jangan biarkan anda ketinggalan dalam teknik internet marketing efektif melalui blog. Tidak tahu membina dan menggunakan blog? Dapatkan caranya di sini: http://bloggingsteps.com/kit

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Tiada Idea Menulis Blog?

  1. zul, tq for tips.

    betul zul, saya baru jer mengamalkan apa yg zul tulis hari ini.
    tapi, baru2 ini, saya terjumpa satu buku mengenai buat duit dengan menulis di mph sg petani. insyaALLAH, bulan depan saya akan membelinya. secara sinopsisnya, buku itu banyak menceritakan tips dan cara bagaimana kita hendaklah menulis dengan baik supaya supaya pembaca akan faham mesej yg ingin kita sampaikan.
    zul, hobi saya skrg menulis dan membaca, mcm tak percaya pulak saya sudah mempunyai hobi yg baru tersebut. semua ini tercetus setelah membeli dan membaca ebook zul. semoga ALLAH memberkati segala usaha murni zul ini.

  2. InsyaAllah hapisol. Actually, menulis ni bukan sahaja bakat, tapi ia boleh diasah. Untuk memiliki kemahiran menulis yang baik, kita kena berlatih menulis selalu. Lastly, kita tak akan rasa menulis itu satu yang membebankan sebab ia sudah sebati dengan jiwa.

    Thanks.

  3. Assalamualaikum..

    Lamanya xkomen kat blog zul.. Post sblm ni komen tp tetiba down plak..
    Menulis blog ni xsusah sebenarnya kalau kita dah ada isi yg nak dituliskan.. Sebaiknya rangka dahulu sblm menulis mcm karangan spm,pmr atau upsr.. πŸ˜‰

    Bg saya menulis adalah hobi yg best.. Kadang2 isi cuma 2 je tp huraiannya mampu mencapai 2 mukasurat atau lebih.. Nak mulakan je yg payah tp bila dah layan menulis saya rasa jd mcm karangan STPM plak.. huhu..

    PS: Mana blog2 saya? huhu.. truk btul busynya sampai xsmpat nak upgrade..

    PPS: Err.. zul saya masih lg xboleh akses emel 100%.. Hari tu smpat baca emel zul je.. Maaf xbalas.. πŸ™‚

  4. Blog yang bagus adalah blog yang asli. Blog yang ditulis secara asli dan mengikut ekspresi penulis sendiri. Gaya bahasa dan juga susunan perkataan boleh membezakan keunikan sesuatu blog.

  5. Satu cara mudah.. dapatkan artikel dengan private label rights, modify lebih kurang, jadilah ia entry untuk blog anda. Dengan cara ini anda tak akan kering idea untuk menulis lagi!

    Inilah cara yang digunakan oleh ramai Internet marketer. Mereka berusaha secara ‘smart’, menggunakan keyword ‘leverage’. Tak perlu mesti original, atau unik. Tak perlu ‘reinvent the wheel’. Cuma adjust & tambah idea baru.

  6. Yup, boleh guna PLR di samping menulis sendiri. πŸ™‚ Semuanya bergantung kepada keadaan dan kehendak blogger itu sendiri. Pilihan di tangan anda. πŸ˜‰

    Cara lain: Ghost Writer.

  7. Saya setuju dengan jangan menulis terlalu panjang sebab bukan ramai yang berminat nak baca pun.

    Kita hanya perlu istiqaamah menulis. Jangan tulis panjang seminggu sekali. Lebih baik tulis pendek tapi hari2.

  8. Saya pun pernah tanya Zul soalan ni..hehehe…
    Saya memang kekeringan idea.. saya akan praktik apa yang ada disenaraikan ni.
    Saya akan cuba menulis sekurang-kurangnya satu post untuk seminggu dan tambah secara berperingkat. Terima kasih atas tips ni

  9. hmmm.. saya pun pernah menghadapi masalah ni.. sampai tak tahu nak tulis apa.. akhirnya berminggu-minggu tak update blog.. dan orang komen “Bile nak update ni??”.. iskkk..

    Tapi ada masa-masanya pulak, terlalu banyak yang nak ditypekan.. sampaikan rasanya dah lari daripada tajuk.. camne pulak tuh yer??

  10. ehmm..satu idea dan tips yang bernas! saya dulu terfikir gak, kenapa la kdg2 senior blogger ni ada jer benda nak cakap. tak kering2 idea plak tu. stakat ambil idea orang lain, tapi tak olah ayat sendiri tak kira ciplak kan?hehehe πŸ˜‰

  11. Penyakit baru ni blogger block. πŸ˜€ Betul tu cara irfan khairi tu bagus . Ringkas tapi berkesan dan mesra pembaca πŸ˜›

  12. pergh! sumer kat atas tu best!

    thanks sumer. akan saya perguna sebaiknya nanti nak bangunkan blog nanti… πŸ˜€

  13. salam sejahtera kepada rakan-rakan sekalian..

    saya juga mempunyai masalah seperti ini..

    ya tiada idea menulis blog..

    oleh itu, jadinya blog saya terbiar tak diupdate langsung. mujurla saya terjumpa artikel ini yang boleh memberikan saya input yang berguna seterusnya mendorong saya untuk meneruskan penulisan saya..

    saya berterima kasih kepada tuan admin serta rakan-rakan sekalian di atas komen dan pendapat masing-masing..

    p/s: jemputla melawat ke blog saya ya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *