Theme WordPress : 2 Column Vs 3 Column
Kali ni saya nak tanya pendapat daripada para pembaca blog ini semua.
Sebelum itu ingin saya katakan bahawa, saya dalam perancangan untuk menggunakan theme lain dan jika ikut kehendak saya, theme 3 column adalah menjadi pilihan untuk perubahan bagi blog ini.
Namun, saya ingin tahu daripada anda jika boleh, theme jenis mana yang anda suka dan selesa? Yang ada dua kolum macam yang saya guna sekarang ni atau tiga kolum? Jawapan anda amat diperlukan untuk saya membuat keputusan terakhir.
Jika anda seorang blogger, mungkin anda ada pengalaman dan pendapat mengenai hal ini. Jika anda tiada blog, atau hanya seorang pelawat blog, boleh juga memberikan pendapat, theme blog jenis mana yang anda suka dan selesa.
Terima kasih di atas pendapat anda.
Nota:
Theme bermaksud bentuk atau ‘design’ blog. Contohnya blog saya ini menggunakan 2 column theme.









Pada pendapat saya lebih baik buat 2 column.Nampak lebih pro.Tapi 2 column ke 3 column ke.Saya tetap sokong Abg Zul.
editor artikel terkini.
Saya lebih minat themes yang 2 column ni. Kalau yang 3 column saya minat seperti di blog mohdismail
3 kolum yang bagaimana yer?
sidebar di tepi kanan kiri?
atau sidebar 2 di tepi?
3 kolum pun best jugak. meh kita undi 3 kolum punya…
nampaknya kena buat pilihan laa… kena solat istikharah laaa…
hehe.. solat istikharah???
adesh…
Pada pendapar saya, ia bergantung kepada individu.
Untuk blog Abang Zul, saya cadangkan 3 kolum sebab ada banyak item kat kolum kanan bang Zul. Jadi bolehlah dibahagi-bahagikan
Saya lebih suka kpd 2 colum shj. Nampak pro sikit. Sekiranya satu2 blog tu byk ada pengiklanan maka baru sesuai kpd 3 column. Itu pun kena pandai susun supaya tak nampak carca merba….
Tapi saya rasa SmartZul lebih arif dalam hal2 ni…
Ha, betul jugak kata Raymond tu.. Kat sidebar kanan banyak sangat
Thanks all.
Yup, that why saya nak guna 3 kolum, sebab banyak item tu yg perlu diletak.
3 colum.
Nampak lebih kemas,tersusun dan pro serta sesuai untuk blog macamni.
rasa saya nampak cantik 2 kolum.. tapi kalau 3 kolum seeloknya yang sebelas letak khas untuk link je,,, cam blogroll, myblog n etc.. yg lagi satu side blh letak meta, search,iklan ngan rss feed…
cadangan je zul… sebenarnya saya ni tak layak bagi cadangan pung.. blog .com belum siap lagi… huhuhu..
saya pun rasa 3 column lebih menarik, kerana ia nampak lebih kemas. kalau 2 column saja, dan banyak pula items yang mahu diletak, saya rasa berselerak.
Saya berpendapat jika blog kita adalah salah satu sumber pendapatan di internet, 3 kolum adalah yang terbaik kerana, kolum kedua atau ketiga dijadikan untuk ruangan pengiklanan seperti yang saya lakukan di blog saya dimana kolum kedua untuk navigasi dan pengumuman penting, manakala kolum ketiga, dijadikan ruangan pengiklanan. Tujuannya supaya blog kelihatan kemas dan memaksimakan pengunaan ruang.
Pada saya elok guna 3 column. Tambahan pula kalau ada banyak iklan atau navigation yang perlu diletakkan. Kalau 2 column ni menjadikan blog ni lebih panjang ke bawah. Bila guna 2 column, rugi juga space kosong tu. Tambahan pula banyak pengguna sekarang guna resolusi tinggi..so, kalau 3 column pun takde effect sangat dari segi penglihatan diorang.
Terima kasih semua.
Saya dalam proses ‘kajian’ dan testing sekarang.
Tunggu je lah nanti. Apapun, saya akan tukar theme ni kepada theme lain sebab theme ni ada kekurangan sikit. 2 atau 3 kolum, tunggu…
TQ.
mana theme baru? nak tengok theme baru laaa… tunggun jangan tak tunggu…
3 la bgs. kiri post, 2 kanan sidebar..