The More People Talk About Me, The More Know Me, ….

* Tulisan kali ini agak pedas sedikit yang ditujukan kepada usahawan internet senyap YANG hanya tahu bercakap dan mengkritik kosong..

Hmm, tak tahulah betul ke tak grammar ayat kat atas. Cuma nak bagitahu, pernah terbaca satu tulisan mat salleh ni dia kata, jangan fikir sangat pasal grammar, kalau tak kita yang bukan orang putih ni sampai bila tak akan menulis dalam englsih. 😉

Ok, saya teringat kata-kata Alex Tiew, alaa, budak yang buat millionpixel tu. Walaupun projek satu juta dia tu banyak juga mendapat pandangan negatif, tapi saya mengambil dari bahagian positifnya. Antara katanya:

“As I made money, more people talked about it, and the more people talked about it, the more money I made.”

Harap anda faham katanya itu.. Ramai yang bercakap mengenainya, dan jika semakin ramai yang bercakap mengenai dia, semakin banyak dia buat duit.. Tapi apa yang saya nak sampaikan pada hari ini adalah lebih kurang maksud ini, cuma berbeza sedikit.

Anda tahu tak? Masih ada lagi yang tidak faham dengan kewujudan saya dan smartusaha.com. Entahlah, mungkin dengki? Tak nak ambil tahu? Atau hanya pandai bercakap? Terus terang saya nyatakan bahawa, saya bukanlah seorang pakar yang boleh menjadikan anda seorang jutawan di besok hari. Dan saya TIDAK pernah menjanjikan apa-apa hype atau janji kosong bukan? Anda akan tahu jika anda pembaca setia blog ini.

InsyaAllah selagi terdaya, saya akan memberikan maklumat percuma dan berguna. Namun kadang-kadang saya sedih, sebab sebilangan orang-orang kita begitu cepat menyimpul usaha orang lain sebagai mengambil kesempatan ke atas yang tidak tahu mengenai perniagaan internet. Kononnya saya termasuk ke dalam mereka yang menjanjikan impian kosong, mengambil kesempatan, dan macam-macam lagi kata-kata. Saya tahu hal ini sebab saya boleh track perbincangan di mana-mana forum atau pendapat peribadi di blog atau sebagainya. Dunia internet ni kecil jer saudara.. 😉

Pertama ingin saya katakan, saya tidak janjikan sesuatu harapan kosong.

Kedua, saya amat tegas kepada mereka yang ingin melakukan pelaburan online yang mencurigakan masa depan mereka. Ini satu kes, orang kita bukannya nak bincang pasal ni, sebaliknya pergi komen dan hentam habis-habis usaha murni orang lain. Pelik bukan?

Ketiga, dari awal smartusaha.com wujud, saya berperang habis-habisan dengan penggiat aktif skim cepat kaya. Dan anda yang komen negatif diri saya, di manakah anda saat itu? Mungkin tengah tidur nyenyak bukan?

Keempat, 60% masa saya digunakan untuk maintain blog ini agar rakyat Malaysia terdidik dengan erti perniagaan internet sebenar. Sebenarnya ramai usahawan internet lain yang banyak buat duit, tapi apa sumbangan mereka kepada bangsa? Sebaliknya mereka diam dan senyap saja bukan? Kebanyakan dan sebilangan mereka hanya tahu komen -ve usaha orang lain seperti usaha saya ini. Tapi mereka? Buat duit banyak-banyak dan telan untuk sorang-sorang.. Kita yang usaha nak mati menulis sebarkan ilmu, dikatanya macam-macam. Maaf saya terpaksa meluahkan di sini, sebab ada sebilangan (bukan semua) usahawan internet yang tiada blog atau menulis mengenai perniagaan internet, komen negatif terhadap usaha orang lain seperti usaha saya sekarang.

Saya tidak sedih, tidak berputus-asa, malah akan terus ke depan. Cuma tulisan ini hanya satu peringatan kepada mereka yang hanya tahu berkata sahaja. Anda buatlah income sejuta pun kat internet, tapi kalau hanya syok sendiri tanpa ada apa-apa sumbangan seperti penulisan, tak perlulah nak tabik dada dan tak perlulah nak komen usaha orang lain yang berpenat-lelah membantu rakyat sendiri. Anda hanya tahu berkata kosong dan tiada kesedaran sebenarnya. Mungkin, anda menganggap orang lain salah dan tidak betul. Anda lebih tahu dan lebih berpengalaman bukan? Saya tak tahulah sebab apa, tapi apa yang saya perhatikan mereka yang bercakap negatif tu hanya tahu bercakap, tapi tak ada sumbangan balik kepada masyarakat. Dapat duit banyak, beli rumah kereta besar, dok diam-diam. Ilmu banyak, last-last meninggal dunia. Habis macam tu jer ilmunya. Rugi bukan? Bukan kata nak kongsi ilmu, sebaliknya borak kosong dan mencemuh usaha murni orang lain.

Ya, di Malaysia terdapat ramai usahawan internet terutama yang buat duit di ebay.com dan lelong.com.my, tapi berapa kerat jer yang turun padang membantu anak bangsa sendiri yang sedang terkial-kial nak buat duit di internet? Kalau tak nak buat seperti saya dan yang lain-lain buat samada tulis blog, buku atau anjur bengkel/seminar, saya hanya minta satu perkara daripada anda (usahawan internet senyap). Bukan duit, bukan harta anda. Tapi please, support us dan berhenti berkata -ve. Sebaliknya kita bergabung tenaga untuk memastikan bangsa dan ummat kita terdidik dengan perkara yang betul. Boleh? Saya tahu, anda dah kaya, banyak pengalaman, dah senior, dah lama dah buat ebiz, tapi kalau anda hanya tahu komen -ve, maka tak guna. Lebih baik buat duit diam-diam dan jangan cakap banyak.

Saya minta maaf awal-awal sebab memberi komen kepada usahawan internet senyap tu terutama yang banyak cakap negatif. Bak kata bahasa pasar, “jangan jadi orang yang poyo”. 😉 Pleaselah jangan dengki dan tahu nak lihat orang lain stop mencurahkan ilmu kepada bangsa dan ummat. Sebaliknya banyakkanlah bercakap pasal skim cepat kaya ke, skim piramid ker, ni tak, alih-alih dikomennya usaha baik orang lain.

Ramai yang tidak tahu lagi matlamat smartusaha.com yang percuma ini. Salah satunya adalah menyampaikan ilmu perniagaan intenet yang sebenar kepada anak bangsa dan ummat, agar tidak terjebak ke jalan yang salah di dalam usaha membuat duit di internet.

Saya bukan nak riak atau mengangkat-angkat diri saya dan smartusaha.com, tetapi saya berhak untuk menyatakan kebenaran kerana masih ada yang salah-faham dan saya tidak mahu tersebarnya fitnah. Sekali lagi, jika anda hanya tahu komen negatif, saya rasa anda memiliki kerosakan sel di otak bahagian kiri. Hehe, gurau jer.. 😉

Berbalik kepada tajuk, nampaknya smartusaha sudah mendapat perhatian ramai sekarang. Dari individu yang dengki dengan blog saya yang tip top di google sampailah kepada orang-orang biasa, nama saya dah mula diperbincangkan. So, tak apa.. Saya bukan mengejar populariti. Cuma, tidak kisah apa yang orang kata, +ve atau -ve, semakin banyak mereka cakap pasal saya, semakin ramai orang kenal saya, semakin ramai orang kenal saya, semakin banyak saya buat duit (nanti) dan semakin banyak trafik ke smartusaha.com. 😉

Akhir kata, saya tidak akan minta satu sen pun dari anda untuk maintain smartusaha.com ini. Oh ya, anda tahu tak satu rahsia yang saya simpan selama ni? Salah satu asbab blog saya masih bernyawa sampai sekarang adalah kerana bantuan daripada seorang usahawan internet yang memahami perjuangan saya. Siapa dia? Biarlah saya simpan rahsia ini seorang diri dan semoga Allah terus memberi rezeki melimpah-ruah kepada beliau. Dulu, di saat kenaikan smartusaha.com, beliau membantu dari segi kewangan dan support agar blog ini terus hidup dan terurus. Anda yang tahu bercakap negatif saja tu, bila nak bantu bangsa sendiri? Buanglah sikap buruk itu, tak berguna satu sen pun untuk diri anda.

Salam perjuangan dari smartzul.

Wassalam.

PS. Semalam dalam pukul 10 pagi, siaran temuramah saya tempoh hari telah disiarkan. Abang DJ (abang EmR) tu lupa nak inform kat saya. Saya pun tak sempat dengar. Tak apa, dia akan bagi nanti fail rakaman tu. Ops, ramai yang salah sangka, temuramah tu bukan seperti temuramah dengan orang yang dah berjaya. Mesti anda tertanya kenapa saya dipilih untuk ditemuramah. Abang EmR, boleh saya beritahu yer tujuan sebenar temuramah tu. 😉 Ini kata abang EmR apabila saya tanya, kenapa pilih saya??

“Zul, dari blog zul lah abang banyak belajar apa itu internet marketing dan dari blog smartusaha lah abang tahu kewujudan blog-blog dan laman web rujukan yang lain. So, abang amat berterima-kasih dan sebab itu abang pilih zul…”

Oh, saya begitu terharu sekali. Ya, siapalah saya dibanding mereka yang dah buat duit banyak tu kan (tapi hanya tahu komen -ve; maaf sindir, hehe).. 😉

Di temuramah itu, saya bukan memberikan janji kosong kepada pendengar, bukan promosi diri saya, tapi saya BANYAK MEMPERTAHANKAN anda sebagai usahawan internet!! Tak percaya, anda boleh dengar nanti. Saya ingin membantu industri ini dan saya rasa bertanggungjawab kerana begitu ramai yang hanya tahu bercakap tapi tak mahu membantu. Jadi, saya luangkan masa untuk menulis dan ‘mengorbankan’ masa saya. Saya promote juga beberapa website lain dan saya banyak meyakinkan rakyat Malaysia agar merubah mindset terhadap kerjaya usahawan internet. Saya mahu bantu anda, tapi kalau anda berkata -ve mengenai saya, terserah pada anda untuk menilai sendiri.. Kalau bukan kita yang membantu bangsa dan ummat sendiri, siapa lagi?? Moga Allah menjadikan usaha saya ini sebagai amal jariah yang akan membantu saya di alam sana kelak.

Terima kasih kepada abang EmR kerana memilih orang yang belum berjaya ini. Biasanya orang buat temuramah dengan yang dah berjaya (biasanya akan promote biz sendiri, :p), tapi kali ini amat berbeza. Saya berikan the true facts about internet business kepada rakyat Malaysia. Bukan kisah saya (tapi ada lah sikit)..

So terungkailah persoalan bagi sesetengah orang tu mengapa saya ditemuramah.. Maka, bandingkan komen anda tu dengan apa yang saya sampaikan di sini. Pokoknya, anda begitu cepat ‘melenting’ tanpa usul periksa bukan? Atau mungkin anda tercabar dengan kesenioran anda di dalam bidang ini. 😉 Think about it..

Sekian.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

20 thoughts on “The More People Talk About Me, The More Know Me, ….

  1. hehe…mmg bnyk yg dengki!Tapi sabar je la…spt kata Saidina Abu Bakar.Orang baling kita dengan batu,kita balas dengan buah..ramai keliling saya ni pun yg mengejek…just pekakkan telinga jer…diorang tak tahu apa yg terbuku dlm kepala otak (akal) kita yg Tuhan bagi ni…kita fikirkan yg baik2 pun salah.Saya akan terus menyokong blog ni…Abg Zul Boleh!!Merdeka!!

  2. mypapit, mestilah ada. Actually, memang saya tak kisah pun. Senyum sorang2 lagi. Tapi kadang2 kita perlu bersuara agar diaorang ni sedar dari lamunan dan kadang2 kalau kita tak bersuara, orang lain akan terpengaruh dengan mereka yang -ve tu. 😉

    apizz, thanks..

  3. Sabar itu sebahagian dari iman.. 🙂

    Nasib baik nama saya Sabri, so sabar tu dah built it la kot.. 😉 besa la tu..orang yang jahil kata gini, orang yang dengki kata gitu..

    Alik-alik saya rasa yang terbaik adalah, kita terus perjuangkan apa yang kita percaya.

    Saya percaya keihklasan Zul & Smartusaha. (tak percaya, tanya Syazwan berapa kali saya ulang Zul iklas dan jujur..hehe 😉 )

    Persevere!

    p/s: Sorry zul kalo terspam banyak kali komen..Internet connection kat utp ni prob skit…

  4. Zul, dalam usaha kita naik ke atas, memang banyak tangan yg akan cuba tarik kita agar jatuh tersungkur ke bawah.

    Petua kebanyakan orang berjaya, pedulikan kata nista orang yg pandang negatif akan usaha kita, sebaliknya tumpukan kepada matlamat perjuangan!

    Lagipun, saya yakin bilangan penyokong yg menghargai usaha Zul amat ramai, termasuklah saya. So, just continue your good work!

  5. Zul,

    Rilex bro. Itu part and partial dalam dunia usahawan. Orang2 yang nak bertepuk tangan bila kita jatuh ramai. Tergelak besar mereka nanti bila kita baru dicuit, keluar abes silat kuntau kita.

    Compose. Just do apa yang Zul buat sekarang. Apa yang Zul buat is jihad utk pembangunan ekonomi umah. Just keep it up.

    Kan dah tertulis kalau yang hak tu akan timbul, yang bathil akan tenggelam. Just let your action speaks.

  6. Nasib baik lah ada orang macam zul ni, sabar, tabah dan ikhlas. Kalu tak, hilanglah sorang guru internet saya. Syabas ‘smartusaha.com’

  7. Saya sokong dari belakang..kami sentiasa akan back up anda..Kan betul, Zul ni banyak “isi” walaupun badan tak berisi..Boleh la kalo nak menuntut dengan dia..

  8. sabar..betul kata kawan2 tu…lihat sahaja sirah rasulullah…nescaya kita akan dapat kesabaran.Allah baru uji kita sedikit sahaja tu.Manusia kadangkala lupa.Apabila kita fikir nak berjaya aje pun susah juga.Itu sebab bagi saya, saya akan fikir nak berjaya dalam agama tiap-tiap hari dan ingat Allah setiap masa.Nescaya hati kit akan jadi tenang.Insyallah jika hati nurani kita bersangka baik nescaya semua akan berjaya.

  9. Terima kasih banyak-banyak semua.. 😉

    Ingin saya ulangi, tulisan ni bukanlah bermaksud saya melenting atau terkeluar silat kuntau macam irwan cakap tu. Saya cuma nak mempertahankan usaha yang saya lakukan dan usaha yang kebanyakan KITA lakukan seperti penulisan buku, blog, buat seminar dan bengkel. Kalau kita hanya berdiam diri sahaja, susah juga kan?

    Apa yang saya tulis adalah kebenaran, seorang usahawan internet ni dia membuat income ribuan juga sebulan, tapi dia komen -ve kepada usahawan internet lain yang buat usaha2 yang saya nyatakan tu. Tapi dia apa jer yang dikongsikan bersama? Atau hanya mahu dia seorang dianggap super dan hero dalam bidang ini? 😉 Sudah semestinya, dia adalah senior, dah lama dah buat ebiz. Masa tu saya zero lagi. Tak tahu apa-apa.

    So, pokok pangkal, kadang2 kita yang ditohmah macam-macam ni kadang2 kena juga bersuara dan bertegas. Kalau senyap jer, makin banyak orang perkotak-katikkan kita adalah.. 😉

    PS. Merdeka dah 49 tahun, tapi sedih, selain musuh nyata, kita tak sedar, bangsa dan ummat sendiri yang jadi musuh kita yer..

  10. Zul,
    Boleh tak kasi download (MP3) temuramah Zul tu? Mesti banyak nasihat dan tips…
    Well, jangan layanlah kalau orang dengki tu. You buat je kerja you baik-baik. Yang penting rezeki halal dan tidak menganiayai orang lain.
    Kita memang sudah merdeka 49 tahun. Tahun depan dah 50 tahun merdeka. Tetapi adakalanya sikap orang Melayu sendiri yang umpama masih dijajah – masih takut untuk mencuba perkara baru dan masih mengagung-agungkan bangsa lain dan tidak ada sifat ingin tolong sesama sendiri.
    Baguslah Zul ingin membantu anak bangsa. Biarlah ada yang mencemuh, tetapi yang pasti, ramai juga yang menyokong dan appreciate usahamu itu.

  11. Saya juga tau ramai rakyat Malaysia yang buat duit di ebay, lelong.com.my atau produk2 yang tidak kita ketahui. TAPi tak sangka pula ada juga yang dengki pulak pada Zul.

    1. Konsep “menyampaikan ilmu perniagaan intenet yang sebenar kepada anak bangsa dan ummat, agar tidak terjebak ke jalan yang salah di dalam usaha membuat duit di internet” juga saya tanamkan dalam diri saya sejak saya bertekad nak biz di internet. Betul kalau kita ada ilmu tinggi mana pun bila tak dikongsi (atau makan sorang2) tunggu jer lah ilmu tersebut masuk ke kubur bersama jasad. Org lain akan bermula dari kosong dan masyarakat kita juga di Malaysia yang lambat dapat ilmu tentang internet dan biz.Rugi..rugi dan amat merugikan.

    2. Saya ada kawan yang bagi Disclaimer macam ni
    “Server hosting aku beli, domain aku beli, semua duit aku, suka hati aku nak tempek ape dalam nih. Sape yang dok sideline tempek-menempek dalam tag bod tuh, dia punya hak nak tulis. Akal ada, sila pakai.
    Tak puas hati dengan ape-ape dekat laman nih, sila tutup browser dan pergi main jauh-jauh. Paham??????
    All other links and trademarks are the property of their respective owners.

    Saya rasa kita kena pakai konsep macam kawan saya ni.

    3. Komen -ve atau +ve anggap sebagai panduan dan pembakar semangat.

    4. Saya secara peribadi, walaupun kita belum jumpa. Ada rasa hormat, terhutang budi kerana saudara adalah orang pertama yang link ke blog saya walaupun masa tu baru ada 2 artikel. Sebagai org lama saudara tidak hilang BISA untuk sekadar buat link ke blog sesiapa pun tetapi ianya memberi semangat.

    Marilah kita sama2 menulis untuk semua, insyaALLAH kita akan dapat pahala dan duit tu dapat kemudian kalau ada rezeki.

  12. Thanks Bagak.. Actually saya taklah akan hilang bisa (ada bisa ke saya ni? hehe..), cuma kadang-kadang orang-orang sebegitu kita kena ‘ketuk’ gak. Kalau biar lama-lama nanti, lagi parah. 😉

    Oklah, thanks for all. Berbudi, biar sampai ke mati. InsyaAllah.

  13. bisness cam tu lah…Kalau fikir2 kenapa la depa ni…? oppps..jgn fikir sangat, nanti tenssionnn.. buat je yang terbaik anda rasa untuk membantu komuniti..keeps up!

  14. kalo banyak yang negatif dan tak membina memang membawa masalah kepada kita sehinggakan terbawa2 dalam kehidupan seharian… itulah yang peliknya, mereka yang cakap negatif dah tak ingat apa yang mereka cakap kecuali mereka tulis negatif dalam blog. dan kita sentiasa terngiang2 apa yang mereka hentam karma tersebut….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *