Text-Link-Ads : Sewakan Ruang Iklan di Laman Web Anda

Anda mempunyai laman web yang mempunyai PR, trafik dan content yang baik dan memuaskan? Jika ya, pastikan laman web anda memberikan sedikit pulangan yang juga memberansangkan seperti program text-link-ads.com. Program ini insyaAllah bukan scam bahkan kini sudah ramai yang menyertainya serta diiktiraf ramai termasuk saya. hehe..

Betul, ini bukan gurauan tetapi satu kenyataan. Saya cuba menyertai program ini seawal Julai lepas di samping melakukan program google adsense. Seperkara yang perlu anda ketahui, program google text link ini tidak bertentangan dengan peraturan google adsense. Bermakna, selain anda meletak iklan adsense di laman web, anda juga boleh meletak link iklan dari program text link ads tadi. Mengapa boleh? Kerana text-link-ads bukanlah program PPC. šŸ™‚

Baik, secara mudah, melalui program ini, anda hanya diperlukan submit laman web anda dan tunggu pihak tex link ads memeriksa dan meluluskan permohonan anda. Bukan kelulusan akaun, tetapi kelulusan laman web. Bermaksud, anda boleh create akaun tetapi untuk menjalankan program ini, anda perlu memiliki laman web yang baik dari segi PR, trafik dan contentnya. Pendek kata, laman web yang berkualiti.

Kalaupun laman web anda diluluskan oleh pihak text link, jika laman web anda tiada ciri di atas, pihak pembeli ruang iklan pula yang amat susah untuk membeli ruang yang anda sediakan.

Seperti saya, untuk satu laman web saya, saya hanya peruntukkan satu ruang tepi atas dan hanya menghadkan 8 link sahaja. Setiap link mempunyai harga tertentu. Alhamdulillah, tak sampai 2 bulan buat, dah dapatlah sikit.. šŸ˜‰ Tapi untuk kali pertama, satu link saya dapat dalam $5.47 dan tunggu next payment pulak. Actually, saya tidaklah serius sangat dengan program ini, sekadar untuk mencuba dan melihat modus operandinya. Ternyata, jika anda ada website yang baik, seperti rekod di alexa dan PR yang bagus, saya galakkan anda sewakan sedikit ruang untuk iklan berbayar di laman web anda tu.

buat duit

Julai – Payment Pertama

buat duit smartusaha

Bayaran diterima di akaun paypal – klik untuk imej besar

Bagaimana ia berfungsi? Fuuh, panjang jika nak bercerita kat sini. Kat laman web mereka dah dijelaskan A-Z. šŸ™‚ Cuma, secara mudahnya, apabila laman web anda telah diluluskan, pihak pengiklan akan masuk ke laman web text-link-ads dan mereka akan menentukan laman web mana yang mereka suka untuk meletak link laman web mereka. Seperti kata saya, mereka akan melihat laman web tersebut dari aspek PR, content, alexa ranking dan lain-lain. Kemudian, lepas berpuas hati dengan laman web kita, pengiklan itu akan memasukkan laman web kita dalam senarai dan mereka bayar kepada pihak text-link.

Segala bayaran untuk kita akan direkodkan dan pihak text-link akan maklumkan kepada kita melalui emel. Cukup bulan, payment akan dihantar kepada kita ke akaun paypal. Pilihan untuk cek juga disediakan tetapi mesti ada nilai minimum. Paypal tak perlu, janji ada money earned, pihak text-link akan membayar. Jadi, tak seperti adsense, anda tak perlu tunggu USD100 untuk tunggu cek. šŸ˜‰

Oklah, tak tahu nak taip apa lagi. Cuma, jika anda buat adsense, tambahlah income dengan program ni juga. šŸ™‚ Segala panduan dan sebagainya, boleh rujuk di laman web mereka. Untuk mendaftar, klik banner di bawah:

Text Link Ads

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Seperti yang saya katakan, cukup bulan pihak text-link-ads akan bayar kita melalui paypal tanpa ada had minima. Dan hari ni saya dah terima bayaran kedua! šŸ˜‰ Alhamdulillah.

    • abdafatah,
      kalau iklan banyak sangat di web kita…
      takde orang nak masuk web kita tu sebab mereka takut tengok iklan…
      satu soalan..
      kalau kita tengok TV, kita tengok tak iklan tu?
      kalau saya, saya tak tengok…

      han

        • iklan selang seli macam mana tu abdfatah?
          mcm yang blog zul ni ke?
          kalau boleh, web tu jangan lah berserabut dengan iklan…
          nak membaca pun susah…

          han