Terima Kasih
Sebagai seorang manusia, tidak cukup hanya berterima kasih kepada Allah sahaja. Kita juga perlu berterima-kasih kepada manusia.
Seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.:
“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)
“…dan barangsiapa yang melakukan kebaikan kepadamu, maka balasilah dia, jika kamu tidak dapati apa-apa untuk membalasinya, maka berdoalah untuknya hingga kamu dapati bahawa kamu telah membalasinya”. (Hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i dengan sanad-sanad As-Sahihayn)
Saya tidak akan berada di tahap ini sekarang tanpa ada orang “di belakang” yang menyokong saya, membimbing, menunjuk jalan dan termasuklah yang mengkritik.
Saya ucapkan terima kasih kepada:
1. Mentor-mentor saya yang langsung atau tidak langsung.
2. Penulis-penulis buku yang banyak memberikan input positif.
3. Pemandu-pemandu bas dan kenderaan awam yang membawa saya sampai ke destinasi yang saya tuju.
4. Tukang-tukang masak yang pernah saya makan masakan mereka. Terima kasih kerana ia membuatkan saya terus bertenaga untuk berjuang..
5. Pembaca blog dan tulisan saya. Tanpa anda saya mungkin tiada semangat untuk menulis.
6. Rakan-rakan Facebook dan forum yang pelbagai prinsip. Membuatkan saya semakin matang di dalam menilai erti sebuah hidup dan menjadi diri sendiri.
7. Para pengkritik. Tanpa anda, saya tidak akan tertekan untuk terus berusaha dan memecut ke hadapan. Terima kasih.
8. Para pesaing perniagaan yang menjadikan saya tidak duduk diam untuk terus meningkatkan usaha dari masa ke semasa..
9. Pembeli-pembeli produk saya. Terima kasih kerana meyakini untuk membeli produk-produk saya dan terus menerus menyokong dan memberi kepercayaan.
10. Rakan-rakan usahawan yang banyak memberikan pendapat dan kritikan.
11. Terima kasih kepada mereka yang mengganggu-gugat atau memberikan saya kesulitan di sepanjang perjalanan perjuangan saya. Anda banyak mengajar saya erti kesabaran.
12. Ahli keluarga saya yang terus menerus mempersoalkan mengapa saya ingin menjadi usahawan sehingga menyebabkan saya terus menerus mencari maksud keusahawanan yang sebenar…
13. Terima kasih kepada sesiapa sahaja walaupun hanya menyumbang kebaikan sekecil zarah kepada hidup saya ini..
14. Terima kasih kepada para sahabat baik yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat walaupun dari jauh…
Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas dengan sebaik-baik balasan kepada kalian semua..
Terasa kerdil sekali bahawa kita bukanlah sesiapa tanpa orang lain. Jangan sesekali mengatakan kejayaan kita adalah kerana usaha kita semata-mata. Akhirnya kita sedar, hanya ALLAH sahajalah yang Maha Hebat. DIA Yang SATU tanpa memerlukan sebarang sekutu mahupun pertolongan.
Saya bersyukur dan berterima kasih kerana tanpa manusia lain, saya pasti tidak akan dapat hidup, berusaha dengan selesa dan mencapai apa yang saya inginkan.
TERIMA KASIH.









Satu entri yang bermakna, tersirat dan berfalsafah sikit.
Saya juga ingin mengambil kesempatan berterima kasih kepada Zul kerana memberi inspirasi kepada saya dan juga byk orang2 lain di luar sana.
Terima kasih kerana sudi mengingatkan saya erti “Terima Kasih”.
Terima kasih untuk artikel artikel yang memotivasikan yang anda tulis zul..ingin sekali berbual bual ho ho
Terima kasih atas ingatan.
Terima kasih juga kepada Zul yang telah memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada saya sehingga saya berada di tahap ini sekarang.
Teringin nak lepak lagi dengan Zul kat ‘Line Clear’ minum susu kambing sambil sembang2 pasal dunia IM.
Bukan Zul sahaja yang berterima kasih malah ramai lagi juga yang patut berterima kasih pada Zul juga (termasuk saya) di mana setiap tulisan Zul memberi sesuatu tolakan bagi para usahawan baru untuk teruskan perjuangan.
Terima kasih kepada Zul kerana memberi pelbagai info yang hebat di Facebook dan blog ni dan memberikan saya idea yang amat hebat untuk saya gunakan selepas saya habis exam.
Terima kasih sekali lagi.
- Abdul Rahman
Bersyukur sememangnya suatu perkara rohani yang wajib kita amalkan. Nikmat, rezeki, berkat usaha kita datangnya daripada yang Maha Esa. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan syukur dan terima kasih kerana pendedahan ilmu internet ini. Baik buruknya kita sama-sama ingat mengingati antara satu sama lain.
Terima kaish kepada Zul yang merupakan orang pertama saya temui tatkala menceburi dunia IM. Tqvm Zul..Saya banyak belajar dari anda, semoga Allah Taala memberkati ilmu yang saya pelajari dan Zul sentiasa mendapat keberkatan dari-Nya.. Amin.
Terima kasih Tuhan.
terima kasih sayang-awie
terima kasih kerna mengajar aku erti bahagia-lovingborn
terima kasih atas penghinaan-iklim
terima kasih zul
Akhirnya lafazlah alhamdulillah tanda syukur. Alhamdulillah harganya melebihi terima kasih. Sememangnya kehidupan kita tak kan ke mana-mana jika hanya berseorangan atas muka bumi ini.
Terima kasih, Zul!
memang saya pun banyak belajar dari Zul melalui penulisan di blog,forum dan FB ni…
Terima Kasih Zul..:)
Salam en Zul,
Sy cuma nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana banyak menulis artikel2 yang sering memberi nasihat, motivasi, inspirasi, ilmu perniagaan internet, kisah teladan dan mcm2 lagi yang banyak membantu saya dan ramai lagi rakan2 untuk terus maju dalam perniagaan internet. Thanks..
Benar tu saudara, tetapi kita selalu lupa akan itu. Terima Kasih
Ilmu dan agama itu selalu sepakat, tetapi ilmu dan iman selalu bertengkar.
Terima kasih En Zul,
tanpa artikel-artikel yang mantap dan berkesan hasil tulisan saudara zul, sudah tentu saya tidak akan berani mengambil risiko menceburi bidang ini.
segala tunjuk ajar yang tuan pernah berikan selama ini amat-amat saya hargai. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Semoga terus maju jaya!
Salam en.Zul.
Anda sememangnya seorang yang hebat coz boleh mengucapkan ‘terimakasih’kepada orang yang mengganggu-gugat atau memberikan anda kesulitan di sepanjang perjalanan perjuangan anda seperti yang anda tulis pada no.11. Syabas bro!
nota: mampukah saya berbuat begitu?…kalaulah
selagi darah mengalir kat dlm tubuh sy, sy akan tetap sokong anda
Salam selalu ,
Saya juga nak mengucapkan jutaan terima kasih atas tip2 zul selama ini,ilmu yang dapat akan saya kembangkan…Insyallah sahamnya akan tempias kat zul juga.
terima kasih zul… sebab byk memberi tips berguna pada imabiz
Sama-sama imabiz.
Terima kasih juga sebab menjadi pembaca blog ini.