Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com


Lapan Teknik Menulis Artikel Yang Hebat

Ramai yang mengatakan mereka tidak pandai menulis di blog. Sebenarnya itu hanya alasan semata-mata. Menulis di blog tidak memerlukan kita memiliki ijazah atau pun sijil penulisan.

Sebaliknya, kita perlu sedikit kreatif dan tahu mendapatkan idea untuk menulis. Itu sahaja. Kreatif di sini bermaksud bagaimana cara kita menulis untuk berinteraksi dengan pembaca. Artikel itu seboleh mungkin akan membuatkan pembaca merasakan kita bercakap dengan mereka (berinteraksi).

Penulisan di blog sebenarnya adalah satu perkara yang amat ‘kritikal’. Ia bukan sekadar tulisan, tetapi dibaca oleh ratusan sehingga mencecah ribuan orang. Salah satu unsur kritikal yang saya maksudkan adalah sejauh mana para pembaca dapat menerima tulisan kita.

Penulisan di blog adalah satu ‘seni’. Walaupun kita boleh menulis ‘ikut suka hati aku’, tapi kita perlu menerima bahawa para pembaca tidak akan selalu mengikut apa yang kita suka. Namun semuanya berbalik kepada apa tujuan kita berblog.

Tapi tidak di dalam blog untuk bisnes, penulisan artikel memerlukan kita kreatif di dalam penulisan agar pembaca seronok dan akan terus kembali membaca tulisan-tulisan kita yang akan datang.

Sebelum saya menyenaraikan lapan teknik mudah berikut, anda perlu mengikut satu syarat sebelum melaksanakan mana-mana teknik yang akan saya kongsikan ini.

Syaratnya adalah: Tulisan anda mesti original dan unik. NO COPY & PASTE.

Tidak kisahlah tulisan anda pendek, panjang atau sebagainya, yang penting 95% tulisan anda mestilah unik.

Baik, berikut adalah lapan teknik yang saya maksudkan:

1. Guna imej atau video yang berkaitan

Di dalam tulisan, jika sesuai untuk anda selitkan video, maka masukkanlah sekurang-kurangnya satu video. Kalau video yang dibuat sendiri lagi bagus.

Alasan memasukkan imej atau video ini salah satunya adalah menghilangkan bosan mata pembaca. Kalau setakat teks semata-mata, ‘keseronokan’ mereka kurang sedikit.

2. Jangan terlalu banyak smiley

Apa :) perasaan :D anda :) semasa :) membaca :D ayat :) ini?

Tidak begitu enak untuk dibaca bukan? Berpada-padalah di dalam penggunaan smiley.

3. Guna blockquote

Di dalam memetik kata-kata seseorang atau rujukan tertentu, sebaiknya gunakan blockquote.

Contoh:

Ini adalah contoh blockquote.

Gunakannya untuk menaip petikan ayat-ayat tertentu atau untuk menekan ayat yang penting.

Itu bentuk quote bagi blog ini. Setiap theme blog wordpress mempunyai bentuk style blockquote tersendiri.

4. Jangan panjang lebar

Saya pernah lawati satu blog. Katanya, “saya tulis panjang-panjang ni, suka hati andalah nak baca sampai habis atau tak. Saya tulis benda baik, jadi kalau nak yang baik, pandai-pandailah baca sampai habis”.

Saya walaupun kuat membaca orangnya, tapi membaca di komputer dan membaca buku adalah dua perkara yang berbeza. Bagi kes blog tadi, saya tak baca sampai habis artikelnya. Bukan sebab isinya, tapi sebab terlalu panjang. Sakit mata nak baca sampai habis. Lainlah ebook, kita boleh buka bila-bila masa tanpa perlu sambungan internet.

Artikel yang panjang boleh dibahagikan kepada beberapa siri. Malah ini akan mengembalikan semula pembaca blog setia pada setiap kali siri diterbitkan. Jangan sesekali membosankan para pembaca anda.

Atau, jika anda tidak mahu menulis secara bersiri, anda boleh tulis sedikit di blog dan jadikan semua keseluruhan artikel sebagai sebuah ebook. Contoh:

Ini hanyalah sebahagian. Untuk pembacaan yang lebih lanjut, sila download ebook berikut.

5. Berbentuk senarai

Bentuk senarai atau point adalah bentuk yang paling disukai oleh ramai orang. Bahkan artikel yang sedang anda baca sekarang ini pun adalah berbentuk senarai.

Contoh Senarai Numbering:

  1. Item 1
  2. Item 2
  3. Item 3

Contoh Dalam Bentuk Point:

  • Point 1
  • Point 2
  • Point 3

6. Hidupkan blog anda!

Para pembaca setia blog anda ingin tahu siapa anda. Jadi ceritakan serba sedikit apa yang anda telah, sedang atau akan buat.

Penulisan yang terlalu strict kepada topik utama semata-mata terkadang amat membosankan. Ceriakanlah pembaca anda dengan sesuatu seperti menceritakan hal-hal kehidupan atau di luar daripada topik utama.

7. Link!

Ramai yang ingat kalau letak link ke artikel orang lain pada artikel yang ditulis, maka itu amat merugikan. Ini adalah amat silap. Sebabnya mudah:

Jika anda berkongsikan sesuatu yang amat bermanfaat kepada pembaca anda, maka mereka semakin berterima kasih kepada anda dan semakin mahu membaca blog anda.

Blog adalah sumber ilmu dan informasi. Jadi salah satu cirinya ialah meletak link ke artikel blog atau laman web lain sama ada sebagai perkongsian atau sebagai bahan rujukan tambahan kepada tulisan anda.

Tapi jika blog anda khas untuk bisnes, cara ini adalah tidak wajib, lagi-lagi kepada pesaing anda sendiri. Jangan tikam diri anda sendiri. Bisnes tetap bisnes.

8. Selitkan dengan angka yang menarik!

Contohnya begini:

Jika saya ada dalam 500 orang di dalam autoresponder saya dan kemudian saya jual ebook berharga RM37.00, maka hasil yang saya akan perolehi jika 20 orang membeli adalah sebanyak RM740.00.

Penggunaan angka atau nombor sebenarnya akan membuatkan fikiran pembaca ‘berinteraksi’ dengan artikel yang ditulis. Maka di sini hasilnya adalah mereka tidak akan kebosanan.

Tapi, penggunaan angka tersebut janganlah terlalu kompleks. Mentang-mentanglah anda best student Matematik, habis semua formula dimasukkan dalam artikel. :p

Angka di sini juga boleh diertikan sebagai fakta. Manusia amat sukakan fakta sebab ia adalah satu perkara yang benar dan ada bukti (sandaran).

Kesimpulan

Di dalam penulisan, kita sebenarnya beriteraksi dengan psikologi manusia. Maka penulisan anda haruslah bervariasi yang mana dapat menawan minda dan hati mereka. Jadi, pelbagaikankan cara (style) penulisan artikel anda.

Sekian.

ps. Artikel lain mengenai blogging boleh baca di sini: Blog Panduan Blogging & WordPress

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • teknik menulis artikel
  • idea
  • teknik penulisan artikel
  • panduan menulis ebook
  • panduan menulis artikel
  • teknik menulis blog
  • menulis
  • teknik menulis sebuah artikel
  • teknik penulisaan rencana
  • teknik menulis rencana


17 Responses to “Lapan Teknik Menulis Artikel Yang Hebat”

  1. amirol says:

    Really nice tips Zul. Sometimes memang agak semborono ajer berblog. Tips ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kualiti post – post yang akan datang.

  2. zulyunus says:

    wah bagus tips yang diberikan. Saya pun rasa agak teruja. InsyaAllah dalam post-post yang akan datang boleh aplikasikan terus ni.

    Semoga semua dapat mengambil manfaat dan semoga kualiti penulisan blogger Malaysia juga dapat ditingkatkan.

  3. olie says:

    Memang betul apa yang Zul katakan. Patutla saya tak boring baca blog Zul ni ;)

    Saya akan cuba aplikasikan tips yang diberi bagi meningkatkan kualiti penulisan di blog

  4. em..memaang satu info yang baik kepada yang tak tahu menulis artikel .saya sendiri juga banyak belajar dari Smartzul

  5. zool says:

    Bukan setakat blog bisnes je..
    blog merapu pun kena buat ayat pendek2..
    Saya memang suka menggunakan blockquote terutamanya untuk point2 penting…

  6. kasimo says:

    nak tanya juga…. nak buat blockquote tu macam…

    oh ya tq tips ni bos

    • smartzul says:

      Kasimo, kat editor Post tu, dia ada icon menu quote ”

      Tekan tu dan mula tulis lah. Lepas siap, tekan enter dan klik sekali lg menu tu untuk off-kan.

      Atau boleh tulis kod mcm ni:

      < blockquote >teks< /blockquote >

      Note: Tanda < dan blockquote tu rapatkan ya. Saya sengaja jauhkan untuk elak blog ni render ayat tu jadi quote.

  7. tivitune says:

    ehm..terpulang pada seseorang. Kalau dia tak dapat terima, tak leh kata apa. Kalau leh terima. Tak salah gak. Setiap individu berbeza. :cowboy:

  8. SyedHafidz says:

    Nice tips Zul!
    saya kadang2 pun kalau menulis agak hentam keromo..kadang2 kita tak berapa particular sgt dengan perkara-perkara ni..mungkin jugak kita terlampau syok sendiri..
    :)

  9. nal says:

    8 tips yang hebat.. tahniah zul…

  10. idea says:

    memang hebat tips ni. saya pon tak reti buat quote tu

  11. nanik says:

    huhu…teruja baca tips2…
    nak bljar gak ar..

  12. mat says:

    tq… smartzul .. kalau baca je tak guna .. kena buat baru akan ada hasilnya..

  13. intinya jangan jadi narsis, ya kan?

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)