Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Produk Perniagaan Internet: Harga Bukan Soal Utama

24 10 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Pertama sekali, saya mohon maaf sebab beberapa hari lepas tidak menulis di blog ini. Mungkin pemberi komen yang teraktif terpaksa memberikan komen kepada artikel-artikel yang lepas. Dan, kita tengok nanti, siapakah pemberi komen yang ‘top 3′ bila tamat tempoh pertandingan yang sedang berlangsung.

Baik, kali ini saya hanya mahu menulis sedikit sahaja tip. Pendek sahaja. Ia adalah mengenai harga produk. Dahulu, saya sudah ada sentuh mengenai hal ini dan mendapat respons yang amat memberangsangkan daripada pembaca.

Harga adalah salah satu aspek penting di dalam menentukan keuntungan sesebuah produk yang diniagakan. Malah terkadang, aspek inilah yang memeningkan para usahawan Internet. Di artikel yang seterusnya nanti, saya akan utarakan beberapa cara untuk meletakkan harga untuk sesebuah produk (terutama produk digital seperti Ebook).

Ramai yang menyoalkan, harga rendah atau tinggi? Kalau letak murah, bagaimana nak cepat kaya! Kalau letak tinggi, tak ada orang beli pulak… Itulah ayat biasa yang mungkin selalu didengari. Inilah dilema kebanyakan usahawan Internet.

Sebenarnya, jika kita memahami konsep asas perniagaan, soal harga tinggi atau rendah, itu bukan menjadi masalah yang besar pun.

Asas perniagaan adalah:

1. Menyediakan penyelesaian kepada masalah atau memenuhi kehendak orang ramai. Utamakan produk atau servis yang amat-amat diperlukan oleh ramai orang.

2. Produk tersebut berkualiti dan betul-betul membantu pembeli menyelesaikan masalah mereka.

3. Sokongan (bantuan) yang baik. Sebarang masalah yang berkaitan, anda akan cuba membantu mereka sebaik yang mungkin. Jangan hanya setelah dapat bayaran daripada mereka, anda terus senyap tanpa melayan persoalan yang mereka kemukakan.

Pendek kata, pembeli rela membayar apa sahaja jumlah harga dengan syarat masalah mereka selesai, anda memberikan ’support’ selepas jualan dan anda jujur dalam berniaga.

Maka, tidak usah takut untuk meletakkan harga yang tinggi dengan pelbagai alasan yang mana ia mungkin pada andaian anda sahaja. Padahal pada pihak pembeli, itu bukan satu masalah pun kerana mereka sentiasa akan mahu membeli dengan anda. Jangan sesekali menganggap yang bukan-bukan seperti mampu tau tidak mereka membeli produk anda. Jika mereka ‘desperate’ (mahu sangat-sangat) atau berminat, mereka akan membelinya.

Tip kali ini amat ringkas, dan insyaAllah, nantikan artikel lain yang lebih detail mengenai harga ini. Sekian.

ps. Jika anda belum pernah menggunakan harga yang tinggi untuk produk anda, apa kata lakukannya sekurang-kurangnya sekali. Anda pasti berpuas hati. Inilah jalan untuk benar-benar menjadi ‘kaya’ dengan bisnes. Saya pernah lakukannya dan hasilnya amat lumayan. Ingat, ada golongan pembeli yang tiada masalah dengan harga yang tinggi dan itulah target anda!

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Letak Harga “Besar-Besar” Pada Laman Jualan Anda!
  • Ebook Panduan FTP Akan Dinaikkan Harga..
  • Sistem EZSurvey Telah Dilancarkan!
  • Soal-Selidik Blog SmartUsaha.Com
  • Tip Persaingan Sihat + Harga + 1 Perkataan
  • Bonus Kepada Produk: Perlu Atau Tidak?
  • SmartZul ‘Berehat’ Buat Sementara..
  • Produk Murah + Komisen 100% + Komisen xx%
  • Model Perniagaan Drop Ship
  • Menjual Produk ‘Percuma’ : Salah atau Boleh?

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    21 Comments »

    Comment by Johari
    2007-10-24 19:50:12

    thanks, zul :smile:

    tips yang menarik walaupun ringkas..saya pun selalu jugak mengalami “dilemma” dalam menetapkan harga sesuatu produk.

    p.s: Terpikir jugak kenapa ramai usahawan internet yang menjual produk mereka dengan harga hampir $500 :roll:

    Comment by Han
    2007-10-24 20:44:55

    em…
    kalau di fikirkan…
    macam mana mereka boleh jual produk yang begitu mahal…
    ada orang beli ke?
    mungkin hanya untuk mereka yang berkemampuan je…

    han

    Comment by abdfatah
    2007-10-24 22:34:37

    selagi menda tu berkualiti harganya bukan lagi menjadi halangan untuk membeli. kalo zul letak harga tinggi dan ditambah dengan kepercayaan ramai terhadap keberbaloi-an produk yang bakal dimiliki… harga apapun mereka sanggup membelinya…

    cuma lambat atau cepat aje laa tindakan yanga akan diberikan untuk melihat pembelian dari orang ramai…

    (Comments wont nest below this level)
    Comment by Han
    2007-10-25 14:58:51

    kalau benda tu berkualiti dan mahal memang berbaloi…
    tapi masih ramai yang berkemampuan untuk membeli benda yang mahal di malaysia ni…
    kalau global tak pe sebab pasaran luas…
    kalau dia taknak ada orang lain nak…
    kalau di malaysia ni, sempit pasaran nya…
    gi mari orang yang sama…
    jadi peratus untuk orang malaysia membeli benda mahal agak kurang…

    han

     
     
     
     
    Comment by Han
    2007-10-24 20:43:18

    slmt malam zul,
    kalau nek letak harga ni memang susah zul…
    kalau tinggi takut mereka tak berkemampuan…
    kalau rendah jadi takde nilai…
    memang susah…

    kena cuba dua2…
    baru dapat tahu kesannya…

    han

    Comment by abdfatah
    2007-10-25 10:17:08

    kalo gitu kena cuba juga untuk pelbagai jenis produk yang berkaitan. yang mampu dan boleh dibeli oleh mereka yang berminat…

    kalo takder duit takleh beli laa…

    kalo ada duit dah tentu boleh beli…

    hohohooo…..

    Comment by Han
    2007-10-25 15:00:59

    kalau nak tahu income seseorang tu, saya ada satu cadangan…
    cuba buat survey untuk income pengguna internet ni…
    boleh lah tahu mereka boleh membeli tak produk mahal tu…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by smartbisnes
    2007-10-24 20:53:03

    betul tu zul, kalau harga rendah pun produknya ok mesti lebih untung kan? satu lagi, kalau harga rendah pun kalau marketing power, mesti power jadinya.

    Comment by Han
    2007-10-24 21:13:48

    kalau produknya ok, mesti tak rendah harganya…
    jarang sangat nak jumpa produk ok dan harga rendah smartbisnes…
    kalau ada memang ok sangat…

    han

     
     
    Comment by Johari
    2007-10-24 21:40:14

    emm, atau ada teknik khas bagaimana nak menilai harga sesuatu produk tu kot? tapi, dlm aper2 pun bisnes , teknik marketing jugak yang banyak memainkan peranan untuk dapatkan sales yang banyak atau sikit…

    en.zul…apa komen anda? :mrgreen:

    Comment by abdfatah
    2007-10-24 22:36:53

    kena tengok sambutan jugak. ada sambutan dan produk berkualiti, orang akan beli walau tak banyak promosi. namun promosi tetap memainkan peranan untuk menghasilkan jualan dari produk okeh atau tidak berapa okeh servisnya…

    Comment by Han
    2007-10-25 20:05:39

    takde promosi mana lah nak dapat jualan…
    kalau kita jual produk tapi simpan je…
    orang pun tak tahu…
    macam mana nak dapat jualan walau baik sekali mana pun…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by NayanMohd
    2007-10-24 23:49:19

    Nak letak harga tinggi…serba salah..
    nak letak harga rendah…serba salah…

    kena fikir dan cari jalan terbaik nak letak harga…

    Comment by abdfatah
    2007-10-25 07:00:39

    harga biarlah berpatutan dgn sambutan yang menggalakkan dan mendapat viral marketing dari ramai orang ditambah pomosi percuma dari mereka yang telah membeli produk kita bersekali dengan testimonial ikhlas pengguna…

     
    Comment by Han
    2007-10-25 20:09:08

    susah susah nak letak harga, buat je pakej…
    pakej murah barang sikit dan pakej mahal barang banyak dan support yang special…
    biar mereka pilih…
    kalau nak murah, ambil yang murah…
    kalau nak yang banyak barang beli yang mahal…

    han

     
     
    Comment by sham
    2007-10-25 11:43:10

    Saya ada tips untuk yang serba salah untuk tentukan harga iaitu letak banyak harga…

    Apa yang saya maksudkan ialah membuatnya secara berpakej..jadi pembeli boleh pilih pakej apa yang mereka akan beli..kalo ikut pengalaman saya,pakej paling mahal paling laku..

    Jadi jangan takut untuk letak harga tinggi..

    Comment by abdfatah
    2007-10-25 15:20:20

    haaa… itu biasa yang saya ketemu cara sebutharga demikian rupa. harga berpakej yang berpatutan… good info …

    Comment by Han
    2007-10-25 20:12:14

    em betul kata sham tu…
    biar mereka pilih…
    tips yang sangat bagus tu…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by pyan
    2007-10-25 23:36:36

    :neutral: cam ner kereta rm2.5 juta pun ada orang beli . :???:

     
    Comment by reezluv
    2007-10-28 00:33:36

    erm..bagus info ni..saya pun nak start launch produk saya november nanti..hope dapat selesaikan masalah segelintir golongan..coz masalah ni saya dh tgk lama kat beberapa forum..dan satu peluang perniagaaan menarik akan diberikan..:)

     
    Comment by Encik Dlie
    2007-12-27 09:54:16

    Biasanya apa yang kita dapat lihat ialah ada produk berbaloi diperolehi dengan harga yang ditawarkan. Ada juga produk yang berkualiti dan banyak manfaatnya tetapi harganya cukup rendah. Ada juga yang jual produk “sampah” tetapi mahal harganya..

    Sebab itu, pentingnya supply & demand. Jika demand tinggi, for sure harga yang ditawarkan tinggi juga… :grin:

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: