Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Jangan Lakukan KESILAPAN Ini…

19 09 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Sebagai seorang usahawan Internet, teknik JV atau bekerjasama dengan usahawan lain merupakan satu cara untuk mempromosi dan memasarkan produk. Namun…

Namun tidak ramai usahawan Internet tahu bagaimana untuk melakukan teknik yang ’superb’ ini. Saya sendiri pun masih terus menerus belajar bagaimana untuk melakukan teknik ini terutama ’skill’ mem-approach usahawan lain untuk menerima jemputan JV.

Salah satu kesilapan besar yang jika pada mata hanya nampak kecil dalam melakukan teknik ini tetapi besar kesannya ialah:

“Tidak menyatakan mengenai produk dan menerangkan mengenai rancangan JV dengan jelas”.

Mungkin anda pernah menerima Emel sebegini (termasuk saya) :

“Zul, nak buat JV dengan saya tak?”.

“Saya ada satu produk ni, kalau saudara setuju nak bekerjasama, balaslah Emel ni”.

Bentuk Emel yang lain pula ialah dua tiga kali menyatakan lebih kurang begini, “Saya ada produk nanti ni nak keluarkan. Harap Zul sudi nak bekerjasama”.

Saya, jika menerima Emel sebegini, saya tidak akan bertindak apa-apa, atau paling baik pun, saya akan lambat membalasnya. Paling teruk, saya akan delete.

Cara approach seperti yang saya contohkan di atas adalah silap. Ini kerana, jika anda menggunakan ayat sebegitu untuk menjemput mana-mana usahawan Internet bekerjasama dengan anda, biasanya jemputan anda tidak berjaya. Ia akan ditolak mentah-mentah oleh mereka. Lagi-lagi usahawan Internet yang sibuk.

Untuk bentuk Emel yang ketiga itu, anda tidak perlulah menghantar berkali-kali emel untuk menyatakan yang anda AKAN keluarkan produk. Ia tidak perlu. Siapkan produk anda dan juga lengkapkan rancangan Joint Venture anda. Kemudian, barulah hubungi mereka yang mahu anda jemput untuk bekerjasama dengan anda.

Kalau anda menghantar Emel berkali-kali kepada mereka sebelum produk siap, mereka akan berasa sedikit tidak selesa dengan anda, lagi-lagi baru kenal. Dan dari situ, mereka merasakan anda menghubungi mereka semata-mata mahu mendapatkan mereka sebagai rakan JV, bukan sebab mahu ‘berkenalan’.

Anda perlulah menyatakan dahulu siapa anda, apa produk anda dan jika boleh sertakan sekali produk anda untuk mereka melihatnya dahulu (tetapi Optional). Jangan sesekali merasakan rugi jika anda sertakan terus produk anda. Malah sebaliknya ia boleh meyakinkan mereka yang anda jemput tadi.

Dan lebih elok jika anda menyediakan satu proposal lengkap untuk rancanganJV anda. Apa, bagaimana, berapa dan sebagainya. Mesti ‘lengkap’. Berikan kepada mereka. Ingat, prinsip asas di dalam JV ialah jangan menyusahkan mereka (rakan JV).

Namun, aspek yang paling utama di sini yang mahu saya tekankan ialah anda mesti terangkan apakah produk anda di Emel yang awal. Ini adalah langkah pertama yang wajib. Silap praktiknya, habis. Jangan buat mereka (bakal rakan JV) tertanya-tanya, “apa produk dia ni?”. Saya banyak sangat menerima Emel yang ‘blank’ sebegini. Mereka hanya menyatakan “saya ada produk, kalau berminat balas Emel ini”.

Saya dan usahawan Internet lain TIADA MASA untuk membalas balik Emel sebegini kerana ia seolah-olah menyatakan anda tidak yakin dengan diri sendiri dan dengan produk anda. Inilah yang dikatakan oleh Cody Moya, “ayat anda dalam proses menjemput rakan JV mestilah ayat yang yakin dan direct to the point. Anda mesti konfiden!”.

Pastikan, jangan menghantar Emel yang mana ia akan ditolak mentah-mentah oleh bakal JV partner anda. Jadilah seorang usahawan Internet yang berilmu dan insyaAllah anda akan berjaya dalam usaha perniagaan.

Di lain masa nanti, saya akan kongsikan lagi tip-tip yang berkaitan dengan JV termasuk kesilapan-kesilapan yang perlu dielakkan.

ps. Jika anda mendapat jemputan JV yang baik, terimalah, jangan ego. Ramai yang menganggap teknik JV ini merugikan dan membazir masa. Tapi hakikatnya mereka tidak faham hakikat JV.

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Just Do It! Let Your Customer Talks!
  • Ebook Internet Muda Dilancarkan!
  • Error dah settle..
  • Demo Sistem Maybank2u.Com
  • Mesej Terpendek : Just Do It & Focus
  • SmartUsaha Bukan Pesaing Anda
  • Bakal Pelanggan - Harap Bersabar :)
  • Kesilapan Demi Kesilapan…
  • Pengumuman: Tragedi 15 Mei 2007!
  • Tulisan Terakhir…

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    19 Comments »

    Comment by Azahari
    2007-09-19 08:53:47

    Assalamualaikum.. Zul..

    saya pun ade juga terima email kata nak JV, tapi tak sebut detailnya.. cuma cakap “bagus kalau buat JV dengan saudara”. Bila saya reply email bertanya tentang plan dsb, senyap pulak tak bersuara.. saya pun tak faham agaknya diorang ni main ‘tikam’ je kot istilah ni.

    Ada juga yang email saya kata ’saya dah add link awak, harap boleh JV’. Eh! ini JV ke tukar link ni?

    Zul, nanti boleh tak beri satu contoh JV yang berjaya? Saya pun tengah cari idea lagi macam mana nak bagi Win Win situation… mungkin dengan contoh JV berjaya tu boleh memberi idea baru untuk saya & rakan-rakan lain…

     
    Comment by Raymond
    2007-09-19 09:47:03

    Contoh di atas memang melucukan. Razz

    Berikut adalah teknik yang saya melajar caripada Coaching Jo Han Mok. Beliau menyarankan supaya kita sediakan proposal yang baik dahulu. Kemudian, FedEx kan kepada bakal JV partner tersebut. :arrow:

    Konsepnya begini. Ramai orang yang sibuk dengan kehidupan harian dan menerima 200-500 emel setiap hari. Emel yang anda hantarkan mungkin akan dipadamkan sebelum penerima berpeluang membacanya. Lebih-lebih lagi, alamat emel anda kurang familiar bagi mereka dan biasanya diaorang ingat kita spam. Shock

    Tapi, berapakah kemungkinan seseorang itu akan membuangkan surat daripada FedEx tanpa baca? Menghantar proposal melalui FedEx dapat menonjolkan diri kita sebagai seorang yang profesional dan ikhlas dalam tujuan kita. Ia juga menunjukkan komitment. Cool

    Satu tip cukuplah.

    Disclaimer: Tip di atas amat berkesan dalam joint venture untuk negara orang putih. Saya tak pasti tentang keberkesanan teknik ini di Malaysia. Jadi, Gunakan atas risiko sendiri. Grin

     
    Comment by pyan
    2007-09-19 11:10:47

    thanks raymond. a good tip . Smile

     
    Comment by KA'AB Subscribed to comments via email
    2007-09-19 11:23:41

    Rasa-rasanya masih belum ada lagi ebook yang ditulis mengenai JV ini di dalam Bahasa Malaysia. Apa kata Zul atau Raymond usahakannya ? Ini akan dapat membantu dan memberi panduan kepada usahawan internet Malaysia terutamanya para newbie untuk berurusniaga secara lebih profesional.

     
    Comment by ramzy0
    2007-09-19 18:21:49

    uiks raymond..cantek care tu. tapi kalu dalam malaysia jer, boleh gak gunakan pos ekpress kan. dlm bungkusan tu, sertakan produk ( kalu ebook, burn dalam cd ), pastu ‘ kertas kerja’ lengkap dengan bagaimana, mengapa. sertakan skali contact phone, e-mail dan sebagainye. ni kes serius gile nak jv nih. mesti susah nak tolak nyer..

    camaner ? any comment Shock

     
    Comment by aj
    2007-09-19 19:33:22

    zul,
    tks kerana maklumat yang sangat berguna terutama sekali bagi saya yang baru nak berjinak-jinak ke alam internet business.

     
    Comment by Han
    2007-09-19 19:50:09

    slmt mlm,
    raymond, power idea tu… mesti berjaya kalau guna cara raymond tu…
    hah… lain kali kalau nak buat JV, kenalah guna cara raymond ni…mesti berjaya punya…

    han

     
    Comment by emzek
    2007-09-19 20:53:33

    JV dalam biz memang bagus sangat la. tp dalam online biz sy tatau lg mcmane. saya sekarang pun dalam perancangan nak JV dalam online biz sy kerana saya terlalu sibuk dengan biz offline. dan untuk permulaan mungkin saya akan JV dengan abg saya sendiri.

     
    Comment by Hamid
    2007-09-27 22:32:14

    huh saya masih tak faham tentang JV ni,
    ada sapa² yang leh tolong?
    bekerjasama mcm mana tu?

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-02 09:43:58

    JV? tak reti laa nak JV nih. buat masa nih tak ada produk atau perkhidmatan yang hendak di-JV-kan lagi. sekadar jenguk dan tengok aje laa apa kebenda yang dikatakan JV tersebut…

    kena buat kajian berkenaan JV nih. untung sakan kalo kena caranya… berbaloi.

    sekian terima kasih… Smile

     
    Comment by Amer
    2007-10-02 10:52:05

    Hemm.. dari apa yang disampaikan, JV ini macam nak cari rakan perniagaan seperti business konvensional. Kena buat cara yang betul, ada proposal, plan tertentu dan sebagainya. Cubalah kita bagi email kat Pertronas nak buat JV dengan hantar email macam tu sahaja. Confirm terus masuk Deleted Items Razz Hehehehe..

     
    Comment by Han
    2007-10-02 11:30:41

    JV ni bermaksud rakan kongsi lah…
    tapi nak ber JV dengan orang, kita kena lah pandai dan bijak…
    jangan sampai orang benci bila JV dgn kita…
    nak JV pun ada caranya…
    yang penting beradat dan rancangan yang btl dan serius…

    han

     
    Comment by Hamid
    2007-10-02 14:26:24

    Ok..kalau mcm tu kena la bodek² IM kita
    bukan senang nak ajak orang bekerjasama ni.

    Kalau produk power ok la Wink

    Comment by Han
    2007-10-04 09:01:11

    bodek2 LOL cuba lah bodek kalau dapat…hehe..
    bukan senang nak bodek IM kita ni…
    tapi kalau kita serius, saya rasa tak susah kot…
    tapi yang penting beradat kalau nak JV tu…
    jangan IM menyampah bila lihat kita…

    han

     
     
    Comment by Hamid
    2007-10-05 00:42:44

    Maksud aku kalau kita betul² serius InsyaAllah boleh dapat
    Jangan buat kerja sekerat jalan jer.

    Comment by abdfatah
    2007-10-05 01:10:24

    JV perlukan komitmen yang kukuh. kalo takder kesepakatan akan jadilah perkara yang tak diingini… banyak perkara yang perlu dipertimbangkan seblum buat JV agar tidak timbul masalah di kemudian hari…

    Comment by Han
    2007-10-06 22:35:13

    betul tu abdfatah,
    nak JV kena timbangkan banyak benda…
    terutamanya serius dan kepercayaan…
    utk mengelak dari berlaku pertingkahan…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by abdfatah
    2007-10-22 17:58:05

    saya nak JV jualan prepaid seluruh negara laa. agak2nya boleh tak buat JV jualan prepaid dan menggunakan medium internet selain dari menggunakan syarikat2 telco masa kini…?

     
    Comment by Encik Dlie
    2007-12-27 09:59:31

    Untuk JV, mestilah mempunyai win-win situation antara kedua-dua belah pihak dan tidak berat sebelah. Kegagalan di dalam ber JV ni biasanya kesilapan semasa “deal” dengan bakal rakan kongsi..

    Keuntungan di dalam ber JV bukan perkara utama kerana apa yang dimahukan oleh bakal JV kita ialah apa faedah yang dia bakal dapat selain dari keuntungan.

    So, kena banyak belajar dari mereka yang pernah ber JV. Contoh paling ideal ialah SaifulSham.com Grin

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: