Program Affiliate : Permulaan Yang Terbaik + Teknik Muktamad
13 08 2007Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Apa khabar anda semua?
Seminggu lamanya blog ini berehat tidak terisi apa-apa. Maaf dipinta jika ada mereka yang merindui tulisan SmartZul. InsyaAllah, bermula hari ini blog ini akan ‘hidup’ semula seperti biasa.
Ke mana kah saya seminggu yang lepas? Tidak ke mana, bahkan tidak sama sekali pergi bercuti. Saya hanya berehat sahaja daripada menulis di blog ini di samping mencari ilham dan memikirkan hala tuju diri, blog ini dan juga perniagaan Internet yang dilakukan. Bahkan juga memikirkan bagaimana boleh merancakkan industri perniagaan Internet di Malaysia ini.
Ok, kita lupakan hal tersebut dahulu. Pada hari ini saya mahu menulis perkara yang mungkin anda sudah tahu, tetapi adalah baik juga jika diulangi dan diulangi lagi…
Program Affiliate, Permulaan Terbaik
Jika anda memang seorang yang baru di dalam bidang membuat duit di Internet, maka saya amat yakin apabila dikatakan mengenai membina laman web, kajian pasaran, customer support, dan apa sahaja istilah teknikal, maka anda akan pening… Hal-hal sebegini sudah tentu akan dibicarakan jika model perniagaan Internet yang sebenar mahu dilakukan.
Namun, jika anda menyertai apa-apa program Affiliate, soal kajian pasaran, penghasilan produk, customer support dan sebagainya tidak perlu lagi difikirkan atau dilakukan. Tugas anda hanyalah melakukan promosi.
Kini, tidak kisah di pasaran Malaysia atau luar, memang sudah banyak program Affiliate yang wujud. Boleh dikatakan, setiap produk yang ada di pasaran Internet akan disertakan sekali peluang menjana pendapatan melalui program Affiliate. Anda boleh sertai mana-mana program Affiliate yang anda minat, cuma asas yang penting adalah komisen yang diberikan adalah tinggi, produknya bagus dan sudah pasti pengurus Affiliate masih ‘wujud’ (aktif).
Cara Promosi Produk Affiliate
Terdapat banyak cara untuk mempromosikan program Affiliate. Ianya sama sahaja seperti mempromosikan produk sendiri. Tak beza sangat pun. Cuma, asas program Affiliate jika anda mahu berjaya adalah, mewujudkan sebuah blog yang diisikan dengan tulisan-tulisan yang fresh (unik) mengenai topik yang berkaitan dengan produk Affiliate.
Kemudian, anda wajib mempunyai Mailing List sendiri untuk melakukan follow up dan promosi berkala. Anda perlu tahu, mailing list (senarai nama dan emel) adalah antara teknik berkesan di dalam dunia pemasaran Internet. Melalui list, kita bukan sahaja boleh mempromosikan satu produk, malah produk-produk lain kepada prospek atau orang yang sama.
Kesilapan Besar!
Kesalahan besar di dalam melakukan program Affiliate adalah anda melakukan promosi terus ke laman web produk Affiliate.
Promosi (link Affiliate) —> Web jualan produk Affiliate : Tidak menguntungkan!
Sebaliknya yang menguntungkan adalah seperti ini:
Promosi —> Blog/web sendiri (pre-sell) —> Mailing list —> Web Jualan Produk
Ya, mungkin anda keliru sebab tak faham. Apa yang saya terangkan di atas hanya ringkasan sahaja. InsyaAllah, jika ada masa kelak saya akan tuliskan secara praktikal.
Langkah Mudah:
Di sini saya kongsikan teknik mudah tetapi BERKESAN yang boleh anda cuba.
1. Pergi ke web berikut dan pilih mana-mana program Affiliate yang anda mahu:
http://wangcyber.com - Lihat pada bahagian Program Affiliate Malaysia
Pilih satu program Affiliate yang anda mahu daripada senarai program Affiliate tersebut. Satu dulu yer. Kita praktik dulu.
Katakan anda join program Affiliate yang produknya berkaitan dengan Google Adsense, jadi topik utamanya sudah tentu berkaitan dengan cara buat duit, pendapatan tambahan, dan seumpamanya. Tentukan topik yang berkaitan dahulu sebelum ke langkah kedua…
2. Pergi ke http://www.blogger.com atau http://www.wordpress.com
Setup blog di sana yang akan siap dalam beberapa minit sahaja. Topik blog anda adalah yang berkaitan dengan produk Affiliate yang bakal anda promosikan.
Masukkan sekurang-kurangnya satu artikel, tetapi pastikan kemaskini secara konsisten. Jangan biarkan ia terbiar…
Salah satu artikel yang boleh anda masukkan adalah review mengenai produk itu atau review secara general topik yang berkaitan dengan produk. Masukkan link affiliate di dalam artikel (tulisan) anda itu.
*Kalau nak keluarkan sedikit kos bagi nama domain dan Hosting, boleh buat blog sendiri di domain dot com anda.
3. Mailing List dan Autoresponder. Ok, langkah ke-3 ni adalah tidak wajib, tapi jika mahu ada dua pilihan:
a. Guna Autoresponder berbayar
b. Guna Autoresponder yang percuma
Yang berbayar adalah seperti GetResponse.com (saya guna yang ni), EmailAces dan juga Aweber. Yang percuma pula adalah seperti sendfree.com dan freeautobot.com. Anda boleh juga setup sendiri di Hosting anda dengan menggunakan skrip-skrip percuma yang ada di Internet seperti Awake Autoresponder Free Edition (0.4).
Saya tidak akan ajar di sini bagaimana untuk membuat ’squeeze page’ dan juga cara guna sistem Autoresponder… Cuma secara asas, jika anda serius, mungkin anda perlu membeli domain name dan Hosting sedikit untuk meletakkan squeeze page. Atau mungkin anda juga boleh letakkan subscribe form di blog anda (blogger.com, wordpress.com).
*Sahabat saya Mohd Amirol ada menyediakan Panduan Web Jualan Lengkap yang mengajar cara membuat laman web, setup sistem Affiliate dan juga cara memasang sistem Autoresponder. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
4. Lakukan promosi ke blog anda dan juga ke squeeze page. Antaranya letak signature di forum yang anda aktif, melawat blog orang lain, PPC Ads, beli ruang iklan dan lain-lain lagi.
Sekali lagi, ini aliran yang asas:
Promosi —> Blog/web sendiri (pre-sell) —> Mailing list —> Web Jualan Produk
Jika orang masuk ke blog anda, mereka akan baca review, klik pada link Affiliate dan jika mereka berminat, mereka beli produk di web jualan itu dan anda dapat komisen. Lihat, anda hanya mempromosikan sahaja tanpa melakukan sebarang urusan jual beli.
Jika mereka berminat mahu menyertai newsletter anda (anda tawarkan sesuatu seperti Ebook percuma), mereka akan berikan nama dan emel mereka. Untuk itu, sediakan sebuah squeeze page untuk mereka mendaftarkan nama dan emel mereka. Dengan mempunyai senarai prospek (list), anda boleh menghubungi mereka dengan menghantar tips, panduan atau berita mengenai sesuatu produk…
Email Marketing (Mailing List): Teknik Muktamad!
Bayangkan, jika anda mempunyai 1000 orang subscriber katakan, anda boleh promosikan apa sahaja produk Affiliate kepada mereka. Jika satu komisen adalah RM30, berapakah anda akan dapat jika 10 orang membeli? Ya, RM300! Jika 100 orang? RM3000!
Sebab itulah tidak salah jika dikatakan Mailing List adalah LOMBONG EMAS di dalam perniagaan Internet. Jika anda menangguh untuk tidak mewujudkan list anda sendiri, anda sebenarnya tergolong dalam golongan yang kerugian.
Anda perlu tahu, Affiliate Marketer yang berjaya adalah mereka yang mempunyai ribuan orang di dalam Mailing List mereka. Ewen Chia contohnya apabila ditanya berapa orang subscibers yang dia ada, jawabnya puluhan ribu. Maka sebab itu lah dia kaya raya dengan program Affiliate sahaja dan mudah membuat duit dengan Affiliate…
*Tidak perlu ribuan sebenarnya, tetapi utamakan subscriber yang berkualiti
Tahukah anda. Teknik Email Marketing (List) adalah topik yang paling kurang dibincangkan sebab ia adalah teknik muktamad yang amat-amat berkesan. Hanya mereka yang tahu sahaja yang mengamalkan teknik ini dan mereka diam-diamkan. Kalau diceritakan pun hanya pada ‘kulitnya’ sahaja. Sebab, teknik ini memang akan mengayakan seseorang usahawan Internet itu… So, buat apa kongsi lebih-lebih dengan orang lain. ;)
Jika anda serius, dapatkan servis Autoresponder yang berbayar. Untuk getresponse dan lain-lain, ia sekitar USD17++ sahaja sebulan. Jangan fikirkan rugi atau untung, sebab jika kena strateginya, bayaran untuk kos itu akan balik berlipat kali ganda. Saya sendiri memang dah balik modal + untung berganda sebab mempunyai senarai emel (mailing list) sendiri.
Cara Lain: Anda boleh juga gunakan Yahoo Groups atau Google Groups untuk diaplikasikan sebagai Sistem Newsletter (autoresponder). Apa yang perlu dilakukan adalah, anda setkan diri anda (moderator) sahaja yang boleh menghantar emel dan jika ada orang yang mahu mendapatkan sesuatu info, mereka perlu mendaftar.
Cara alternatif ini saya tak akan huraikan bagaimana kerana anda boleh cuba dan belajar sendiri. Cuma apa yang ingin saya katakan, ada seorang usahawan Internet yang low profile hanya menggunakan Yahoo Groups untuk menghantar tips kepada prospek beliau. Dan bisnes beliau boleh dikatakan berjaya juga.
Namun pada pendapat saya, jika anda mahu kejayaan jangka panjang, gunakan yang berbayar. Jika anda minta nasihat saya, saya akan wajibkan anda beli. Inilah yang saya suruh setiap kali ada mereka yang bertanya. Gunakan yang berbayar!
Saya berhenti di sini dahulu sebab rasanya dah panjang ni. Kita bincang di lain kali mengenai hal-hal yang berkaitan. Semoga tulisan saya kali ini tidak membuatkan anda overload… Kalau overload, Ebook bertajuk Penyakit Alaf 21 mungkin sedikit membantu. Klik di sini jika belum download.
Program Affiliate: Pendapatan Tambahan ‘Automatik’
Disebabkan program Affiliate tidak memerlukan kita berurusan dengan pelanggan, tidak perlu mewujudkan customer support dan tidak perlu menguruskan jual beli produk, maka model ini amat sesuai untuk mereka yang bekerja 8am-5pm atau yang tidak mempunyai masa yang banyak.
Tidak salah jika dikatakan program Affiliate adalah sumber pendapatan auto pilot untuk kita yang melakukannya. Hanya buat kerja tertentu dan promosi, kemudian dapat komisen tanpa perlu berurusan dengan pelanggan.
Apa yang perlu dilakukan adalah, mewujudkan laman web atau blog, mailing list (digalakkan, tapi tak wajib) dan juga squeeze page untuk dapatkan nama dan emel ‘prospek’. Upload web dan setup blog, masukkan artikel ke blog (tapi dikemaskini secara konsisten) dan lakukan promosi.
Kesimpulan
Jika anda seorang yang sibuk atau seorang yang amat-amat newbie, atau seorang yang tak banyak masa untuk buat itu dan ini, atau anda seorang yang tak ada duit banyak nak beli itu dan ini atau anda seorang yang hanya mahukan pendapatan sampingan, program Affiliate adalah yang terbaik untuk anda…
Dan dengan artikel ini diharapnya secara asas anda sudah tahu dan sedar, mengapa anda tidak dapat hasil yang lumayan melalui Program Affiliate walau telah melakukannya bertahun-tahun. Antara sebabnya: Anda tiada blog, anda tiada List!
A. Rujukan Tambahan:
3. Teknik Mudah Program Affiliate
4. Rahsia Affiliate Terbongkar!
5. Ebook Terbaik Panduan Affiliate (English) - Ebook ini adalah yang terbaik bagi saya (ianya percuma). Formula yang digunakan di dalam Ebook ini adalah:
Content –> Traffic –> PREsell –> Monetize
Jumlah muka suratnya adalah 165. Saya galakkan anda membaca sekitar 15 muka surat sehari selama 10 hari. Baca, faham, catat dan amalkan.
B. Contoh Squeeze Page:
1. http://smartusaha.com/news/news-perniagaaninternet.html
2. http://www.bloggingsteps.com/kit/tips-teknik-blog.html
PS. Saya telah menghasilkan ribuan ringit dengan teknik-teknik yang saya sampaikan di atas. Tepuk dada, tanya selera.
PPS. Buat duit dengan blog? Klik di sini untuk membaca ‘Online Newsletter’.
Disclaimer: Saya bukanlah super Affiliate sebab program Affiliate HANYA sebagai sumber pendapatan sampingan saya sahaja. Saya lebih kepada pembinaan perniagaan dan produk sendiri. Jadi, saya tidak janjikan apa yang saya kongsikan di sini berkesan dan menjadi untuk anda walaupun ia berhasil untuk saya.
Sekian, wassalam.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:


















Nasihat yg baik utk program affiliates. Kadang2 tu kena diulang selalu walaupun dah tahu. Sebab kita ni selalu lalai. :wink:
p/s - boleh tak zul jgn pedulikan mereka yg ‘kaki dengki’? Maksudnya, jangan masukkan dalam tulisan dan artikel zul kat blog ni apa2 tentang mereka. Saya rasa ia mencacatkan artikel zul yg menonjolkan emosi yg negatif (ada 3 perenggan khas utk ‘mereka’). :oops:
Benjol, thanks.
Ya, saya tahu ia mencacatkan dan saya sengaja memasukkan. Saya ada tujuan tersendiri memasukkan dan bukan saja2 atau nak ambil kisah atau think negatif. Secara mudah dapat saya katakan, ia adalah ’style’ penulisan saya. :) Tapi style ni saya tak buat selalu lah…
Ia hanya perkongsian sahaja dan tidak bermaksud mahu membazir masa utk ambil kisah pasal mereka…
ps. Utk lebih pro, saya buang 3 perenggan tu dan akan masukkan ke dalam tulisan yg lebih berkaitan. Dgn tujuan tidak mahu mengganggu emosi pembaca. Thanks Benjol…
wah…lama betul nak tunggu zul menulis semula…
keluar-keluar artikel yang power mcm ni…
thanks 4 artikel ni…memang menarik…
han
Han, artikel amat umum sebenarnya, saya tak tunjuk “how” step by step. Kalau saya tunjuk, nampaknya kena keluarkan satu Ebook lah. ;)
Saya suka cara tu. Kadang² anda boleh selitkan affiliate ketika posting yang menyebut tentang tentang suatu perkara..Caranya pada perkataan tersebut,masukkan link affliate yang dicloak..nak masukkan terus pun tak pe..
p/s:Zul, Url saya & tuaheamas salah kat sitebar tu.. ada 2 kali http zul letak..
Yup Sham. Program Affiliate amat berkesan jika kita buat artikel berbanding bagi terus link Affiliate.
ps. Ok, saya dah betulkan.
maaf laa nak tanya… bleh order cara sms ke?
Thanks, Zul. Baru nampak artikel ni pro giler !!!
Saya berminat nak tau pasal email marketing. Buat masa ni saya pun takde email autoresponder samada percuma atau berbayar.Saya ingat dalam beberapa bulan ni saya nak mula mendapatkan autoresponder berbayar. Ada tak dalam blog ni topik khas tentang email marketing ni? Saya cuba juga cari dalam blog ni tak jumpa pulak.Mungkin terselit di topik lain kot.
saya ada terbaca juga salah satu cara nak mendapat subscriber dengan mudah adalah dengan JV dengan org yang ada subscriber banyak. Tapi mestilah win-win situation, kalau tidak takkan nak promote free je kan :)
rasanya kena cari ebook berkenaan email marketing. saya pun nak cuba jugaklah try autoresponder low profile tu… waahahaaa… :lol:
Nampak gayanya kene jugak la langgan autoresponder berbayar. Kene ikut cakap orang yang telah berjaya seperti Zul. Terima kasih Zul.
Selamat kembali Zul.
Baru je kembali sah kongsikan tip yang menaril ini dengan kami. bagusnya. :razz:
Salam Zul :)
Selamat kembali dari bercuti :D
artikel yang bagus. kebetulan pulak saya baru publish pasal subscribers. tapi artikel Zul lagi mantap, dan menjurus ke arah affiliate :)
artikel yang menyengat.. . :)
Azahari, sebelum ni saya tak ada tulis sangat pasal Email Marketing sebab saya nak amalkan dahulu sebelum kongsi apa-apa. Ikhlas saya katakan, selepas menggunakan Autoresponder berbayar… Hasil pendapatan saya amat-amat lumayan! ;)
Cuma satu petua yg paling penting, jangan selalu dan terlalu menjual kepada subscriber kita. 90% mestilah lebih kepada content spt tip, panduan, berita dan sebagainya. Pandai2 lah selitkan ayat utk promosi produk.
InsyaAllah, mungkin jika ada masa saya akan tulis secara bersiri pasal email marketing ni.
So, langkah pertama kalau nak belajar email marketing ni adalah, kena ada Autoresponder dululah. :) Gunalah yg berbayar kalau kita serius dalam ebiz. Banyak kelebihannya…
Bayaran sekitar USD17++ sebulan tu tak ada masalah jika kita betul2 buat bisnes. Jadikan bayaran tersebut sebagai momentum untuk kita dapatkan income bg membayar caj bulanan tersebut.
Pasal nak dapatkan subsciber tu, banyak caranya. Salah satu adalah buat squeeze page (SP) tu lah. Ni pun satu bab juga ni SP ni. Promotekan SP tu dgn apa sahaja cara yg kita sedia maklum. Sama spt promote laman web, blog dan sebagainya.
Fatah, order scr SMS? Hehe, sy tak faham…
Maizul, ya sudah tentu… Nak guna yg free boleh, tapi berbayar lagi bagus sebab buat kerja sekali je. Kalau guna yg free, kelak bila kita dah kaya dan nak alih data dari database free ke yg berbayar, akan banyak susahnya. Rugi…
Raymond, tulisan ni sekadar panduan biasa jer. :)
Dikmal, thanks…
order cara sms sebagaimana yang dilakukan oleh saudara irwan dahnil. guna sms potong dari kredit hp guna server 5 digit…
zul,
saya tahu artikel ni umum tp saya baca je terus terasa sgt menarik…ia buat saya terasa nak dapat kan apa yang ada di dalam artikel ni…ia buat saya buka mata lebih luas lagi berbanding sebelum ni…
tp kalu boleh buat step by step utk setiap tajuk lagi bagus…bolehlah kita semua sama-sama belajar…
sekali lagi terima kasih utk artikel ni…
han
wah seminggu bertapa ke zul…
jumpa puteri gunung ledang ?? He he he..
program affiliate nie memang best tapi biasalah kena ada cara tariknya…
saya masih belajar lagi untuk program affiliate nie..
masih dalam pembelajaran…
biar lambat asal selamat… He he he
Info yg menarik… saya tercari-cari info pasal nak buat affiliate program ni gak… Blur gak skit sblum ni.. tertanya-tanya steps ape yang nak kene buat?? Thanks kpd zul… kalau zul ble cite lbih detail or kuar ebook pasal nak buat program ni mesti lg best! Dgn info yg zul bg ni, lbih nampak laa cara2 nak buat bende ni…
first time post comment kat sini.. abg2 n kakak2 tu.. kalau salah maaf ye..
mmg info yg menarik… walaupun newbie cam sy ni.. senang nak faham ape yg zul sampaikan.. buku n ebuku yg sy baca sblm ni pun susah nak faham..
anyway.. tq zul.
menarik tips zul ni. Akan saya email pada affiliates saya untuk layari ke artikel ini. :D
@Han -
Han, insyaallah. Ada masa saya akan buat step by step.
@zool -
zool, takper slow2. Tapi jangan slow sangat… hehe.
@BestCompProtection -
Actually rahsia besar program Affiliate dan Ebiz adalah List. Tu jer. :)
@emzek -
TQ emzek.
@amirol -
Amirol, ini hanya perkongsian. Saya ni bukanlah Super Affiliate. Kongsi apa yg tahu sket2 jer. :)
Patutlah saya tak jumpa artikel pasal email marketing ni…hehe… Saya tengah kumpul modal ni nak beli Autoresponder. InsyaAllah dapat juga satu hari nanti.Betul Zul cakap tu, jangan terlalu menjual…nanti orang pun tak suka kat kita.Kita kena bila hubungan yang baik dengan subscriber dulu baru menjual.Tak gitu?
Saya rasa kalau macam saya ni tak pandai sangat nak bagi tips, mungkin saya akan beri sesuatu yang percuma.Mesti orang suka ye tak :)
Kaedah mendesak orang membeli ini bukan sahaja memberi kesan buruk sekejap sahaja tapi juga boleh jadi selamanya. Yalah, mulut orang mana kita boleh tutup. Tambah-tambah cerita mengenai keburukan orang. Lagi orang suka bercakap. Ayat menjual yang terbaik ialah kata-kata yang meransang, bukannya mendesak
hohooo mailing list oh mailing list. nampaknya kalo trafik ramai tapi takder mailing list memang merugikan betul… rugi sakan jugak laa.
dan tidak kusangka trafik tumpuan semasa menjadi-jadi traffiknya. tak tau laa kalo dah suam2 kuku traffiknya nanti… hohooo