Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Siapa Sahaja Boleh Tulis Ebook, TAPI…

5 04 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Saya sekarang sedang me-review beberapa buah eBook yang bakal diterbitkan dalam masa terdekat oleh beberapa Internet Marketer (IM) dan juga bakal IM di Malaysia ini. Tempoh hari saya telah melakukan review dan sedikit analisis terhadap ebook Sales Letter Membunuh. Ebook mereka lengkap, amat direkemenkan. Kini, saya ada tiga buah eBook lagi yang perlu di-review dan salah satunya akan diterbitkan pertengahan bulan ini. IM tersebut dikenali ramai, nak tahu siapa dia? Tunggu jer lah. Razz Dua buah eBook lagi adalah daripada ‘pendatang’ baru dalam bidang penulisan eBook.

Bagi saya, adalah satu perkembangan yang baik jika banyak eBook diterbitkan kerana ia banyak kelebihan yang tak kurang hebat juga berbanding buku bercetak. Budak sekolah macam Labanon pun boleh tulis eBook TANPA perlu pening-pening dengan penerbit besar yang mungkin akan mempertikaikan kebolehannya dan statusnya yang masih budak hingusan sekolah (erk, masih berhinguskah Labanon? hehe..). Itulah eBook, tak kisah siapa anda, apa tahap pengajian anda, tidak ada pihak yang boleh menghalang anda daripada menulis dan menerbitkan ebook sendiri! (Ebook yang halal dan tak langgar undang2 lerr…Wink. Labanon contohnya sudah ada eBook sendiri dan sudah menjana pendapatan tanpa batasan bersama rakannya Fai.

NAMUN! Adalah tidak pelik walau sesiapa pun menulis dan menjual ebook. Persoalan besar yang sepatutnya dipersoalkan adalah, BUKAN MENULIS SEMATA-MATA, kerana semua orang tahu dan boleh belajar cara menulis. Saya perhatikan, ramai yang asyik berbincang bagaimana cara menulis eBook, tetapi tidak sangat mementingkan bagaimana mempromosikan eBook, bagaimana menambah income dengan eBook tersebut, apakah strategi back-end, bagaimana melancarkan eBook yang bakal dijual, bagaimana menguruskan pembeli dari soal menerima pesanan, penghantaran link download dan support, apakah strategi big profits daripada eBook tersebut, bagaimana memastikan eBook anda sentiasa ada pembeli dan up to date dan dan dan… Usah saya perkatakan lagi, takut anda yang newbie pening. Smile

Banyak perkara sebenarnya yang perlu difikirkan dan dirancang dengan teliti. Ramai yang menerbitkan eBook tidak menetapkan apakah tujuan eBook tersebut dihasilkan? Jika dijual sekalipun, beberapa aspek berkaitan perlu difikirkan agar kita bukan hanya mendapat hasil yang linear semata-mata, tetapi juga hasil yang menembusi pelbagai penjuru aspek yang lain. Maksudnya, bukan hanya mendapat jualan eBook, tetapi juga mendapat faedah-faedah yang lain. Hatta eBook percuma sekalipun, anda perlu tahu apa tujuan sebenar dan anda perlu rancang sebaik mungkin, agar eBook percuma itu dapat memberikan impak yang besar kepada anda dan perniagaan anda.

Seperkara lagi, tidak kisahlah anda ingin menulis topik apa pun termasuk topik ebiz. Walau ia dikatakan sudah tepu, namun tidak salah untuk mencuba kerana apabila berlaku peredaran masa, sesuatu topik atau perkara tertentu juga akan berubah. Kita mesti tahu, ilmu itu adalah dinamik, bukan statik atau kaku. Namun, utamakan topik yang ada permintaan dan hasilkan eBook yang anda tahu dan pakar.

Kesimpulannya, menulis itu sesiapa pun boleh melakukannya. Namun, tak semua orang mampu mendapat hasil yang tinggi akibat kekurangan idea dan strategi, lagi-lagi anda memasarkannya di pasaran Malaysia. Tidak kisahlah berapa harga eBook anda, tetapi anda perlu ada strategi, bagaimana dengan harga yang murah itu boleh memberikan hasil yang lebih besar. Jika anda jual dengan harga RM10, bagaimana anda boleh hasilkan RM100? Smile Saya akan kongsikan pelbagai teknik dan strategi yang saya tahu dan telah saya gunakan pada suatu masa nanti. Perkara sebegini memang sudah ramai yang tahu, tapi lebih sedap jika kita berbincang setelah kita melakukannya sendiri. Wink

Salam maju jaya kepada mereka yang berkecimpung dalam dunia penerbitan eBook.

Sekian.

PS. Bermula daripada hari ini, sebarang emel yang bertanyakan soalan-soalan asas ebiz saya akan tangguhkan untuk menjawabnya sehingga satu waktu kelak. Saya hanya akan lebihkan pelanggan-pelanggan saya sahaja. Untuk anda yang ingin belajar, sila berinteraksi dengan saya di blog ini. Harap maklum.

PPS. Lesen reseller Pakej Kit Blogger tinggal 19 sahaja lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

*Tips dan Panduan Blog: http://bloggingsteps.com/tips.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Membina Perniagaan Internet : Hari 1 Bermula
  • Panduan Pengiklanan Banner Dilancarkan!
  • Ebook Percuma : Panduan Pengaktifan PayPal
  • Info Kepada Pembeli Pakej Kit Blogger
  • Ebook Percuma
  • Ketahui 27 _____ + 7 _____ Untuk Melipat Gandakan Pendapatan Ebiz
  • 2 E-Book (report) Percuma RajaAdsense
  • Panduan Membina Laman Web
  • Panduan Buat Duit Dengan Google Adsense
  • Ebook Panduan FTP Akan Dinaikkan Harga..

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    10 Comments »

    Comment by Imo Imora
    2007-04-05 01:50:32

    Jika menghasilkan e-book tu pastikan juga berkualiti dengan harga yang kita keluarkan bak kata KAMDAR ‘Memang Berbaloi’ LOL .

     
    Comment by shueqry
    2007-04-05 11:40:37

    terlebih dahulu, perlu buat research, tentang maklumat apa yang orang lain nak, baru lah eBook tu mendapat sambutan.. ndak kira la free atau berbayar, yang penting kualiti dan gaya tulisan santai, konpom, kredibiliti penulisnya akan naik

     
    Comment by Jebat Mesranet
    2007-04-05 13:59:03

    Ebook diterbitkan pertengahan bulan nie… saya rasa saya tahu IM tu sape? Nie member rapat Zul juga.. Tul tak Zul? Smile

    Ye rasanya ramai yang tahu membuat ebook. Masalah utamanya bagaimana untuk mempromosi dan strategi untuk mendapatkan faedah sampingan dari jualan ebook itu. Kena buat post untuk ini Zul.. Saya pun nak tahu.. penting tu Smile .

     
    Comment by Labanon
    2007-04-05 14:06:59

    Ya betul tiada siapa boleh menghalang anda menulis eBook.. Grin Tapi saya sarankan tulislah eBook yang dapat membantu ramai orang seperti ebook bro zul… bantu orang bina blog Grin

    p/s: Erk.. mana tahu saya berhingus ni? wakakaka Cool

     
    Comment by sham
    2007-04-05 14:15:23

    Alien ..Sape tu zul?Betul apa yang zul cakapkan tu.Semua orang boleh jadi penulis ebook..

     
    Comment by Robotys
    2007-04-05 14:40:02

    Hmm, pendek kata: Semua org boleh buat Ebook tapi x semua org boleh dapat banyak duit jual ebook.

    Sama cam bisnes lain, jual ebook perlukan plan.. business plan! Cool

     
    Comment by ProFidz
    2007-04-06 10:15:01

    errrr… betul ke semua orang boleh buat ebook?? Rolls Eyes

    kalau setakat buat tp x de maklumat berguna, sy pasti ramai boleh… dan yang pasti ebook tu x de org nk beli, kalu free mungkin org boleh terima…

    utk ebook berguna dan boleh dijual , sy rasa tidak semua yang berkemampuan utk menulisnya.. x gitu Wink

     
    Comment by ProFidz
    2007-04-06 10:23:23

    errrr… betul ke semua orang boleh buat ebook?? Rolls Eyes

    sy rasa kalau setakat ebook personal tu may be kot tp kalau utk info/panduan ebook (yg bermutu) tu mungkin ramai yang kurang berkemampuan, memandangkan terlalu byk masa dan kerja yg perlu dilakukan…

    tp kena ingat ayat ni - org lain berlumba2 buat duit tp kita sibuk buat alasan Grin

     
    Comment by Johari
    2007-04-09 17:30:55

    betul tu..semua org boleh buat ebook tapi nak buat ebook yang bermutu tu yang susah. Macam saya ni, masih lagi tak berapa mahir menulis tapi tengah berusaha untuk improve dari semasa ke semasa Alien

     
    Comment by abdfatah
    2007-04-15 10:47:40

    akan kubeli dan akan kucetak dan akan kubinding…

    bolehlah buat rujukan… tebal woooo

    satu helai satu helai dan binding… wahahha…

    memang menarik lagi tertarik…

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: