Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Jom Belajar Membunuh Manusia…

30 03 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Mungkin anda terkejut dengan tajuk di atas bukan? Bahkan ada yang pelik, tiba-tiba hari ini saya ingin mengajak anda belajar membunuh manusia pula.

Oh tidak, membunuh yang saya ingin nyatakan kepada anda bukanlah membunuh manusia dengan zalim, tetapi ada teknik-tekniknya. Kalau nak tahu, teruskan membaca… ;)

Saudara saudari pembaca,

Ketahuilah bahawa membunuh manusia itu berdosa besar hukumnya. :) Membunuh yang saya maksudkan di sini adalah Sales Letter Yang Membunuh. Sungguh pelik bunyinya bukan? Jika dalam english, ia disebut ‘Killer Sales Letter’. Jika dalam ayat yang lebih sedap didengar adalah Sales Letter yang Berkesan dan Efektif untuk menarik pelawat laman web jualan membeli produk kita.

perniagaan internet

Team FlareBiz yang terdiri daripada dua orang anak muda telah menerbitkan sebuah ebook yang bertajuk “Sales Letter Membunuh”. Dan kini saya telah mendapat salinan ebook tersebut dan masih dalam proses pembacaan, tinggal sedikit lagi. Salah satu prinsip saya sebelum memberikan testimoni atau pandangan atau merekemenkan sesuatu produk kepada orang lain, saya akan membaca keseluruhan ebook tersebut terlebih dahulu…Jadi, kepada yang meminta testimoni tu, kalau saya tak bagi lagi testimoni untuk anda, bermaksud saya tak habis membaca dan ‘menganalisis’ lagilah tu. :)

Sales Letter atau dalam bahasa Melayunya bermaksud surat jualan iaitu ayat-ayat ‘manis’ yang memujuk pelawat laman web jualan agar membeli produk kita. Jadi, sales letter membunuh bermaksud, jika mereka membaca ayat-ayat di laman web jualan itu walau hanya sekali, mereka teringin, teruja dan MAHU membeli produk yang dijual!

Contoh penggunaan sales letter adalah seperti di laman web jualan Kit Blogger:

http://bloggingsteps.com/kit

InsyaAllah, selepas saya membaca dan cuba mempraktikkan beberapa teknik hebat dan ampuh yang terkandung dalam ebook mereka itu, saya akan ulas secara bersiri. Sebelum saya menulis ini, saya telah mempraktikkan beberapa teknik dan strategi yang disarankan oleh ebook tersebut.

Namun, apa kata anda menjenguk maklumat lanjut ebook “Sales Letter Membunuh” itu di laman web mereka di SalesMembunuh.Com. Sila klik di sini.

Kepada Fai dan juga Labanon, syabas saya ucapkan dengan kelahiran ebook berbayar pertama daripada Team Flarebiz. Teruskan usaha dan pertingkatkan lagi prestasi anda, saya yakin Team Flarebiz akan berjaya di persada dunia Internet Marketing terutama di Malaysia.

PS. Saya sukakan ebook berbahasa Melayu kerana saya lebih cepat habis membaca sesuatu ebook atau buku ‘ilmiah’ dalam masa beberapa jam sahaja jika tidak kesibukan. Untuk ebook Sales Letter membunuh, saya membacanya sambil mempraktikkan terus beberapa idea dan teknik yang disarankan. Saya telah peruntukkan hampir 3 hingga 5 jam untuk membaca ebook tersebut sambil mempraktikkannya. Tunggu ulasan saya di artikel seterusnya.

Terkini: Saya dah habis baca. Nantikan ulasan saya. :)

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Tahap Pemikiran Kita Adalah Berbeza..
  • Ulasan Ebook “Sales Letter Membunuh”
  • Jangan Perlahankan Langkah Anda
  • Dah baca, dah belajar, dah…. Tapi belum mula.
  • Dalam 100 orang, 1 Akan Menjadi ‘Musuh’ Anda…
  • Mengapa Saya Masih Belum Berjaya? - Siri I
  • Just Do It! Let Your Customer Talks!
  • Kurus, Gemuk, Tinggi, Rendah, Cacat, Pekak, Bisu - Salah Ke?
  • Tiga Golongan Manusia…
  • Buat Duit: Antara Kepentingan Diri dan Etika Kemanusiaan

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    11 Comments »

    Comment by shueqry
    2007-03-30 19:00:26

    asmkm Zul, pekabar? Saya juga amat kagum dengan Team Flare Biz, masih muda dan bersemangat waja! rajin diorang ni..huiiyoo, memang saya kagum abis!

    Untuk Zul, Selamat hari Lahir ke 25 :-) dari saya. Ingatkan Zul tua sikit dari saya bila tengok gambar Zul, tapi rupanya Zul muda 2 tahun pulak, hehe.. moga murah rezeki, panjang umur dan terus bersama-sama share ilmu dengan seberapa ramai orang.

    Moga Zul makin bersemangat menulis, bukan sahaja di blog, bahkan bila dah ada kolum sendiri di salah satu majalah terkenal di Malaysia ni. Moga satu hari nanti, akan ada majalah versi bercetak khas untuk membincangkan Internet Marketing yang penulisnya dikalangan IM Malaysia sendiri seperti Zul, Galadriel, Shuth, Tazilan atau Irfan Khairi..hmm, ok jugak idea ni kan?

     
    Comment by mirul
    2007-03-30 19:04:35

    Saya dah habis baca ebook nie.. memang padat dengan teknik dan strategi tentang bagaimana untuk menulis surat jualan yang membunuh! Setiap teknik ditunjukkan dengan detail dan lengkap dengan contoh laman web sedia ada..

    dan yang menarik lagi, laman web Kit Blogger Zul juga telah dijadikan sebagai salah satu contoh surat jualan yang membunuh! Tahniah Zul :)

    Comment by Hamid
    2007-10-19 07:47:38

    Wah hebat ni,
    nampak menarik jer ebook yang diceritakan..
    InsyaAllah nanti cuba dapatkan. :wink:

     
     
    Comment by edaransalindah
    2007-03-31 09:50:18

    menarik & informatif

     
    Comment by smartzul
    2007-03-31 18:57:37

    Yup, mereka cepat belajar Shueqry dan mereka nampak apa matlamat mereka sebenar. Awas IM-IM sedia ada, ‘budak2′ ni mungkin akan melintas anda. :D

    Menulis dalam kolum majalah? InsyaAllah. :)

    Comment by Hamid
    2007-10-19 08:21:57

    Menulis dalam kolum majalah?
    apa maksudnya tu :?:

     
     
    Comment by zamree
    2007-04-28 13:16:14

    a’kum

    menghadapi masalah download e-book…. klik link.. tetiba je masuk website sekolah maher pulak….. (nasib baik takde pak guard), kpd yg berkenaan tolong settle kan this prob ye… dari pagi tadi dok mengadap pc ni sambil tgu e-book membunuh ni…

    a;kum

     
    Comment by Han
    2007-10-02 13:44:37

    di blog saifulsham ada 2 siri tentang menulis sale letter…
    sangat menarik…
    kalau sesiapa yang nak belajr menulis sale letter, pergi lah melawat blog saifulsham…

    han

     
    Comment by Hamid
    2007-10-19 07:49:49

    Thank Han,
    nak gi tengok jap ni :mrgreen:

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-19 11:17:01

    membunuh sambil mengaut untung? memang untung sakan laa membunuh sales letter nih…

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: