Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Tiada Idea Menulis Blog?

8 01 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Salam bahagia.

Dalam masa yang terdekat ini, saya sedikit sibuk di awal tahun. Ingin saya katakan bahawa, tidak semestinya kerja tahun lepas habis begitu sahaja, sebaliknya terpaksa dibawa ke tahun baru ini. Smile Selain beberapa projek client yang mesti disiapkan, saya juga perlu menyiapkan projek ebisnes pertama untuk tahun ini yang dirancang untuk dilancar pertengahan bulan Januari ini.

Baiklah, saya jarang menyentuh mengenai blog di sini. Saya sepatutnya menulis mengenai blog di http://bloggingsteps.com/tips, namun masa begitu terhad untuk menulis di banyak blog. InsyaAllah, saya akan sentiasa update blog tersebut kelak.

Ramai yang bertanya saya bagaimana saya boleh menulis tanpa putus di blog smartusaha.com ini. Malah ada yang ‘kagum’ dan pelik, macam mana lah zul ni boleh menulis dan terus menulis. Tak ada magik, tak ada rahsia, tapi ada caranya.

Di antara cara yang saya gunakan untuk mendapatkan idea adalah:

1. Membaca sesuatu artikel di laman web

Sebaik sahaja saya membaca apa-apa artikel dan saya ingin mengulas tajuk yang lebih kurang sama, saya akan menulis dalam ayat saya sendiri. Kadang-kadang, saya mendapat idea penulisan daripada tajuk artikel orang lain sahaja. Smile Tengok sahaja tajuk, terus mendapat idea apa yang ingin ditulis. Namun, untuk menulis, sudah semestinya kita perlu tahu mengenai perkara yang ingin ditulis. Maka, perlu melakukan sedikit kajian, pembacaan dan pemahaman agar tidak berlaku kesalahan fakta atau mengelirukan pembaca.

2. Melawat blog orang lain

Teknik ini juga lebih kurang sama dengan yang pertama, iaitu melawat blog orang lain dan membaca apa yang ditulis mereka. Kemudian, saya akan menulis mengenai tajuk yang lebih kurang sama atau mencari idea penulisan daripada sebahagian tulisan mereka atau daripada kata-kunci yang ada dalam artikel tulisan mereka itu. Sebenarnya, idea akan datang begitu sahaja setelah melihat kata-kunci atau ayat atau pemahaman kita terhadap sesuatu tulisan orang lain.

3. Isu semasa

Saya juga akan menulis untuk mengulas isu semasa yang berlaku dalam bidang yang berkaitan iaitu perniagaan internet, keusahawanan atau apa sahaja yang perlu diulas atau dinyatakan. Apa sahaja yang berlaku, itulah yang akan ditulis (info, komen, ulasan, pendapat..).

4. Forum

Saya juga mendapat idea penulisan daripada forum. Sebagai contoh, jika ada sesuatu topik yang panas atau bermanfaat di forum, saya akan menulis di blog ini dalam bentuk artikel yang berkaitan dengan topik di forum tersebut. Banyak topik-topik yang terus menerus dibuka di forum, dan ini merupakan satu cara mudah untuk anda mendapat idea penulisan. Pastikan, anda ‘menggunakan’ forum yang berkaitan dengan tema blog anda. Blog ini adalah berkaitan dengan perniagaan internet, maka saya akan ‘merujuk’ dan mendapatkan idea penulisan dari forum wangcyber (sebagai contoh).

5. Kajian dan pengetahuan

Jika anda menjual sesuatu di internet, maka sudah tentu (biasanya) anda tahu mengenai produk anda itu. Maka, tugas untuk anda menulis di blog lebih mudah kerana anda sudah banyak tahu. Sebagai contoh, anda menjual satu produk kesihatan (ehem Kak Mardziah Wink), maka anda banyak tahu mengenai produk itu, maka tulislah mengenainya dari asas sedikit demi sedikit. Sudah semestinya, pengetahuan sentiasa meningkat dan bertambah, dan satu cara menambahkan pengetahuan kita mengenai produk atau bidang yang berkaitan dengan produk tersebut adalah dengan melakukan kajian.

Tips Emas:

Untuk mengelakkan berlakunya kekeringan idea di masa mendatang, elakkan menulis terlalu banyak dalam satu-satu post. Cukuplah menulis pendek-pendek dan contoh terbaik di sini adalah cara penulisan Dr. Irfan Khairi (tip 1 minit). Manusia dari segi psikologi, tidak suka membaca tulisan panjang terutama di komputer (internet) kerana mereka cepat hilang tumpuan. Amalkan teknik ini sebaik yang mungkin. Namun, anda boleh menulis lebih panjang sedikit sekali-sekala jika keadaan memerlukan. Idea lain, tulis sesuatu tajuk secara bersiri dan kelebihan secara bersiri ini adalah ia boleh mengembalikan pembaca yang sama ke blog anda. Wink

Ingat, jika anda menulis dan menulis tanpa melihat kepada masa hadapan, kelak anda akan mengalami penyakit “Blogger’s Block” iaitu ‘kehabisan idea’ untuk menulis. Saya menyatakan hal ini sebab saya sudah mengalaminya dulu dan ia adalah perkara biasa bagi seorang blogger, lebih-lebih kepada yang baru berkecimpung dalam “blogging”. Jadi, belajarlah menulis secara berkesan dan efektif, serta gunakanlah beberapa cara mendapatkan idea penulisan seperti yang saya berikan di atas.

Sekian untuk tips kali ini, jumpa lagi.

PS. Belum memiliki blog? Jangan biarkan anda ketinggalan dalam teknik internet marketing efektif melalui blog. Tidak tahu membina dan menggunakan blog? Dapatkan caranya di sini: http://bloggingsteps.com/kit

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Catatlah…
  • Idea Yang Kecil dan Unik : Hasil Bergunung..
  • Blogger : Jangan Paksa Diri Anda
  • Buat Duit Dengan Forum
  • Saya Bercuti 1 hingga 2 Minggu
  • Idea Aku diambil Orang!!
  • Bagaimana Cara Untuk FOKUS?
  • Portal SmartUsaha & Blog Versi 2
  • Perniagaan Internet : Kesalahan 1 dan Merugikan
  • Kembali Dengan Lebih Bersemangat! | Pelajaran Puasa

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    16 Comments »

    Comment by hapisol
    2007-01-08 07:48:49

    zul, tq for tips.

    betul zul, saya baru jer mengamalkan apa yg zul tulis hari ini.
    tapi, baru2 ini, saya terjumpa satu buku mengenai buat duit dengan menulis di mph sg petani. insyaALLAH, bulan depan saya akan membelinya. secara sinopsisnya, buku itu banyak menceritakan tips dan cara bagaimana kita hendaklah menulis dengan baik supaya supaya pembaca akan faham mesej yg ingin kita sampaikan.
    zul, hobi saya skrg menulis dan membaca, mcm tak percaya pulak saya sudah mempunyai hobi yg baru tersebut. semua ini tercetus setelah membeli dan membaca ebook zul. semoga ALLAH memberkati segala usaha murni zul ini.

     
    Comment by smartzul
    2007-01-08 09:16:04

    InsyaAllah hapisol. Actually, menulis ni bukan sahaja bakat, tapi ia boleh diasah. Untuk memiliki kemahiran menulis yang baik, kita kena berlatih menulis selalu. Lastly, kita tak akan rasa menulis itu satu yang membebankan sebab ia sudah sebati dengan jiwa.

    Thanks.

     
    Comment by Fai
    2007-01-08 12:51:59

    Assalamualaikum..

    Lamanya xkomen kat blog zul.. Post sblm ni komen tp tetiba down plak..
    Menulis blog ni xsusah sebenarnya kalau kita dah ada isi yg nak dituliskan.. Sebaiknya rangka dahulu sblm menulis mcm karangan spm,pmr atau upsr.. Wink

    Bg saya menulis adalah hobi yg best.. Kadang2 isi cuma 2 je tp huraiannya mampu mencapai 2 mukasurat atau lebih.. Nak mulakan je yg payah tp bila dah layan menulis saya rasa jd mcm karangan STPM plak.. huhu..

    PS: Mana blog2 saya? huhu.. truk btul busynya sampai xsmpat nak upgrade..

    PPS: Err.. zul saya masih lg xboleh akses emel 100%.. Hari tu smpat baca emel zul je.. Maaf xbalas.. Smile

     
    Comment by irwan.dahnil
    2007-01-08 15:07:51

    Blog yang bagus adalah blog yang asli. Blog yang ditulis secara asli dan mengikut ekspresi penulis sendiri. Gaya bahasa dan juga susunan perkataan boleh membezakan keunikan sesuatu blog.

    Comment by IM Dreamer
    2008-04-22 19:34:38

    well said! thanks! Smile

     
     
    Comment by Mohd Fairuz
    2007-01-08 17:40:28

    Satu cara mudah.. dapatkan artikel dengan private label rights, modify lebih kurang, jadilah ia entry untuk blog anda. Dengan cara ini anda tak akan kering idea untuk menulis lagi!

    Inilah cara yang digunakan oleh ramai Internet marketer. Mereka berusaha secara ’smart’, menggunakan keyword ‘leverage’. Tak perlu mesti original, atau unik. Tak perlu ‘reinvent the wheel’. Cuma adjust & tambah idea baru.

     
    Comment by Maizul
    2007-01-08 21:47:43

    Bagus tip ni aku pun dah takde idea nak tulis ni.

     
    Comment by smartzul
    2007-01-09 00:12:09

    Yup, boleh guna PLR di samping menulis sendiri. Smile Semuanya bergantung kepada keadaan dan kehendak blogger itu sendiri. Pilihan di tangan anda. Wink

    Cara lain: Ghost Writer.

     
    Comment by BAGAK
    2007-01-09 01:04:18

    Saya setuju dengan jangan menulis terlalu panjang sebab bukan ramai yang berminat nak baca pun.

    Kita hanya perlu istiqaamah menulis. Jangan tulis panjang seminggu sekali. Lebih baik tulis pendek tapi hari2.

     
    Comment by Azahari
    2007-01-10 16:03:12

    Saya pun pernah tanya Zul soalan ni..hehehe…
    Saya memang kekeringan idea.. saya akan praktik apa yang ada disenaraikan ni.
    Saya akan cuba menulis sekurang-kurangnya satu post untuk seminggu dan tambah secara berperingkat. Terima kasih atas tips ni

     
    Comment by winterbride
    2007-01-13 11:16:02

    hmmm.. saya pun pernah menghadapi masalah ni.. sampai tak tahu nak tulis apa.. akhirnya berminggu-minggu tak update blog.. dan orang komen “Bile nak update ni??”.. iskkk..

    Tapi ada masa-masanya pulak, terlalu banyak yang nak ditypekan.. sampaikan rasanya dah lari daripada tajuk.. camne pulak tuh yer??

     
    Comment by zuhairy
    2007-08-24 02:24:22

    ehmm..satu idea dan tips yang bernas! saya dulu terfikir gak, kenapa la kdg2 senior blogger ni ada jer benda nak cakap. tak kering2 idea plak tu. stakat ambil idea orang lain, tapi tak olah ayat sendiri tak kira ciplak kan?hehehe Wink

     
    Comment by yatie
    2007-08-27 17:08:40

    zul
    tq for the tips….best jugak dunia penulisan nie ye

     
    Comment by pyan
    2007-10-02 10:15:09

    Penyakit baru ni blogger block. Grin Betul tu cara irfan khairi tu bagus . Ringkas tapi berkesan dan mesra pembaca Razz

     
    Comment by IM Dreamer
    2008-04-22 19:33:11

    hapisol, bleh tak beri tajuknya… bleh saya nak wat research gak… Smile

     
    Comment by IM Dreamer
    2008-04-22 19:37:40

    pergh! sumer kat atas tu best!

    thanks sumer. akan saya perguna sebaiknya nanti nak bangunkan blog nanti… Grin

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Pilih Smiley dan Klik:

    Airplane Mr. Green Angel Angry Arrogant Bashful Beat Up Beautiful Beer Blush Bomb Bowl BRB Eek Bunny Bye Cake Call Me Camera Can Car Cat Chic Chicken Clap Clock Cloudy Clover Clown Coffee Coins Computer Confused Console Cool Cow Cowboy Cry Heh Curse Cute Cyclops Dance Dazed Twisted Disdain Doctor Dog Doh IDK Drink Drool Eat Evil Grin Roll Eyes Female Fighter - Male Fighter - Female Film Fingers Crossed Flag - US Foot In Mouth Big Frown Frown Ghost Giggle Go Away Goat Hammer Handcuffs Handshake Broken Heart Heart High-Five Hug (Left) Hug (Right) Hungry Hypnotized In Love Island Jump Kiss Blow Kiss Kissed Kissing Knife Idea Lashes Laugh Liquor Loser Lying Mail Male Mean Meeting Cell Mohawk Money Mouth Monkey Moon Music Music Note Nail Biting Nerd Blah On the Phone Pain Party Peace Phone Pig Pill Pirate Pissed Off Pizza Plate Poop Pray Present Pumpkin Question Quiet Rain Rainbow Drunk Razz Mad Razz Razz Really Angry Really Pissed Off Dead Rose Rose LOL Sarcastic Scream Search Secret Oops Sheep Shock Shout Shut Mouth Vomit Side Frown Silly Skeleton Skywalker Zzz Big Smile Smile Smirk Snail Snicker Snowman Soccer Soldier Star Starving Stop Struggle Sun Sweat Talk to the Hand Teeth Thinking Thumbs Down Thumbs Up Thunder Time Out Tremble Turtle TV Umbrella Vampire Victory Waiting Watermelon Waving Weep Wilt Wink Worship Yawn Yin Yang Zombie Killer

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: