Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Produk Murah + Komisen 100% + Komisen xx%

15 12 2006

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Di akhir-akhir ini, saya menerima banyak emel dengan tawaran produk yang teramat murah, terutama di bawah USD10. Mari kita korek, apakah strategi yang mereka gunakan dan tujuannya di dalam bidang perniagaan internet ini diletakkan harga yang sebegitu rendah.

Jika anda menerima tawaran produk dengan harga USD9.99 dan anda membelinya, anda akan ditawarkan dengan satu peluang program affiliate ‘tertutup’ dengan komisen 100%. Maksudnya, program itu akan memberikan anda komisen sama dengan harga produk yang dibeli oleh mereka yang membeli melalui link affiliate anda.

Persoalan di sini, bagaimana mereka untung? Jawapan mudahnya adalah, back end product, atau lebih tepat dipanggil One Time Offer (OTO). Tawaran OTO ini adalah pada masa tersebut sahaja, maka dengan cara ini, pembeli tadi yang perlu membuat keputusan pada masa itu juga untuk membeli atau tidak. Mengenai sistem OTO ini, kita akan bincang di lain masa nanti. Flownya begini:

Pembelian produk murah —> Page Thank You + OTO Offer –> Page Download

Jika pembeli tadi bersetuju untuk membeli produk special offer itu, di situlah pemilik ‘program’ mendapat duit + anda pula akan mendapat komisen lagi di situ dengan peratusan yang tertentu.

Produk yang dibincangkan di sini adalah produk digital kerana jika tiada orang membeli produk OTO, maka tidaklah rugi sangat si peniaga tadi.

Jadi di sini, terdapat dua peluang:

1. Peluang kepada anda untuk membuat income dengan program affiliate jenis ini

2. Peluang kepada anda (usahawan internet) untuk cuba mengaplikasikan teknik ini untuk produk atau usahaniaga anda sendiri

Di ruang ini, saya tidak akan menyentuh secara detail akan teknik OTO ini, insyaAllah di lain kali.

PS. Teknik memberikan harga yang murah pada produk adalah juga bertujuan untuk mengumpul list. :) Maka, lakukan teknik ini selain memberikan teknik ebook percuma. ;)

Nota: Tulisan kali ini amat sesuai untuk mereka di tahap intermediate dan ke atas. kepada newbie, don’t worry, lakukan apa yang perlu dahulu di dalam usaha anda.

Ikhlas,
S
martZuL

PS. Jom bersama kami di seminar perniagaan internet. Klik di sini!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Bayaran Komisen Telah Dilakukan :)
  • Bayaran Komisen Program Affiliate
  • RM340.00 Dalam Masa 45 Minit!
  • Raya Lagi Ke?
  • Ebook Panduan FTP Akan Dinaikkan Harga..
  • Lagi Mengenai Pendapatan Affiliate Saya..
  • Pasaran Ebiz Tempatan Perlahan | Bayaran Komisen
  • Si Dia Sudah Hampir Tiba…. ;)
  • Pemenang ‘Contest’ + Bayaran Affiliate
  • JV: Bukan Hanya Untuk Pelancaran Produk Baru

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    10 Comments »

    Comment by amirul28
    2006-12-15 23:57:46

    Saya perasan teknik OTO ni sangat sinonim dengan Butterfly Mike Filsaime.Dan saya perasan jugak ada orang Malaysia yang dah pakai script ni,cikgu Fairuz.

    Er…bro Zul ada perasan?

     
    Comment by smartzul
    2006-12-16 00:06:39

    Kalau yg buat pasaran luar, dah ramai yang buat. Cuma saya belum nampak lagi ia dipraktikkan di pasaran Malaysia. :)

    Comment by abdfatah
    2007-10-21 17:18:28

    tawaran murah dan kemudian buat tawaran untuk backend pulak. nampak macam menarik sungguh tarikannya… memang pandai nak memikat hati costumer untuk membeli kali kedua. dah beli satu rasa terpikat nak beli lagi… kalo tak beli rasa rugi pulak dibuatnya… berbelah bahagi jadinya…

     
     
    Comment by ambsmart
    2006-12-16 17:02:30

    Biasanya kalau ada one time offer ni, saya biar je. Terus gi download page yang free. Nama je one time offer, tapi kalau register pakai email lain boleh dapat balik offer tu.

     
    Comment by Hamid
    2007-10-02 07:47:25

    biasa la teknik mereka..nak mengumpul list..
    apa pun pasal bagi free tu kalau berguna untuk kegunaan kita berbaloi gak :mrgreen:

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-16 01:24:26

    memang biasa jumpa laa cara nih, nak kumpul list satu hal… buat tawaran satu hal… fikir nak beli ke atau taknak beli? kalo tak beli rugi pulok…

    pandai punya teknik sedemikian rupa yer…? itulah caranya yang tersendiri untuk mnarik perhatian pembeli dengan tawaran yang menguntungkan…

     
    Comment by Hamid
    2007-10-18 22:54:36

    Biasa lah abdfatah,
    Masing² mempunyai teknik tersendiri untuk menarik minat pelanggan :wink:

     
    Comment by drnad Subscribed to comments via email
    2007-10-19 05:23:19

    tengok-tengokla web saya ni http://www.scorea-sham.ws

    mungkin ini akan tambah satu lagi income lumayan

     
    Comment by Hamid
    2007-10-19 07:23:10

    drnad,
    kat sini bukan tempat promosi :twisted:

    Comment by abdfatah
    2007-10-21 17:20:37

    takpe laa kita tengok laa dulu apa akan jadi…

     
     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: