Forum : Bukan Tempat Berjual-Beli @ Iklan
14 10 2006Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
‘Tips’ kali ini biasa sahaja. :) Semua orang dah tahu, tetapi mungkin ada buat-buat tak tahu dan tak nak ambil tahu, atau dalam bahasa yang mudah, “aku peduli apa..”. ;)
Hehe, peduli apa yer.. Tak apa.. Teruskan membaca. :)
Baiklah. Sebelum ini, saya ada menulis mengenai membina ‘kredibiliti’ dan menarik trafik dari forum ke laman web kita dan itulah salah satu ‘kekuatan’ saya selama ini. Namun, ramai yang tersilap langkah dan ingin mencari jalan mudah untuk mempromosikan produk mereka ataupun sesuatu untuk hasil $$$$.. Bagaimana? SPAM!! Ya, forum mempunyai pelbagai topik atau dikenali sebagai thread. Mereka si kaki spam ini, melakukan post (tulisan) yang sama di beberapa ruangan thread samada dalam ayat mempromosi atau tersirat. Bagaimana tersirat??
Hohoho, mereka anggap mereka cerdik, tetapi tidak sesekali. Mengapa? Dalam usaha nak membantu ahli forum yang lain, mereka pandai menjerat. Contohnya,
“Alahai, tak payah susah-susah nak fikir produk apa nak jual. Peluang mudah dah ada.. Ni ha, masuk sini http://abcde.com/ref=idAffiliate“. Dalam tak perasan, atau buat-buat tak tahu, dia telah melakukan iklan secara tak langsung.. Orang sebegini, jika dah dinasihatkan berulang-kali, ikhlas dari hati saya, saya amat ‘benci’ orang sebegini. Kenapa? Forum ibarat sebuah rumah, tetapi apakah perasaan anda jika ada orang masuk tanpa adab dan tak dengar kata? Sesuka hati buat itu dan ini? Hehe, apa? Bagi penampar jer? Huhu, tak apa. Sabar.. Begitulah, pengalaman saya menjadi moderator seperti di forum wangcyber.com, membuktikan masih ramai yang mahu jalan mudah, tak nak ikut nasihat, degil dan sifat ikut suka aku… Tak apa, sebagai moderator, saya delete jer post yang tak berkenan di hati saya.. hoho.. Dalam hati saya, “peduli apa aku, dah dia orang tak peduli sangat peraturan forum.. Kalau diaorang tak peduli, aku pun peduli apa nak delete post dia…” ;)
Jadi, jika anda masih baru dengan forum, rajin-rajinlah membaca undang-undang sesebuah forum. Namun secara asasnya, di forum anda tidak boleh melakukan iklan sesuka hati. Tidak boleh meletak link affiliate di dalam post (tulisan) anda. Tidak boleh promote barang sendiri kecuali dalam kes tertentu, ya, samada secara langsung atau tidak, pastikan anda tidak melakukannya. Yang dibenarkan, anda boleh letak apa-apa sahaja link laman web atau perkataan promosi di bahagian signature..
Forum, tempat kita berbincang, saling bantu-membantu antara satu sama lain, tempat berkongsi ilmu, BUKAN tempat mengiklan, BUKAN tempat mempromosi.. Jagalah adab anda.. Berforumlah dengan sebaik-baiknya, ikhlaslah di dalam membantu ahli forum yang lain. InsyaAllah, produk anda, diri anda, akan dikenali dan diketahui secara tidak langsung.. Percayalah..
Selain itu, jangan berforum dengan emosi dan perasaan. Dah nama forum tempat berbincang, maka mestilah akan wujud perbezaan pendapat. Maka ia adalah normal.. Anda tidak boleh paksa orang lain ikut cakap anda, walaupun apa yang mereka katakan jelas salah. Biarkan sahaja mereka, biarkan mereka membuat perhitungan sendiri. Yang penting, jaga keharmonian forum sebaik-baiknya. Jika tidak, akan berlaku permusuhan, dengki dan dendam yang tak dijangka.
Perkara lain pula adalah, cara menegur. Jika boleh, jangan begitu tegas dan ‘kasar’, walaupun tidak kasar bagi kita. Lain orang, lain kuat hatinya. Sebagai contoh, ada seorang ahli forum selepas ditegur sekali jer dengan kasar, “wooii, aku terajang kan!”.. Terus yang ditegur tadi merajuk dan kini terus menjauhkan diri dari komuniti forum, gara-gara yang menegur tadi tidak hikmah, walaupun apa yang nak ditegurnya betul. Yang merajuk tu pula, ada pengetahuan yang orang lain tak tahu, kan dah rugi.. So, make sure, tegur dengan baik.
Itulah, beberapa ragam manusia di ruangan forum.. Anda akan lebih pening jika anda sendiri adalah tuan punya forum.. ;)
InsyaAllah, saya akan menyentuh lagi mengenai forum ini di lain masa yang ada. Ingat, FORUM BUKAN TEMPAT MENGIKLAN!! Ia tempat berbincang dan berkongsi ilmu!! Jaga adab anda..
Wassalam.
P/S: Ingin mengiklan? Rujuk di sini: http://smartusaha.com/iklan
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:


















bak kata lain,
“Masuk kandang kambing mengembeeek, masuk kandang rimau mengauuuumm” (Siap dgn effect bunyi lagi ni..)
Beradablah bila berforum..
PS: Satu lagi khidmat pesanan masyarakat siber oleh zul.. :)
I was like that last time. Darah muda . Sorry…………. :)
Nasib baik aku jumpa forum wangcyber.com, dapat timba ilmu baru kat ctu byk2 … :D
Zul, letakkan posting ni kat wangcyber supaya mereka tahu. Ahli dah semakin ramai… ramai juga ahli baru…
tu la tu,kadang-kadang diorang ni x faha.forum wangcyber ni tempat meminta ilmu dan rujukan,kalau nak sangat pun.dah ada dah pun tempat nak iklan dalam forum wangcyber.ni letak jugak dalam thread.aparaa.nak berniaga,tapi modal xnak kuar untuk advertising.
selalu-selalu la datang kat http://www.alphagiga.com/blog
sorry bos,tertekan dua kali..jangan marah.nanti aku merajuk..selamat hari raya.balik kelantan bile?
Dorang ni fikir nak untung cepat kot. Ke dah terdidik dengan SPAM yang diajar oleh sorang “internet marketer” satu masa dulu :D
Kalau diaorg nak spam kat wangcyber memang salah tempat la.. hehe
Zul letak la benda ni kat forum bagi sapa baru masuk baca.. Tetapi kebanyakan sapa yg daftar malas nak baca lagi2 yg semata2 nak spam.
Hello. Good day
Who listens to what music?
I Love songs Justin Timberlake and Paris Hilton
haaa… baru dapat ruang forum nih. baru jumpa laaa… nama lagi forum. kalo dah buka thread untuk tip perniagaan motosikal takkan nak buat iklan MLM kat situ pulak… tak pasal2 kena marah oleh forumers..
kalo nak buat iklan kena cari tempatnya yang memang kena dengan tempatnya. maka kalo dah kena tempatnya ikut suka hati laa dengan berhat-hati kalo nak kempen dalam forum..
Semua tempat ada peraturannya
so, amalkan etika yang baik
Dulu forum tempat berbincang mengenai hal2 berkaitan memulakan perniagaan internet dan cara-cara buat duit. Tapi kali ini, bila munculnya newbie yang tiada asas, masuk forum hanya semata-mata nak beriklan dan bukan berbincang dan berkongsi idea..
FORUM = tempat berkumpul dan berbincang
IKLAN = iklanlah..
p/s : Siapa yang tak tahu nak bezakan forum dengan iklan angkat tangan.. heheheh…