Penemuan Terbaru!

Semalam, semasa saya dalam melakukan satu usaha promosi perniagaan di Internet, saya telah menemui satu penemuan yang tak terduga!

Lihat imej ini (klik untuk besarkan) :

perniagaan internet

Page item yang saya submit ke satu site ini telah di-index oleh Google dalam masa satu jam sahaja! Biasanya, hasil untuk perkara ini mengambil masa beberapa jam atau satu malam. Tetapi tidak untuk kali ini.

Keyword untuk web tersebut amat besar persaingannya iaitu ada 1 juta lebih laman web lain. Tapi lihat imej tersebut, ‘page’ yang saya submit ke laman web itu berada di page ketiga senarai hasil carian Google (SERPs).

Apakah laman web tersebut?

Maafkan saya kerana tidak dapat dedahkan di sini. Sebab? Bukan sebab saya kedekut, tetapi ‘rahsia’ sebegini tidak sesuai didedahkan kepada umum. Kerana, saya amat bencikan mereka yang mengamalkan kaedah spam. Tengok sahajalah apa yang telah terjadi kepada Squidoo contohnya. Tidak pasal-pasal ‘dihukum’ oleh Google gara-gara ‘kejahatan’ si spammer. Saya amat anti dalam hal ini.

Saya menyatakan penemuan ini dengan satu tujuan sahaja:

>> Di dalam menerima tip dan teori orang lain, kita juga perlu mencari formula tersendiri. Mungkin dengan penemuan itu ia menjadi satu senjata ampuh untuk perniagaan kita.

Usaha Saya Yang Lain:

1. Sekarang sedang nak compete untuk satu keyword yang tinggi juga persaingannya. InsyaAllah dapat top ten. 🙂

2. Saya telah menemui beberapa laman web yang ‘high ranking’ di Google dan boleh dijadikan sebagai laman proksi. Dan laman web-laman web itu adalah untuk market Malaysia.

Pelajaran:

1. Cari ‘senjata’ anda sendiri dan guna senyap-senyap. Tidak timbul soal kedekut di sini kerana kita melakukan perniagaan. Anda WAJIB ada senjata ampuh sendiri. Anda faham apa yang saya mahu maksudkan.

2. Laman web proksi seperti Squidoo, MyBlogLog, EzineArticles, MySpace, YouTube dan sebagainya memang terbukti berkesan. Namun, ia sudah mula ‘crowd’. Maka sebab itu anda perlu mencari sendiri laman web proksi dan rahsiakan.

Jangan sesekali dedahkan kepada umum sehingga anda mendapat hasil yang lumayan dari segala teknik yang anda gunakan. Jika anda dedahkan, tengoklah akan berlaku persaingan yang sengit termasuk dari si spammer (I hate them).

Sekali lagi, di sini tidak timbul soal kedekut. Tetapi ia mengenai perniagaan. Jika anda mahu tahu, semua perniagaan ada ‘trade secret’ masing-masing yang tidak sama-sekali akan didedahkan kepada umum, kerana itulah hidup dan mati mereka. Anda mesti tahu hakikat ini.

Jumpa lagi.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

17 thoughts on “Penemuan Terbaru!

  1. saya ni org baru…
    cuma baca jer la… tak paham apa pun..he..he..he…
    tapi sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk mula belajar..
    terima kasih..

    get ready untuk bewrbuka puasa..
    ” Selamat Berbuka Puasa “…

  2. Raymond. Yup. Itu yg saya tak sangka tu. Page ke-3 dalam masa satu jam. Hebat betul web tersebut. Kalau nak tahu, tak ramai yg tahu pasal site tersebut. 😉

    Rahsia Rahsia… 😀

    Hal2 begini kalau dikongsi dengan spammer memang habislah diaorang ‘belasah’. Tu yg malas nak kongsi.

    Goku, saya jarang tulis benda yg advance. 90% artikel tulisan saya biasanya perkara asas sahaja. Teruskan belajar.

  3. saya pun dalam proses pembelajaran lagi ni zul… ade byk lagi yang saya tak faham.. byk lagi yang perlu saya belajar dan terokai dalam dunia internet ni..

  4. slmt mlm zul,
    memang hebat web tu. satu jam dah index oleh google.

    mcm mana zul buat tu?
    kalau tak kisah, kongsi lah disini caranya. dan bukan kongsi laman web tu… hehe… 😀

    han

  5. Wah.. Byk projek zul ni.. 🙂

    Memang dasyat.. 1 jam je tu.. Saya paling cepat pun 5 jam..
    tu pun kat page 5 google..

    PS: NextInternetMillionaire episod 4 dah keluar.. 🙂

  6. Saya sudah guna satu proksi web yang boleh list dalam google dalam satu jam ni..ianya adalah satu dari subsidiari google juga. Memang cepat.

  7. Betul tu zul,,
    Kita dapat kita buat dulu… rasa-rasa dah nak hebuhkan nanti
    beritahu saya ya.. baru nak belajar jinak-jinak dgn internet..

  8. wah… begitu sekali penangan spammers nih. blogrush pun kena attack jugak. dan kesannya kpd mereka yang white list laa jadi mangsa.

    apohalpun tahniah laa buat zul lantaran dapat indeks ke google dengan teknik satu jam indeks. camana nak buat yer sampai jadi begitu sekali?? top rank ke angka juta…?

    sekian terima kasih.. 😀

  9. Hehehe..bolehla tangkap sikit-sikit apa yang diceritakan. Mungkin lepas ni Zul keluarkan pulak ebook mengenai teknik ni 🙂 Masih jauh lagi rupanya perjalananku ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *