Teknik Pemasaran Internet Berkesan
* Automatic Post. Mungkin saya sedang bersarapan tengah hari semasa tulisan ini terpapar di blog ini.
Opps, makan tengahari, bukan bersarapan.. hehe..
Saya amat jarang menyentuh mengenai teknik pemasaran internet di blog ini. Seperti yang pernah saya katakan, saya mahu menyentuh mengenai selok-belok perkara asas dahulu terutama dari aspek perniagaan. Namun, insyaAllah sedikit demi sedikit kita sama-sama berkongsi kaedah pemasaran internet yang berkesan dan diguna-pakai oleh kebanyakan usahawan internet di dunia ini.
Namun, jika di bengkel yang saya handle, saya akan ketengahkan beberapa teknik pemasaran internet kepada para peserta.
Berikut adalah beberapa teknik yang kebanyakan digunakan untuk pemasaran laman web jualan produk.
1. SEO
2. JV
3. Forum
4. Blog
5. Pemasaran Viral
6. PPC
7. Link Building
8. Iklan Berkesan
9. Email Marketing / List Building
10. Offline Marketing
11. Affiliate Program
12. lain-lain…
Sudah pasti, laman web jualan anda mestilah killer, bak kata shuth, sales copy yang membunuh.
Ya, anda mesti tahu menulis ayat yang betul di laman web jualan anda kerana anda mesti tahu, tidak guna melakukan promosi/pemasaran jika laman web tidak POWER dan memiliki ciri-ciri yang baik.
Anda juga perlu faham bahawa, tujuan promosi atau pemasaran adalah untuk menarik seramai yang mungkin targeted traffic (pengunjung sasaran) ke laman web jualan kita. Maka, itulah tujuan promosi dan pemasaran, membina trafik yang tinggi dan tetap (sticky).
Selain daripada laman web dan promosi yang berkesan, SUDAH SEMESTINYA anda mesti memiliki produk atau perkhidmatan yang niche! Oh, niche lagi. Asyik-asyik niche, nak naik muntah asyik dengar benda ni. Ketahuilah, jika anda tidak mahu mengambil serius mengenai niche, maka inilah rahsia buang duit di internet, bak kata saifulsham.
Maka, formula untuk berjaya adalah:
Laman Web yang Killer + Promosi/Pemasaran yang Berkesan + Niche = $$$$$$
Tak gitu? Setuju?
Kita akan pelajari satu persatu perkara-perkara di atas. InsyaAllah.
Jumpa lagi…
Wassalam.
PS. Sudahkah anda mendapatkan ebook percuma saya mengenai panduan paypal? Dapatkan sekarang di http://www.smartusaha.com/news









Benar, promosi amat2lah penting. Hmm, pada saya, ia lebih lama dan lebih rumit dari membina website. Takpe, taklah terlalu rumit sampai tak boleh buat apa. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
berusahalah secara berterusan untuk membuat promosi secara konsisten dan maju jaya… kalo takder promosi macam mana nak membuat jualan?
semoga ceria selalu. rehatkan minda dan cari idea yang bergeliga dan berkualiti. ada masa bagi komen la sapo2 yang berminat nak komen blog saya yang terkini nih…
http://www.abdfatah.wordpress.com
banyak menda lagi nak kena setting pasal blog nih..
ada sapo2 yang boleh nolong untuk teknikal blog wordpress. ada ebook baso melayu blog ker? kat mana nak rujuk haaaaaaaaaaaaa?
help me! help me! wuhahahhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
tolong nolong den laaa….
Adakah itu mengikut rangking atau sajer jer susun begitu?? Wahh blog duduk nombor 4
pelbagai teknik digunakan dan setiap teknik itu mempunyai senia yg tersendiri
Niche ni apa?
niche lagi
susah gak nak cari niche yang bagus. niche tu macam satu satu topik yang lebih spesifik le kan
niche oh niche…. kalo ada mahir karate… anda boleh laa try buat blog atau website yang berkaitan dengan seni karate yang lebih berkesan dan kemudian jalankan tugasan anda untuk membuat promosi yang berterusan sepanjang hayat anda…
promosi, promosi,promosi…kalau xde promosi xboleh ek
promosi memang penting untuk membuat apa-apa sales yang menarik perhatian ramai…
orng kata jgn putus asa dgn membuat promosi ni.. setakatni saya sudah buat promosi di semua iklan percuma.. skrng dah tak tau lagi nak buat pormosi kat mana lagi. Segera la Smatrusaha tunjukkan cara2 promosi yang berkesan..
Iklan percuma kurang berkesan sebenarnya. Dan ia juga ambil masa. Cuba buat iklan berbayar. Namun ada lagi faktor lain seperti produk yang dijual dan tawaran yang dilakukan menarik atau tidak.