‘Curi Cara Mereka…’

Sebenarnya, ada satu cara bagaimana anda boleh melakukan sesuatu dengan mudah untuk perniagaan dan pemasaran Internet anda. Begitu juga di dalam dunia ‘blogging’.

Jika anda mahu memiliki blog yang ‘bagus’, ada cara mudahnya.

Jika anda mahu memiliki laman web jualan yang ‘conversion rate’nya tinggi, maka ada cara mudahnya.

Jika anda mahu tahu ayat-ayat iklan bagaimana yang berkesan, ada cara mudahnya.

Jika anda mahu belajar sesuatu dengan cepat dan mudah, maka ada caranya.

Mudah di sini bukanlah bermaksud 100% mudah, tetapi salah satu cara jalan pintas (short cut) yang dapat menjimatkan kos dan masa anda.

Apakah cara tersebut?

Caranya ialah dengan ‘mengintip dan mencuri‘. Mencuri di sini bukan mencuri apa yang kita faham, tetapi apa yang dimaksudkan ialah ‘meniru’ dan jika mahu kita boleh lakukan sedikit inovasi.

Jika anda mahu tahu apakah yang perlu diletak pada blog, maka lawatilah blog-blog mereka yang pakar di dalam bidang ‘blogging’. Lihat, apakah yang mereka letak di blog mereka dan lakukan perkara yang sama pada blog anda.

Jika anda mahu laman web jualan anda memiliki ‘conversion rate’ yang baik, maka caranya ialah dengan mengkaji laman web jualan sifu-sifu Internet Marketing. Lihat ayat-ayat yang digunakan oleh mereka, trik dan teknik yang digunakan. Dari mula laman web sehinggalah ke akhir laman web, bagaimana mereka menyusun ‘sales letter’ mereka.

Lihat juga, apakah strategi yang mereka gunakan. Di ‘front page’ laman web jualan, apa yang mereka letak, dan cuba daftar newsletter yang mereka tawarkan untuk melihat strategi ‘back end’ mereka. Dari situ juga anda akan tahu sistem apa yang mereka gunakan.

Begitu juga dengan strategi pengiklanan. Lihat iklan-iklan yang dilakukan oleh pakar perniagaan Internet. Ayat bagaimana yang mereka gunakan? Jika iklan itu digunakan dalam masa yang lama, biasanya iklan itu amat berkesan bagi mereka. Dan anda apa lagi, cubalah kaji iklan mereka itu.

Ini kerana, jika seorang pakar melakukan sebarang pengiklanan, mereka tahu iklan mana yang lebih berkesan dan sama sekali tidak akan menggunakan iklan yang rendah conversion rate-nya. Ini kerana, ia melibatkan kos.

Kaedah meniru ini sudah lama diaplikasikan terutama di dalam dunia perniagaan biasa. Kedai A melihat strategi kedai B. Kemudian mereka cuba atasi kedai B dengan cara yang sama di samping melakukan cara yang kedai B tidak lakukan. Ini adalah normal di dalam perniagaan dan tidaklah salah.

Intip, ‘curi’ strategi pesaing dan manfaatkan untuk perniagaan anda. Jika di dalam perniagaan Internet, kaedah ini lagi mudah untuk dilaksanakan berbanding perniagaan konvensional. Lagi-lagi dengan wujudnya pelbagai jenis perisian.

Tapi perlu kita tahu, persaingan adalah normal dan rahsia yang terbaik ialah kepakaran di dalam mengaburi mata pesaing. Mereka kabur, maka mereka tidak nampak apakah kekuatan kita yang sebenar. Persoalannya, adakah kepakaran ini dimiliki oleh anda?

Saya rasa, teknik yang saya dedahkan pada hari ini amat takut untuk usahawan Internet lain kongsikan. Nanti tidak pasal-pasal mereka ditiru. πŸ˜‰

Dan saya ada satu lagi teknik yang amat berbisa dan saya tertanya-tanya, perlukah saya kongsi dengan pembaca di sini secara umum? Ini kerana, teknik ini pasti akan menggugat para pesaing anda yang mempunyai produk lebih kurang sama.

Andai saya kongsikan teknik tersebut, saya takut saya sendiri yang akan terkena bisanya. Orang kata, nak ajar orang menjerat, tapi diri sendiri yang akan terjerat. Biarlah saya simpan dahulu teknik tersebut.

Prinsip yang saya pegang selama ini ialah, tidak semua ilmu boleh dikongsi dengan semua orang secara umum untuk mengelak penyalahgunaan. Konsep ini sama dengan dunia beladiri seperti silat.

Semoga tip kali ini memudahkan anda melakukan perniagaan Internet dengan kadar kos masa dan wang yang rendah. Walaupun teknik ‘meniru’ dan mengintip ini nampak mudah dan biasa, namun ia tidak berguna pun untuk anda jika anda tidak mempraktikkannya.

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

35 thoughts on “‘Curi Cara Mereka…’

  1. Wah, Zul telah mendedahkan “rahsia”nya. Hehe..nice tips for today..

    emm, saya pun tengah belajar untuk “meniru-niru” cara2 usahawan internet yang berjaya. Bak kata pepatah, don’t reinvent the wheel. just DUPLICATE it. πŸ˜€

    p.s: Yang penting “meniru” dengan bijak lah jugak hehe.. :mrgreen:

  2. Jangan meniru bulat – bulat, tetapi cuba pertingkatkan lagi atau persembahkan dengan lebih creative serta unik…

    Meniru sememangnya perkara HARUS dilakukan. Bukanlah meniru secara membuta tuli, tetapi kita ikut / tiru style atau teknik yang digunakan.

    p.s – kang tak pasal – pasal ada yang copy paste je.. πŸ˜†

  3. Ya. copy cara sudah cukup, Jangan nak copy content pula. Nanti kena saman baru tahu. πŸ˜›

    Bukan semua orang dapat meniru kerana banyak perkara yang dilakukan di sebalik tabir tidak dapat dilihat oleh orang lain.

    Misalnya orang yang hendak meniru blog saya tidak semestinya dapat keputusan yang sama kerana mereka mungkin tidak tahu teknik marketing yang saya gunakan di sebalik tabir. πŸ™‚

    1. yeaa betul … dah tentunya mereka boleh meniru dengan sakannya. namun yang asal takkan sama dengan apa yang telah ditiru. tiru satu hal… menipu pulak…

      teknik marketing dah tentunya berbeza-beza antara satu sama lain…

      1. nak tiru semua yang asal pun tak pe abdfatah…
        mereka takkan boleh lawan yang asal punya…
        mcm mana pun tetap yang asal akan berjaya…
        dan tiru ni tak berkat…

        han

  4. 😐 kalo saya guna perisian web copier untuk salin semua isi web dan ubah suai mengikut gabung beberapa web sifoo lain, dan ubah sikit isinya . πŸ˜‰ Camna ye πŸ‘Ώ

    Ini kira jahat ke ❓

    1. kalo nak gunakannya sebagai pelajaran dalam usaha buat website sendiri still okeh lagi, namun isi kandungannya perlulah unik. sebbnya anda boleh copy satu2 website sebagai panduan untuk membina website anda sendiri nanti. takkanlah taknak punya website sendiri dengan content yang tersendiri lagi unik? sampai bila nak menumpang wajah website orang lain? tak gitu???

  5. slmt malam zul,
    copy memang senang… tapi kalau nak copy tu jgn lah tiru bulat-bulat mcm amirul cakapkan tu…
    nak tiru pun kena lah pandai… jangan sampai kena saman kan…
    btl raymond? hehe… πŸ˜€

    kita kenalah fikir juga nak tiru pun…jangan sia-siakan akar yang diberi tu… πŸ˜‰

    han

  6. cam sy sekarang ni pun byk tiru gak.. tp bukan 100% tiru.. cuma sy amik isi pastu sy olah balik.. maklum la.. budak baru.. byk lg yang nak kena belaja.

  7. :mrgreen: Ya, saya panggil teknik ini sebagai meniru cara bijak.. Maksudnya tiru yang bagus aje, yang tak bagus pula, gunakan idea sendiri untuk perbaikinya.. Hasilnya kita akan dapat sesuatu yang lebih bagus.. Sebijik macam cara orang Jepun.. After all, perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh semua manusia adalah meniru.. πŸ™„

  8. cara ni macam company2 yg bertahan ari gunakan zul…contohnye macm xerox…company ini invent mesin pengimbas but company lain take the template and renovate to make it as a new brand with new specifications…

  9. Hoho, jangan salah sangka lak. Tiru bukan maksudnya copy & paste. Huhu…

    Maksud saya di sini ialah, kita lihat strategi pesaing dan kalau ia bermanfaat utk kita, gunakan ajer. Lebih bagus kalau kita tambah baikkan lagi. Tiru di sini juga maksudnya BELAJAR dari pesaing. Lihat ‘gerak langkah’ mereka.

    Mana perkara baik, kita belajar dan mana yg lemah pada mereka, pastikan kita memenuhinya agar kita dapat menyaingi mereka.

    Oh ya, tiru di sini bukan copy artikel yer. πŸ˜€ Yg tu jelas salah.

    Pyan, kalau guna software tu, bagi pendapat peribadi saya lah, ia salah. Sebab salah satu aspek dalam copyright ni tidak boleh ubah sesebuah kandungan tanpa kebenaran.

    Kalau nak juga, guna ajer PLR articles.

    1. sebagaimana cara memasak. nak jadikannya masakannya sedap sehingga menyelerakan untuk makan, maka kena tiru cara dan gerak gaya chef tersebut mendemostrasikan cara masakannya… tiru dari awal hingga akhir dari cara beliau bercakap dan mengolah masakan tersebut…

      hasilnya memang sebijik, namun ia tetap berbeza dan unik lantaran ia adalah masakan olahan dari diri anda sendiri hasil dari peniruan yang bijak itu…

      1. wah dalam maksud nya tu abdfatah…
        setahu saya, kalau memasak ni, memang tak boleh dapat hasil yang sama…
        walaupun gaya dan resepinya sama…
        setiap chef ada keistimewaan mereka sendiri…

        so kita pun sama…
        kita takkan berjaya benda yang sama dengan orang yang berjaya tu…

        han

  10. betul tu saudara zul. kaedah “intip” adalah strategi utama yang dilaksanakan oleh syarikat besar dalam mengekalkan momentum perkembangan perniagaan mereka. contohnya seperti giant dan tesco. mereka selalu gunakan teknik ini sekiranya kedua-dua syarikat ini berada pada tempat yang sama. mereka akan hantar beberapa orang untuk melihat harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. so, itu sebab masing-masing akan melaung slogan “harga rendah” coz mereka telah laksanakan teknik ini.

  11. Ya. ingat betul² maksud sebenar artical ini
    jangan copy & sahaja :mrgreen:

    itu sikap malas namanya :mrgreen:

    ingat belajar, belajar dan terus belajar πŸ˜‰

  12. mari kita manfaatkan sepenuhnya cara mereka untuk membina kejayaan dalam apa jua jenis perniagaa. namun hakikatnya tiru bulat memang tak best. kkena kombinasikan antara idea kita dengan cara mereka yang telah berjaya itu…

    dan kita memang takleh nak jadi seperti mereka. maka jadilah diri kita sendiri. berusaha mengikut kemampuan… kalo mereka dah jadi jutawan, takkan nak ikut jai jutawan segera pulak…

    sekian terima kasih… πŸ˜€

  13. Masa dulu cikgu pernah bagitau,’Saya tak kisah awak nak meniru bila siapkan latihan. Tapi bila saya tanya, saya nak awak boleh terangkan balik kepada saya apa yang awak telah buat tu’. Maksudnya TIRU dan FAHAMKAN πŸ™‚

    1. selalunya memang macam tu laa. nak meniru boleh sampai semuanya sama. namun kalo dah tiru bulat2 sampai tak faham apa yang ditiru tersebut. apalah gunanya meniru kalo tak faham apa-apa…

  14. amer,
    ada sesuatu yang boleh kita tiru…
    dan ada sesuatu yang tak boleh kita…
    kalau mcm cikgu tu kata tu btl…
    tapi kalau nak tiru dlm exam mana boleh…haha…
    kalau nak buat ebiz pun tak boleh tiru bulat2…
    nanti susah nak bersaing…

    han

  15. oooooo…. mau meniru ke? meniru dalam pekse bleh kena gantung mandatori oleh persatuan guru semalaysia.

    tiru dengan cara yang membolehkan kita membina cara kita sendiri. begitu juga menulis, kalo meniru tulisan orang lain bulat2 memang takleh laa, namun jika nak meniru untuk memperbaiki skill penulisan kita, itu dikira sebagai sesi pembelajaran asas… selepas itu kita akan ketemu rentak kita yang tersendiri dalam penulisan kita…

    nak tiru meniaga ke atau nak tiru menulis nih???

    sekian terima kasih… :mrgreen:

  16. HAI HAN,
    Bukan berpatah, cuma berpantun sikit-sikit.. ubah suai ikut cita rasa masing2 bukan tiru bulat2.. Orang buat basikal, kita tambahkan kuasa
    bateri dan motor pada basikal.. jadi advance sikit.
    Boleh gunakan kayuh & tanpa kayuh(bateri). Itu lah inovasi namanya.
    ok han.

    Sekian

        1. boleh lah kita sama berguru…
          nanti kita buat perjumpa berpantun…hehe…
          mesti power tu…
          lepas tu kuarkan buku belajar berpantun pula… :mrgreen:

          han

  17. mengikut rentak dan juga mengikut acuan yang sesuai dengan diri kita sendiri. dengan itu kita akan berjaya sedikit sebanyak walaupun tak sama dengan apa yang kita inginkan… kalo tak tiru cara orang yang berjaya, bagaimanakah kita hendak berjaya dan mencipta kejayaan kita yang tersendiri… sejarah kejayaan kita sendiri… sebagaimana mereka yang berjaya mencipta sejarah kegemilangan perniagaan mereka…

    maka tirulah cara orang yang telah berjaya… ikut langkah mereka dan anda tidak akan sia-sia…

    1. ikut yang betul saja lah…
      jangan pulak ikut yang salah…
      dan jangan tiru produk orang sudah lah…
      tiru cara cukup lah…

      han

      1. kalo dah tiru sebijik2 alhasilnya nanti akan ketemu buku dan ruas laa… kalo tak kena saman dah tentu kena ulang alik ke mahkamah. buang karan aje kalo kena saman nih. nak kena bayar saman satu hal… rugi masa satu hal… memang rugi sakan laaa kalo dah kena saman…

        1. hehe…
          sampai kena saman ke abdfatah… :mrgreen:
          rasanya pemilik hak cipta tu memang patut saman orang yang meniru ni…

          han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *