6 Langkah untuk dilihat Sebagai “Pakar Bidang” Melalui FB Profile – Tip untuk usahawan

6 langkah untuk dilihat sebagai “pakar bidang” melalui FB Profile – Tip untuk usahawan

1. Fokus pada satu bidang sahaja atau satu perkara dalam satu-satu tempoh masa.

2. 80% daripada “post” yang ditulis adalah berkaitan bidang itu.

3. Tulis sekurang-kurangnya 4 kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari, petang dan malam.*

4. 80% daripada mereka yang kita “add” dan “approve” adalah mereka yang berpotensi menjadi pelanggan kita.

5. Jangan berbalah dan berdebat di FB, termasuklah di ruangan komen kita sendiri. ^

6. Ulang langkah 1 – 5 pada setiap hari, sekurang-kurangnya pada 5 hari bekerja secara berterusan sampailah anda rasakan sudah tibanya anda berhenti ataupun mengurangkan kadar kekerapan.

*Mengapa sekurang-kurangnya 4 kali sehari? Kemelut dalam FB Marketing pada masa kini adalah kadar “reach” (capaian terhadap semua orang). Tidak semua orang akan melihat post yang kita lakukan dalam satu-satu masa.

Kedua, kita mahu “notify” FB bahawa kita adalah pengguna yang aktif. Mungkin dengan cara itu FB akan utamakan kita untuk lebih dilihat di FB.

Tujuan lain menulis dengan kerap adalah satu usaha pembinaan jenama. Semakin kerap kita dilihat menulis mengenai satu fokus sahaja, semakin kita dilihat sebagai seorang “pakar” dan mempunyai kesungguhan dalam bidang itu. Orang ramai tidak suka berurusan dengan mereka yang suam-suam kuku. Sekejap topik A, sekejap topik B dan sekejap topik lain seolah-olah tiada pegangan, malah pengikut juga tidak akan jelas apa bisnes kita sebenarnya. Malah lebih teruk, mereka tidak pun melihat kita sebagai seorang usahawan!

Kekerapan menulis di FB akan membantu meningkatkan kadar jualan produk kita. Apabila kita mengulang-ngulang perkara yang fokus, dan mengulang-ngulang mengenai perniagaan kita, mereka yang belum menjadi pelanggan akan menjadi pelanggan.

Ada teori mengatakan, jika terlalu kerap menulis post di FB, orang akan bosan. Ada betulnya juga, tetapi bagi saya, kalau mereka tidak berminat, abaikan saja. Biar tinggal mereka yang betul-betul tegar menyukai kita sahaja, iatu mereka yang betul-betul berpotensi menjadi pelanggan kita.

FB personal / profile juga adalah satu “alat” yang berkuasa juga untuk pemasaran. Jangan sia-siakan ribuan “friends” yang dimiliki. Lebihkan kaedah “soft selling” jika pemasaran dilakukan melalui FB Profile. Jualan pula seeloknya menggunakan laman web (ini kita kupas di lain masa).

^ Berkaitan perkara kelima di atas iaitu berbalah dan berdebat, ia adalah satu pembaziran tenaga yang sia-sia. Percayalah, tiada sesiapa yang akan menang ataupun ia akan selesai dengan baik, sebaliknya hanya kepuasan sahaja yang akan diperolehi, tetapi untuk apa jika sekadar kepuasan sahaja. Biarkan orang lain sahaja yang berbalah. Kita fokus pada bisnes dan urus pelanggan kita, dan juga berkawan dengan usahawan-usahawan lain.

Untuk mengubah orang lain, tidak semestinya kita menyatakan terus apa yang betul dan salah, tetapi boleh juga dengan menunjukkan teladan dan cara yang betul tanpa marah-marah dan keras-keras. Hidayah itu milik Allah datang dengan pelbagai cara. Abaikan juga mereka yang tidak suka. Mereka bukan orang yang terpilih untuk menyukai kita. Jika perlu “unfriend”, lakukan saja.

Tip ini bukan untuk pakar-pakar perniagaan, IT dan pemasaran semata-mata, malah untuk sesiapa sahaja termasuklah untuk penjual/usahawan penyelesaian kuruskan badan, penjual tudung dan pakaian, peniaga kek, gajet dan apa sahaja jenis perniagaan. Tip dalam post ini adalah amat berguna untuk penceramah, motivator, penulis, coach dan juga trainer.

Kata kunci untuk tulisan yang panjang ini adalah….. Fokus. Jangan mudah hilang fokus.

+ MohdZulfadli-IM +

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “6 Langkah untuk dilihat Sebagai “Pakar Bidang” Melalui FB Profile – Tip untuk usahawan

    1. Terima kasih tuan. Saya memang ada memberikan ceramah atas jemputan buat masa ini dan merupakan seorang trainer. Saya pernah bertraining (sebagai peserta) di bilik seminar Ara Partner Taman Melawati. Tempat yang kondusif. πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *