Teknik Mudah Tarik Trafik Ke Blog
*Artikel ini saya ada juga masukkan di forum Wangcyber.com.
Bagi anda seorang usahawan internet, blog adalah salah satu nadi promosi dan pemasaran perniagaan anda. Begitu juga dengan saya yang mana saya telah mula berblog secara serius sejak tahun 2005 lagi.
Bagi sesiapa yang tiada blog, mungkin anda perlu berfikir sekali lagi akan keperluannya. Namun jika ia tidak sesuai untuk anda, maka jangan lakukannya. Ini adalah pesan pakar blog. If you can’t, don’t do it. Sebab once anda berblog, anda perlu berblog untuk jangka masa yg panjang at least setahun dua.
Ok, itu hanya mukadimah.
Di sini, saya hanya ingin kongsikan satu tip sahaja mengenai cara mendapatkan trafik dengan cara yang mudah ke blog anda.
Caranya ialah dengan menggunakan email marketing. Selain menggunakan RSS, SEO dan sebagainya, email marketing adalah salah satu teknik yang berguna juga. Logiknya mudah iaitu:
“Tak semua pembaca blog akan selalu ke blog anda. Jadi, anda perlu remind mereka dengan contact melalui emel”.
Ada pembaca tetap walaupun mereka selalu ke blog anda, namun kadang-kadang disebabkan sibuk, mereka tidak sempat masuk ke blog anda tersebut. Jadi, jika ada sesuatu yang menarik di blog anda, hubungi mereka melalui emel.
Cara untuk hubungi mereka melalui emel ada dua cara:
1. Terangkan secara ringkas mengenai artikel yang menarik itu di dalam emel anda.
2. Senaraikan artikel-artikel yang menarik di blog itu ke dalam emel anda. Contohnya, “3 artikel menarik di blog SmartUsaha.com” atau, “[[firstname]], 4 Artikel Berguna Untuk Perniagaan Anda!”.
Ingat kembali logik yang saya nyatakan di atas, tak semua pembaca blog kita akan selalu ke blog kita. Jadi kemungkinan (bahkan pasti) mereka tidak sempat membaca artikel yang lepas tersebut. Jadi dengan compile beberapa artikel dan senaraikan di emel, mereka boleh membaca artikel tersebut satu-persatu.
Tak Ada List..
Jika tak ada mailing list, maka binalah. Sekarang ni, jangan tunggu untuk menggunakan servis berbayar seperti Aweber dan Getresponse jika memang anda tak mampu. Gunalah skrip free yang begitu banyak di Internet. Saya dulu pun mula-mula guna yang free juga. Jadi tak ada alasan di sini untuk mengaplikasikan teknik email marketing ini.
Saya rasa, itu sahaja tip yang sempat saya kongsikan pada kali ini.
Semoga bermanfaat.









tajuk email anda tu mesti lah power…. baru orang tertarik nak baca…
memang bagus mempunyai blog…tapi pastikan update content selalu..jika tidak pembaca akan lari…sebab blog tak update. pasal tu saya masih lagi belum mempunyai blog
…ho..ho..
RSS adalah cara yang senang…
bila update je blog, dia automatik send email kat org yang daftar…
betul tuh..bila saya dapat emel dari pemilik blog yang merek ada content baru, saya terus pi blog mereka. so, saya yakin teknik ini sangat bagus untuk kekalkan mereka sebagai pembaca setia belog kita
bina list, ia bagus untuk jangka masa yang panjang.. start small..kalo ada 10 orang subcribe sehari cukup la…
Betul. Ada orang subsribe. Dah nampak tanda kemenangan tu. Bagi aku, dah cukup hebat jika kita dapat tarik orang subsribe blog kita.
Betul. Content dan cara olahan itu penting di blog masing-masing.
tapi nak dapatkan 10 orang subcribers tak mudah..
Saya bukanlah orang yang pesimis, mungkin saya bercakap berdasarkan pengalaman saya membina list…
Yang susah ni untuk market malaysia…
yup..amat berbaloi guna script free dulu utk permulaan bina mailing list.. bila dh stabil income..boleh start tukar kepada service berbyr pula..
Saya pun masa mula2 dulu guna open source autorenponder je…
Sekarang je la boleh “bernafas ” sket dapat sewa aweber..
Sistem Aweber memang bagus dan ia banyak memudahkan kerja saya.
bina list memang penting dalam perniagaan online.
Rasanya saya baru sahaja baca tentang teknik emel marketing ini daripada newsletter Perry Marshall (sehari dua yang lalu).
Teknik ini amar hebat dan keberkesanannya memang tidak dapat disangkal.
Saya juga menggunakan teknik ini dalam usaha marketing saya. (walaupun kadang-kadang, ada yang unsubscribe kerana terima terlalu emel. Tapi aku tak kisah langsung.)
saya setuju sangat..Emel marketing memang power.. Buktinya…hohoho..bila saya emelkan pada subscriber saya, baru ada yang nak beli ebook saya..bila tak emel, sale jatuh..bila emel, sales akan naik…hehehe
jadi, bina mailing list sendiri adalah cara yang amat berkesan untuk menjana wang diinternet..Bagi yang belum mencuba, apa salahnya mencuba sekarang.Takde produk? affiliate pun takpe…
yang penting :
1) ada domain dan hosting
2) bina squeeze page
3) ada sesuatu yang berguna nak ditawarkan kepada pengunjung jika mereka subscribe
4) guna aweber atau getresponse ( RM50 lebih je sebulan )..memang berkos tapi pasti balik modal
5) siri newsletter..lebih baik follow up msj dah set up untuk 7 kali ( selang sehari untuk taknak bagi subscriber meluat )..hehehe
itu dari pengalaman baru saya…minta tunjuk ajar lagi…
Hehe. Pengalaman itu berharga naem.
Salam, kalau mcm saya takde product sgt nak jual, rasa ok ke pakai email marketing ni ? Boleh tak kita set supaya email tu seminggu sekali ke, sebab saya update blog beberapa kali dlm seminggu. Kang takut pulak clutter inbox orang, dan taknak juga orang meluat kat kita.. nanti spam pulak.
Mungkin Min boleh mulakan dengan mejual produk orang lain dahulu. Jadilah affiliate.
Saya pun begitu.
Min,email marketing maknanya ada kumpul list prospek anda terlebih dahulu.Ini juga bermakna anda mendapatkan email secara cara yang sah tidak melanggar undang2 spam tu..Kalau rasa tak cukup modal boleh guna je script autoresponder yang free yang banyak kat internet ini cuma kena pandai pilih je la yea..Tak tahu cara nak pasang??Upah je freelancer ka orang lain ke..Ini amat memudahkan kerja anda.
Kalau zulsmartusaha rasanya dah beribu list dia kan
…Bina list building terelbih dahulu dengan yang free script …Then kalau dah stabil sedikit leh la guna yang berbayar macam getresponse dan aweber…
Min mungkin boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di forum wangcyber.com.
Saya pula guna free script dahulu..nanti rasanya nak juga guna yang berbayar…
mailing list nanti kita gunakan untuk promosi produk2 affiliate atau produk sendiri…. artikel yang bagus….
mailing list tu buat sendiri…copy dr email kiter yer? camner nak ambik yg free generate mailing list?
Perlu dapatkan emel mereka. Caranya buat squeeze page dan letak opt-in form + guna autoresponder. Contoh squeeze page:
http://banner.malaysiasoho.com/
sape2 nak squeeze page yang abg zul ckpkan ni boleh emailkan kat saya.saya boleh bagi free je
ye..betul jgk..gune yg free je dulu..sye pun guna plugin free je utk autoresponder sye tuuu.. ltk la bonus ke, ape ke..hehe
Di mana free autoresponder yang boleh saya cari untuk install dalam blog saya?
Tiada jalan pintas untuk berjaya selain bermula dari sedikit dahulu dan usaha yg berterusan
Zul, kat mana nak dapat mailing list tu? ada cara mudah?berbayar ke..janji email address tu sah..
Kak Nurul boleh hubungi (emel) mana-mana Internet Marketer yang ada sediakan ruang iklan di akhir emel mereka setiap kali mereka hantar emel kepada subscribers mereka.
Cara lain, boleh buat sendiri. Akak boleh cari artikel yang berkaitan dengan LIST BUILDING. Atau boleh cari beberapa artikel saya yang berkaitan.
Salam bro Smartzul,
Betul tu saya walaupun tak mampu gunakan Autoresponder berbayar, yang free dulu pun jadilah.
Asalkan ada juga kan
Thanks atas perkonsian ini
MOHON JASA BAIK SEMUA IAITU MOHON BERIKAN SENARAI MANA-MANA email marketing YANG PERCUMA DI ALAM SAIBE.
SEMUA PERTOLONGAN YANG DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH
YANG BENAR
SABRI69
Salam,
Pada asasnya tidak digalakkan menggunakan yang percuma. Ya, walaupun ia percuma dan tidak perlu keluarkan modal, kita juga perlu fikirkan untuk jangka masa yang panjang. Lain jika ia mahu digunakan buat sementara dan bagi tujuan pelajaran sahaja.
Antara yang percuma:
http://www.freeautobot.com/
http://www.freefollowup.com/
Dan banyak lagi yang boleh dicari dan dicuba:
http://www.google.com.my/search?q=free+autoresponder