Ebook Teknik Mudah Affiliate (TMA) Dilancarkan

Syukur kepada Allah kerana projek yang telah tertangguh hampir setahun akhirnya telah berjaya disiapkan. Saya pernah menulis mengenai projek ini di sini.

Projek ini adalah Ebook Teknik Mudah Affiliate di mana melalui ebook ini, saya kongsikan kaedah dan strategi mudah yang digunakan untuk mendapatkan komisen bagi produk affiliate yang dipromosikan oleh saya.

Teknik Mudah Affiliate

Anda boleh layari laman web berikut untuk maklumat lanjut:

http://smartusaha.com/teknikmudah/

Apakah Sebenarnya Teknik Mudah Affiliate itu?

Pada mulanya saya ingin rahsiakan. Namun atas sebab mahu berniaga tanpa membebankan  dan menyusahkan bakal pembeli (seperti rasa tertipu), maka berikut saya berikan sedikit gambaran asas Teknik ini:

  1. Ia berkaitan dengan teknik viral menggunakan ebook. Walau semua orang tahu teknik ini, namun saya ada trik tersendiri untuk memastikan produk affiliate yang dipromosikan PERLU dibeli. Formula TMA adalah TMA = Ebook X  + Produk Y = Komisen. Di mana X dan Y perlu ________. Semuanya akan didedahkan di dalam ebook TMA.
  2. Produk sebenar yang saya promosikan akan didedahkan di dalam ebook TMA. Tiada rahsia atau sekadar teori kosong.
  3. Tidak semua produk sesuai menggunakan teknik TMA ini. Maka saya akan senaraikan contoh-contoh produk yang boleh dipromosikan.
  4. Dua kali pendapatan + Komisen berterusan. Pendapatan pertama adalah jualan ebook. Pendapatan kedua adalah komisen pembeli pertama. Pendapatan seterusnya adalah secara viral.
  5. Kit atau material untuk mula mempraktikkan teknik TMA ini akan diberikan. Saya tidak hanya memberikan teori atau formula, tetapi anda dapat memulakan terus pada hari yang sama pembelian pakej ebook TMA ini! Kit material terdiri daripada sebuah pakej ebook Unlimited MRR dan juga _________ (Akan didedahkan dalam ebook. Material kedua ini amat-amat penting, wajib dan powerful!).
  6. Material kedua tersebut juga akan diberikan kepada anda untuk kegunaan jika perlu. Pada asasnya, kami akan setkan satu link unik untuk anda menggunakan sistem kami (di domain name kami). Jangan risau kerana ia 100% memberi keuntungan kepada anda sahaja. Kami sekadar meletak sistem tersebut di hosting kami untuk memudah dan mempercepatkan pengurusan sahaja.
  7. Kami akan masukkan maklumat anda di dalam ebook tanpa langsung meletak nama atau laman web kami. Ya, ebook ini umpama 100% milik anda! Anda hanya perlu ‘setup’ laman web jualan ebook tersebut dengan sistem EMS yang kami sertakan bersama. Sistem EMS ini amat penting agar pembeli anda yang kurang mahir akan dapat memulakan proses viral ebook dengan mudah!
  8. Duplikasi. Anda boleh gunakan teknik TMA ini bukan hanya untuk produk yang saya cadangkan, malah untuk mana-mana produk berkaitan.
  9. Cadangan untuk ‘membiakkan’ atau menambah lagi jumlah komisen yang pelbagai juga turut diberikan.
  10. Dan banyak lagi tip dan strategi yang didedahkan di dalam ebook (manual) TMA.

Saya berharap bakal pembeli jelas mengenai produk yang saya hasilkan ini. Tiada rahsia yang saya mahu jual, tetapi hanya sebuah teknik yang saya gunakan (secara malas) sejak lebih setahun yang lepas. Maka sebab itulah saya katakan ia ‘Sure’ berkesan. Walaupun kenyataan itu sedikit hype, tetapi ia sure berkesan untuk saya dan saya tidak pasti ia juga berkesan untuk orang lain. Namun jika dilakukan semua langkah dengan betul dan promosi dilakukan, insyaAllah dapatlah rezeki masing-masing.

Untuk makluman, ebook TMA hanya ‘personal use’. Tetapi ebook yang akan dijadikan sebagai viral adalah Ebook Panduan Mudah FTP (disertakan hak jualan unlimited MRR). Ia hanyalah sebagai permulaan agar anda memahami konsep TMA. Seterusnya anda boleh menggunakan mana-mana ebook lain untuk mempraktikkan kaedah TMA. Caranya ada dicadangkan di dalam panduan TMA.

Jangan risau jika anda tidak memahami konsep ini setelah mendapatkan pakej ebook TMA kerana saya akan sentiasa cuba membantu anda melalui sokongan emel.

BONUS:

Bersama pembelian ebook tersebut, tiga buah bonus bernilai RM127 akan diberikan iaitu:

  1. Lesen PLR Ebook Panduan Mudah FTP bernilai RM67.00
  2. Panduan Asas HTML bernilai RM30.00
  3. Panduan Sistem Borang bernilai RM30.00

*Jika anda berminat untuk mendapatkan Lesen PLR untuk Ebook FTP sahaja tanpa mahu membeli Ebook Teknik Mudah Affiliate, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Perkara Penting:

1. Terhad Kepada 150 Orang Sahaja

Jualan pakej ebook ini dibuka untuk 150 orang sahaja.

Program affiliate juga dibuka hanya kepada pembeli dengan komisen RM30.00 untuk setiap jualan. Bagi anda yang mempunyai List atau blog atau kemampuan untuk mempromosi, dan berminat untuk mempromosikan ebook ini, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

2. Penerima Bonus

Kepada anda yang berhak mendapat ebook ini secara percuma sebagai bonus untuk pembelian mana-mana produk usahawan internet lain (sejak setahun lepas), bolehlah hubungi saya melalui emel untuk tuntutan. Saya akan berikan maklumat lanjut.

Pastikan anda menyatakan bonus untuk produk apa. Contohnya:

“Bonus untuk produk Rahsia Newbie”

3. Kod Diskaun Ebook Rahsia Trafik

Bagi anda yang membeli ebook Rahsia Trafik daripada saya dahulu, anda berhak mendapat diskaun. Gunakan kod diskaun yang ada di laman download ebook tersebut. Rujuk kembali emel link download ebook tersebut untuk ke laman download bagi mendapat kod diskaun yang dinyatakan.

Sebarang masalah, pertanyaan dan sebagainya, hubungi saya melalui emel sokongan@smartusaha.com.

Harap maklum, terima kasih.

Yang ikhlas,
Mohd Zulfadli a.k.a SmartZul
www.SmartUsaha.com

ps. Ebook TMA versi 1.0 ini hanya dibuka kepada 150 orang sahaja. Dapatkan sebelum kuota ini dipenuhi.

Layari, http://smartusaha.com/teknikmudah/

pps. Saya dalam proses menyiapkan beberapa buah projek lagi. Setelah semua telah siap, saya akan ‘bersara’ dari dunia Internet Marketing dan memberhentikan jualan sebahagian besar produk saya. Sebahagian produk itu juga akan dijadikan sebagai PLR.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

40 thoughts on “Ebook Teknik Mudah Affiliate (TMA) Dilancarkan

  1. Saya belum pernah lagi membeli apa-apa daripada sahabatku tuan Zulfadli..

    Rasanya inilah masa yang paling sesuai saya berbuat demikian. Saya nak merasa menjadi pelanggan tuan sebelum bersara. 🙂

    1. Terima kasih tuan Julmazli. Saya memohon maaf kerana ada emel-emel tuan yang tidak sempat saya balas akibat kesibukan. Saya akan cuba luangkan masa nanti untuk membalas jika berkesempatan. Harap tuan tidak kisah. Terima kasih untuk sokongan selama ini. 😀

  2. Thanks Tuan SmartZul,

    Satu produk yang berbaloi dimiliki..

    Itu yang saya boleh katakan..

    Saya sendiri telah memilikinya..

  3. Tuan,
    Apa yang dimaksudkan dengan :
    Ebook Brandable Master Resell Rights

    Ada lesen jualan semula ker…atau untuk promosi affiliate nanti…

    Ada lagi ke kuota ni???;)

    1. Ebook brandable MRR tersebut adalah Ebook Panduan Mudah FTP (sebagai ebook viral).

      Untuk Ebook TMA, ia hanya boleh dipromosikan melalui affiliate sahaja jika berminat.

      Kuota masih ada lagi sehingga diumumkan kelak penutupan jualan.

  4. Huh, tu dia satu lagi produk berkualiti daripada bro Zul. Aku dah buat pembayaran tadi “04 Apr 2010 09:35:45” dan rasanya ni produk ke-3 Zul yang aku dah beli. Kapada rakan pembaca di sini..jaminan peribadi aku korang memang tak akan menyesal laburkan duit untuk memiliki produk daripada smarzul.

    Kesempatan ini aku juga nak ucapkan ribuan terima kasih kerana ebook Panduan Mudah FTP (MRR) yg aku beli sebelum ini banyak gak membantu “menambah” duit masuk ke akaun m2u aku (hasil jualan) 🙂

    Semoga TMA ini akan lebih membantu aku dalam menghasilkan duit di internet..

    1. Memang dah standby duit nak beli ebook baru ni. Sebab ebook smartzul memang betul-betul smart. Tapi nak kena tanya jugak kot-kot ada diskaun khau untuk pengikut setia smartzul 😀

    2. Owh, banyak ya dapat jualan untuk ebook FTP? Memang masyuk…. Itulah tujuannya saya hasilkan ebook tersebut. Untuk membantu usahawan lain.

      Ebook TMA pula, fungsinya adalah untuk menambah income kedua dengan menggunakan ebook FTP tersebut. Sudah masanya saya kongsikan teknik TMA bersama Reseller ebook FTP setelah hampir dua tahun saya makan sorang-sorang. 😀

      Jadi, Reseller akan mendapat dua income melalui ebook FTP: Jualan ebook + Komisen Berterusan (viral).

      Terima kasih abgzol untuk sokongan selama ini.

    1. InsyaAllah, ia bukan bermaksud saya akan tinggalkan bidang IM ini sepenuhnya dan beralih ke bidang lain (bukan IM). Sebab itu saya letak perkataan ‘bersara’ itu dengan tanda quote. Nantikan pengumuman saya kelak.

  5. Saya rasa saya perlu dapatkan produk Tuan Zul ini..sebab kebanyakan produk Tuan Zul yang sebelum ini telah saya dapatkan.

    Terima kasih Tuan Zulfadli..

  6. Berminat sangat dengan produk ni. setakat ni dah 3 produk smartzul dah beli. Nak tanya, saya sudah ada ftpcaramudah, ada bezakah dengan yang diberikan berserta TMA tu??

    1. Bezanya, ia 100% akan dibrand-kan atas nama pembeli. Nama, emel, link affiliate. Saya tolong brandkan secara manual. Tiada satu pun maklumat saya. Tidak seperti sebelum ini, 100% ada link dan nama saya.

      Keduanya, ebook FTP yang dibekalkan bersama TMA ini sebagai start up sahaja agar pembeli memahami konsep TMA sebelum mempraktikkan kepada ebook yang lain pula.

      Ketiga, lesen PLR ebook FTP diberikan kepada pembeli TMA. Boleh ubahsuai mengikut keinginan termasuk ubah tajuk, tambah, buang isi kandungan dan sebagainya. Dengan syarat, tidak berikan secara percuma kepada orang lain, agar ebook ini tidak tepu atau pasarannya rosak.

      1. Lupa pula. Buat masa ini saya menggunakan salesletter dan juga ecover yang ada nama saya. Jika mahu, boleh buat ecover sendiri dan letak nama sendiri sahaja tanpa nama saya.

  7. Salam /Mari teman berteman bersama saya..

    Wah.. Satu produk terbaru keluaran tuan zul.. Insyallah jika tiada aral melintang saya juga akan menyusul untuk memiliki ebook berkenaan.

    Tq..

  8. Satu lgi produk hebat keluaran SmartUsaha simple dan padat itulah dia trademark zul dari dulu lagi. Zul nak besara dari Internet Marketing mesti ada projek baik ni tul tak Zul 😉

    1. Zaman sekarang adalah zaman ‘long tail’ di mana orang mahukan terus apa yang mereka mahu. Zaman ‘short tail’ sudah lama berlalu. Contoh produk short tail adalah buku teks yang tebal-tebal. Contoh produk long tail pula adalah buku yang spesifik mengenai satu-satu topik. Begitu juga dengan dunia media. Jika dulu broadcasting, kini sudah zaman narrowcasting.

      Dipendekkan cerita, NICHE. 🙂

  9. esok nampak gayanya kena beli… dapat ke tidak tak tau ler… esok gaji wooo. gaji esok daaa…

    rasa rasanya memang tak sempat agaknya.

    sempat laa gamaknya…

    1. Untuk tahun ini saya tidak dapat menerimanya. Banyak perancangan sendiri yang belum selesai. Takut yang dikejar tak dapat, yang dipeluk terlepas. Haha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *