Teknik Melipat Gandakan Keuntungan Ebook Dalam Masa Yang Singkat!

Pada kali ini, saya akan kongsikan dua tip atau teknik yang terbukti berkesan jika anda melakukannya. Jika tidak percaya, anda cubalah sendiri sebaik sahaja membaca artikel ini.

Teknik 1: Jadikan Ebook kepada versi cetakan yang terhad

Katakan tajuk Ebook anda adalah “Cara Membina Laman Web” dan setebal 50 muka surat. Harga bagi versi digital adalah RM30.00.

Apa yang perlu anda lakukan adalah:

1. Cetak Ebook tersebut dan jadikannya seperti manual atau buku. Sila rujuk pihak yang berkaitan untuk soal cetakan…

2. Jika harga Ebook adalah RM30.00, maka untuk versi terhad cetakan, naikkan kepada RM45.00 sebagai contohnya. Bermaksud, anda telah menambah nilai sebanyak RM15.00.

3. Buat cetakan sebanyak sekian-sekian bilangan sahaja. Sebagai contoh, jualan versi cetakan hanya untuk 50 orang sahaja.

Pendapatan Kasar = RM45.00 x 50 = RM2250.00

Pendapatan bersih = Pendapatan kasar – (kos cetakan + kos pos)

Tip Praktikal:

1. Beli Pos Ekspress yang berharga RM4.00 di Pejabat Pos. Khidmatnya amat pantas dan memuaskan! Syaratnya, versi cetakan anda jangan terlalu tebal dan berat.

Pelajaran di sini:

Pelajaran 1:

Untuk cepat mendapat jualan, anda perlu membina ‘urgency’ iaitu membuatkan bakal pembeli mahu cepat bertindak. Jika mereka lambat, mereka akan terlepas peluang. Cara di sini adalah, membuat jualan untuk bilangan yang terhad untuk versi cetakan tadi.

Saya ingin kongsikan pengalaman dan data saya di sini, tetapi saya rasakan ia terlalu sulit untuk dikongsikan sebab ia adalah maklumat rahsia perniagaan saya. Cuma apa yang dapat saya katakan, membuat jualan terhad menggunakan BILANGAN amat berkesan. Cara ini juga salah satu ‘kegemaran’ Michel Fortin, pakar copywriting.

Tak perlu saya tulis panjang lebar di sini, teknik atau trik ‘urgency’ memang berkesan.

Pelajaran 2:

Versi cetakan lebih mudah laku berbanding versi digital kerana kebanyakan orang lebih tahu menilai sesuatu yang nampak dan boleh dirasa berbanding yang digital (yang nampak hanya sekeping file PDF, padahal itu bukan ukurannya). Pendek kata, produk fizikal lebih memiliki kekuatan berbanding yang digital. Lagi-lagi pasaran Malaysia, Ebook masih terlalu baru di minda masyarakat.

Pelajaran 3:

Di dalam perniagaan Internet, saya biasanya membahagikan ‘marketing’ kepada tiga perkara iaitu teknik, trik dan strategi. Trik (taktik) biasanya boleh dipelajari tetapi dalam masa yang sama ia boleh dijana melalui pemikiran, pengalaman dan kerahan idea sendiri.

Teknik pula semua orang tahu seperti SEO, Forum, Blog dan sebagainya. Tetapi dalam teknik dan melalui teknik itu, wujudnya trik tersendiri… Trik inilah yang menjadi RAHSIA kebanyakan orang.

MAKA sebab itulah mengapa si Ahmad yang guna teknik A tak dapat hasil walaupun si Ali menggunakan teknik yang sama, tetapi Ali lebih banyak mendapat keuntungan. Ini kerana si Ali lebih banyak menggunakan trik di dalam pengalaman teknik-teknik yang diketahui umum. šŸ™‚

Analoginya mudah. 100 orang pengamal silat yang sama, tidak dapat mengalahkan si guru silat kerana si guru memiliki petua dan ilmu dalam ilmu… Kata orang lama, petua lebih tua daripada ilmu. Dalam perniagaan, saya katakan petua itulah trik-nya. Ia hanya boleh dipelajari daripada orang yang tahu, atau ia boleh dihasilkan sendiri…

Sepanjang pengalaman saya dalam bidang perniagaan Internet, saya lebih banyak menggunakan Strategi dan Trik berbanding Teknik. Jika menggunakan peratusan, lebih kurang beginilah.

Strategi = 75%

Trik = 15%

Teknik = 10%

Tidak salah jika saya katakan, ‘kejayaan’ yang saya perolehi kini adalah berhasil daripada penggunaan strategi dan trik yang saya hasilkan sendiri selain membaca, memerhati, mencuba, pengalaman dan belajar.

Jadi, apa yang saya kongsikan melalui Teknik 1 di atas iaitu menjadikan Ebook kepada versi cetakan dan menjualnya dalam bilangan yang terhad, ia adalah satu strategi dan juga trik untuk mendapat hasil jualan yang cepat.

Saya rasa cukup dahulu untuk kali ini. Untuk Teknik yang kedua bagi melipat-gandakan keuntungan bagi Ebook, saya akan kongsikan kelak. Yang pasti, teknik kedua ini lagi hebat daripada teknik pertama di atas!

Yosh!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

22 thoughts on “Teknik Melipat Gandakan Keuntungan Ebook Dalam Masa Yang Singkat!

  1. Satu info yang sangat berguna..Thanks Zul. šŸ˜€

    Zul,saya ada satu pertanyaan.Bagi memastikan teknik “urgency” ini berkesan, adakah perlu untuk sesebuah minisite atau blog mempunyai trafik yang tinggi terlebih dahulu? šŸ™„

  2. Tips yang bagus Zul,

    Walaupun saya tidak menjalankan biz online, tetapi perkara ni boleh dipraktikkan dalam biz offline. Insya’Allah saya akan praktikkan tips Zul ini dalam biz saya.

    Terima kasih.

  3. Wah zul… tips yg bagus.. sy ingt hanya kalau kite perbykkan ebook kite lg byklaa untung kite, rupe2nye teknik terhadkan cetakan ebbok kite pon ble dpt pulangan yg menarik… šŸ˜†

  4. Biasanya benda terhad orang akan tertarik sebab hanya mereka yang ada benda ni..Maybe sebab ego manusia sendiri yang mahu mereka je yang ada.

    Ia biasanya kaedah menjual dengan emosi..

  5. Johari, saya pernah buat satu “eksperimen”. Orang lebih suka melihat “imej” atau gambar produk tersebut daripada hanya memberitahu. Sambutan lebih tinggi kalau kita ada minisite (simple pun dah Ok) berbanding tak ada.

    Trafik? Sudah semestinya. šŸ™‚ Tapi seperti yg saya kongsikan sebelum ni, adalah lebih berkesan jika ada “list” sendiri… Promote kat mereka pun dah memadai.

  6. Emm, so gambar produk memainkan peranan yang besar jugak lah yer.. šŸ˜€

    Terima kasih Zul…

    p.s: saya pernah buat “eksperimen” dengan menggunakan artikel marketing, berkesan juga untuk beberapa mini-site saya but it takes time to see the effect. Tapi tak pa, saya buat untuk long term investment..hehe :mrgreen:

  7. Yap. Pernah cuba buat dalam bentuk cetakan dan berhasil. sangat berkesan dan urgency sangat menjadi. Moga-moga product seterusnya jugak akan berhasil.. :mrgreen:

  8. rupa-rupanya teknik “urgency” inilah yang di pakai oleh Airasia. Irwan dahnill pun aplikasikan teknik macam airasia.

  9. erm..bagus tips ni..aku pun akan launch satu produk baru nanti.. šŸ™‚ mungkin pas raya la agaknya..so sesape yang rasa nak join sama atau nak tahu leh la kontek aku ni..hehe..

    tapi ngah penin gak ni..nak wat version camne la agaknya..ngah merancang..igt nak wat banyak version atau sekali MegaPack..erm..besar sangat plaknya….tapi yang payah adalah nak dapat market tu..kena tgk line..hehe šŸ˜†

  10. Thank Zul.. teknik ini memang berkesan pun. Terutamanya mengenai imej yang Zul sebutkan tadi. Sebab saya sendiri ‘terperangkap’ dengan teknik itu bila hendak membeli produk Zul ini. Tapi memang berbaloi šŸ™‚

  11. teknik utk TERHAD ni, memang berkesan sebab buat orang terasa akan kehilangan sesuatu…
    dan rugi kalau tak dpt kan nya…

    han

  12. yeaa teknik yang cukup menarik dan tajuknya cukup tertarik apabila menarik ingin rasa tahu… bagaimana nak lipatgandakannya dengan segera. namun hakikatnya perlukan usaha yang menyeluruh untuk memantapkan cara melipatgandakan kemasyukan pendapatan melalui ebook dalam masa yang cukup singkat…

  13. trik ni…
    kurang sesuai utk produk jangka masa panjang bagi saya…
    sebab bila terhad, mungkin 75 buah je yang dikeluarkan…(contoh)
    dan untuk terus buat jualan kita mungkin kena naik kan harga…
    ini akan buat orang rasa tak nak beli…

    tapi kalau trik ni, ia memang sesuai utk dapat duit cepat…
    tapi kena mail list yang banyak lah

    han

    1. Han, we can repeat this formula anytime we want. Sama ada dengan hanya begitu sahaja atau gabungan dengan strategi lain. Banyak cara sebenarnya. Jangan melihat sesuatu formula tu secara statik, ‘think outside the box’.

      Terhad, tak bermaksud hanya pada ketika itu sahaja dan tak boleh buat lagi di lain masa.

      List yg banyak? Tak perlu ribu-ribu. Sikit sudah memadai. Yg penting, ‘targeted list’ dan juga ‘repeat buyers’.

  14. Salam kekawan semua.
    Sini saya nak tanya skit?Apa itu internet business? Saya lihat scenario yang berlaku adalah hamapir semua produk internet business
    berbentuk produk virtual/maya atau produk tah apa2.Jarang sekali kita tengok promotion blog atau website ada produk yang nyata.Ada yang kata peluang berniagalah,peluang jadi usahawanlah dan bermacam2 lagi tapi pasti selepas jadi member sama ada berbayar atau tidak,kita akan dinasihatkan supaya promote referral kita dan promote produk virtual/maya dan tah apa2.Seterusnya proses duplikasi ini berlaku pada downline.Semua ini kononnya sistem menjadi jutawan.Ade yang kata pulak kita bukan nak jual produk cuma kita nak kongsi sistem nak jadi JUTAWAN.Klu dipikirkan BETUL2 ? Kalaulah sistem ini berlaku kat kedai runcit atau pasar.Kebulur tak makan kita dibuatnya sebab apa?sebab pekedai/peniaga kata diaorang tak jual barang/ikan/sayur dan sebagainya, diaorang jual sistem nak buka kedai runcit/pasar.CUMA papan tanda kedai je menunjukan Kedai runcit atau pasar.INIKAH dipanggil TEKNIK PEMASARAN atau TEKNIK NAK BOHONG DALAM PEMASARAN.Kalau kita bohong,kita pasti tahu kita bohong walaupun orang lain tak tahu,ye tak?.Jadi kekawan pikirlah sendiri.
    Maaf ye klu terkasar bahasa.

    1. Salam Azhar. Tidak semua produk informasi adalah salah. Kena faham dulu apa itu produk informasi. Terlalu luas dan besar skopnya. Jangan sebab salah sesetengah orang, kita salahkan yang lain.

      Mengenai sistem, ada yang betul, ada yang salah. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kitalah untuk cari yang betul.

      Kita tak boleh sama sekali hanya kata cara kita betul dan cara orang lain salah. Kita hanya perlu menghormati sahaja itu sudah cukup. Kalau kita kata ia salah dan ternyata kata2 kita itu salah, nanti ia menunjukkan kita tak buat kajian dulu sebelum mengata.

      So… Mana2 model perniagaan, masing2 ada ruang tersendiri. Pilih yang mana sesuai untuk kita dan fokus. Bagi orang lain, mereka tak semestinya buat model biz sama dengan kita. Perniagaan ni terlalu luas.

      Saranan saya, banyakkan membaca, bertanya dan belajar. Maka barulah pendapat kita lebih menghampiri kepada ketepatan.

      Saranan saya juga, sertailah forum wangcyber.com. Di sana banyak dibincang mengenai mana yang betul, mana yang salah. Semoga kita tidak terlajak di dalam memberikan pendapat yang dangkal sebelum berusaha melakukan “home work” terlebih dahulu.

      Wallahu ‘alam.

      1. Satu lagi En. Azhar..

        Mungkin yang dikatakan program referral tu adalah skim cepat kaya piramid yang begitu banyak sekarang di internet.

        Kami sama sekali tidak melakukan cara tu. Malah kami adalah antara yang kuat menentang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *