Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Unsubscribe <--> Subscribe

5 10 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Apa khabar para pembaca semua? Semoga sihat hendaknya dan saya yakin mesti anda sudah mula sibuk untuk persiapan raya. Saya? Seperti biasa, saya biasanya tidaklah ’shopping’ sangat untuk perayaan, ala kadar sahaja dengan apa yang ada dan termampu. Hajatnya nak cuba buat kek untuk raya ni, tapi teringat raya tahun lepas tak silap, kek yang saya buat tak menjadi. LOL

Ok. Pada kali ini saya hanya mahu berkongsi tips mudah sahaja. Namun, panduan atau trik yang akan saya kongsi ini lebih bermanfaat bagi mereka yang mempunyai autoresponder atau ‘list’ sendiri.

Seperti anda sedia maklum, pada laman web jualan atau pada ’squeeze pages’, kita letakkan sesuatu ‘tawaran’ percuma kepada para pelawat atau prospek (bakal pembeli). Caranya, mereka perlu daftarkan nama dan emel mereka dengan mengisi borang (opt-in form) yang disediakan pada laman web tersebut. Tujuan ini adalah untuk membina ‘list’.

Selepas mereka mendaftar, maka anda mulalah membina komunikasi pertama dengan memberikan tawaran yang anda janjikan tadi. Begitulah seterusnya dengan menghantar emel kepada mereka. Namun, sampai satu ketika, mungkin mereka akan bosan atau merasakan tidak mahu lagi menerima emel daripada anda, maka mereka akan ‘unsubscribe’ iaitu keluar dari list anda.

Anda jangan bersedih atau menyalahkan mereka atau berasa kecewa kerana di saat mereka unsubscribe itu, anda masih sempat untuk ‘mengambil peluang’ yang wujud pada masa mereka unsubscribe tersebut. Antaranya:

1. Pada page pengesahan unsubscribe, anda senaraikan newsletter-newsletter lain yang bermanfaat untuk mereka sertai. Ini pernah terjadi kepada saya apabila unsubscribe satu newsletter yang saya tidak mahu lagi masuk ke Inbox saya. Namun, selepas selesai unsubscribe, saya dibawa ke page senarai newsletter yang lain milik individu yang sama. Tawaran dan newsletter yang dijanjikan olehnya amat menarik sekali, lantas saya pun daftarkanlah diri.

Tip di sini: Di page pengesahan unsubscribe, letaklah senarai newsletter yang lain untuk mereka sertai. Ini kita panggil sebagai ‘cross promote’. InsyaAllah, ego-ego mereka pun yang unsubscribe newsletter kita tadi, kalau umpan yang baru (newsletter lain) amat menggiurkan, mereka akan kalah jua (daftar diri lagi ke dalam list yang lain). Wink

2. Juga di page pengesahan unsubscribe. Pada page ini, letakkan satu tawaran yang hebat dan tidak ada di mana-mana laman web yang lain. Contohnya seperti tawaran harga terhad untuk tempoh itu juga (One Time Offer). Atau boleh juga tawarkan mereka harga diskaun untuk mana-mana produk anda. Jika harga biasa RM50.00, mungkin pada page tersebut, anda tawarkan dengan harga RM40.00; hanya pada masa itu.

Apa yang ingin dilakukan pada cara ke-2 ini ialah, seboleh yang mungkin, usaha sebaik mungkin untuk ‘mengumpan’ mereka agar mengeluarkan walaupun RM1.00 kepada kita. Jangan lepaskan mereka begitu sahaja.

Di sini, tidak timbul soal mereka sudah tidak suka kita dengan alasan, “mereka kan unsubscribe, itu maksudnya mereka tak suka kita lah”. Jangan mudah mentafsir apa sebab mereka unsubscribe. Mungkin mereka tidak kenal kita lagi, atau mereka tidak nampak lagi apakah lebihnya berada di dalam list kita (newsletter).

Maka, andaikata mereka mendaftar newsletter kita yang lain atau membeli tawaran ‘hebat’ tadi, maka akan terhasillah satu komunikasi yang baru antara kita dengan mereka. Jika sebelum ini mereka anggap kita ‘negatif’, maka dengan dua strategi di atas, mungkin kemudian mereka akan berkata, “bagus rupanya dia ni…”.

Akhir kata, jangan biarkan ’subscribers’ anda pergi begitu sahaja tanpa memberikan mereka sesuatu tawaran yang lain (pastikan tawaran yang ada nilai). Mereka ego atau tidak, sukakan kita atau tidak, itu bukan masalah kita. Yang penting adalah, ada usaha untuk memanfaatkan segala ruang dan peluang yang ada sebelum mereka pergi dan tak kembali lagi. Smile

Jika anda sudah ada autoresponder, pastikan lakukan apa sahaja strategi untuk perkara ini. Jangan biarkan peluang yang jelas wujud dibiarkan begitu sahaja. Kalau mereka unsubscribe, pastikan mereka subscribe di newsletter yang lain, atau tawarkan mereka dengan satu jualan yang tidak dapat mereka tolak sama-sekali.

Wassalam.

Rujukan:

>> Contoh ’squeeze page’. Klik di sini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 4 out of 5)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Mengapa Anda Perlu Subscribe (daftar) Newsletter Saya? :)
  • Teknik Mudah Tarik Trafik Ke Blog
  • Siapakah Pembeli Produk Anda?
  • Video 7 Blogger Malaysia
  • Teknik Pemasaran Internet Berkesan
  • ‘Curi Cara Mereka…’
  • Apakah Kekuatan Pemasaran Internet Anda?
  • “Kek Coklat Sudah Sampai…!” :)
  • Teknik Apa dan Siapakah Yang Paling Bagus?
  • Apa Itu Newsletter + Amaran Kepada Yang Tidak Berminat!

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    96 Comments »

    Comment by abdfatah
    2007-10-05 09:21:23

    ohohohoo… takder senarai nama laa. nak kena tunggu buat bisness betul2 mantap baru bleh buat senarai nama daaa…

     
    Comment by pyan
    2007-10-05 09:25:11

    Neutral memanfaatkan segala ruang dan peluang . Neutral Cam kenal je ayat tu. Saya pun pernah alami macam pengalaman tu. Masa nak unsubscribe tu, di offer dengan benda baru, terus tak jadi unsubscribe. Grin Bijak betul taktik ni.

    Saya masih belum ada apa apa internet biznes pun. TAPI SUKA DENGAN ILMU NI.

     
    Comment by pyan
    2007-10-05 09:32:47

    saya ada 200 e mail list yang saya dapat dari surat berantai. semua disimpan . setiap hari bertambah. itu boleh kira ‘list ‘ke Confused:

    Comment by Dik Mal Subscribed to comments via email
    2007-10-06 08:47:06

    Salam

    Pyan, dengan 200 email tu, cmne kite nk contact orang-orang tu. silap gaya kalau tak kenal, jatuh hukum spam lak kang.. Grin

    hmm.. target saya pula sekarang dah beralih kepada autoresponder la plak.. insyaALLAH tak lama lagi Smile

    Comment by Han
    2007-10-22 09:58:25

    em betul tu…
    kalau tak kenal nanti kena spam…
    bahaya juga tu…

    han

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by naz
    2007-10-05 09:32:48

    Belum pernah rasanya saya unsubcribe walaupun adakalanya newsletter tu dah lama tak bukak & semak. Kalau takde keje 3-4 bln lepas tu baru buka. LOL

     
    Comment by Han
    2007-10-05 09:35:34

    slmt pagi semua,
    tips yang bagus ni…
    tips ni selalu digunakan oleh IM luar…
    IM di malaysia kurang tak tahu kenapa…

    han

     
    Comment by Hamid
    2007-10-05 12:18:19

    kena bagi tawaran menarik la untuk membina list.
    penglaman saya untuk mengumpul list..
    da banyak kali cuba tapi tak berhasil.
    tapi dengan kaedah memberi sesuatu baru mereka nak Alien

    Comment by Han
    2007-10-05 21:09:57

    yela hamid,
    kalau nak suruh orang daftar tanpa faedah, mereka takkan daftar punya…
    kadang2 yang kita tawarkan sesuatu pun susah nak suruh mereka daftar…
    bukan senang…
    kena tahu apa yang diminta oleh orang ramai…

    han

    Comment by pyan
    2007-10-05 21:52:14

    apa yang oramai nak, bila survey semua nak duit cepat mlalui internet Twisted

    (Comments wont nest below this level)
    Comment by Han
    2007-10-06 21:38:09

    orang memang suka kan duit percuma…
    sapa yang tak nak duit…

    tapi kalau kita bagi tawaran yang unik dan tak dapat jumpa di tempat lain, mungkin juga mereka daftar utk dapatkan tawaran tu walaupun dia tak suka subscribe…
    selepas dia subscribe, mereka akan dapatkan tawaran tu dan unsubscribe…

    nilah manusia…hehe…
    tapi dari dulu, saya tak lagi pernah subscribe…

    han

     
     
     
     
    Comment by Abooain
    2007-10-05 18:53:41

    Terima Kasih Zul untuk info menarik ini.

    Boleh cuba teknik ni untuk mereka yang ingin Unsubscribe kita punya Newsletter.

     
    Comment by waka
    2007-10-05 22:29:24

    taktik yg bijak Alien

     
    Comment by titan
    2007-10-06 00:44:33

    List nama penting. Kalau dapat satu produk bagus. Sekali email kat semua list. Paling cikai pun mesti dapat 10 buyer dari 1000 orang yg dalam list tu..

    Kalau 1 produk harga Rm20 pun. 10 orang dah dapat RM200. Banyak tu. Sape nak bagi kan?

    So, mulalah kumpul list email yang aktif sekarang.. Alien

    Comment by Han
    2007-10-06 21:45:41

    betul tu titan…
    walaupun 1% je yang beli produk kita, kita dapat juga rm200…
    sapa nak bagi kita rm200 begitu saja…

    bagi saya, mail list adalah benda yang terpenting utk buat jualan…

    so, sapa2 yang takde mail list tu, cepat2 lah dapatkannya…
    kan rugi… kalau anda ada mail list sekarang, anda dah boleh promote report percuma tu…

    han

     
     
    Comment by Hamid
    2007-10-06 00:46:25

    huhu teknik apa tu?
    aku belum baca abih lagi Alien
    jap jap aku nak baca dulu mesti menarik ni Wink

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-06 11:41:15

    senarai nama memang penting bagi mereka yang bergiat dalam bidang perniagaan internet. kalo takder senarai nama memang tak dpat nai buat apa dah… tak dapat den nolong.

    bayangkan kalo dah senarai nama tu hot list dan terhangat dan mereka bersiap sedia untuk menerima apa jua yang produk yang akan dilancarkan… samada percuma atau berbayar… inilah target mereka. bukan sebarangan nak ajak dan hambik senarai nama yang tidak dikenali…

    lebih2 lagi promosi terhad sebagaimana dapat satu usd dollar… hihiii

    Comment by Han
    2007-10-06 21:49:06

    abdfatah,
    mail order juga perlukan list name…
    bukan internet marketing saja…

    kalau kedai runcit pun perlukan list…hehe…
    untuk sapa2 yang berhutang…

    han

     
     
    Comment by Hamid
    2007-10-06 13:52:50

    Ye lebih kurang pelanggan tetap kita la kan Grin

    Comment by Han
    2007-10-06 21:50:56

    bukan pelanggan tetap hamid…
    ia mcm kalau pelanggan tu dah tak minat membeli dari kita, kita memujuk dia untuk terus membeli…
    lebih kurang mcm tu lah…

    han

     
     
    Comment by abdfatah
    2007-10-06 22:41:11

    kupujuk-pujuk suruh membeli, takleh nak pujuk kuhantar surat tawaran, takleh dengan surat tawaran kubuat promosi besar-besaran tarik pelanggan baru datang berkunjung… takleh jugak? jawabnya tutup kedai laaa…

    mak aih bukan senang nak mengekalkan pelanggan yang sedia ada…

    silap haribulan kecoh satu dunia menentang perkhidmatana kita. namun kita kena terima hakikat di dunia ini… sorang tak suka , ramai lagi yang menyokong usaha kita… tetapi bukan dengan mencari pelanggan baru…

    cari pelanggan baru memang kena buat setiap hari dan mereka akan datang dan terus datang sekiranya servis kita tiptop.

    lain citer laa macam saya nih tiada apa-apa bisness lagi nak mula… adesh…

    Comment by Han
    2007-10-07 10:24:03

    saya suka dengan ayat abdfatah ni…
    “sorang tak suka, ramai lagi yang menyokng usaha kita.”
    memang setiap benda tu ada orang yang tak suka…
    tapi kita jangan lihat utk yang tak suka ni…
    kerana masih ramai lagi yang suka…

    han

     
     
    Comment by Hamid
    2007-10-06 23:23:05

    Adab berniaga biasa la mcm tu,
    kadang naik kadang turun,
    terpulang kepada kita yang mengusahakannya.
    Untuk berjaya kena la berusaha lebih.

    Comment by Han
    2007-10-07 10:26:37

    niaga pun ada musim juga…
    bila orang dapat gaji, senang lah mereka membeli…
    selepas gaji dah nak habis utk bulan tu…hehe…
    faham2 la…

    kita pun mcm tu juga…
    tapi jangan lupa gaji kita tu kena simpan juga 10% utk mesan depan…

    han

     
     
    Comment by NayanMohd
    2007-10-07 03:37:45

    Saya belum pernah unsubscibe newsletter Zul…sebabnya.. newsletter Zul sgt berguna kepada saya…

    Saya masih baru dalam dunia online biz ni…still looking for the product…untuk diniagakan diinternet.. dan teknik ni amat erguna untuk maju dalam biz…

    see u for the next comment..

    Comment by Han
    2007-10-07 10:28:41

    nayanmohd,
    kalau nak belajar tentang bisnes internet, ini lah tempat nya…
    zul selalu berikan tip yang berguna…

    han

     
     
    Comment by Hamid
    2007-10-07 07:43:08

    Ye,
    kalau servis yang diberikan memberi manfaat kepada kita sudah tentunya kita akan terus bersamanya Wink

     
    Comment by Isman Subscribed to comments via email
    2007-10-07 15:02:42

    Selamat Semuanya, LOL

    Bina list nama memang perlu bila nak BERJAYA - berniga/usahawan.
    Tak kira macamana dapatkannya,samada ia kenal kita atau orang jauh yang
    terkenalkan (tak sengaja) kita. Cuba2lah mencari ya.. Lamp

    Tapi jangan yg spam ok.. nanti orang tak suka.
    Semuga anda berjaya.

     
    Comment by Han
    2007-10-07 19:03:51

    spam2 ni yang tak suka ni isman…
    kalau nak bina list, binalah dengan double opt in…
    double opt in adalah lebih baik…
    kalau belum cuba, boleh cubalah…

    kalau ada list yang banyak, huh! memang seronok ar…
    sekali klik je dah beribu yang terima…hehe…
    beribu yang terima, beratus yang beli…
    tak seronok ke? Wink

    han

     
    Comment by Isman Subscribed to comments via email
    2007-10-07 22:15:44

    Hello Han,
    Apa tu double opt in ya? maaf lah saya kurang arif, baru nak belajar..
    Boleh terangkan sikit tak,saya cadang nak tambah list juga ni.
    Boleh lah saya berguru dgn Han ya.

    Terima kasih.

    Comment by abdfatah
    2007-10-08 08:06:50

    ohohoooo list untuk subscriber latihan memandu ke? baguslah gitu. manalah tahu dapat untung lebih berganda lagi disamping ilmu yang sedia ada dapat diperkembangkan dengan sebaik mungkin…

     
    Comment by Han
    2007-10-08 08:24:56

    hamid dah terangkan dibawah…
    cuba faham kan ye…

    han

     
     
    Comment by abdfatah
    2007-10-07 22:39:38

    entahlah apa kebenda double opt-in pulok? senarai dua kali ganda ke? takpe nanti saya google… dapatlah jawapannya nanti… cari jangan tak cari…

     
    Comment by Hamid
    2007-10-07 22:52:02

    double opt-in ni maksudnya jika ada orang mengisi borang opt-in kita maka sistem autoresponder akan menghantar satu link untuk mereka membuat pengesahan.

    Cara ini dilakukan agar pengguna benar² menggunakkan emailnya yang sah Wink

     
    Comment by pyan
    2007-10-07 23:20:03

    Confused: kalo saya tak kenal orang tu, pastu saya hantar e mel untuk jual produk . Adakah itu dikira ’spam’ Sad

    Comment by Han
    2007-10-08 08:28:43

    kalau kita tak kena orang tu belum tentu spam…
    kena tengok pada cara mcm mana pyan dapatkan email tu…
    kalau pyan dapat email tu melalui double opt in, tu bukan spam lah…
    kalau pyan guna spider untuk dapatkan email orang tu dan hantar email tu, maknanya spam lah…

    kesimpulan disini
    kalau orang yang memberi email kepada kena itu bukan spam sebab dia yang nak terima email tu…

    han

    Comment by pyan
    2007-10-08 09:35:27

    ada orang nak jual software spider tu pada harga rm30, dia gerenti 10 000 emel. Neutral

    (Comments wont nest below this level)
    Comment by Han
    2007-10-08 10:08:11

    ramai sangat yang jual software spider tu…
    mereka ni lah yang buat spam ni…

    han

     
     
    Comment by Hamid
    2007-10-08 14:54:10

    Han,
    kalau kita tak kenal orang tu, pastu kita hantar email kepadanya itu juga dah dikira SPAM.
    SPAM ni banyak caranya.
    Sebab tu la ramai² buat kempen BENCI SPAM Evil

    (Comments wont nest below this level)
    Comment by Han
    2007-10-09 08:13:14

    hamid,
    hamid salah faham dengan ayat saya tu rasanya…
    kalau tak kenal orang tu, belum tentu adalah spam…
    sebab mungkin dia yang masukkan email dia ke dalam opt in form kita…
    jadi dia yang setuju untuk terima email dari kita…
    ni maksud saya…

    han

     
     
     
    Comment by Hamid
    2007-10-08 14:40:07

    Ya i Ya Lah Alien

    kalau kita tak kenal seseorang…tetiba jer dia masuk rumah kita maka itu dah dikira tidak menghormati orang lain.

    Sama juga seperti SPAM kalau kita tak kenal siapa empunya email tu maka kita tidak boleh menghantar email kepadanya.

    Comment by Han
    2007-10-09 08:16:17

    hehe…

    kalau tak kenal pun, kita boleh pergi raya kat rumah orang kan?
    hehe…raya lah pula…
    jadi tak salah kita pergi dan berkenalan…
    tapi jangan lah masukkan kedalam rumah tanpa dijemput…
    bagi lah salam dulu…

    han

    (Comments wont nest below this level)
    Comment by abdfatah
    2007-10-20 08:26:48

    yeaa dah tentunya kena bagi salam untuk memperkenalkan produk apa yang ingin dijual. kalo takleh jual boleh cari orang lain….

     
    Comment by Han
    2007-10-20 11:03:44

    ye tu abdfatah…
    bukan semua orang tak nak beli produk kita…
    ada orang suka, ada orang tak suka…

    han

     
     
     
     
    Comment by Azahari
    2007-10-08 07:20:15

    Saya baru beberapa minggu telah mendapatkan autoresponder berbayar… pejam mata je la nak beli…lagi pun benda baik jangan ditangguh. Sekarang ni boleh kata setiap hari ada je subscriber baru…seronok rasanya…tak sabar nak cukupkan paling kurang pun 1000…. hehehe….

    Comment by abdfatah
    2007-10-08 08:03:08

    wohohoo… autoresponder baru… takpe jangan risau laa kalo dah ada otoresponder tu. kena fikirkan masa depan… masa depan itu lebih penting dari wang yang dibelanjakan hari ini.

    hasilnya kita akan tengok bberapa bulan akan datang pastinya balik modal dari pembelian otoresponder tersebut… tak rugi apa-apa.

     
    Comment by Han
    2007-10-08 08:30:14

    huh… dah guna autoresponder berbayar ek…
    tak lama lagi dapatlah 1000 subscribe tu…
    sabar la azahari…

    han

     
    Comment by Hamid
    2007-10-08 14:50:25

    autoresponder berbayar yang mana satu?
    mahal tak?
    leh kongsi bersama.

    Comment by abdfatah
    2007-10-08 18:37:17

    auturesponder getresponse okeh jugak. aweber pun okeh jugak… kalo nak tahu citer yang free sila rujuk citer shuth berkenaan list maskahwinnya sebelum beliau menggunakan yang berbayar… (promote laa pulok)

    yang free nih untuk sementara aje laa sebagai persediaan untuk dapatkan yang berbayar. kalo rasa untung dapatkan yang berbayar, baik dapatkannya segera dengan sepantas kilatnya…

    adesh… nampak bagus punya saranan. huhuuuhahaaaa Alien

    (Comments wont nest below this level)
    Comment by Han
    2007-10-08 21:07:16

    kebanyakkan IM lebih suka kat aweber…
    meraka kata aweber mesti masuk ke dlm inbox…
    aweber pun lebih mahal…
    getresponse pun ok juga…
    zul guna getresponse…
    ok je tengok…

    han

     
     
     
     
    Comment by PakarHowTo
    2007-10-08 10:30:10

    waaa satu tips yang cukup baik.
    tak pernah pun terfikir tentang ‘unsubscribe’ –> ’subscribe’ ni.
    saya dah catatkan dalam nota saya.
    nanti bila dah ada list sendiri…saya akan praktikkan seperti yang diusulkan.

     
    Comment by Hamid
    2007-10-08 14:49:06

    Ye.
    teknik ni penting untuk masa depan kita.
    Kalau ada produk baru, senang jer hantar email kepada subscribe kita
    maka lihat hasilnya nanti Wink

    buat masa sekarang saya pakai yang free jer
    baru dapat 39 subscribe Alien

    InsyaAllag cuba lagi.

    Comment by Han
    2007-10-08 21:08:27

    oklah tu hamid…
    tak lama lagi dapat lah 1000 subscribe…hehe…

    han

    Comment by Hamid
    2007-10-09 14:07:11

    InsyaAllah, Wink

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Comment by pyan
    2007-10-08 18:23:08

    ngapa ari ni tak de artikel baru, Zul demam lagi ke Confused

    Comment by Han
    2007-10-08 21:10:34

    zul balik raya agak je… LOL
    gurau je ni…jangan percaya pulak…hehe

    yela…mana zul pergi agak nya?
    rindu pula… Alien

    han

    Comment by pyan
    2007-10-09 01:09:09

    tengah ketagih nak baca tulisan zul ni Razz Sambil tungu tu saya buat kerja sikit dan baru saja selesai buat satu vcd sendiri guna movie maker. Syok juga bila dapat add text, add video transition, dan add music, guna kamera digital je. Pastu burn dalam cd.

    Eek! Esok leh tunjuk kat budak kelas saya hasil lawatan ke Aquari KLCC. LOL Baru first time dapat buat Confused

    (Comments wont nest below this level)
    Comment by Han
    2007-10-09 08:08:51

    pyan ni cikgu ke?
    tak nak kongsi kat sini juga ke…hehe…

    ketangih tu kena lah tunggu je…
    zul entah dah ke mana tak tahu…

    han