Ulasan Ebook “Sales Letter Membunuh”
31 03 2007Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Apa khabar semua? Minggu ini saya mungkin akan kesibukan sedikit kerana perlu menyiapkan beberapa projek termasuk persediaan untuk Seminar Perniagaan Internet di Penang pada 8 April 07 ini. Sila rujuk http://bijakniaga.com.
Ok, seperti yang dijanjikan, saya akan membuat ulasan terhadap ebook yang baru sahaja memasuki pasaran iaitu ebook Sales Letter Membunuh (SLM). Ebook ini telah diterbitkan oleh Team Flarebiz dan kini harganya telah naik kepada RM37 (untuk sehingga bulan April sahaja).
Secara kasar, ebook ini membincangkan mengenai Sales Letter ataupun Surat Jualan untuk laman web jualan kita. Apa itu sales letter? Ia adalah ayat-ayat yang digunakan untuk menjual sesuatu produk di laman web. Ayat-ayat ini adalah sebenarnya kata-kata kita, tetapi ia bukan hanya sekadar ayat biasa, sebaliknya ia ditulis dengan sebaik mungkin agar orang akan yakin untuk membeli produk yang kita jual.
Ebook SLM mengandungi 28 bab dan dibahagikan kepada 6 bahagian. Setiap bahagian, ada bab-bab yang tersendiri, maka dengan pembahagian sebegini pembaca akan mudah untuk membacanya. Pada mulanya, reaksi saya menganggap bahawa ebook yang setebal 172 muka surat itu banyak teori semata-mata, namun sangkaan awal saya silap kerana ia penuh dengan point-point yang amat berguna. Jadi, kepada yang takut untuk membaca ebook setebal itu usah gusar, kerana ia penuh dengan teknik, strategi dan tips yang amat berguna bagi menghasilkan sales letter yang berkesan (membunuh). Malah, penulis bijak dalam penulisannya iaitu struktur perenggan dan ayat yang ada ruang (space), maka ia memudahkan pembaca membaca dari satu muka surat ke muka surat lain dengan cepat dan tidak membosankan.
Antara yang disampaikan dalam ebook ini adalah :
Bahagian 1: Pengenalan Asas Sales Letter.
Dinyatakan apa itu sales letter dan apa kegunaannya. Diberikan juga 21 sebab mengapa sales letter GAGAL.
Bahagian 2: Penulisan Sales Letter membunuh.
Ini adalah bab penting di mana, banyak teknik dan strategi penulisan sales letter membunuh didedahkan kepada anda.
Bahagian 3: Design Web Sales Letter Membunuh
Tidak kurang penting dengan penulisan, design laman web sales letter juga amat kritikal dan perlu dititik-beratkan oleh usahawan Internet. Panduan dan tips diberikan bagaimana membina ‘design’ yang berjaya dan membunuh.
Bahagian 4: Formula Tambahan Sales Letter
Tidak cukup dengan penulisan dan design web sales letter, disertakan lagi formula tambahan yang kebanyakan orang perlekehkan. Saya yang sebelum ini telah menggunakan beberapa teknik formula tambahan yang dinyatakan dalam ebook ini, telah memikirkan kembali untuk meletak beberapa teknik Formula Tambahan yang disarankan. Nak tahu apa formula tambahan itu, dapatkan ebook ini. ;)
Bahagian 5: Soalan-Soalan Lazim
Penulis ebook ini menyenaraikan soalan-soalan yang biasa ditanya dan disertakan jawapannya.
Bahagian 6: Kesimpulan Ebook
Penulis mentimpulkan tajuk yang dibincangkan secara keseluruhan.
Satu bahagian yang amat saya suka adalah di muka surat 72 ebook ini iaitu Formula Aliran Sales Letter. Ia menggambarkan secara keseluruhan apakah yang perlu dilakukan dari awal penulisan sales letter sehingga ke akhir penulisan. Sebelum ini, saya hanya menulis sales letter berdasarkan teknik asas sahaja tanpa ada petunjuk seperti Aliran tersebut. Kini, saya akan lebih peka dan tahu, apakah yang perlu ditulis di bahagian-bahagian yang tertentu.
Secara rumusannya, jika diberi pilihan 5 bintang, saya memberikan ebook ini dengan 4 bintang kerana kandungannya boleh dikatakan amat lengkap. Saranan saya kepada penulis/penerbit, untuk mendapatkan 1 bintang lagi tu, anda perlu keluarkan versi kemaskini dan wujudkan beberapa item yang lain untuk memperkuatkan lagi ebook anda tersebut.
Kontra Ebook
Jika ada pro, kontranya juga pasti ada. :)
1. Ada sesetengah ‘point’ seperti teknik, cadangan dan tips diulang-ulang beberapa kali di bahagian-bahagian yang berbeza. Contohnya, jika penulis mengatakan teknik A di bahagian tertentu, maka teknik A itu akan diulang kembali pada bahagian lain. Namun saya yakin, pengulangan ini jika tidak disengajakan, ia ada juga manfaatnya seperti kita akan ingat apa yang telah dibaca. :) Juga, pengulangan itu mungkin berkait dengan bahagian tersebut dan ‘terpaksa’ diulang kembali. Namun bagi saya, jika tidak diulang adalah lebih bagus, kerana muka surat ebook akan berkurang dan pembaca pula tidak cepat bosan dengan membaca perkara yang sama berulang-ulang kali.
Pendek kata, prinsip “simplicity tapi berkesan” adalah lebih baik diutamakan.
2. Kesalahan ejaan (typing error). Ia adalah kesilapan normal. Ebook saya pun begitu juga di peringkat awal. Namun nasihat saya kepada penulis, lakukan proof reading beberapa kali dan keluarkan versi yang lebih dikemaskini sebelum anda mendapat ramai pembeli. Ini penting agar jika pembaca membaca buat pertama kali, mereka terus faham kerana kurangnya kesilapan ejaan. Elakkan kesalahan ejaan yang menghilangkan maksud sebenar tulisan kerana kebanyakan pembaca ebook adalah newbie. Pembaca biasanya bila dah baca sekali, mereka tidak akan membaca lagi, lagi-lagi sebuah ebook yang tebal. Maka, adalah baiknya dipercepatkan proses kemaskini ebook.
Kesimpulan
Boleh dikatakan, saya banyak juga belajar daripada ebook ini. Ada beberapa perkara dan teknik yang saya sangkakan ia perkara biasa, tetapi rupanya tidak. Lantas, saya terus mengubahsuai sales letter saya sebelum ini dengan beberapa teknik yang telah disarankan oleh ebook “Sales Letter Membunuh” tersebut. Tahniah kepada penulis, kerana saya yakin beliau telah melakukan kajian yang mendalam dan detail untuk menyiapkan ebook tersebut. Saya tahu, sebab saya kenal penulis ini. :)
Namun saya menaruh kepercayaan yang tinggi ebook ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan meningkatkan lagi kualiti sedia ada. Syabas kepada Team Flarebiz. Sebagai penulis ebook, saya memahami flow, keadaan, perancangan kini, masa depan dan lain-lain perkara dalam penulisan ebook. Untuk pengetahuan anda, menulis ebook memang mudah, tapi tak senang juga sebenarnya. :) Maka, jika ada kekurangan itu, ia adalah perkara normal. Ebook juga tak kurang hebat dengan buku yang dicetak. Siapa boleh jawab, jika ada kesalahan ejaan dalam buku yang anda beli di kedai buku, adakah anda akan mendapat satu buku yang baru setelah ia dikemaskini? Saya rasa jawapannya adalah TIDAK. :) Sebaliknya ebook, ia boleh dikemaskini berulang-ulang kali dan pembeli akan mendapatnya secara PERCUMA setiap kali ia dikemaskini.
Tawaran
Salah satu aspek yang dibincangkan dalam ebook tersebut adalah teknik audio. Maka, kepada sesiapa yang membeli ebook tersebut melalui link affiliate saya, anda akan menerima satu perisian Web Audio Plus, satu ’skrip’ audio yang saya gunakan untuk sales letter Pakej Kit Blogger saya dan saya berikan guide bagaimana menghasilkan skrip anda sendiri. Skrip audio bermaksud, ayat-ayat yang akan diperkatakan dalam audio iaitu sebagai panduan semasa kita merakam audio tersebut. Teknik audio ada tekniknya sendiri, dan bukan hanya main cakap semata-mata. :)

Tawaran saya ini hanya sah sehingga jam 12 malam, hari Sabtu, 31 Mac 07 sahaja. Jadi untuk dapatkan tawaran saya itu, sila dapatkan Ebook SLM sebelum masa tamat tersebut. Klik di sini untuk melihat contoh audio yang dihasilkan dengan menggunakan perisian tersebut. Bagi yang membeli melalui link yang saya berikan berikut, saya akan dapat mengetahuinya, maka anda tidak perlu gusar. Saya akan hubungi anda selepas tamat tarikh tawaran ini ok.
Untuk membeli ebook SLM, sila ke laman web mereka melalui link berikut:
http://smartusaha.com/rc/sales.html
PS. Teknik audio amat berkesan dan saya lihat, tak ramai yang menggunakannya. Selain ebook SLM akan berikan tips untuk anda, tawaran yang saya berikan juga boleh membantu anda. :)
PPS. Mungkin ada tertanya, kenapa saya tak letak audio kat sales letter Pakej Kit Blogger saya. Dulu saya letak pada awalnya, tapi sebab berlaku perubahan, maka saya remove dahulu dan nak buat yang baru. PC pula buat hal dan insyaAllah saya akan letakkan audio itu dalam masa yang terdekat.
Wassalam.
![]()
Mohd Zulfadli
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:


















Wah, terima kasih banyak zul sebab bg ulasan yang membina macam ni..
Insya-Allah.. Saya akan buat versi terkini secepat mungkin.. :)
Thanks Zul :)
Fai,
lambat lagi ker??
(asyik coming soon jer)
Terima kasih SmartZul atas ulasan tersebut, amat meyakinkan. Saya telah mula menjalankan perniagaan internet 3 bulan lepas dan masih belum mahir dlm menghasilkan Killer Sales Letter. Insya Allah, saya akan milikinya nanti.
http://www.jomwebtemplate.com
terima kasih kerana telah membuat ulasan untuk buku, walau pun saya blom layak untuk menjadi internet bisnesman…
eh en zul, seminar perniagaan kat terengganu tak nak buat ke? :D
Terengganu yer.. Hmm, tak pasti bila tu. Tapi insyaAllah, akan ke sana jua. :)
Zul,
bagaimana pulak kat Perak? tak buat ker
er.. kat kuantan pahang?
Ogos 2006 lepas dah buat. :)
Tak tahu lagilah bila akan dibuat lagi. Insyaallah, kita tunggu je lah masanya.
Terima kasih kepada mereka yg bertanya soalan ini. Ada dari Kedah, Sabah, Selangor, Sarawak, Brunei pun ada, Kelantan dan tak kurang kat Johor ni, memang selalu bertanya bila nak buat di tempat mereka.
Saya bukan tak nak buat, tapi saya memerlukan masa untuk merangka sebaik mungkin modul pembelajaran ebiz. Saya tak nak buat semata-mata untuk keuntungan sahaja. Saya kalau nak buat, saya akan buat betul-betul agar para peserta rasa berbaloi dan puas hati. Paling lebih, dapat hasil. Nak buat modul ebiz ni susah dan nak ngajar tu x senang sebenarnya. Bukti: Walau ramai yg expert ebiz, tapi ada yg kata mereka tak tahu mengajar orang & tak dapat nak mengajar orang hatta mereka tu pakar. It’s about communication skills. Sebab peserta ni banyak tahap dan lapisan, kena pandai handle. Kalau tak mesej kita tak sampai.
Siapa yang kat Penang tu, joinlah seminar 8 April ni. Sama2 kita kongsi ilmu.
Saya akan bagi sebaik mungkin masa presentation nanti.
Thanks.
Bagus,
InsyaAllah niat yang murni akan membuahkan hasil
Thanks kepada yg membeli melalui link affiliate saya. Anda akan mendapat item yg telah saya janjikan. So, tawaran di atas tamat serta merta.
ada masa nanti mai sini etek kat negori kelantan deh? bila nak buat kat kelantan heh? ronda seluruh negara boleh tak?
tapi kena ada penaja ler… yer tak?
kalu ada modal nak jugak taja… whahahaa…
punya tinggi melangit nak menaja seminar kat kelantan…
pastu boleh jugak ler buat jemputan otai internet buat seminar kat sini…
wah wah wah…. impian masa depan tuuuuuuu….
moga-moga usaha yang baik mendapat sambutan yang menggalakkan.
apohal pun kena ikhtiar ler jika nak… hendak seribu daya.
Tahniah Team Flarebiz atas inisiatif menerbitkan ebook yang sangat penting dalam sesebuah perniagaan Internet!
Nampaknya suasana Internet Biz di Malaysia kini semakin meriah dengan munculnya berbagai-bagai ebook dan produk yang dijual di Internet. Bayangkanlah remaja seperti team Flarebiz boleh buat Internet bisnes, harap-harap ramai lagi remaja lain boleh buat benda yang sama.
InsyaAllah… saya sokong 100% usaha anda berdua. Teruskan usaha dan jangan putus asa.
Sdr Smartzul, ini pertama kali saya posting dalam laman blog ini. Mudah-mudahan kita akan dapat berkongsi info dan idea perniagaan Internet yang sangat mengujakan ini….
Ye Zaki,
semoga lebih ramai lagi rakyat malaysia melibatkan diri dalam ebiz nie :wink: