Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak ditaja oleh kami.

Mulakan Dengan Penuh Bersemangat!

5 01 2007

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Assalamu’alaikum semua.

Apa khabar? Diharapkan anda sihat dan semakin bersemangat di tahun baru 2007 ini. Sedar tak sedar, sudah 5 hari kita mengharungi tahun 2007 ini.

Sebenarnya, saya baru sahaja dapat online dari semalam setelah balik kampung selama 4 hari. :lol: Ya la, kampung bukan dekat, kalau balik sekejap tak berbaloi lah kan? Perjalanan pulak paling kurang 12 jam! Sakit badan pulak tu.. ;) Dan, talian internet sedikit bermasalah dan semua tahu sebabnya di samping masalah penyedia internet itu sendiri.

Baiklah, sebagai pembuka tirai tahun 2007 ini, saya tidak ada apa-apa yang istimewa lagi yang ingin persembahkan kepada anda semua. Cuma, saya berharap anda mulakan tahun ini dengan lebih bersemangat dan jelas apa yang anda inginkan. Saya tahu, ramai yang ingin memiliki perniagaan internet sendiri, namun beberapa sebab seperti modal, pengetahuan dan aspek teknikal menyebabkan keinginan anda terbantut. Tak apa, tidak semestinya anda bermula di awal tahun, tetapi apa yang penting adalah, kemahuan yang jelas dan juga ADA usaha yang gigih. Itu sudah memadai buat permulaan perjalanan anda dalam bidang ini.

Perniagaan Internet Itu Mudah?

Tak juga. Ada yang mengatakan, “alah Zul, ada barang, itulah bisnes. Kau jer yang banyak cakap”. Saya pun membalas, “amboi, mudahnya dia cakap yer.. Habaq sikit macam mana tu..”. Dia senyap, orang sebegini hanya tahu cakap sahaja. Dia sendiri pun tak faham apa itu perniagaan internet yang sebenar.

Saudara/i, nak kata perniagaan internet itu mudah tak juga, nak kata susah tak juga. Ia bergantung kepada setiap orang dan keadaan tertentu. Seorang usahawan internet perlu mengetahui beberapa perkara yang dan terpenting adalah pengetahuan teknikal dan pemasaran. Kita sedang bercakap mengenai perniagaan kecil atau SOHO yang mana kitalah bos dan kitalah pekerja. Tidak seperti perniagaan besar yang ada staf dan modal yang besar untuk “outsources” kerja.

Usahawan Internet adalah “one man show”, iaitu melakukan semua kerja seorang diri seperti menguruskan pesanan, pembelian, pertanyaan, support, akaun kewangan perniagaan, perancangan, idea, penghasilan produk, membina dan menguruskan laman web dan lain-lain lagi. Fuuh, banyaknya.. :) Ya, lebih-lebih pasaran Malaysia, tak semua boleh diautomasikan.

Pendek cerita, anda laluilah sendiri nanti dan tentukan untuk anda, adakah ebiz ini mudah atau senang. Saya tidak dapat mengatakan ia senang atau susah. Lain orang lain liku-likunya atau jalan yang dilaluinya. Juga, setiap orang lain kemampuannya, lain keadaan persekitrannya atau dirinya sendiri. Banyak faktor yang akan menjadikan ebiz ini mudah atau senang.

Anda Perlu Tahu

Anda perlu tahu bahawa, di internet ada dua perkara:

1. Sekadar buat duit

2. Buat duit dengan membina perniagaan internet sendiri

Saya pernah menulis akan hal ini secara kasar sebelum ini. Inilah dan hanya dua cara ini untuk hasilkan duit di internet. Tanya diri anda, adakah anda perlu membina perniagaan internet? Jika tidak perlu, maka anda sudah cukup hanya membuat duit melalui mana-mana program seperti program affiliate atau google adsense. Itu bukan bisnes anda sendiri, ia adalah milik orang.

Anda adalah ‘pekerjanya’ atau anda tidak mendapat “income” jika sesuatu terjadi kepada program tersebut kerana anda tiada kuasa sama-sekali untuk mengawal program tersebut. Malah, tidak salah untuk saya katakan, jika anda ada produk sendiri pun dan menjualnya tanpa ada perancangan jangka pendek dan panjang yang meliputi usaha itu dan juga untuk hidup anda, itu juga bukan bisnes sepenuhnya. Sebab ia sekadar jual dan beli, tak ada apa-apa yang lain.

Lain dengan perniagaan internet sendiri, andalah bos, keuntungan 100% milik anda dan anda yang mengawal sepenuhnya bisnes. Sekali lagi saya ulang, BISNES. Adakah anda faham apa itu bisnes? Apa itu perniagaan? Jika tidak faham, lihat perniagaan konvensional dari awal penubuhannya sehingga berlakunya proses transaksi jual beli dan juga pengurusan dalaman perniagaan tersebut seperti perancangan, pemasaran, akaun, kewangan dan lain-lain.

Perniagaan Internet juga seperti itu. Bukan sekadar jual dan beli, tetapi ada matlamat yang lebih daripada itu. Ia adalah satu kerjaya: Usahawan. Perniagaan BUKAN sekadar buat duit tetapi ia adalah satu usaha yang meliputi dua sasaran iaitu jangka pendek dan panjang. Ya, bukan hanya sekadar buat duit… ;)

Jelas, begitu berbeza sekali antara hanya buat duit dengan buat duit dengan perniagaan sendiri di internet. Anda perlu faham akan hal ini. Kedua-duanya betul dan memberikan hasil, tetapi yang membezakan dua perkara ini adalah, MATLAMATNYA. Sebagai contoh, saya betul-betul serius untuk menjadikan bidang ini sebagai sumber rezeki saya yang utama. Ia adalah kerjaya utama saya.. Matlamat saya bukan hanya mahu buat duit, tapi lebih daripada itu. Setiap orang perlu memikirkan untuk diri sendiri apakah matlamat yang sepatutnya untuk berjaya dalam hidup ini.

Part Time atau Full Time?

Jangan salah sangka. Samada anda melakukan ebiz secara part time atau full time, anda juga adalah usahawan internet atau samada anda ada matlamat atau tidak, anda juga seorang peniaga jika ada produk yang dijual. Tetapi, ia TETAP ada perbezaan yang amat ketara. Saya, melakukan ebiz secara sepenuh masa sebab ia kerjaya saya. Jika anda melakukannya secra part time samada dapat hasil atau tidak, anda masih boleh menarik nafas yang panjang (atau sekurang-kurangnya nafas yang pendek!) kerana setiap bulan duit gaji akan masuk.

Usahawan full time seperti saya, jika tiada usaha yang kuat atau tak ada usaha dilakukan, hidup pasti akan serik. Kami usahawan full time, tak ada istilah gaji tetap atau tiada istilah bonus! Tiada keistimewaan sepertimana mereka yang mempunyai kerja (makan gaji) lebih-lebih lagi bekerja di jabatan kerajaan. Usahawan sepenuh masa begitu mencabar, perlukan strategi yang ampuh, kena kuat semangat, jelas matlamat dan lain-lain lagi.

Persoalan di sini, part time atau full time? Kedua-duanya boleh, tetapi skala perbezaannya tetap ada. :) Anda tentukan mana yang sesuai untuk anda. Namun sudah pasti, usahawan internet sepenuh masa itu lebih mencabar… Sekali lagi, ia adalah kerjaya, bukan hanya sekadar buat duit, namun kedua-dua boleh dilakukan. Anda yang menentukan anda berada di ‘kelompok’ yang mana.

Nak buat kedua-duanya sekali pun boleh, tak salah pun. Setiap orang ada keperluannya sendiri. Contohnya, saya menjadikan usahawan internet sebagai usaha utama saya dan ia adalah bisnes saya. Namun, mungkin anda melakukan perniagaan di internet hanya sekadar untuk menambah pendapatan (side income).. Kedua-duanya boleh, iaitu jadikan ia satu kerjaya utama ATAU sebagai pendapatan sampingan / tambahan sahaja. ;)

Setakat itu sahaja tulisan saya kali ini. Harapnya yang rindukan tulisan saya dah dapat melepaskan rindu tu dengan tulisan pertama 2007 ini.. hehe..

Jumpa lagi!

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Mesej Terpendek : Just Do It & Focus
  • Senarai Artikel: Hakikat Sebenar Perniagaan Internet?
  • Kembali Dengan Lebih Bersemangat! | Pelajaran Puasa
  • Sekali melangkah, jangan toleh ke belakang lagi..
  • Idea Aku diambil Orang!!
  • Usahawan: Fokus Pada Usaha Anda!
  • Saya Sudah Kembali… :)
  • “Mengapa Ramai Yang Bencikan Aku?”
  • Hakikat 12: Anda perlu ada rangkaian usahawan, jangan bersendirian
  • Bertemu Dengan Usahawan Internet Malaysia..

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    14 Comments »

    Comment by Johari
    2007-01-05 12:20:30

    Terima kasih Zul..

    Saya setuju dengan apa yang dibincangkan oleh saudara Zul di atas. Membina perniagaan internet ni tak mudah seperti yang disangka sebenarnya. Paling penting, ia memerlukan komitmen dan usaha yang sangat tinggi tak kiralah full time atau part time. Dalam apa jua bidang sekali pun, untuk berjaya, perlu ada kesungguhan juga.. :)

     
    Comment by hapisol
    2007-01-05 15:56:00

    zul, tq for info today.

    pertama sekali, selamat tahun baru. semoga zul sihat dan terus menulis perkongsian ilmu ebiz di sini.
    alhamdulillah, saya begitu semangat sempena tahun 2007 ini, utk makluman zul, banyak juga hasil penulisan zul di blog ini yg menaikkan semangat saya utk mendalami ilmu ebiz ni. insyaAllah, jika diizinkanNya, saya akan lancarkan blog pertama saya nanti.
    sekalung ucapan terima kasih kerana kesudian zul membuat ebook panduan blog wordpress. rasa seronok juga, setiap hari dpt menulis kat blog sendiri, dan banyak juga saya kena membaca skrg demi utk menulis di blog saya. perancangan pertama saya ialah, blog berkongsi tips perniagaan dan pekerja cemerlang. maklumlah, saya skrg bekerja sambil membuat ebiz, jadi ilmu ini sahaja yg dpt saya kongsikan utk sementara waktu ini. ok ker zul?

     
    Comment by Maizul
    2007-01-05 16:57:14

    Semoga Zul kuat semangat untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Tentunya kejaya Full Time menjanjikan sesuatu yang menarik dan memerlukan usaha yang kuat. Semoga Zul terus maju jaya. Selamat Tahun Baru.

     
    Comment by ijoi7007
    2007-01-05 20:55:29

    Khabar baik selalu…
    Tahun baru ni menandakan cabaran perniagaan terus bermula. So kena lar siapkan diri agar ilmu di dada terus bertambah juga. Ilmu dan usaha adalah perkara penting dlm mengorak langkah ebiz nie. Semoga kita semua terus mendapat tunjuk ajar dan berkat dariNYA..

     
    Comment by Walikard
    2007-01-05 23:19:16

    Selamat Bertambah Maju Zul, dan terus memberikan sumbangan-sumbangan bermakna :-)

     
    Comment by shuk
    2007-01-06 23:18:52

    Teruskanlah kita berusaha menambah ilmu dan terus istiqamah dengan bisnes yang kita buat….

     
    Comment by sAf-OnE
    2007-01-06 23:26:20

    Satu pembakaran semangat yang baik..

     
    Comment by shueqry
    2007-01-07 00:40:42

    wahhh!! bersemangat sungguh jadinya saya lepas baca post zul kali ini…sebab saya juga usahawan internet sepenuh masa, its not just about ‘make money’, but what can u do with the internet to make more, more and more money dalam usia yang muda sebelum 31 tahun dengan bisnes internet sendiri..kalau internet dan bisnes ni dah jadi minat, ia seakan jadi hobi yang mengasyikkan..yang perlu, jada disiplin diri, tetapkan matlamat dan berusaha keras untuk capai matlamat itu..tambahkan & gandakan ilmu, kemahiran dan pengalaman..

     
    Comment by hapisol
    2007-01-07 10:32:14

    betul shueqry,

    hobi saya skrg adalah menulis kat blog dan komen kat blog pakar2 ebiz spt zul, irfan, alang, shuth, saifulsham, hasrul, tuahemas dan lain-lain lagi. selain itu, saya suka membaca ilmu berkaitan ebiz.
    rasa seronok juga dpt berkongsi ilmu dgn rakan2 lain kat blog tersebut, walaupun tak dpt apa2 pendapatan lagi.

     
    Comment by irwan.dahnil
    2007-01-08 00:46:01

    Zul, welcome back! :)

    Nilai sebagai usahawan sejati juga perlu ada… asas tu… tak kira usahawan internet atau usahawan konvensional, motivasi dan kekuatan dalaman tu perlu dididik sentiasa.

    Ramai ingat internet business mudah sebab boleh buat kerja dari rumah. Tetapi kalau ikut pengalaman saya, hanya itu kelebihannya. Dari segi cara kerja, disiplin, matlamat dan rangkakerja memang saling tak ubah dengan usahawan konvensional.

    Salam Usahawan!

     
    Comment by din
    2007-01-09 23:18:27

    yang paling penting ialah melaksanakan azam itu sendiri

     
    Comment by pyan
    2007-10-01 23:24:17

    :neutral: Susah senang sesuatu perkara itu bergantung kepada diri kita sendiri dan ilmu yang kita ada. :roll:
    Kalo dalam diri dah kata senang , kita berazam dan berusaha untuk mengatasi atau mendapatkannya. Hendak seribu daya. Kalo dalam diri dah kata susah , ….. habislah segala motivasi yang ada. Timbullah seribu dalih. :mad: macam isteri saya kata, you are what yourself . :lol: Betul ke :?:

     
    Comment by abdfatah
    2007-10-16 00:38:47

    kalo dah tak bersemangat macam mana nak memajukan perniagaan internet? macam mana nak buat blog yang berdaya maju? asyik tak ada semangat aje nak buat itu ini… bermakna blog anda juga akan menajdi lesu tanpa maya karin yang bersemangat waja itu…

     
    Nama (required)
    E-mel (required - never shown publicly)
    URL Web/Blog
    Subscribe to comments via email
    Your Comment (smaller size | larger size)
    You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.

    Comment moderation is in use. Please do not submit your comment twice -- it will appear shortly.

    Trackback responses to this post




    Terbaik Untuk Anda: