Teknik Apa dan Siapakah Yang Paling Bagus?
Apa khabar anda semua? Hampir tiga hari saya tidak dapat mengakses Internet dengan kelajuan yang memuaskan. Dan keadaan yang paling ‘teruk’ adalah semalam di mana akses ke Internet langsung tidak dapat dilakukan. Ini sedikit sebanyak mengganggu tugas-tugas perniagaan Internet saya terutama ‘support’ untuk pelanggan, termasuklah mengemaskini blog ini.
Saya yakin, ada di antara anda yang tertunggu-tunggu artikel terkini daripada saya terutama mereka yang menjadi pemberi komen yang teraktif.
Maafkan saya kerana tidak dapat mengatasi masalah Internet tersebut sehingga tidak dapat menerbitkan artikel yang terbaru.
Baiklah, kita teruskan dengan artikel kali ini..
Teknik Apa Yang Paling Bagus?
Saya amat yakin, anda terkadang keliru dan amat keliru dengan dunia “Internet Marketing” di mana terlalu banyak cara dan teknik di dalam bidang ini. Dari teknik SEO, forum marketing, web 2.0, blog, email marketing, joint venture, affiliate marketing, link exchange, pay per click, squidoo, social bookmarking, bum marketing dan banyak lagi.
Itu baru teknik marketing, belum lagi kita sentuh dengan 1001 satu jenis model perniagaan Internet dan cara buat duit di Internet. Saya yakin, dalam sehari anda banyak membaca, mendapat dan mendengar berita (terutama melalui emel) mengenai produk-produk Internet Marketing yang terkini. Fuuh…
Keadaan keliru ini bertambah-tambah lagi kritikalnya apabila anda sering mendapat emel atau membaca sesuatu iklan berbentuk “how to make money” yang menyatakan kehebatan teknik masing-masing. Si pakar A mengatakan tekniknya berjaya menjana ribuan ringgit dalam satu malam. Manakala pakar B pula mengatakan teknik yang mereka gunakan berjaya menghasilkan banyak duit dalam beberapa hari sahaja.
Anda yang sedang keliru bertambah-tambah bingung dan pening. Semakin parah dan akhirnya kecundang di dalam usaha perniagaan Internet yang dilakukan akibat tiada fokus dek kerana ‘penangan’ kekeliruan di dalam fikiran.
Hakikatnya…
Hakikatnya, semua teknik ada kehebatan dan keberkesanan yang tersendiri. Saya lebih kepada teknik “free internet marketing” seperti blog, forum, iklan dan viral marketing. Orang lain mungkin lebih suka kepada pay per click, submit ke direktori berbayar dan sebagainya.
Apapun cara yang dilakukan, semuanya ada kehebatan masing-masing. Ini perkara utama yang perlu anda fahami. Maka, ‘rule no. 1′ di sini ialah, jangan mudah mengatakan YA kepada mereka yang mengatakan teknik mereka adalah yang terbaik. Kadang-kadang, mereka ini adalah penipu besar yang hanya mahukan wang daripada anda semata-mata.
Kedua, hindari diri anda daripada pengaruh di dunia maya ini. Si A kata dia hebat dengan tekniknya dan si B juga kata tekniknya pun hebat. Apa yang perlu anda lakukan di sini ialah tidak perlu ikut serta dengan ‘pertelingkahan’ mereka itu, sebaliknya lakukan cara ini: Anda senaraikan apakah teknik yang mudah, mampu, berkos rendah dan sudah semestinya berkesan untuk anda lakukan buat masa sekarang (keutamaan).
Kemampuan untuk melakukan teknik tersebut anda perlu lihat kepada modal yang anda ada dan pengetahuan sedia ada. Jika anda mempunyai modal yang terhad, promosi dan pemasaran tanpa kos adalah lebih sesuai untuk anda. Jika anda sudah tahu teknik SEO, blog, iklan dan forum marketing yang mana rata-rata percuma, maka asahkan lagi ‘skill’ untuk teknik tersebut. Sebaliknya tidak perlulah lagi anda cuba mendalami ilmu yang baru yang boleh dikemudiankan.
Hindarilah diri daripada teknik-teknik terbaru yang mungkin memerlukan banyak masa untuk anda luangkan bagi mempelajarinya, memahami, mengkaji dan mengeluarkan kos. Adalah lebih baik anda menumpukan sepenuh usaha dan masa yang ada untuk teknik-teknik yang telah terbukti memberikan hasil kepada anda sehingga masa tertentu. Lagi-lagi anda masih baru bermula dalam arena perniagaan Internet, maka lagilah perlu anda fokus kepada beberapa teknik sahaja.
Ketiga, ini kemuncaknya. Anda perlu ada sistem promosi dan pemasaran anda sendiri. Ini wajib dan memang wajib dimiliki dan dilakukan oleh anda. Caranya amat mudah iaitu, anda senaraikan teknik-teknik yang mampu anda lakukan dan boleh dilakukan tanpa perlukan kos yang tinggi dan pastikan teknik tersebut berkesan. Tidak cukup hanya berkesan, tetapi anda mestilah melakukannya dengan berkesan juga (perkara betul tidak akan berguna jika tidak melakukannya dengan betul).
Setelah anda senaraikan beberapa teknik yang akan anda lakukan, maka nyatakan pada diri anda sendiri, “Inilah teknik-teknik yang akan aku utamakan buat masa sekarang dan aku akan hidari daripada pengaruh-pengaruh semasa. Aku mesti FOKUS!”. Kemudian, langkah seterusnya ialah, wujudkan satu jadual waktu untuk kerja-kerja promosi dan pemasaran produk/perniagaan anda iaitu bila dan di mana anda perlu melakukannya.
Contoh:
Teknik Pemasaran Internet:
1. Forum
2. Menulis di Blog
3. Iklan
Tindakan (Jadual):
1. Forum:
Masuk ke forum 2 kali sehari atau 3 kali seminggu pada pukul sekian dan sekian.
Forum-forum yang terlibat:
a. Wangcyber.com
b. BicaraJutawan.com
2. Menulis di Blog
Menerbitkan (publish) artikel pada setiap hari ATAU selang dua hari pada setiap minggu.
3. Iklan
Membuat iklan sekali sebulan di laman web atau blog yang mempunyai trafik yang tinggi. (* senaraikan blog-blog atau laman web yang terlibat)
Contoh di atas adalah contoh sahaja. Terserah kepada kebijaksanaan anda untuk melakukan dengan lebih baik. Contoh di atas ingin menunjukkan kepada anda bahawa perlunya FOKUS kepada teknik-teknik tertentu dalam satu-satu masa, dan tidak bersibuk-sibuk untuk mempelajari sesuatu perkara baru padahal perkara yang sedang anda lakukan sekarang masih belum mendatangkan hasil.
Tahukah Anda?
1. Ada usahawan Internet yang hanya menggunakan teknik PPC (pay per click) sahaja untuk tujuan promosi (marketing). Saya pernah berjumpa dengan salah seorang yang mengamalkan teknik sebegini.
2. Ada usahawan Internet Malaysia yang hanya menggunakan beberapa teknik dan strategi sahaja, tetapi pendapatannya ribuan ringgit sebulan. Anda perlu mempercayainya kerana salah seorangnya adalah saya.
Apakah resepi dan rahsia kejayaan mereka? Tiada rahsia di sini. Mereka berjaya kerana mereka fokus kepada teknik dan strategi yang terbukti berkesan dan kemudian mereka melakukannya dengan baik, tersusun dan penuh perancangan.
“perkara yang betul, mesti dilakukan dengan betul”.
“Do the right thing in the right way!”.
“Anda perlu ukur pakaian di baju anda sendiri sebab anda yang akan memakai pakaian tersebut. Jangan pakai pakaian orang lain yang tak sama saiz ukuran badan anda!”.
“Pastikan teknik promosi dan pemasaran anda dilakukan dengan penuh terancang walaupun ia semudah mana sekali pun”.
Dan, Siapakah Yang Paling Bagus Dalam Internet Marketing?
Untuk persoalan ini, kita sambung di lain kali sebagai kesinambungan kepada topik kali ini. Topik siapakah yang bagus ini akan membincangkan siapakah yang patut anda dengar, ikut dan percaya di dalam industri Internet Marketing.
Salam kejayaan!
ps. SmartZul tidak dapat menulis untuk seminggu selepas ini. Balik kampung (raya) la, apa lagi…
Kemungkinan besar tulisan esok adalah tulisan yang ‘terakhir’.
Anda sukakan artikel kali ini? Tekan button vote di bawah untuk berikan berapa bintang daripada lima. Vote anda dapat membantu saya menilai sejauh mana tahap penulisan saya. TQ!
Incoming search terms:
- bisnes ape paling bagus
- internet marketing bagus
- mawardee enterprise penipu
- meniaga apa yang paling bagus















Thanks Zul, memang menarik artikel hari ini. Saya pun naik pening jugak melihat teknik2 marketing yang bermacam-macam sampai tak tahu nak guna yang mana. Insyallah dengan panduan yang Zul beri hari ini, ia menjadi panduan untuk lebih fokus pada teknik2 tertentu sahaja. (FOKUS lagi kan…)
zul dah muncul…
muncul2 dengan artikel yang power…
fokus..fokus…fokus…
ingat tu fokus! seperti zul terang kan diatas…
jangan sekejap buat ni sekejap buat tu…
fokus satu dulu…biar mahir dulu baru cuba buat yang lain pula…
han
Biar mahir dulu baru cuba buat yang lain
InsyaAllah,
Nanti aku amalkan
amalkan baik2 tu…
jangan tak amal pula…
han
oh internet aksess yang slow rupanya… sabor ajelah…
banyak jugak teknik marketing nih. itu ini begitu begini… mana satu nak pilih ek? pilihannya adalah di tangan anda sendiri mengikutkan kadar ukuran baju dengan size anda sendiri. kalo pakai seluar besar, maka akan terjadilah seluar lega dan memang takleh pakai pun…
kalo seluar yang terlalu ketat dah tentu tersiksa jadiknya. lain citer kalo pakai seluar getah nampak ketat…
macam mana pilihan anda. dah tentunya guna hanya satu cara yang anda sendiri selesa. kalo itu ini nak cuba dan membuang masa anda. bermakna anda tidak akan memperolehi hasil yang menguntungkan…
nak rugi atau nak untung??
Saya suka seluar besar untuk memudahkan pergerakan.
Dulu gemuk sekarang dah kurus, jadi masih pakai seluar besar
Nak Untung
ahahaaa…dah tentunya semuanya nak untung. rugi sekali sekala adalah pengalaman yang cukup bermakna dalam kehidupan…
ha ha
rugi juga boleh memberi pengajaran kepada kita,
dalam erti kata belajar dari kesilapan.
ya betul!
betul tu hamid…
rugi sebagai pengajaran…
untung sebagai hasilnya…
han
mestilah nak untung…
ade ke orang yang nak rugi…
setakat ni tak jumpa lagi…hehe
han
Zul lah yang paling bagus sebab bagi banyak ilmu pada kita dalam bahasa kita pulak tu.
Saya baru keluar dari web “theultimategiveaway Round 2″ ada banyak benda free kat sana. Semua kata depa bagus.
bagus bagi mereka yang menggunakan teknik tersebut secara konsisten dan bukannya secara cuba-cuba, lepas tu cuba yang lain pulok… tak jadi yang ini bleh try teknik yang lain pula. akhirnya tidak ada satupun yang menghasilkan keuntungan yang maksima…
guna teknik yang betul dan amalkan…
mesti berjaya akhirnya…
jangan guna ni tak jadi lagi dah cuba yang lain…
mcm gali telaga tak jumpa air lagi gali yang lain pula…bila nak jumpa air kalau macam tu…
han
Try n error jugak penting dalam menentukan teknik yang bagus.Mungkin Teknik A bagus, tapi tidak sesuai dengan anda.Mungkin Teknik B pula bagus pada anda tapi tidak bagus pada yang lain.
tak semua benda yang sesuai dengan kita…
mcm zul expert dalam blog…
dan orang lain mungkin expert dalam SEO, forum atau lain2…
kalau semua kita expert, tu dah memang betul2 expert latu…hehe…
han
terima kasih atas tips yang sangat baik ini.
saya kira artikel ini ditulis dengan penuh keikhlasan untuk berkongsi ilmu yang penulis ada.
tak ramai yang menulis dengan keikhlasan.
yang ramai nya….menulis hanya sebab nak untung jer.
tulisan yang ikhlas…akan memberikan impak yang besar kepada pembaca.
terima kasih SmartZul.
saya bagi 5 bintang untuk artikel ini.
zul memang selalu kepada kebenaran…
takde sembunyi2…hehe
betul zul?
han
itulah dia caranya zul menulis, bukan sekadar untuk dirinya sendiri bahkan untuk membantu mereka yang mahu berjaya dalam kehidupan dunia perniagaan internet…
ni yang buat ramai yang suka dengan blog zul ni…
tapi ingat…rahsia tu tetap rahsia…
senjata rahsia lah katakan…
han
Saya memang mengakui teknik marketing Zul berkesan. Sebab saya dah cuba beberapa teknik Zul tu. Nak guna semuanya tak mampu
. Tapi hasilnya tetap memuaskan, lebih dari yang saya sangkakan. Sampai la ni masih simpan lagi teknik Zul tu. Ye la kot-kot ada lagi produk dimasa akan datang. Just follow je teknik Zul tempoh hari.
P.S: Sok nak balik kampung dah? Selamat hari raya Zul. Maaf zahir batin. Balik kg naik motor or bas Zul? Hati-hati dijalan raya. Saya akan bercuti hampir 3 minggu start jumaat ini. Rindu kat kg halaman
P.S.S Selamat hari raya semua!!
Huhu teknik pemasaran internet, menarik ni

Blum baca abih lagi
jap nak sambung baca
selamat hari raya masih…masih tercari teknik yang sesuai ho ho
Saya buat masa ini hanya fokus kepada ebay….masih tercari-cari dan belajar teknik Internet Marketing….Post dan tip yang baik..
TQ
ebay ni mcm mana ek halim?
tak pernah lagi masuk web ebay…
mcm mana ia berfungsi…?
han
Selamat hari raya juga diucapkan
jangan lupa praktikkan teknik yang diberikan.
Menarik…memang menarik artikel ini.. apa yg ditulis oleh Zul mmg betul. banyak sgt teknik internet marketing ni…naik pening kepala otak. tak tau nak ikut yg mana…
jadi kalau taknak jadi pening…ikut cara Zul…dan yg penting kena ada perancangan dan jadual. kena ikut jadul, baru ada hasil…
p/s : Saya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua..(yg kenal saya atau yg tak kenal saya) dan jugak Zul ( saya dah pernah jumpa Zul ). harap2 Zul kenal saya lagi…
Apa-apa pun berhati-hati di jalan raya…
itulah dia, bukan hanya ada satu cara, cara yang terkini dan cara umum yang hendak diikut. kalo ikutkan hati semuanya nak guna teknik pemasaran tersebut.
berjayakah kita dengan semua teknik yang hendak digunakan tersebut?
mana lah boleh berjaya dalam semua teknik…
boleh menguasai satu dua dengan mahir cukup lah…
lepas tu belajar lagi…
han
Yang paling penting bermula. Banyak teknik & banyak strategi memang menjadikan kita lebih keliru lebih-lebih lagi yang baru nak mula. Satu benda tak buat..asyik kaji, kaji, kaji..cari, cari, cari…Selamat hari raya. Maaf Zahir Batin.
hah betul tu…
mulakan langkah pertama dulu sebelum e langkah seterusnya…
han
hi hi,
kena amalkan sistem fokus la jawabnya.
praktikkan satu persatu.
dalam artikel ni…
fokus lah yang utama…
jadi kena lah fokus untuk menjayakan sesuatu yang diusahakan…
kalau lompat2, jangan mimpi lah…hehe…
han
best artikel ni,.. fokas, yakin dan kerja smart tu yang
menjamin kejayaan.
Selamat hari raya & Maaf Zahir & Bathin Zul & semua.
Berhati2 di jalanraya & ingat Allah selalu.
Ana juga ingin mengucapkan
Selamat hari raya & Maaf Zahir & Bathin
Abaikan jer kata depa,
asalkan kita dapat yang free tu
Sebab yang free ni banyak gak memberi manfaat kepada kita
depa tu sapa hamid?
hehe…free ek…
sapa lah tak suka barang free…haha…
kalau barang free tak pernah lepas kan kalau terjumpa…
han
meh sini seketul ebook free, boleh? kalo takleh nak pinjam laa…
nak free ek?
kena daftar dengan hamid dulu lah…hehe
han
Mereka dan keluarga mereka
Selalu la singgah di Smartusaha
banyak ilmu yang diberikan
thank zul
saya pun banyak belajar dari zul…
blog ni banyak memberi tip kepada saya…
setiap hari saya mesti datang untuk membaca artikel baru…
han
Thanks Zul atas info ini. Saya akan cuba teknik seperti yang Zul perkatakan ini untuk projek terbaru saya nanti. Insyaallah, kalau tiada aral melintang maybe penghujung bulan ini.
Zul, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Berhati2 balik kampung, walaupun naik bas ke pastikan jangan sampai driver bas tu tertido….
Bila nak datang open house kat Penang ni? Kita makan nasi kandaq!
disini, untuk sapa2 yang dah nak balik kampung tu,
saya ucapkan
SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN…
YANG PENTING HATI-HATI DI JALAN RAYA…
han
selamat hari raya untuk zul dan semua. :
Selamat hari raya, mohon maaf semua jika ada salah dan silap sepanjang komen di blog ini.
iklan jugak kena buat secara konsisten dengan ayat yang power dan memikat untuk menarik minat sesiapa yang ingin mmbeli dan menapat maklumat yang dicari-cari…
selamat hari raya…
iklan memang kena ada ayat power utk org tengok pun tak tahan…
tapi jangan hype sgt pula…
dan juga jangan tipu…
kalau kita buat iklan berbayar, kita tipu, kita rugi…
sebab orang klik dah keluar benda lain…
mereka akan back atau close je…
han
kalo hype dan pergi kepada informasi yang berguna okeh jugak… sebab memang itu yang kita nak promote. so kena terangkanlah apa akan jadi selepas anda klik dan kuar produk yang lain dari yang diiklankan… ikhlas memang penting laa dalam berniaga.
kalau nak berniaga, kenalah iklas…
bukan semata-mata kerana duit…
kan berniaga ni utk memenuhi keperluan atau kehendak manusia…
bukannya berniaga kerana duit…
han
Kena la ikhlas dalam berniaga ni
Salam. saya pun nak ucapkan selamat hari raya kepada saudara Smart Zul.
Tak sabar2 nak tunggu pelancaran projek2 Smart Zul.
Oklah, gud luck
Mawardee hang pun dapat tawaran zul tu ker
Xda
hari ini raya ke 2, x tau buat apa , aku masuk juga kat blog ni.
Selamat hari raya
Zul tak kandas ke masa drive buat mogok tu.
Selamat hari raya pyan,
tak balik kg ker?
drive buat mogok?? apa maksud tu?
banyak giler teknik pemasaran yang boleh kita guna sekarang ni. terpulang lah yang mana terbaik bagi kita untuk guna.
Ye hafiz,
memang banyak, cuma kita kena la rajin mencarinya,
belajar dan terus belajar
jangan overload sudah hamid…
belajar yang patut adalah digalakkan…
memang banyak cara promosi…
tapi kalau boleh, biar mahir satu dulu…
baru cuba yang lain pula…
han
Betul tu han,
jangan overload sudah,
fahamkan setiap ilmu yang anda pelajari baru buka topik lain
dah download overload dari zul…
bererti tu…
kalau sesiapa yang belum, boleh lah download…hehe
tolong zul promote sikit…
han
download overload..???
download apa tu?
alah report overload zul la…
tak download ke ari tu?
han
kena cuba banyak2 dan rasa sesuai dan berjaya teknik yang telah digunakan, maka gunakannya sepenuh masa untuk diri anda semaksima mungkin dengan kelebihan fokus yang ada…
Dan jangan lupa kongsi ilmu bersama dengan oang lain,
semoga ilmu yang diperolehi lebih diberkati
kalau ada ilmu, mesti kongsikan…
takkan nak bawa ke mati ilmu tu…
sia2 lah ilmu yang kita belajar tu…
han
Ye Han,
peringatan kepada mereka yang diluar sana tu, juga kepada kita semua
Ya lah Han dan Hamid,
Ilmu yang ada tu panjang2 kan lah ya…
Amal jariah tu nama nya..
Membantu yang tak tau ke, tegur yang silap dan
memberi motivasi membakar semangat kawan2 semua
banyak hikmahnya ya..
Dan yang dah dapat bantuan tu panjangkan lagi ya..
Dapat lah juga saham guru yg pertama tadi..
YA TAK…
ilmu mesti kena dikongsi kan…
kalau tak sia2 ilmu yang ada…
han
Ya. Selamat hari Raya. senang cerita..cari Guru. PPC memang membantu dalam promosi. Besar potensi PPc ni..
Apapun. Semoga berjaya hendaknya selalu!
huh…
PCC bahaya tu…
kalau tak reti guna, boleh rugi besar tu…
hasil takde tapi duit keluar…
kena belajar betul2 tentang PCC ni…
saya hingga sekarang masih tak guna lagi PCC ni…
bagi saya, baik beli ruang iklan di blog zul ni…hehe
han
nama lagi promosi… kalo guna cara yang menggunakan modal yang banyak dan tersilap langkah memang akan menjadi sia-sia belaka… kalo klik iklan ppc tu memang ada laa… nak guna ppc nih kena kuar modal dan jugak produk yang disediakan perlu ada sambutan…
nak guna tu kena lah fikir dulu…
berbaloi ke tidak…
untung tak?
kalau nak promote affiliate, besar tak komisen tu?
han
saya percaya perndapat anda ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda. Semua teknik pemasaran yang anda nyatakan amat berguna kepada semua peniaga-peniaga internet masa kini. Kita cuma perlu memilih method yang mana yang sesuai dan bertepatan dengan konsep perniagaan dan pekembangan semasa.
Yang paling penting adalah fokus.
Walau kita selalu diperkenalkan dengan teknik-teknik promosi terbaru, itu tak bermakna kita mesti wat semua. Kalau tak, memang 24 jam jela bersengkang mata kat komputer…huhuhu
kalau nak teknik memang banyak teknik dan semua orang kata teknik diorang bagus dan klaim internet marketing guru. tapi tips ni memang boleh di cuba. thanks zul
memang pening kepala kalo pikir pasal internet marketing dunia maya yang penuh ranjau .kalau silap langkah boleh kecundang dibuatnya.yang penting fokus macam saudara zul katakan tadi.