Tiga Langkah Untuk Memaksimakan Usaha Blogging
Terdapat banyak cara bagaimana kita boleh memaksimakan usaha blogging kita. Namun bergantung kepada tujuan blogging masing-masing. Tujuan utama saya blogging adalah membina komuniti dan kredibiliti. Bagi orang lain, mungkin untuk buat duit atau apa saja tujuan dan sebab.
Tiga langkah atau teknik berikut adalah yang saya amalkan sendiri selama ini yang mana pada saya ia antara langkah memaksimumkan lagi usaha blogging saya bagi mencapai tujuan saya tersebut.
Lakukan tiga perkara berikut secara konsisten, betul dan penuh kesabaran:
1. Daftar akaun MyBloglog.com. Walaupun sistem ini sudah lama dan sudah jarang diperbincangkan, namun sebab ia sudah lamalah maka kita perlu menggunakannya. Boleh dikatakan rata-rata blog memasang widget mybloglog di blog mereka. Blog ini pun sudah lama memasang widget tersebut.
Dengan memiliki akaun mybloglog, anda akan meninggalkan jejak bahawa anda telah melawati blog tersebut. Malah anda juga boleh menyertai komuniti blog itu. Contoh widget:

Katakan saya melawat sebuah blog dan saya telah login ke akaun Mybloglog saya atau akaun Yahoo, maka avatar / imej saya akan dipaparkan pada bahagian widget mybloglog di blog tersebut:

Widget di blog rohaizad.com
Apa lagi fungsi mybloglog? Jika dilihat, apabila avatar seseorang dilalukan dengan kursor mouse, info ringkas mengenai pelawat tersebut akan dipaparkan. Lihat pada contoh di atas. Senarai blog saya dipaparkan.
Kita jangan memandang remeh teknik sebegini. Walaupun ia nampak biasa, tetapi sekurang-kurangnya kita telah menambah satu lagi usaha untuk memaksimakan lagi usaha blogging kita.
2. Daftar akaun Facebook (FB) dan link-kan dengan blog. Caranya adalah dengan mendaftar masuk link RSS di bahagian fungsi Notes profile Facebook anda. Hasilnya apabila ada post dipublish di blog, post tersebut juga akan dimasukkan pada bahagian Notes FB profile anda.
Contoh Notes yang terjana secara automatik sebaik sahaja post di blog ini diterbitkan (publish):

Andaikata di Facebook anda mempunyai 1000 orang rakan, maka Notes atau sebenarnya post dari blog akan dibaca juga oleh mereka (walaupun tidak semua mereka membacanya). Di sini anda nampak terdapat dua sumber trafik sekaligus. Yang datang terus ke blog ini dan juga dari Facebook.
Contoh komen pembaca di Notes FB:

Andaikata mereka tidak melawat blog anda, namun kelebihan lain juga adalah anda mampu membina kredibiliti melalui Facebook. Inilah dikatakan teknik serampang dua mata.
3. Twitter. Konsep sama seperti cara kedua di atas. Banyak plugin yang boleh digunakan di mana sebaik sahaja satu post dipublish di blog, maka secara automatik ia akan ditweet di profile Twitter anda. Contoh:

Salah satu plugin yang boleh digunakan adalah Twitter Tools.
Kesimpulan
Saya hanya menulis secara ringkas sahaja. Seterusnya anda boleh mencari sendiri bagaimana untuk melakukannya. Amat rugi tidak melakukannya kerana anda hanya perlu sekali setup sahaja dan seterusnya ia akan berfungsi tanpa perlu anda memikirkannya langsung (berfungsi secara automatik) terutama cara kedua dan ketiga di atas.
Sebenarnya banyak lagi trik dan teknik bagaimana kita boleh mempermudahkan lagi usaha blogging tanpa selalu melakukan secara manual atau terlalu teknikal. Katakunci di sini adalah Systemize iaitu kita menggunakan apa saja tool yang ada sebagai satu daya usaha leverage. Usaha sebegini akan menjadikan kita sebagai seorang smart blogger.
Apa pun, kembali kepada asas blogging. Apakah tujuan kita blogging? Jika ditanya saya, tujuan saya blogging adalah untuk jangka masa lama. Sehingga hari ini, saya masih tetap berblogging setelah hampir empat tahun lamanya. Blog ini adalah salah satu ‘nyawa’ untuk perniagaan saya. Saya mahu membina komuniti saya sendiri dengan menyumbang perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman. Dan ia dapat dilakukan dengan berkesan melalui blog ini selain cara lain.
Maka, saya perlu melakukan dengan sebaik mungkin agar usaha blogging saya mencapai matlamat yang disasarkan. Tepuk dada, tanya diri sendiri.









salam smartzul,
boleh tau tak bro guna plugins apa untuk twitter tu. saya dah try beberapa plugins, tapi sentiasa ada bugs.
Salam msarbin.
Seperti yang dinyatakan di atas, saya guna Twitter Tools:
http://wordpress.org/extend/plugins/twitter-tools/
owh..sorry bro. saya tak perasan ada kat bawah pics tu. anyway thank you
Ok. Maaf sebab letak di bahagian yang ‘terselindung’.
Good info, memperkenalkan pluggin twitter.
Cuma RSS kat Facebook tu x tau cam ne? tgk cam kene taip je.
Nanti saya buat satu artikel untuk perkara tersebut.
Betul. No 1 and No 3 dah sempoi. No 2 tu saya pun belum dapat buat lagi.
OK tq bro
Banyak sangat tips, info dan ilmu yang saya dapat dalam blog ni. Thanks saudara Zul..
Saya setujuh sangat dengan kata2 saudara Zul tu, kita mesti tahu apa tujuan kita blogging supaya kita dapat bertahan lama dalam dunia blogging.
salam bro smartzul..
thanks bro..info yang sgt2 berguna bg yg baru nak berblogging mcm sy nih..masalah yg slalu newbie mcm sy ni ialah nak keep up blog tu..kadang2 takde idea nak update artikel..tu yg masalah tu..
Saya akan publish satu artikel bagaimana kita boleh menulis dengan mudah. Menulis pun ada caranya. Bukan sekadar ikut mood.
Waah.. ni yang buat saya tak sabar nak tunggu ni hehe..
wah..bagus tu bro..hohohoho..thanks!
Dan terlalu banyak yang saya belajar daripada blog tuan Zul.
setuju. 3 benda yang wajib join.
Terima kasih Tuan Azree.
Salam semua,
Huhuhuh, tq byk2 saudara, saya tak terpk pun ada benda macam nie.saya urang mahir sikit.tapi still memperbaiki kelemahan.
Tq for da good info.hehehe. nanti saya add saudara.ehhehe
Salam
Amril_Muidz @ IDIN
Terima kasih.
wah zul..bagus..bagus..dulu sebenonya aku x suka berblog nih..ni sekarang baru nak terhegeh2 belajo tarik trafic blog..huhu…tadi aku search kat google pasal nak cari info..terjumpa muka ko 2 kali..kat ruang forum..hehe..aktif giler ko yeh
Ada yang saya dah buat dan ada yang belum.. Mungkin melakukan bisnes2 fizikal atau offline membataskan kerja2 online ni.. huhu..
Tak apa Jai. Benda ni dah setup sekali, tak perlu buat apa-apa dah lepas tu melainkan nak tokok tambah apa-apa.
Thanks bro ZUL,
Memang kena updated semua nie utk memastikan semuanya berjalan lancar..
Ya, memang terlampau aktif.
teruskan usaha suci murnimu itu..hehe..
yang no. 2 dah berjaya. yang no 3 tu dah buat and configure tp masih tak jadi lagi. tgh dok godek2 lagi..
No. 3 sepatutnya mudah saja kan? Aktifkan plugin, setting sikit dan siap. Mungkin ada masalah dengan sistem wordpress yang digunakan?
betul. saya dah aktifkan semua plugins twitter tools dan configure melalui setting panel. Saya juga telah sign up bit.ly user name and API untuk dimasukkan dalam setting tersebut. Namun bila saya test post twitter saya masih belum update. tq bro. nanti saya try check apa tak kena.
saya masih belajar bagaimana menggunakan akaun facebook dengan betul.tuan zul ada tip2 menarik lagi?
Terima kasih atas tip-tip yang zul beri. saya telah praktikkan dan ianya memang berkesan
Banyak caranya. Cuma yang pertama sekali, ramaikan kawan di FB. Tak perlu ribu-ribu. Yang penting ada ‘kenalan’ di sana. Seterusnya boleh guna groups, pages atau ruangan marketplace kalau mahu menjual. Dan pada profile peribadi kita pun ada beberapa fungsi yang berkesan seperti Notes. Saya suka Notes walau saya hanya tulis tip ringkas sahaja. Ia boleh ‘go viral’ dengan lebih berkesan di FB. Gunakan juga fungsi Links yang disediakan, tapi jangan terlalu berlebihan.
assalamualaikum
satu post yang menarik dan wajar diguna pakai juga oleh pemilik blog
Apa yang boleh saya katakan melalui laman blog smartusaha ini ialah ia telah membantu saya dalam menjalankan perniagaan internet sejak 2 tahun yang lalu.
Untuk pengetahuan anda semua, blog inilah blog utama yang menjadi sumber rujukan perniagaan internet untuk saya.
Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
Terima kasih Aqif. Saya hanya menulis sekelumit informasi sahaja. Seterusnya yang mendapat hasil itu adalah atas usaha mereka sendiri.
Tahniah.
Cara untuk add post blog terus ke Notes di FB. Secara ringkasnya:
Masuk ke bahagian http://www.facebook.com/notes.php?ref=sb dan ada bahagian konfigurasi bernama importing notes from an external blog. Klik pada link Impor from external blog. Masukkan link RSS blog ke dalam bahagian yang disediakan dan klik Start Importing.
Siap.
Ia akan berfungsi sebaik sahaja ada post terbaru daripada blog yang ditetapkan tadi.
terima kasih zul. saya dah lama nak tahu macam mana nak buat notes tu..saya dah buat macam zul suruh. dah jadi dah.
.
Ok, baguslah kalau dah dapat. Mudah saja caranya.
Boleh lihat contoh di mana post ini berada di FB. Di sana ramai juga yang membaca dan memberikan komen.
http://www.facebook.com/profile.php?id=1040776850#/note.php?note_id=194137161200
baru nak belajar guna semua benda tu. widget yang saya dah masukkan ke dalam blog saya hanya twitter dan mybloglog tapi tak pandai lagi menggunakannya sepenuhnya.
Info yang sangat berguna terutama kepada newbie spt saya..tq zul
Ok, moga dapat mempraktikkannya.
Tertarik dengan tip yang diberikan. bagaimanakah caranhya untuk saya linkkan akaun FB saya dengan blog saya http://www.afyan.com sebagaimana tip no 2.Saya budak baru belajar…
..nak kata apa lagi ya? yang pasti singgah di blog ni memang sangat-sangat menguntungkan kerana padat dengan informasi terkini.
Aku selama ni tak pernah explore sangat pon fungsi2 yang ada kat FB tu. Bila baca artikel ni..baru aku tau fungsi no. 2 tu
hehehehe..terima kasih zul. Semoga selepas ini ada huraian atau perbincangan yang lebih mendalam lagi dalam topik ini..
Ada beberapa fungsi di FB yang bagus kalau digunakan semaksima mungkin. Kalau ‘integrate’ sekali dengan blog atau twitter lagi bagus.
Masuk ke bahagian http://www.facebook.com/notes.php?ref=sb dan ada bahagian konfigurasi bernama importing notes from an external blog. Klik pada link Impor from external blog. Masukkan link RSS blog ke dalam bahagian yang disediakan dan klik Start Importing.Siap.
Ia akan berfungsi sebaik sahaja ada post terbaru daripada blog yang ditetapkan tadi.
Terima kasih! Saya sedang mencubanya
Kalau dah berjaya, khabarkan di sini ya.
dulu aku penah buat..tapi sekali seua post dier masukkan..xper ker..aku takut penuh wall member2 aku nanti..atau kat wall kaeluar satu jer..
Yang tu saya kurang pasti pula. Setahu saya dia akan keluar satu sahaja masa kita add setting rss tu. Tak keluar semua.
bagi yg baru nak add tu..xder masalah kan..buatnyer ader 20 post..sekali jerla kan kuar kat wall kan..
Kat wall tu dia akan keluarkan post yg selepas kita dah siap setting di FB. Post2 sebelum dia tak masukkan. Itu apa yang saya perhatikanlah.
Alhamdulillah, saya berjaya lakukannya!Terima kasih Tuan Zul atas panduan dan tips yang diberikan.Tip pertama dan kedua sudah dibuat. Cuma tip ke-3 yang saya belum cuba. Takut ter"addict"
aku dah test..nasib baik dier x kuar semua..cuma kat profile aku jer yg penuh..huhu..kat wall satu jer kuar..ok thanks
zul..dari dulu aku nak tanya..ko ader wat ebook blog kan..ko ajar wordpress ke blogspot atau 2 2 sekali..ko siap ajar teknik seo x..kalo ader bagi aku link..nak tgk
ok2..aku dah masok laman ko..hehe..aku x perasan lak ader view original post kat facebook nih..huhu..k
Tuan Afyan, pilih mana yang perlu. Buat satu pun kadang-kadang sudah memadai. Yang ke-3 tu tak buat pun tak apa sebab banyak kerja pula nak handle Twitter.Ruhaizat, yup memang satu saja akan keluar pada wall. Pasal ebook Kit Blogger tu, hanya pasal WordPress dot com sahaja. Pasal SEO, hanya basic sahaja terutama bentuk permalink. SEO Advance untuk WordPress dah ada IM yang tulis:http://jurnalsem.com/panduan-asas-seo-wordpress/Link ebook Kit Blogger:http://bloggingsteps.com/kit/*Yang ebook advance tu dia tak ajar yang basic. Ebook tu memang teknikal. So disarankan dapatkan kedua-dua buah ebook di atas.
kalo beli sekali tiga2 ebook tu beraper..bagila diskaun bro..hehe..
Tiga atau dua?Ebook Advance tu bukan saya punya. Nak diskaun perlu contact dia lah.Sila hubungi saya guna contact form di sini untuk urusan tawar menawar:
http://blog.smartusaha.com/hubungi-saya/
dah..aku dah send mail kat ko..thanks
wah..baru je cari info macam mane nak link blog ke twitter dan facebook..tup2 terjumpa kat laman blog sifu zul..hehe tak payah susah-susah cari kat tempat lain..
thanks
terima kasih smartzul. sy baru sahaja apply blog ke bahagian notes di FB
salam,saya gunakan kaedah ini dan ternyata amat berkesan.terima kasih banyak2
salam,
terima kasih saudara zul.satu lagi ilmu bermanfaat yg sy perolehi dari blog ini..kewujudan blog saya pun atas bantuan saudara zul.saya hargai segala ilmu yg saudara curahkan..tq
Salam kepada smartzul,
Selama ini saya hanya menjadi silent reader sahaja, alhamdulillah kali ini saya menulis komen, saya lihat ramai pengungjung di atas termasuk saya yang bermasalah dengan tip facebook, harap saudara smartzul boleh terangkan dengan detail lagi.
Terima kasih saya ucapkan.
Salam fareast.
Terima kasih memberikan komen yang pertama.
Apakah masalah facebook tersebut? Saya akan cuba membantu..
ps. Add saya sebagai kawan di FB sebab di sana banyak tip mengenai Facebook yang saya tidak tulis di blog ini.
http://facebook.com/mohdzulfadli
Salam Smartzul,
Tahniah kerana banyak membantu kiteorang yang newbies dalam hal-hal blogging,terutama tentang panduan guna wordpress….x taulah sama ada sy nie dah ketinggalan atau tak,tapi kalau blh nk minta sdra zul kupas sikit cara nk settle problem error 404 ni khas utk kiteorg yg br blajo ni…
Error 404 di blog Dja atau di blog saya ni?
rasanya saya dah ada akaun ni..tapi xaktif..nanti kena aktif la..tq bro zul..:-)