Tekad

Salah satu rahsia kejayaan seseorang dalam bidang dan usaha pilihan adalah sifat tekad.

Tekad bermaksud kita sepenuh hati membuat satu pilihan, keputusan dan tindakan. Tiada dua, tetapi hanya satu.

Contohnya, kita tekad untuk melakukan perniagaan secara sepenuh masa tanpa menoleh dan berfikir lagi untuk bekerja makan gaji, ataupun bersikap lemah semangat. Pilihan dan keputusan kita adalah bersungguh-sungguh untuk menjadi usahawan berjaya.

Ia umpama kita berada di persimpangan dan mempunyai dua jalan untuk dipilih. Kita hanya boleh memilih salah satu sahaja.

Soalan cepu emas: Adakah kita sudah tekad sepenuh hati tanpa mampu digugat oleh sesiapa pun?

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Tekad

  1. Assalamualaikum zul,

    Pada pendapat saya tekad memang satu sikap yang perlu ada pada diri sesiapa pun,tidak terhad kepada usahawan sahaja.

    Kerana adakalanya kita semua akan menghadapi satu situasi terpaksa mengambil keputusan drastik membuat satu keputusan.

    Tetapi pastikan persediaan untuk mengambil sesuatu keputusan yang tekad itu mestilah dah dipersiapkan persediaan yang secukupnya.

    Contohnya katakan seseorang yang makan gaji mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan sepenuh masa,sebelum keputusan diambil perlu dipersiapkan dengan ilmu yang mendalam sebagai contohnya.

    Kalau tidak ianya akan mengundang risiko yang lebih besar.Ini sekadar pendapat saya.

    1. Biasanya ragu-ragu itu timbul kerana kita tidak terlalu tahu dan mendalami perkara yang kita mahu lakukan itu. Jadi belajar ilmu dan kemahirannya dahulu sebelum mula bertindak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *