Mengapa saya menamatkan penggunaan ‘Facebook Comment’

Lama juga saya menggunakan plugin Facebook Comments, hampir setahun lebih rasanya. Fungsi plugin ini adalah memberikan peluang untuk pengguna Facebook memberikan komen tanpa perlu bersusah payah memasukkan nama, emel dan URL website mereka seperti di ruangan komen blog.

Daftar SSM

Boleh dikatakan rata-rata pembaca memberikan komen atau membuat pertanyaan melalui Facebook Comment tersebut. Kita semua tahu, bahawa boleh dikatakan ramai orang yang selalu online Facebook, jadi mereka lebih senang memberi komen pada bahagian komen FB di blog.

Salah satu perkara yang saya sedari adalah, fungsi paparan di bahagian admin blog atau notifikasi untuk memaklumkan wujudnya komen-komen baru pada entri berkaitan, tidak berfungsi atau mungkin tidak ada langsung. Tetapi saya biarkan saja dengan harapan ia menjadi viral di Facebook, walaupun saya tidak tahu ada komen-komen baru yang masuk.

Namun pandangan saya mula berubah apabila saya baru menyedari komen berikut yang diberikan melalui fungsi FB Comment, sebulan selepas komen itu dimasukkan:

Facebook Comments

Satu peluang yang saya terlepas begitu sahaja…

Sebaik sahaja selepas saya menyedari komen di atas dan membalas komen tersebut, saya terus menutup ruangan komen Facebook untuk blog ini.

Saya membuat beberapa kesimpulan berikut:

  • Komen di blog menggunakan fungsi FB Comment memang menjadi sumber viral di Facebook.com, namun ia hanyalah viral yang sementara.
  • Komen di ruangan FB Comment ‘sukar’ untuk dieksport kembali ke ruangan komen blog yang sebenar.
  • Komen adalah sesuatu yang bernilai untuk sesebuah blog. Jadi jika menggunakan Facebook Comment, ia sukar untuk dikekalkan untuk selamanya kerana ia adalah ‘berasingan’ dengan sistem blog.
  • Segala komen biasanya akan masuk ke sistem Facebook, bukan ke sistem blog, melainkan plugin yang digunakan ada fungsi untuk memasukkan komen itu ke dalam database blog.
  • Apa yang dimasukkan ke Facebook adalah juga akan menjadi hak milik Facebook.
  • Apabila komen diberikan melalui fungsi FB Comment, kekuatan sesebuah blog mungkin akan berkurangan, berbanding menggunakan sistem komen sedia ada.

Jadi, saya tidak akan lagi menggunakan plugin Facebook Comments, melainkan jika benar-benar ada satu plugin yang memenuhi beberapa aspek berkaitan. Namun buat masa ini, saya akan menggunakan sepenuhnya ruangan komen sistem blog ini. Kembali kepada asal dan asas…

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “Mengapa saya menamatkan penggunaan ‘Facebook Comment’

  1. sebenarnya komen kat blog membantu SEO.Adakalanya ia disenaraikan pada keputusan carian disebabkan oleh komen. Jika di FB, ia hanya di fb sahaja.

    Anda pro and cons tentang FB Comments ini. Jika nak guna, kena alert di kedua dua. Atau masukkan sedikit terma, juka ingin menawarkan sesuatu. Sila hubungi menerusi contact form, emel, HP atau PM Facebook.

    Alert untuk diri saya juga pasal perkara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *