Takut Untuk Melabur..

Opss, ini bukan pasal pelaburan XXXX tu, tapi ini adalah pelaburan untuk perniagaan internet SEBENAR.

Daripada pengalaman saya samada secara depan mata atau secara online, saya dapati kebanyakan orang kita takut untuk melaburkan wang untuk memulakan sesuatu perniagaan internet. Sebagai satu kisah benar, terdapat seorang yang begitu excited di dalam melakukan perniagaan internet. Sudah hampir 1 tahun, incomenya pun ok lah, boleh buat makan nasi dan minum, bayar bil api dan sewa rumah. πŸ™‚

Tapi satu perkara yang begitu menyayat hati yang wujud pada beliau adalah takutnya untuk invest seperti membeli domain dan hosting baru. Sikit-sikit menumpang di hosting orang lain atau hanya mahu berkongsi tanpa mahu memilikinya sendiri. Di dalam hati saya berkata, sampai bila dia nak begini? Bila dia nak publish bisnes dia sendiri? Sampai bila mahu bergantung kepada orang lain?

Domain name sekarang teramat-amat murah dan begitu juga dengan hosting. Anda perlu tahu bahawa membina sebuah perniagaan internet juga adalah sama seperti perniagaan biasa, cuma saiz modalnya sahaja yang berbeza. Tapi sedih, walaupun modal untuk perniagaan internet adalah kecil pun, masih ramai yang kedekut untuk ‘menghabiskan’ wang bagi memulakan perniagaan internet. Apabila sebuah perniagaan internet mudah, murah, senang, boleh bagi income berganda, senyum sampai ke telinga. Tapi bila suruh keluarkan modal paling rendah RM100 ke bawah, mulalah sorokkan kepala macam kura-kura, memberi alasan macam-macam. Sebaliknya, boleh pulak habiskan duit untuk perkara-perkara lain yang lagha dan tak berfaedah (tak perlu saya sebut, anda tahu).

Begitu menyayatkan hati bila melihat orang-orang begini. Duit nak, berniaga nak, tapi modal kedekut nak keluarkan. Pelik bukan?

Baik, mari kita senaraikan modal permulaan untuk perniagaan internet:

1. Domain name = RM35

2. Hosting = RM50 (average)

JUMLAH = RM85

Sekarang, ada juga hosting yang jenis murah seperi sempoihosting.com, jomhost.com dan lain-lain. Perkiraan di atas tak termasuk bil talian internet dan kos lain seperti beli komputer baru.

Bagaimana dengan laman web? Anda boleh bina sendiri dengan merujuk macam-macam jenis rujukan sekarang seperti VCD dan buku.

Akhir kata, penyakit kedekut ini patut dibuang jauh-jauh. Apa yang anda laburkan pada hari ini akan mendatangkan pulangan berganda untuk masa mendatang. Percayalah..

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Takut Untuk Melabur..

  1. Hehe.. Betul tu… kami memula satu je website, cheapestcovers.com. Pastu ade duit lebih sket, kami beli hosting and domain baru untuk blog kami, road2millionaire.com pastu yang terbaru malaysiapal.com. Itu untuk website, belum masuk perkara-perkara lain lagi. Paling tinggi pernah kami invest $97, untuk memudahkan kerja design ebook cover

  2. Domain name saya beli paling murah (.com) Rm19.75 atau $4.95 setahun.

    50 +20 =RM70 untuk kos sewa/lokasi/alamat kedai setahun. Murah tu. Kedai jual burger/ gorpis pun tak dapat semurah ni.

    p/s gorpis=goreng pisang.

  3. Saya start rm60 je.Domain & hosting..sekarang dah upgrade sebab pkai bandwidh banyak skit.pakej rm60 tak support.Sekarang ada beberapa site saya manage.

    1. mula-mula kena bermula dengan pelaburan skim cepat kaya dulu laa. lepas tu barulah boleh balik ke pangkal jalan cari panduan. kita akan nampak antara pelaburan sia-sia dengan yang bermanfaat jika dah punya pengalaman sendiri…

      pelaburan untuk masa depan atau pelaburan untuk skim cepat kaya…?

  4. Inilah peliknya dunia, sanggup habis duit untuk skim cepat kaya yang adakalanya mencecah ribuan ringgit. Tapi tidak berani membina perniagaan sendiri dengan modal yang lebih murah dari harga kasut sendiri…ubahlah..sikap, kalau nak maju..

  5. dikzul

    betul kata dek zul tu , org melayu kita ni , memang kedekut “tahi hidong masin” bab2 macam ni . beli alin2 , mahal tak pe ..tapi bab2 macam ni sensitive , termasokla anak2 ksue , bila bincang pasal ni , semua gelak ..ksue yang dah vateran ni pon minat semua ni ..inshaallah nasihat dikzul tu akan menguatkan lagi keazaman ksue ..

  6. itu dia namanya risiko tak nampak.hanya nampak duit lambat masyuk je… lambat-lambat masyuk pun berbaloi dengan apa yang diusahakan.

    bandingannya dengan pelaburan yang entah apa-apa hujung pangkalnya risiko tinggi dah tahu tetapi tatkala terlalu ghairah nak dapat duit banyak mata menjadi berbijik seperti gambor duit. jadilah mata bentuk duitan.

    nampak sangat perbezaannya :

    -duit nampak lambat masyuk dengan duit cepat masyuk….

    alaaa lambat laa buat kerja lembab macam nih…

    -ini haaa pelaburan ribu-ribu nih… hari ini kuar modal tunggu 3 bulan lagi balik modal laaa…

    nampak jelas risiko tinggi rendah langit yang dijunjung itu…

  7. mereka yang takut melabur, biasanya mereka nak pulangan cepat…
    kalau lambat mereka rasa mcm berisiko…
    padahal yang cepat tu la yang berisiko…(mcm skim cepat kaya)..hehe..

    biasa orang yang takut melabur ni, mereka suka melabur di skim2…
    kan bagus kalau melabur utk bisnes sendiri…
    ni melabur untuk bisnes orang…hehe

    han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *