Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tak Yakin Boleh Berbahasa Lain?

Mungkin anda berasa kurang yakin untuk pandai bercakap di dalam bahasa selain bahasa ibunda anda. Tapi, semuanya tidak mustahil jika ada usaha yang bersungguh dan konsisten. Tak percaya? Jom kita tonton video berikut:

[video]http://www.youtube.com/watch?v=3Q6VIeQ5X2o[/video]

Selepas menonton video di atas, saya amat yakin anda semakin bermotivasi untuk menguasai sesuatu bahasa. Cuba amalkan tip yang beliau kongsikan bagaimana beliau boleh menguasai bahasa yang bukan bahasa ibundanya.

Fakta: Ustaz Mohamad Abdul Aziz, Mesir. Mahir di dalam berbahasa Melayu loghat Kelantan.

Benarlah kata pepatah, “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”.

ps. Dengan menguasai bahasa lain seperti bahasa Inggeris, kita boleh melakukan perniagaan internet dengan lebih global.

Facebook comments:

18 Responses to “Tak Yakin Boleh Berbahasa Lain?”

  1. titan says:

    Takde masalah. Kalau nak belajar, belajar je. Tak rugi pun. Percaya atau tak. BIla kita dapat cakap bahasa lain. Korang akan perasan satu kelebihan banding orang lain. Korang ada. Orang lain takde. Kan best tu..

  2. PakarHowTo says:

    waaa kagum saya melihat Ustaz Mohamad Abdul Aziz tu kecek kelate.
    benarlah kata pepatah arab “Man jadda wajada”
    Sesiapa berusaha dia berjaya.

  3. Bent says:

    Memang benar Zul..saya pun pada mulanya sangat susah untuk belajar bahasa inggeris..tapi bila kita nak sangat dan diikuti dgn usaha ianya menjadi semakin mudah. Malah saya menghadapi dilema bila membuat keputusan hendak menggunakan bahasa apa pada blog saya..perlu diingatkan bahasa inggeris adalah bahasa keempat saya..saya nekad untuk menggunakan bahasa inggeris walaupun pada mulanya tunggang langgang….tapi sedikit sebanyak saya dapat memperbaiki kelemahan bahasa saya..walaupun banyak lg kesalahan dari segi tatabahasa tapi saya tetap enjoy menulis dalam bahasa inggeris..berkatnya pengunjung ke blog saya meningkat mendadak dari 30 orang ke 50 org dan sekarang mencecah ke 100 orang dalam satu hari..thanks Zul

  4. Raymond says:

    Bukan sahaja tahu cakap, longhatnya pun bagus. Well done!

    Saya akan belajar lebih banyak bahasa lagi pada masa akan datang. :)

  5. bizmalaya says:

    betul kata u..kadang-kadang sikap kita sendiri yang tidak mahu…satu lagi penyebab kita selalu menanguh dan tidak mengamalkannya

  6. beduz says:

    pasni kawe nok ngaji bahaso jepon plok..bisnes dinun maju..

    p/s: x suko budu, alergik..

  7. wanwma says:

    Huhuh..kawe sengih sore dengar Ustaz Mohamad Abdul Aziz tu kecek klate. Kawe tokleh benar keleh ore lua kecek klate ko, ganu ko..nok suko slalu..huhhu.

    Memang menambahkan motivasi ni! Saya dah praktik membaca buku2 BI selama lebih daripada 6 tahun, Alhamdulillah kini saya bleh baca buku2 BI sambil makan karipap tanpa masalah tercekik kerana tak faham…

  8. PakarHowTo says:

    Bro Beduz

    kalau nak belajar bahasa jepun, boleh kontek saya.
    skang ni saya mengajar bahasa jepun secara sukarela kat area tempat saya bekerja di sekitar PJ.
    kelas seminggu sekali.

  9. saya pernah jumpa ustaz mad ni… dia dulu selalu ngan Tok Pa ( menteri pengajian tinggi )… Tapi sempat bual pun dalam dua kali je..

  10. pyan says:

    meremang bulu roma, dengar dia cakap kelantan.

  11. beduz says:

    PakarHowTo, saya duk kat penang, dalam 5jam gak nak sampai kat PJ..hehe

  12. starline says:

    Salam Zul ngan kengkawan semua,

    First time tengok video ni macam tak caya.mantap sungguh cakap Melayu,macam tak caya pulak dia orang Arab.Dalam masa 10 tahun belajar cakap Melayu memang berhasil sebab ‘slang’ Melayu memang tak pelat Arab.

    Betul2 Melayu,Mcam Melayu tulen.Salute :)

  13. wanwma says:

    Wah..saya nak blajar gak bahasa Jepun!

  14. kakibiz says:

    Kekadang pelik jugak ada orang melayu yang tak ‘fasih’ cakap bahasa sendiri…haa..sapa nak jawab tu.
    Anyway..belajar pelbagai bahasa memang tak dinafikan amat bagus..kawe pun raso nak belajar bahso arab gak…bereh….

  15. emzek says:

    lame tak komen dalam blog zul ni.. dah lame jadi sebagai pembaca sahaja.. tp kali ni tergerak hati sebab tgk ustaz mad ni.. actually ustaz mad ni kawan sy semasa blajar d mesir dahulu.. first time jumpe die dulu memang terkejut la.. dengan hanya berkawan dengan pelajar malaysia dan tak pernah jejak kaki ke malaysia tp boleh bercakap bahasa malaysia.. dan yg sy kagum dengan die siap boleh chat di irc dulu.. kalo tak silap sy nick arab_mesir_tanta. “hendak seribu daya, tak nak cukup satu dalih sahaja.”

  16. senok says:

    haha..zul, sini pn ado…ramai ore teruja tgk video nie..

    nanti nk masok ore jepun ngan mat saleh wak bleh kecek kelate plak..

    hehe…

    • smartzul says:

      Bereh.. Nanti kawe tunggu copy paste sini jah. ;)

      Salam pantai timur. Semoga sihat sokmo. hehe..

      ps. Sedikit info utk pembaca blog ni, ‘senok’ adalah bekas housemate saya. salampantaitimur.com adalah milik beliau. :D

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)