“Tak ok ke kalau buat blog pasal ebiz?”

Apa khabar anda semua? Moga sihat di sana yer. πŸ™‚

Baiklah. Seperti yang saya janjikan sebelum ini, saya akan menulis satu artikel susulan untuk tajuk sebelum ini iaitu “Jangan buat blog pasal internet marketing boleh tak?“. Ramai yang memberikan pelbagai respons, terima kasih kepada yang memberikan komen.

Baiklah. Persoalan sekarang adalah, ok ke kalau buat blog pasal internet marketing atau perniagaan internet? Atau blog pasal buat duit? Jawapan saya, boleh. Tak ada masalah, yang mana dah buat, teruskan, yang mana baru nak buat, “just proceed”. πŸ™‚

“eh zul ni, sebelum ni cakap lain, hari ni cakap ok pulak”. Ya, saya tahu. Tapi hakikat yang sebenarnya, tulisan saya sebelum ini atau mana-mana tulisan saya hanya sebagai pandangan peribadi semata-mata, bukan satu paksaan atau hakikat yang mesti diikuti. Perkara ini kita perlu jelas sangat-sangat, TETAPI….

Apa yang saya tulis biasanya yang saya alami sendiri, atau apa yang diperkatakan oleh mereka yang lebih tahu. Maka, seeloknya kita ikut mereka yang tahu dan dah makan asam garam lebih dulu daripada kita. Di dalam membina blog, kita mesti ada topik yang berbeza daripada orang lain atau menjadi yang terawal. Kalau orang lain sibuk-sibuk bercerita mengenai ebiz, maka anda pula buat blog pasal perkara lain.

Jadi zul, bagaimana dengan blog perniagaan internet? Jawab saya, buatlah. Bahkan saya galakkan seorang usahawan internet memiliki satu blog peribadi yang mana beliau berkongsikan ilmu pengetahuan dan pengalamannya dalam perniagaan internet. Jika kita perhatikan, boleh dikatakan semua usahawan internet di dunia ini mempunyai blog peribadi untuk usaha mereka iaitu perniagaan internet. Dan kita juga sedia maklumi, setiap usahawan internet ada kepakaran masing-masing (SEO, affiliate, trafik, resell rights, copywriting, blogging dan sebagainya) dan mereka utamakan iaitu fokus apa yang mereka lebih tahu dalam penulisan di blog. Apa gunanya blog peribadi ni zul?

1. Membina rangkaian dengan usahawan internet yang lain
2. Mempromosikan projek-projek ebiz niche kita yang ada termasuk blog-blog yang lain
3. Sebagai satu platform untuk membuktikan kita adalah the real netpreneur
4. Berkongsi teknik-teknik yang digunakan untuk perniagaan internet

Dan banyak lagi kot kegunaan adanya blog perniagaan internet. Maka jelas, anda wajib ada satu, tapi….

Anda juga mesti ada blog lain yang niche untuk apa-apa projek ebiz anda yang niche. πŸ™‚

Maka apa yang saya ingin sampaikan adalah:

BUKANNYA anda tidak boleh mempunyai blog perniagaan internet, tetapi YANG BERMASALAH ialah ada satu blog sahaja iaitu topik perniagaan internet TANPA ada blog-blog lain yang niche. Ketahuilah, berapa banyak blog-blog mengenai perniagaan internet sekarang terutama di dalam bahasa inggeris? Berjuta-juta banyaknya. Blog dalam bahasa Melayu terus menerus bertambah. Persoalannya, bagaimanakah anda nak menyelit di celah-celah kehebatan blog-blog sedia-ada? Ya, saya tidak sangkal, setiap blog ada pengunjung dan peminat tersendiri. Tetapi seperti yang saya katakan, kalau anda tumpu pada satu topik umum dan hanya pada satu blog sahaja, maka anda mungkin akan melalui jalan yang sukar sedikit.

Apapun, itulah pandangan saya. Wujudkan keseimbangan pada apa yang anda lakukan termasuk dalam mewujudkan blog anda sendiri. Buat satu blog perniagaan internet dengan tujuan seperti yang saya nyatakan di atas tu, dan wujudkan juga beberapa buah blog lain yang niche untuk projek ebiz anda.

Kisah Ali:
“Ali sedar, blognya tidak niche. Dia tidak dapat seperti Ahmad, sebab dia bukanlah penternak ayam atau kambing, tapi dia amat sangat minat dengan dunia perniagaan dan pemasaran internet. Setelah dikaji balik, rupanya blog internet marketing dia terlalu umum, semua ada.. Apa-apa jer lah, sebut jer benda yang berkaitan, semua ada. Akhirnya, Ali mengambil keputusan untuk menstrukturkan balik blognya dan juga perancangan perniagaan internetnya. Apa yang Ali buat? Pertama, dia tukar topik internet marketing kepada topik “bagaimana menarik trafik ke website atau blog menggunakan web 2.0”. Mungkin tajuk blognya “Web 2.0 Traffic Generation” kot.. πŸ™‚

Dan yang lain, dia telah membina satu lagi blog mengenai nasi lemak ayam. Walaupun dia bukan penternak ayam, tapi Ali adalah anak kepada seorang tukang masak yang tekenal di daerahnya bagi masakan turun temurun iaitu nasi lemak ayam. Cina, India dan Melayu, semua menjadi pelanggan mereka. Ali bina satu blog untuk berkongsi cerita mengenai perniagaan keluarganya itu, berkongsi resepi-resepi yang berkaitan dan apa sahaja yang membuatkan para pelawat blog rasa nak sangat merasa nasi lemak ayam yang sedap tu! Dimasukkannya gambar restoran mereka, dimasukkan cerita-cerita pelanggan mereka dan sebagainya.. Akhirnya, usaha Ali membuahkan hasil, bukan takat orang-orang biasa datang ke restoran mereka (dari seluruh Malaysia), bahkan orang-orang yang terkenal pun turut datang!

Kini, Ali bina satu lagi blog mengenai kereta. Oh ya, Ali ni mekanik bertauliah! Lupa nak bagitahu, hehe.. Bab-bab kereta, anda tak perlulah uji Ali ni, segenap segi kereta dia tahu, jenis-jenis kereta, tipu-daya mekanik yang cekik darah, security kereta, aksesori kereta (yang ni dia minat giler), semualah dia tahu. Dah nama mekanik kan.. Jadi, di blognya, dia hanya menulis mengenai beberapa perkara sahaja (kalau nak sentuh semua tak niche la pulak! hehe). Apa lagi, blognya mendapat ribuan pengunjung dalam sehari sebab anda fahamlah sendiri, kat Malaysia ni ramai peminat kereta termasuk yang perlukan panduan tertentu. Ali mula dikenali oleh serata orang di Malaysia dan kini Ali dalam proses menyiapkan beberapa projek yang berkaitan dengan kereta seperti Ebook dan juga video panduan. Mampukah Ali menjual?? Ya, sebab beliau sudah ada ribuan prospek!

Bagaimana dengan blog internet marketingnya? Seperti yang saya nyatakan, blog personal membolehkan kita membina rangkaian dengan usahawan lain. Takkanlah kita nak berikan link blog nasi lemak kepada rakan usahawan yang lain, jadi blog personal yang menulis mengenai perniagaan internet adalah lebih sesuai! Haa, senyumlah tu zul dah bagi signal boleh untuk blog ebiz. Buatlah je lah, janji anda bahagia. Tapi blog-blog niche lain jangan diabaikan ok. Jika boleh, blog ebiz anda itu ada fokus tersendiri, tapi kalau nak cakap apa-apa sahaja pasal ebiz pun, ermm, tak ada masalah sebenarnya. Apa yang saya maksudkan dengan tulisan semalam adalah, JANGAN TERLALU FOKUS PADA SATU BLOG PADA SATU TOPIK EBIZ YANG UMUM.

Berbalik kepada Ali, kini dia bukan sahaja ada blog mengenai cara menarik trafik guna web 2.0 (squidoo, myspace, friendster, dan macam2 lagi lah), malah dia sudah ada beberapa blog niche yang amat menguntungkan! Nak tahu Ali dapat trafik macam mana? Sebab, dia guna web 2.0 lah yang dia dok kaji dan tulis kat blog ebiz dia tu. πŸ™‚ Dia kaji, buat dan tulis… Eh, web 2.0 hanya satu cara, Ali juga buat cara-cara lain untuk tarik trafik ke blog. Web 2.0 tu cuma fokus dia sahaja, yang lain-lain pun dia turut kaji dan buat juga. Cuma dia mahu blog ebiz dia tu ada perbezaan dan fokus sahaja.” – tamat cerita Ali – πŸ™‚

* Cerita Ali dan Ahmad ini hanya rekaan sebagai contoh untuk anda faham, tapi restoran nasi lemak ayam tu memang ada kat tempat saya ni.. Semua kaum berpusu-pusu, kedainya penuh tiap kali buka. Murah dan sedap! Pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. πŸ™‚ Kalau diaorang ada blog kan bagus.. hehe..

Oklah. Kesimpulannya di sini adalah, SEIMBANG. Anda bukan hanya ada blog ebiz (kalau boleh fokus), malah anda juga ada beberapa blog yang niche terutama apa yang anda tahu, minat (hobi?) dan juga kepakaran anda atau apa yang anda sedang lakukan sekarang. Sila rujuk tulisan saya sebelum ini untuk tahu contoh-contoh blog yang niche. Jadi, terhurailah sudah segala persoalan. πŸ™‚

PASTIKAN ANDA ADA BLOG YANG NICHE + BLOG EBIZ PERIBADI = SEIMBANG!

Nota Kaki: Untuk pasaran Malaysia hakikatnya, memang banyak blog pasal ebiz, tetapi masih kurang yang betul-betul berisi. Maka, kepada yang nak buat blog ebiz tu, buatlah dengan syarat penulisan anda memberikan manfaat kepada pembaca. Buatlah, saya amat galakkan untuk memeriahkan bidang ini di Malaysia. Biar penuh dan terhimpit blog-blog lain yang kosong macam blog-blog geng pelaburan. Kita tulis dan didik rakyat Malaysia mengenai peluang sebenar di internet dan kita ‘ganggu-gugat’ mereka yang menipu orang ramai dengan skim-skim yang entah apa-apa. Eh, mereka pun banyak guna blog juga untuk promote skim-skim mereka tu! Dengan adanya banyak blog pasal ebiz yang sebenar, rakyat Malaysia akan sedar dan tahu perkara yang baik-baik. Jadi, apa yang saya maksudkan di artikel sebelum ini ialah untuk blog bagi tujuan bisnes sahaja (make money using blog). Jika anda tumpu pada topik yang umum dan banyak persaingan, anda susah untuk bersaing dan mendapat keuntungan. Itu hakikatnya.. Moga semua faham apa yang saya ingin sampaikan. πŸ™‚

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

25 thoughts on ““Tak ok ke kalau buat blog pasal ebiz?”

  1. tq for info.

    setakat hari ni,
    minat saya kpd tips perniagaan, pekerja cemerlang, kewangan,
    motivasi, ulasan pasal hotel & resort.

    ok ker zul?

  2. Bagi saya, buat blog berasaskan topik internet marketing adalah kerana minat penulis blog itu sendiri, macam En Zul jugak :-).

    Untuk business blog (niche market tertentu), sebaiknya pakai auto update menggunakan RSS feed. WordPress boleh membantu. Mana ada masa nak maintain semua blog tu, kan?

  3. Fuuhhh… Lega jugak rasanya. Baca topic sblm ni rasa risau jugak. Bila dah baca topic ni baru saya rasa lega. Apa yg zul critakan tu mmg betul. Dan skrang ni pun saya dalam proses pembinaan 2-3 lagi blog/web lain yg betul2 niche. Semuanya under construction. Blog yg skrang ni Alhamdulillah masih boleh diteruskan lg sbb saya sgt sayangkan nama tu. Nama sendiri kat internet tu :). Trima kasih Zul…

  4. setuju sangatlah dengan posting zul ni.. sbb saya sendiri bila nak baca tips atau teknik internet marketing, saya mesti search dulu samada orang tuh (yang bagi tips) ada tak biz internet, atau dia sekadar ulang balik (atau adunkan semula) tips dan teknik yang dia baca dari orang lain..

    walk the talk!

    P.S.: saya pun dalam proses menstrukturkan semula blog-blog saya supaya lebih teratur dan mudah di uruskan..

  5. πŸ™‚ yang nie saya setuju. Kena buat banyak blog dan kena cari topik niche untuk setiap blog. Ini dapat mengumpulkan peminat tersendiri untuk blog niche yang kita hasilkan. Masa mula-mula dalam perniagaan internet ini saya suka melawat satu blog yang niche pada SEO, sampai kini pun saya masih melawat blog tersebut. Kira dah macam peminta setia πŸ™‚ . Walaupun blog tersebut kini kurang update, namun tulisan-tulisan lepas saya masih baca untuk dibuat rujukan.. Ni la untungnya kalau blog kita niche terhadap sesuatu perkara πŸ™‚

  6. lama jugak x komen disini.. akhirnya berpeluang jugak komen..

    bg syia..

    nk buat blog pasal ebiz pun tak pa.. x perlu nk sekat diri..kalau dh memang diri nk menulis.. yg penting ialah..

    BE UNIQUE in your OWN way..

    memang mula2 org akan mengata..lazim manusia.. x boleh nk tgk org baru berpijak.. hehe.. tapi kdg2 kita tak tahu..ada org sorok kejayaan dia.. jenis yg slow nk show sapa diri dia.. πŸ™‚

    trust yourself..

    syia pun ada cerita.. syia kenal seorg ni.. dia buat blog biz.. memang x ramai org kunjung la..tp org tahu dia ada biz online.. tp dia x pernah kecoh.. kejayaan dia..slow and steady je.. BUT..waa..untung seminggu ribu2 (ye sebab syia pernah bekerjesame dgn die)..

    tp dia memang slow bab2 blog biz.. but dia memang kongsi ilmu sempoi je..maybe org x hargai ilmu dia beri.. tapi janji syia tabik dia sebab

    ORG yg memang benar2 BERJAYA..tanpa penulisan dia dh boleh dpt untung ribu2.. this person.. walk the talk..or does’t need any blog pun sebenarnye tp syia yakin.. tak lama lagi dia akan jd terkenal.. πŸ™‚

    so never judge people until their are fully bloom.. u will never know..

    PS: I respect sape yg berjaya tanpa blog biz..maknanya.. kejayaan DULU baru blog biz.. really respect.. πŸ™‚

    ‘org2 kaya senyap internet malaysia.. I respect you all’

  7. askum..

    kisah Ali tu mmg bagos skali..good job

    kesuluruhannya:

    minat + pengalaman + usaha = success..am i right or not??

    dan spt yg syia katakan, Be unique in your own way..

  8. Untuk siapa yang nak mula berblog, saya cadangkan anda guna wordpress2.1 dan latest 2.1.1 sebab versi baru ini akan banyak membantu anda dengan search engine. Ada built-in features yang sangat baik berbanding dengan lain-lain blog seperti b2, drupal, nukleus dan sebagainya.

  9. syia,

    siapa gerangan hamba ALLAH yg hebat tu?
    email kat saya maklumat dirinya,
    ok?

    kaya senyap?
    setakat hari ni, kena senyap dulu.
    bila dah capai RM100,000 sebulan,
    saya akan kongsikan ilmunya.
    ok?

  10. abg hapisol.. kalau nk tahu.. nanti email syia tanya ye.. org ni dh capai RM 1 juta dlm bank ++ ada business servis lagi.. baru bermula 1 tahun kira dia ni dh bertaraf millionaire malaysia..

    bulan2 tak silap syia dia dpt RM60,000 – 80,000 πŸ™‚

  11. orang yg buat blog ebiz tu biasanya pakar, so pd saya carry on.
    tapi betul juga kata zul tu, ada blog niche, mcm sy buat nota pengajian perniagaan stpm, so seluruh malaysia blh baca

  12. Pingback: Strategi terbaik daripada Guru Terbaik! - Ro.botys.com Internet marketing how to step by step
  13. Saya melihat perkara ini dari perspektif yg lain.

    Tumbuhnya blog-blog perniagaan internet ini sebenarnya memberi suatu perkembangan yg sihat kerana ia umpama pemangkin kepada industri ini
    di Malaysia. Ini juga memberi petunjuk bahawa perniagaan internet di negara kita semakin bergerak ke hadapan.

    Blog-blog ini juga akan membuka mata dan seterusnya membawa kesedaran kepada rakyat lebih-lebih lagi kepada ‘mat-mat cepat kaya’ dan ‘mat-mat program wang internet tak masuk akal’.

    Saya percaya dimana-mana negara pun mereka akan bermula dengan cara yang sama, trend yang sama. Mungkin inilah caranya industri ini mula untuk bertapak dengan lebih kukuh di negara Malaysia.

    Kita patut berterima kasih kepada mereka yang menubuhkan blog-blog bertemakan perniagaan internet ini kerana telah memeriahkan lagi industri ini dan seterusnya pasti akan memberi lebih kebaikan kepada kita semua pada suatu masa nanti!

    Hehe macam bahasa buku lah pulak, sori Zul sebab terlebih komen, macam la blog ni aku punya.. hehe..

  14. hohoho blog yang tersohor… begitulah citernya sapo2 yang nak buat ebiz memang boleh teruskan usaha anda dengan sebaik mungkin. yang penting adalah fokus dan niche.

    saya punya blog? belum ada lagi blog niche dan fokus… hehhe

    haha… blog petunjuk perniagaan internet.

    adesh…!

  15. 😯 Satu lubang pintu masuk kalau di serbu oleh seribu cacing serentak tentu lubang akan rosak. Kalau seribu cacing mencipta pintu masing masing untuk masuk ke lubang yang sama adalah lebih selamat. πŸ˜† so be a smart cacing. Ebiz ni luas. Gaya dan cara tersendiri amat perlu πŸ˜›

  16. :mrgreen: kalo begitu mereka yang minat travel jangan sibuk nak buat ebiz. fokus travel online.

    kalo mereka yang minat motor jangan sibuk jugak nak buat ebiz. fokus motor online.

    dan kepada mereka yang nak buat biskut raya dah tentu kena fokus kepada biskut raya tersebut dengan jayanya… jika tidak akan terbengkalailah cerita kemahiran yang anda miliki… semuanya nak serbu…

    namun nak gunakan internet sebagai operasi pemasaran memang boleh. gunakannya dengan sebaik mungkin manfaat online untuk faedah bersama…

    sekian terima kasih… πŸ˜€

  17. nak but blod ebiz juga?
    kalau btl nak buat blog ebiz juga, nanti btl2 mahir baru lah buat…
    jangan br belajar dah nak ajar org buat ebiz..,.
    nanti jadi ajaran sesak…hehe

    han

  18. kalo nak buat pelbagai rentak ebiz boleh jugak. cuma kena sediakan teamwork sendiri untuk berjaya. kena ada pembahgian tugas untuk menjalankan apa-apa bisness mengikut kemahiran. namun kebanyakannya bergerak secara individu…

    kalo secara berkumpulan JV yang kukuh dan ramai rasanya belum ada lagi kot yang bergerak mantap dalam satu2 masa untuk menjayakan ebiz…

    1. kalau team yang kukuh, team saiful sham lah…
      mereka boleh berkerja sama dengan baik…
      apa yang saya nampak, kebanyakkan mereka yang buat bisnes perkongsian kebanyakkan akhirnya bergaduh sama sendiri…
      kadang2 takut nak buat biz perkongsian…

      kalau nak buat kena cari yang betul2 boleh percaya…

      han

  19. saya nak minta pendapat, tip-tip sebelum membuka sebuah cyber cafe
    apa yang di perlukan selain proposal untuk pinjaman bank.maksudnya dari segi pendidikan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *