Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Tak mampu beli, Sumber Terbuka kan aderr… ;)

Kalau anda seorang yang rajin, anda akan menemui banyak ‘benda’ di internet seperti ebook (saya yakin anda banyak download, hehe), perisian, grafik, audio dan video.

Pada kali ini, saya ingin mengatakan mengenai perisian yang percuma dan sumber terbuka (open source). Kali ni tak banyak cakap dan saya akan gunakan ayat yang skema sikit. ;)

1# “Zul, saya tak ada Acrobat PDF Profesional lah nak convert ke fail PDF..”

Salah satu format ebook adalah dalam bentuk fail PDF dan acrobat Profesional adalah salah satu perisian untuk menukar (export) fail tertentu seperti word kepada PDF. Jangan risau, anda boleh gunakan perisian di bawah ini:

OpenOffice

Ramai yang memandang sebelah mata kepada pakej perisian open source yang juga powerful ini malah setanding dengan pakej Microsoft Office. Jika anda menggunakan OpenOffice Writer iaitu seperti Microsoft Office, di dalamnya ada satu fungsi untuk menjadikan (convert) dokumen yang dibuat kepada fail berformat PDF.

smartusahaPDF

Siap taip dokumen ebook anda, kemudian tekan sahaja butang export ke PDF seperti rajah di atas dan simpan ebook PDF anda! SIAP. ;) Jmat duit anda.. hehe..

Sila download di http://www.openoffice.org

2# GIMP – Alternatif kepada Adobe Photoshop

Kalau anda nak murah, RM5 sekeping. huhu.. Tapi itu bukan ori lah. :lol: Harga sebenar mencecah ribuan. ;)

Alternatif tetap ada iaitu GIMP.

Pendek cerita, sila download di http://www.gimp.org atau di http://gimp-win.sourceforge.net/stable.html untuk versi wondows. Di laman utama gimp tersebut siap diberi banyak tutorial lagi. Jadi, belajar-belajarlah guna perisian tersebut.

Note: Anda perlukan GTK+ 2 Runtime Environment untuk menggunakan GIMP.

Sumber Terbuka

Ramai yang SALAH TANGGAPAN atau mempunyai persepsi yang SALAH. Open source bukanlah pengganti kepada perisian berbayar, sebaliknya ia adalah ALTERNATIF! Perisian berbayar tetap diperlukan dan kelebihan yang berbayar adalah ada sesetengah fungsi tiada di dalam perisian percuma. Tambahan, sudah tentu yang berbayar tidak ada syarat-syarat yang memeningkan kepala. Namun perisian sumber terbuka juga TIDAK KURANG HEBATNYA. Sesetengah syarat-syarat di dalam perisian berbayar TERHAPUS di dalam perisian sumber terbuka. Anda perlu tahu beza sumber terbuka dan percuma, ada bezanya. Boleh tanya pakcik Google. hehe..

Satu perkara yang ramai menganggap, perisian open source tidak bagus. Ya, ada pro dan kontra di dalam komen sebegini. Satu, kalau hanya tahu komen dan tak bagi apa-apa sumbangan kepada pembangunan perisian open source, hmm, anda hanya tahu bercakap. Sebaliknya yang kedua, jika anda komen yang membina dan membantu perkembangan sesbuah perisian open source, maka anda memberikan komen yang membantu!

Maka, tidak perlulah kita membuat perbandingan yang keterlaluan terhadap perisian open source dengan yang berbayar. Memang ada bezanya. Perbandingan anda akan terjawab dengan satu ayat ini: “perisian open source adalah alternatif..”. ;)

Dalam dunia open source, ada satu prinsip iaitu jangan komen itu dan ini. Jika anda masuk ke sesebuah komuniti sumber terbuka dan anda hanya tahu komen itu ini seperti sistem ini tak bagus, tak selamat, hehe, bersiap-siaplah untuk anda menerima ‘kutukan’ dan ‘maki-hamun’ dari ahli komuniti yang berpenat-lelah membangun dan meneruskan usaha pembangunan perisian open source.

Maka, jika kita yang tak bagi apa-apa support seperti masa, kepakaran atau wang, tak perlulah komen itu dan ini. Jika anda banyak duit, beli sajalah perisian yang berbayar. TAPI jika anda nak jimat kos dan kalau guna yang free pun dah ok dan memadai, maka pendapat saya, cukuplah yang percuma atau open sourde. Berjimat cermat lebih afdhal. ;)

PS. rajin-rajinlah ‘bertanya’ pakcik Google apa itu beza free dan open source. Banyak dibincangkan di internet. Juga, faham-fahamkanlah, apa itu open source. :)

Wallahu ‘alam.

Facebook comments:

15 Responses to “Tak mampu beli, Sumber Terbuka kan aderr… ;)”

  1. matzfain says:

    Bak kata pepatah.. “Nak Seribu Daya… Taknak Banyak plak Dalih2″

    Lg 1 tak smestinya benda free mcm software open source ni xelok atau xbaik.. Ada ketikanya ia lebih baik drp yg berbayar..

    PS: aik post smlm dah kena padam plak..

  2. smartzul says:

    Betul lah tu Fai. Tak ada benda yg paling sempurna atas muka bumi ni.

    Pasal post semalam, ada ‘error’ sket..

  3. Zack says:

    dari apa yg saya baca, open office lebih bagus dari ms office…
    maybe sebab ramai yg tak tau tentang open office dan mengganggap aianya percuma, sebab itu persepsi mereka mcm tu…

  4. smartusaha says:

    yer zack, openOffice SETANDING dengan Microsoft Office. Skrg pun saya pakai OpenOffice.

    Anda jangan takut, sebab kalau anda terima fail dokumen yang dijana oleh microsoft office, open office support dan insyaAllah segala setting tak berubah.

    PS. Tak cuba tak tahu.

  5. matzfain says:

    link http://gimp-win.sourceforge.net/stable.html menuju ke blog zul rasanya..

  6. smartzul says:

    Ye ker, kalau ya / ada masalah, guna jer URL http://www.gimp.org

  7. Nofie says:

    Instead of buying Adobe Photoshop, we used Paint.NET occassionally which is developed by Washington State University (http://www.getpaint.net/index.html). Of course, it’s totally free.

    Yes, GIMP is nice. It works very well under Linux, but we still got some error when running it under Windows.

  8. smartzul says:

    Hi Nofie, thanks for visiting my blog. So fast you come to my blog huh? hehe..

    By the way, there a lot of choices to choose software, free, open source as well as paid software. Anyone can use what he or she like. Depends.. :)

  9. RedBetta says:

    Open office memang ok kalau guna utk convert ke file pdf. Tapi kadang2 file yg kita save ni bila dibuka dalam ms office ia kelihatan lari sikit. Tapi apa2 pun open office adalah pilihan saya utk convert ke file pdf.

  10. abdfatah says:

    pilihan memang ada untuk mereka yang mahu mensavekan bajet mereka dan menggunakan sumber terbuka dengan sebaik mungkin.

    nama lagi software pilihan, maka ia tidak sama dengan yang sedia ada. sekurang2nya ia akan membantu mereka yang tidak ada modal untuk bermula.

    bermula di mana? bermula di cyber cafe…hihiii… guna modal banyak jugak tu kalo duk di cybercafe….

    • Han says:

      saya suka sumber terbuka sebab ia percuma…hehe…
      sapa tak suka benda percuma…
      jangan sangka sumber terbuka banyak kekurangannya…
      sebenarnya tiada kurang hebatnya sumber terbuka pun…

      han

  11. abdfatah says:

    sumber terbuka juga masih berguna kepada mereka yang mahukan pilihan kepenggunaan dari yang sedia ada…

    • Han says:

      sekarang ni banyak sumber terbuka…
      tak salah kita guna sumber terbuka walau ia tak sehebat yang tertutup…
      tapi ia masih tak kurang hebat…

      han

  12. Amin says:

    Bagus sungguh saudara SmartZul mengenengahkan artikel ini. Saya sendiri telah berkecimpung dengan perisian dan pembangunan perisian sumber terbuka / open source ini sebelum saya tahu apa itu Microsoft Windows 95 lagi :) Malah saya sendiri membangunkan blog Pelajari Perisian Sumber Terbuka bertujuan untuk memperkenalkan lagi maklumat tersebut kepada seluruh pengguna berbahasa Melayu.

    Saya agak berbangga juga bila mana dalam notebook saya hanya tinggal perisian WIndows XP sahaja yang bukan produk open source. Yang lain saya telah gantikan kesemuanya sehingga tidak ada software berbayar dalam laptop saya. Malah saya boleh membuka e-mail, design website, buat programming, edit audio video, zip, database dan lain-lain lagi hanya dengan menggunakan perisian open source. Kalau tak percaya boleh lihat blog saya di sini.

  13. enemdy says:

    Aku suka GIMP.. sebab free. Kalau guna Photoshop (cetak rompak) untuk jana pendapatan, aku takut..

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)