Tak Cuba Tak Tahu

Teringat di saat awal saya berkecimpung dalam bidang perniagaan internet ini. Kosong, tak tahu, takut, keliru, dan macam-macam lagi… Tapi kini, selalu ajer ada macam-macam idea untuk buat duit, cuma kena buat satu-satu jer.. 🙂

Dr. Irfan dalam artikelnya “Cuba, jangan tak cuba” di blognya, mengatakan kalau kita tak cuba, kita tak akan tahu dan jika kita asyik bermain dengan fikiran yang negatif, sampai bila kita tak akan sampai ke mana.

Begitu juga saya dulu, dari keliru kini sudah tahu (walau sedikit), dari tak tahu buat laman web jadi kepada tahu buat laman web (masih belajar sehingga sekarang!) dan macam-macam lagi yang cuba dilakukan untuk mengenal-pasti potensi diri dan peluang yang ada. Kini, apa sahaja peluang yang ada, saya akan merebutnya sebaik yang mungkin!

Anda pula bagaimana? Masih belum bertindak? Atau mahu menunggu awal tahun depan? 😉 Tiada siapa yang dapat membantu anda melainkan diri anda sendiri.. Kalau ada orang nak suapkan makanan untuk anda pun, tapi kalau anda tidak mahu membuka mulut, maka tak ada gunanya juga.

Salam kejayaan untuk semua!

irfankhairismartusaha.jpg

SmartZuL

“Orang yang kuat berusaha berhak merasai nikmat kesenangan daripada hasil usahanya, dan orang yang pemalas berhak merasai kesusahan hasil kemalasannya..”.

PS. Jumpa saya di UKM Bangi 27 Januari ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “Tak Cuba Tak Tahu

  1. Tak Cuba Tak Tahu = Mulakan Langkah Pertama!

    saya percaya ramai yang ada idea (kan rakyat Malaysia dah 50tahun merdeka? :P) cuma tak sempat nak mula..macam-macam alasan dan kesempitan (masa, tenaga, wang). Jadi ramai yang hanya simpan niat dalam hati tanpa pelaksanaan.

    Tapi pelaksaan tanpa perancangan yang rapi pun bermasalah jugak…

  2. zul, tq for tips today.

    setahun yg lalu, saya teraba2/tercari2 tentang ebiz ni.
    pelbagai ilmu yg saya dpt dan praktikkannya, dan banyak menemui kegagalan, namun setelah membaca buku “dare to fail” karya billi ps lim, alhamdulillah, hati dan semangat saya semangat kuat utk berjaya. kini saya ditemukan pula dgn pakar2 IM spt zul, dr irfan, alang, saifulsham, sham, shuth, rajablog, mohd sufian, syed ikhwan dll yg tidak lokek membantu newbie.
    semoga mereka ini diberkatiNya dan terus berkongsi ilmu dgn newbie mcm saya ini.

  3. saya adalah seorang yang sangat baru dalam bidang nie.. perasaan saya memang masih takut, Takut untuk memberikan komen walaupun idea nak memberi komen bertimpa-timpa.. iyerla takut kalau di gelar spamer ke, melalut ke ataupun memberi komen yang dikatakan syok sendiri… tapi kalau tak cuba sampai bile nak tahu kan.. betul tak zul. (sorilah bukan niat untuk jadikan web smartusa sebagai experiment . nak sesuaikan dengan tajuk)

    Niat saya untuk membantu masyarakat meluap-luap.. mungkin diantara jalan
    perantaraannya ialah laman web, blog .. salah satu sebab saya mencuba bidang ini dan setelah mendapat sokongan yang kuat daripada tulisan smartusaha

    Oh yea.. semakin hari saya mencuba maka terciptalah web baru saya.. tapi web pertamakan …memang kelakar … ape nak buat.. kelakar-kelakar pun saya dah ade laman web sendiri .. hehehe

    Saya percaya .. semakin banyak saya mencuba semakin mahirlah saya.. dan akhirnya saya dapat sesuatu daripadanya aminnn…
    oppss : laman web pertama : http://www.kahwin.biz ( ni bukan promosi web .. tapi hasil usaha setelah 3 bulan mencuba )

  4. A’kum Zul & terima kasih atas info yang bole bagi kesedaran itu.

    Sebenarnya budaya subsidi di dalam masyarakat kita masih menebal lagi. Selalunyer bila bercakap tentang peluang perniagaan apa yang selalu di jawab tak pandai/reti, tiada pengalaman atau tiada modal…

    Mereka lebih suka berada di dalam ‘comford zone’ sehinggakan peluang yang lalu di depan mata pun di tengok saja….

    Perlu Wang = PELUANG

    Adios

  5. zul, terima kasih banyak-banyak atas maklumat anda. ianya sangat-sangat membantu. saya pun baru belajar buat web dan ingin mencebur diri dalam e-biz. saya sekarang sedang tulis buku tentang bagaimana nak belajar. tapi laman webnya saya dah siapkan (untuk cuba-cuba dulu) dan memperkenalkan web ini kepada orang. kalau minat nak tengok kliklah http://mudahnyabelajar.com/index.htm. tapi lawaknya saya belum reti lagi bagaimana nak buat supaya taip je http://mudahnyabelajar.com untuk paparkan web saya. sebaliknya kena taip penuh seperti http://mudahnyabelajar.com/index.htm. kalau sesiapa ada cara, ajarlah saya dengan meng email ke alihanafiah76@yahoo.com.

    “saya budak baru dan berani belajar, kalau tak betul tolong betulkan”.

  6. cayalah zul. topik ni sama juga topik yang diperbincangkan oleh dr irfan. kalau tak mulakan bila lagi. saya rasa ramai dari kalangan kita yang dah memulakan langkah pertama dan baru mahu mencuba. tak salah kalau mencuba. dan tak salah juga kalau tak berjaya atau gagal.
    hampir semua orang akan mengalaman perasaan yang sama iaitu takut, keliru, blur dan macam-macam lagi apabila memulakan perniagaan. tak salah mancuba dan merasai. sebab kesan dari tindakan pertama itulah yang memberi satu rahsia tersendiri dalam diri kita.
    ‘satu masa nanti saya nak hadiri kursus yang zul buat. saya banyak belajar dari buku sebelum ni. tak pernah hadir mana-mana kursus. insyaallah’

  7. Ali, naper tak beli jer panduan buat web. Rasanya, dah banyak produk macam ebook dan buku di pasaran sekarang. 🙂

    Azrai, hari tu saya ada baca temuramah sedara kat paper.. Kosmo ke Metro, dah lupa laa. Cayer laa.. Dulu, saya minat gak bidang elektronik tuu, tapi sekarang dah stop. 🙂 Apapun, bidang rekacipta elektronik memang best!

    All_Wan, cayer lahh.. Teruskan usaha k. 🙂

  8. berapa kali anda telah mencuba untuk mulakan perniagaan? perniagaan internet?

    perniagaan internet saya belum cuba lagi. memang takleh nak cuba lagi buat masa ini. nak buat ebook ke… nak buat mailing list ke… belum cuba lagi dengan seriusnya… hahahaa…

    nak cuba try jenguk seminar perniagaan internet dahulu dan kemudian bolehlah bertatih memulakan perniagaan internet…

  9. Betul tu, jika kita tak cuba kita tak tahu cabaran dan ragam perniagaan internet nie. Ianya tak seindah pandangan pertama. Tapi apabila dah cuba, belajar dan terus belajar, ianya menjadi indah dan mudah..:) Perniagaan, pembelajaran masa panjang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *