
Selama dua hari saya bertungkus-lumus meluangkan masa untuk mengaplikasikan blog ini dengan theme yang baru.
Theme terbaru untuk blog ini sebenarnya kemungkinan bukan theme yang akan digunakan untuk jangka masa lama. Saya mahu cuba lihat dahulu sejauh mana theme ini memberikan kepuasan kepada diri saya atau memberikan impak yang terbaik untuk blog ini dan juga kepada pelawat.
Sebenarnya di internet terlampau banyak theme terutama yang berbayar. Ada yang murah, ada yang sederhana dan ada yang mencecah sehingga puluhan/ratusan USD. Hendak pilih satu yang berkenan di hati pun mengambil masa yang begitu lama sebab boleh dikatakan premium theme yang ada semuanya bagus-bagus.
Namun disebabkan saya tidak mahu meluangkan masa yang terlalu lama, maka saya membuat keputusan untuk menggunakan theme ini dahulu sebagai percubaan. Jika ia memuaskan hati, maka saya akan gunakannya untuk satu jangka masa yang lama.
Antara perkara lain yang saya lakukan selain menukar theme:
1. Mengalih kod-kod coding dalam file-file theme yang saya gunakan selama ini dan dimasukkan ke dalam widget. Tak perlu lagi menggodeh file theme melainkan jika perlu.
2. Membuang (delete) berpuluh-puluh kategori post yang tidak perlu. Selain delete, saya convert antara kategori tersebut kepada Tag. Ya, ada fungsi converter jika anda perasan pada bahagian Categories. Saya mengambil tindakan drastik dengan mewujudkan beberapa buah kategori sahaja agar pengurusan blog lebih teratur dan fokus.
Tip: Wujudkan beberapa buah kategori sahaja untuk blog anda. Gunakan fungsi Tag untuk memasukkan sebarang keyword yang berkaitan bagi artikel/post yang ditulis. Tag boleh sebanyak mana pun yang anda mahu.
3. Mengubah bentuk permalink. Sebelum ini saya gunakan bentuk berikut:
/%category%/%year%/%month%/%postname%/
Dan sekarang saya guna bentuk permalink yang ini: /%postname%/
Alasan saya menukarnya kerana bentuk permalink sebelum ini amat panjang.
Cuba bandingkan kedua-dua link berikut:
http://blog.smartusaha.com/teknik-pemasaran/2009/01/kit-blogger-resell-rights/
http://blog.smartusaha.com/kit-blogger-resell-rights/
Sudah pasti yang kedua lagi pendek dan kemas. Sebab itu saya mahu gunakan bentuk yang pendek tersebut.
Mungkin ada yang tertanya mengapa saya menggunakan /%postname%/. Setelah membaca banyak artikel daripada pakar-pakar SEO, maka boleh dikatakan 80% menggunakan bentuk permalink tersebut. Malah Matt Cutt si jejaka hensem orang kuat SEO di Google tu pun menggunakan bentuk tersebut. Termasuklah ramai lagi blogger lain termasuk John Chow. Kita bincang perkara ini di lain kali. Mana-mana bentuk pun sama sahaja asalkan ‘keyword riches’ (mesra SEO).
4. Update plugin-plugin yang sudah ada versi terkini atau tukar kepada yang lain jika perlu. Perkara ini amat penting agar plugin tidak memberikan kesan kepada versi WordPress yang terkini di samping untuk sekuriti blog. Plugin yang digunakan perlulah compatible dengan versi WordPress yang digunakan. Jika tidak, blog akan menghadapi masalah.
5. Mula menggunakan plugin WP Cache untuk menambah kelajuan speed blog. AWAS: Kepada yang kurang mahir, hati-hati semasa mengaplikasikan plugin ini kerana ia sedikit teknikal. Saya guna ni pun selepas membaca saranan seorang blogger luar negara.
6. Memasang plugin-plugin yang dapat menjadikan blog ini lebih powerful dan memberikan kadar produktiviti terbaik untuk saya.
7. …dan banyak lagi yang dilakukan.
INFO: Tindakan-tindakan saya di atas dilakukan dengan penuh hati-hati agar pagerank blog ini tidak jatuh iaitu ‘tidak mengganggu-gugat’ SEO blog di Google.
Sepanjang dua hari saya melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan blog ini, banyak pelajaran-pelajaran baru yang saya hadapi. Saya memang suka masalah sebab saya memang ‘otak troubleshooting’. Saya akan cari punca masalah dan penyelesaiannya sampai dapat. Masalah yang dihadapi mematangkan lagi diri saya dalam soal teknikal blog WordPress. Amat menyeronokkan!
Akan Terus Dikemaskini…
Sesebuah blog teramat sukar untuk dibuat perubahan dalam satu masa sekaligus. Jadi, saya akan improve blog ini sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa. Dan anda sebagai pelawat dan pembaca, saya berharap theme atau design terbaru ini memuaskan hati anda.
Dan bersempena dengan perubahan theme blog ini, saya juga akan melakukan beberapa aktiviti, ”perubahan’ seperti topik penulisan dan beberapa perkara lagi. Tunggu saja coretan saya di post dalam masa terdekat.
Sekian laporan kali ini.
ps. Anda ada sebarang pendapat, komen atau cadangan? Saya amat mengalu-alukannya.
pps. Untuk melihat paparan yang lebih baik, amat digalakkan menggunakan Mozilla Firefox.















Komen Terkini