Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Mengapa Perlu Akaun Paypal?

Akaun Paypal adalah keperluan asas untuk para usahawan yang meniagakan barangan mereka di internet. Tidak memilikinya umpama ada satu kekurangan. Kegunaannya adalah untuk menerima bayaran melalui kad debit atau kad kredit.

paypal malaysia

Mengapa perlu memiliki akaun PaypalTM?

  1. Pada asasnya, tiada masalah dari segi syariat Islam. Baca di sini.
  2. Membuka akaun Paypal adalah percuma sahaja. Dan caj hanya akan dikenakan jika ada transaksi sahaja (menerima bayaran) dan memindahkan wang ke akaun bank atau kad debit.
  3. Boleh membeli barangan di Internet seperti di Ebay dan kebanyakan laman web lain. Hampir sebahagian besar laman jualan di Internet menyediakan kemudahan bayaran melalui Paypal.
  4. Rekod transaksi yang lengkap. Ini amat penting untuk pengurusan kewangan terutama bagi perniagaan.
  5. Perniagaan akan pergi lebih jauh dan global berbanding hanya menyediakan bayaran melalui akaun bank sahaja.
  6. Paypal akan membuka cawangan kedua di Asia iaitu di Malaysia. Mungkin kita tidak nampak apa yang pihak Paypal nampak sehingga mereka memilih Malaysia.
  7. Penggunaan kad debit dan kad kredit di Malaysia sentiasa meningkat. Mereka ini boleh membeli di Internet. Jadi, kita sebagai usahawan perlu menyediakan kaedah untuk memproses kad debit/kredit itu. Salah satu caranya adalah melalui Paypal.

Ya, walaupun Paypal juga ada masalah dan kekurangan tersendiri, namun tiada yang sempurna di dunia ini. Maka dengan itu, kita perlu merancang untuk mengurangkan sebarang risiko yang wujud dengan belajar daripada pengalaman orang lain.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • credit card payment gateway terbaik malaysia
  • kad debit maybank
  • apakah kegunaan paypal
  • kenapa perlu mempelajari perakaunan
  • kenapa perlu guna paypal
  • kekurangan paypal tidak verify
  • kenapa paypal
  • kenapa paypal perlu kad kredit
  • kenapa perlu ada paypal
  • kegunaan paypal malaysia

Kad Debit Public Bank Haram?

Makluman Penting: Tulisan ini BUKAN pernyataan hukum, tetapi sekadar persoalan dan perbincangan sahaja. Hukum haram atau halal, sila rujuk pihak berkaitan yang lebih arif. Harap maklum.

Isu perbincangan: Kad debit yang dikeluarkan oleh bank konvensional seperti Kad debit Public Bank Visa Electron, kad debit EON Bank, Alliance Bank dan beberapa lagi.

Persoalan: Kad Visa Electron ini kad debit atau kad prepaid? Ada sesiapa yang boleh jawab? Kad debit adalah kad yang perlu ada akaun simpanan. Boleh baca di sini.

Saya tidaklah arif di dalam hukum-hukum Agama. Cuma apabila yang lebih arif berbicara, kita perlu akur kerana mereka lebih mengetahui. Logiknya mudah, mereka tidak akan berkata begitu jika tiada sebab dan munasabah. Mereka lebih berilmu dan mengetahui.

Berbalik kepada tajuk entri ini, mengikut jawapan ringkas oleh ustaz Zaharuddin di blog beliau, kad debit yang dibuka pada akaun konvensional atau dikeluarkan oleh bank konvensional hukumnya adalah haram (riba). Kata beliau, kad debit juga memerlukan akaun. Kad debit yang tidak memerlukan akaun bukanlah kad debit, tetapi ia akan menjadi kad caj atau kad kredit.

Hukum Kad Debit PB Visa Electron
Salam ustaz,

saya ade mencari perbincangan hukum penggunaan Kad Debit PB Visa Electron yg dikeluarkan oleh Public Bank tapi x jumpe dlm ni.

Penggunaan Kad debit ini bleh apply terus tampa memerlukan ada akaun simpanan public bank. http://www.pbebank.com/en/ en_content/personal/cards/ visa_elt.html w/ bagaimanapun saya ada membuka akaun simpanan wadiah di bank ini.

Bila dah guna kad ini syaratnye, minimum duit kene ade Rm25, pastu yuran tahunan sebanyak Rm 24 (http://www.pbebank.com/en/ en_content/personal/rates/ cards.html bahagian PB Visa Electron)
Tidak akan dicaj utk pengeluaran wang.

soalan saya adakah hukumnya HARAM kerana dikeluarkan oleh bank konvensional? adakah sebab yuran tahunan itu kita dikira bersubahat kerana bank konvesional yg keluarkan kad itu?

Mohon penjelasan ustaz..

UZAR : HUKUM kad debit adalah berdasarkan akaun yang dibuka, jika ia akaun public bank islamic, nescaya halallah kad tersbeut, jika sebaliknya maka haram.

Komen 35. …Boleh agaknya digantikan dengan penggunakan kad debit? Tak perlu juga bawa wang dan selamat daripada riba. Cuma, mungkin teknologi ini masih belum meluas di semua premis.

UZAR : BOLEH, NAMUN KAD DEBIT TU MESTILAH BERSUMBER AKAUN ISLAM DAN BUKANNYA AKAUN KONVENSIONAL YANG HARAM DAN RIBA.

Sumber: http://www.zaharuddin.net/content/view/734/98/

Untuk mudah memahami, terdapat dua jenis kad debit iaitu kad debit Islamik dan juga kad debit konvensional. Sebagai contoh, pihak EON Bank ada mengeluarkan dua jenis kad debit iaitu EONCAP Islamic Debit MasterCard (Islamik) dan juga EON BANK Debit MasterCard (konvensional). Yang Islamik itu dikeluarkan oleh EONCAP Islamic Bank, bukan oleh EON Bank biasa.

Kad debit EONCAP Islamic itu boleh digunakan untuk membayar zakat.

Jadi sebagai solusi kepada kad debit yang dikatakan haram itu, kita perlu membuka kad debit di bawah akaun Islamik. Maksudnya juga, kad debit itu perlu bercirikan Islamik (lulus syariah). Setakat ini, kita ada beberapa pilihan iaitu kad debit bank Al-Rajhi, kad debit EONCAP dan juga kad debit Visa Maybank.

Bagi kad debit Maybank, ia mestilah dibuka bersama dengan akaun simpanan Islamik kerana daripada yang saya fahami, kad debit yang dibuka bersama akaun simpanan Islamik, maka status kad debit itu akan menjadi halal. Mohon pencerahan daripada anda yang lebih memahami.

Pada asasnya selama ini, kita memahami bahawa kad debit tidak memerlukan sebarang akaun simpanan di bank konvensional tersebut. Ia memang betul. Tetapi sebenarnya, kad debit tetap memerlukan akaun yang tersendiri.

Jika membaca maklumat mengenai kad debit Public Bank, kita akan menerima faedah (interest) dalam sekian-sekian waktu.

Dalam hal-hal sebegini, walaupun jumlah riba hanya sekecil zarah, namun ia tetap riba. Sebagai seorang muslim, kita perlu peka dan sensitif dengan hal-hal sebegini. Saya sendiri akan membatalkan kad debit Public Bank jika benar statusnya adalah haram.

Saya sudah menggunakan kad debit Visa Maybank (dibuka bawah akaun simpanan Islamik).

Namun mengenai kad debit NexG Mastercard, ia disebut sebagai kad prepaid dan bukan kad debit. Jadi saya tertanya-tanya pula statusnya OK atau pun tidak OK dari segi hukum. Daripada carian, didapati ada perbezaan di antara kad debit dan kad prepaid. Boleh baca artikel di sini: kad debit, kad kredit dan kad prepaid (klik link ini).

Kesimpulan Awalan

Jadi, apakah kad debit yang disarankan?

  • Maybankard Visa Debit di bawah akaun simpanan Islamik
  • Kad Debit Al-Rajhi (Belum pasti boleh mengesahkan akaun Paypal atau tidak. Tapi boleh withdraw duit dari Paypal ke kad ini)
  • EONCAP Islamic Debit Mastercard
  • TERKINI! Kad debit Day2Day. Buka akaun simpanan Islamik di Public Bank. Kad Day2Day ini konsepnya sama dengan kad debit Maybank yang baru. Berfungsi juga sebagai kad ATM.

Artikel ini ditulis berasaskan kepada sedikit kefahaman saya berdasarkan kepada carian di Internet sahaja, termasuk memahami jawapan ringkas oleh ustaz Zaharuddin. Jika anda lebih tahu, sila betulkan mana-mana yang salah di dalam penulisan ini.

Saya juga mengharapkan mana-mana pihak yang arif, segera melakukan pencerahan terhadap hal ini dengan menulis artikel dan sebagainya, walaupun ia hal kecil dan remeh. Selama ini, kebanyakan orang mengganggap semua kad debit adalah lulus syariah, tetapi tidak begitu rupanya. Atau bagaimana? Kami yang daif ilmu Agama ini memerlukan pencerahan.

Penulisan artikel ini mungkin ada salahnya. Namun saya menulis kerana mahu mencari jawapan yang mungkin akan diperolehi daripada perbincangan para pembaca semua. Sebab itu tajuk entri ini dalam bentuk tanda tanya. Betulkan yang salah dan tambah mana yang kurang.

Namun begitu, yang pasti saya akan mengurangkan kad debit dalam simpanan (kegunaan) saya. Setakat ini saya memiliki kad NexG, kad debit Public Bank, kad debit Al-Rajhi dan yang terkini kad debit Visa Maybank. Saya mungkin akan batalkan kad debit NexG dan juga Public Bank. Pakai banyak-banyak pening juga.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya menyatakan perang terhadap kamu. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba) maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya.” (Surah Al Baqarah, Ayat 278-279)

ps. Di dalam Internet Marketing, kad debit adalah keperluan utama untuk membuka dan mengaktifkan akaun Paypal (saya akan mengemaskini ebook panduan asas Paypal dalam masa terdekat).

pps. Tambahan: Apakah hukum penggunaan Paypal? Artikel ustaz Zaharuddin di sini ada kaitan dengan Paypal. Tajuk artikel berkaitan dengan Hukum Jual Beli di Lelong & Ebay. (Mengenai artikel tersebut, sebenarnya ia boleh digunapakai untuk sebarang jenis perniagaan di Internet, bukan setakat di Ebay sahaja.)

Dalam membaca artikel itu, saya tertarik dengan satu soalan seorang pembaca:

Menjual Duit Paypal
Salam Ustaz,
Macam ini ust, duit paypal boleh diambil dgn dua cara, samaada kita keluarkan melalui kad debit@kredit dan menjualnye kpd org malaysia yg mahukan duit US dlm bentuk Paypal, ramai yg menjual duit ini dgn menunggu duit RM dibayar dulu kemudian baru dipindah nilai paypal itu atau sebaliknya.
Soalan saya, adakah bila kita menjual duit Paypal kpd sesorang itu utk mendapatkan duit dlm RM, tidak boleh dlm masa tertangguh sebagaimana hukum pertukaran matawang yg ust telah terangkan?
Jika hukumnya sama dgn pertukaran matawang itu, bagaimana cara yg dibolehkan?
UZAR : ia BOLEH dijual dengan syarat nilai yang sama dan serah terima juga pada waktu yang sama. Tidak bertangguh melebihi 3 hari.

[Jika merasakan artikel ini bermanfaat, boleh share link artikel ini di Facebook, di forum, blog dan sebagainya.]

“PENING KEPALA dengan Paypal? Cara daftar, cara verify, cara keluar duit, kad debit apa…?? Klik di sini untuk bantuan.”

Incoming search terms:

  • kad debit public bank
  • kad debit bank islam
  • public bank mastercard debit
  • Kad Debit Visa Maybank
  • public bank debit mastercard
  • public bank debit kad
  • debit kad public bank
  • debit kad bank islam
  • zaharuddin and visa debit kad
  • public bank debit card
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)